Wednesday, February 8, 2012

Menyelam di Jeram Toi

Assalamualaikum w.b.t para pembaca belog pepel yang mana tuannya malas nak update. Haha. kalau la blog ni boleh berkulat, tentunya dah lama dia berkulat. Fuhhh..akhirnya hari ni tersingkap jua kerajinan ku untuk menaip.
                                     
Terus ke cerita utama. Haha. cuti hujung minggu hari tu serius Mish kebizian kegileran. Cuti dengan berjimba-jimba. Orang lain semua bizi duk berovertime. Buat pitis. Tapi kat tempat Mish apa kejadahnya farmasi nak berovertime kan. Klinik kecik aje. So, disebabkan Simpang Pelangai tu sangat lah dekat ngan Negeri Sembilan, maka kami geng satu rumah bercadang untuk menimba pengalaman mandi kat Jeram Toi. 

Dah beberapa kali rancang. tapi Allah tak mengizinkan. Ada je halangan. Akhirnya sampai jua kami ke sana.

Perjalanan kami hari tu memakan masa lebih kurang 45 minit la. Not bad kot. Tak sempat nak rasa kebas montot. Tut tut dah sampai. Haha. mula-mula sampai tu kelam kabut jugak lah, sebab tak jumpa waterfall nya. Nahh. Kecek omputiss doh. Haha. dengar je bunyi. Tapi airnya tak de. Tapi berkat usaha niat suci, jumpa la jugakk. Haha. mood? Haruslah gembira!

Ini gambar pengunjung bertuah kat sana yang berjaya kami ambil. Haha. padahal terang-terang muka jelita ai kat sana kan. Mereka adalah rakan sekereta gua pada hari tu. dan pengumuman, kami belum kahwin. Haha. lagi sorang duk ambil gambar kami. Siapa suh dia ambil gambar kan kan? Kan dah rugi..tak leh masuk blog pepel nih. Haha.

Okeh, korang anggap je Mish dah tepek gambar kami mandi manda dengan seronoknya kerana gambar real nya agak tak sopan untuk dimasukkan. Lepas mandi satu round, kami naik ke darat untuk menikmati makanan tengah hari. Kalau main air memang cepat lapar. Semua lauk ni buat sendiri okeh. Tak de beli-beli kedai. Tapi ternyata la bukan Mish yang masak. Haha.

Nahh. Korang nak tengok sangat tempat kami mandi kan. Tu diaa. Kami mandi betul-betul bawah air yang jatuh tu. sakit giler badan. Tapi best! Sebab macam gintell je. lenguh badan sebab jatuh katil semalam pun hilang beb. Kat port kami ni tak de orang langsung. Kalau kat bawah tu penuh ngan jantan. Nak mandi sekali pun terasa kegelian. Haha. tettt….

Ini antara kaki yang hanyut yang berjaya Mish kejar dan snap gambar. Haha. kaki sape la ni. putih berkilat sebab sejuk. Tulang-tulang semua haus sebab kesejukan menggigit tulang temulang. Auww!

Pape hal pun, Jeram Toi memang best. Hehe. Tapi sayangnya, tak boleh nak berenang sangat. Sebab baru nak menyelam sikit, dah tercium pasir. Adehh. Setakat nak berendam cam badak kat Africa tu boley la.

Lepas ni nak gi terjah air terjun kat lain pulak. Next destination maybe Air Terjun Chamang kat Bentong.hua hua hua. Jom jom sape nak ikut mai sini eh. Haha. ADIOS!

16 comments:

emy|farid said... [Reply to comment]

haha nak jugak le nengok gmbo. ala, takde ah. hehe suweet je korg

laskar pelangi said... [Reply to comment]

bestnyeee dia g main air terjun:)
seronok sungguh tuuu~

Unknown said... [Reply to comment]

myvi bru ke weyh

Nuruashia said... [Reply to comment]

ooo g jeram xajak kite kan :(
sedeh ahh cmni :P

wawhh kete die ade the smurf laa ahahha

Woofer Storm said... [Reply to comment]

sy nak pilih jihah je la..meh sni nak kwin,boleh?ehhee

#nak join skaki..apa mcm ada berani?lalalaa~

Woofer Storm said... [Reply to comment]

twister sy suka..nak skit?tak mo tamak2..ehhe

#hati2 mandi lain kali,bahaya tau^^slmt mlm jihah..

aimanayie said... [Reply to comment]

mana selam.. tu rendam kaki.. haha :D

Jay said... [Reply to comment]

hahaha..mish kalau kat KK ni mish kene datang air terjun kionsom..perghh..mmg syok..siap boleh terjun dari pokok lagi..hahaha..tapi kene hati2 sebab bnyak batu kat dasar..:P

Unknown said... [Reply to comment]

masak kat air terjun tu tak boleh ke??bakar2 ayam ke...lagi besh!!

TS said... [Reply to comment]

selama i duk n9 sekali je i g sni..
sebabnye??permukaan nak mndi kt situ seram kot..
kalau tergelincir bahaye sungguh..

YouSOF said... [Reply to comment]

Waterfall kat Kota Tinggi ni je pun berapa kali je pernah sampai.. Bila tengok gambar tu rasa nak berendam tu makin menebal.. hehe

Rindu nak rasa badan kena pukul dengan air ibarat diurut mesin tu.. Lepas berendam memang perut cepat jadi 'kebulur' kan. ;D


Gambar bertiga tu comel. Err maksud Usop gelungsur merah belakang tu..

Diari Si Froggie said... [Reply to comment]

pergi bukan nak ajak aida kan? haha.. kalau tak boleh jadi badak berendam afrika sama2..

Unknown said... [Reply to comment]

wah wah wah,,seronoknyaaaa

Anonymous said... [Reply to comment]

air terjun chamang kat bentong?
tempat tuh macma bahaya la mish.
chemay pergi dulu pon.
tak mandi.
just lepak tengok waterfall je.
:)

Eyeme said... [Reply to comment]

nak ikot g chamang!!!!!!

ades..ddk temerloh pun x prnh g..mehla mai temerloh...hihi

Woofer Storm said... [Reply to comment]

jihah...heheee cian susah nak update,jom pasang strmyx..nak?ehhee

#slmt mlm..bila nak detim ni??