Tuesday, February 21, 2012

Tak Perlu Jadi Sempurna

Assalamualaikum w.b.t

Mood skang tengah pening. Tengah pusing. Macam-macam benda duk main lam pale otak. Dah rasa macam duk kat restoran berputar pun ada. Pening duk pikir macam-macam masalah. Macam-macam penyelesaian.

Hasrat hati, ingin mencari jalan untuk tampil sempurna di mata orang. Supaya semua orang sayang. Supaya semua orang suka. Tapi memang mustahil la kan. Sebab manusia mana ada yang sempurna. Kan? Betul tak? Sebaik mana pun sikap kau, layanan kau. tetap ada yang memandangnya buruk. Tetap ada yang berperasaan busuk.
So, daripada kita naik gila duk pikir nak jadi sempurna, baik tak payah. Nanti meroyan tak de siapa yang nak. Haha. jadik diri sendiri je. amalkan yang baik. Buangkan sifat buruk yang terang lagi bersuluh tu. orang terima tak nak terima, biarlah. Mulut manusia lagi susah ditutup daripada mulut tempayan. Walaupun secara logiknya, mulut manusia lagi kecik dari mulut tempayan. Lagi satu, longkang taik walau ditutup dengan apa cara sekalipun, busuk tu, tetap busuk. Tetap berbau kat sekeliling tu. haha.

Pesanan penutup, tak perlu jadi sempurna sebab manusia memang tak sempurna. Cukuplah menjadi yang lebih baik. Maaf kalau ada perangai annoying Mish yang tak termaafkan tu okey. Adios!

**tak perlu tampil sempurna dihadapan manusia kalau dengan Allah pun kau tak pernah nak tampil sempurna.

8 comments:

Prettywrite said... [Reply to comment]

berusaha menjadi yang lebih baik..betul tu..manusia tak sempurna pun walau kita nak cuba jadi perfect macamana pun..

Nyamuk Terbang said... [Reply to comment]

no body is perfect

diana said... [Reply to comment]

kadqang2 nak nampak sempurna sampai hilang terus kesempurnaan tu..heheh

laskar pelangi said... [Reply to comment]

memang manusia ni tak sempurna:)

JIJI YU said... [Reply to comment]

ketidaksempurnaan insan yang saling menyempurnakan

CIK TOM said... [Reply to comment]

yup..that rite..be urself dear..that de best!

Woofer Storm said... [Reply to comment]

manusia sampai bila2 takkan sempurna.

#tapi jihah ckup pndai buat entry ni menjadi lebih sempurna..

YOUsoF said... [Reply to comment]

Sibuk mengejar kesempurnaan sampai semua jadi serba tak kena.. LEbih baik kita tingkatkan usaha tu ke arah kebaikan tu, paling kurang kita makin dekat hasil yang sempurna.. ;)


Ok longkang najis memang harum banunya..