Friday, December 9, 2011

Jangan Main Cucuk Bontot la weii

Baca tajuk pun dah boleh tau tak senonoh kan?memang ni cerita perangai manusia yang tak senonoh pun. Banyak kali dah Mish kena macam ni. Cuma tahan je. sabar je. kalau hilang sabar tu agak-agak boleh meletup dunia ni.

Korang pun mesti pernah alami kan? Tengah-tengah syok bawak kereta, ada kereta lain main cucuk bontot.  Paling sakit hati bila kat highway. Dah terang-terang jalan ada dua tiga baris kat kanan tu nak jugak ikut belakang. Lepas tu bukan nak potong pun. Saja suka-suka kot. Tak pasti pulak niatnya. Kalau la pemandu boleh berkomunikasi melalui plat number kan best. Kau boleh imagine tak? Kat dashboard kereta ada satu keyboard touch screen. Untuk mula contact kereta yang lain, just enter the nombor plat kereta tu. Waa…

Kalau betul macam tu, kemungkinan pengaruh terhadap kadar kemalangan ada dua. Pertama, kadar kemalangan menurun sebab bila kau nampak kereta tu laju ke lupa nak bukak lampu ke, kita cepat-cepat text dia. Hebat-hebat. Lagi hebat bila nampak pakwe hensem bawak kereta, boleh mintak nombor sekali. Haha. Kemungkinan kedua, kadar kemalangan meningkat sebab pemandu tak focus. Asyik duk main mende alah tu je. stereng pun dah goyang kanan kiri kanan kiri. Haiya.

Dah jauh melaut dari tajuk asal. Kesimpulannya, bawak kereta betul-betul. Jangan duk main cucuk bontot kereta je. sekali yang depan tu brek mengejut, baru la Innalillah kau. Haha. Mish cucuk ubat kat bontot betul baru tau. Kbai!

14 comments:

siti kektus said... [Reply to comment]

Kadang2 dorang sengaje buat macam tu kak. Pernah la jugak terkena sekali dua. Huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

hahaha..cucuk ubat bontot bg dia pengsan jap.ekekeke


ramai yg suka bawa kereta camtu

D'ya Marshmello said... [Reply to comment]

ishh tajuk pnye suspen..ingtkn ape? huhuhu, adat..dah byk kali kne da.. huhu x)
jom singgah ;)

LATEST ENTRY : Meet Lisa Surihani (Ombak Rindu) at TGV Wangsa Walk

Izan Ishak said... [Reply to comment]

byk sgt spesis manusia yg suka cucuk2 time bawak kete. pelik betul...apa yg best sgt tah...

chemay said... [Reply to comment]

kadang2 kan bile orang main cucuk2 bontot tuh.
chemay saje lagi slow.
biar padan muke dia.
hahaha

nuruashia ♥ said... [Reply to comment]

uishhh...mish ni..jgn cmni..nuru ske cucuk bntoot kete lain ahhahha...

laskar pelangi said... [Reply to comment]

mishhhhh! sory lambat wishhhhhh..tahniah dah berkonvo. nak tengok gambauuuuu.upload cepat eh:)

mish, pelangi pn memang suka main cucuk2 bontot kereta orang...hehehee~

Nazifa said... [Reply to comment]

i slalu kene time drive..kte da bg laluan tp still gak nk cucuk bontot.sakit ati tol

Aiman Isa said... [Reply to comment]

contact guna no plat... macam best je dengar :D

btw.. dah awek cun bawak kereta.. mesti jadi gitunyee

cik anum said... [Reply to comment]

hehehe..
anum nak tny sebnrnya..
mish skrg nurse kan?
dulu belaja kat mne ea? hehee
:)

ishiko said... [Reply to comment]

mesti follow rapat sangat tu

apik pehe said... [Reply to comment]

hahaha..ingatkan cucuk bontot saper la sakni..haishhh

YOUsoF said... [Reply to comment]

Hahaha ingatkan nak cerita pasal cucuk ubat di bontot..


Memang rimas kalau kena cucuk macam tu. Lagi best waktu malam la, pulak tu yang cucuk kereta 4X4, terbaik. ;D

diana said... [Reply to comment]

kat perempuan dia berani la...
kalau lelaki kompem kena kayu besball dah tu..hehehe