Tuesday, December 6, 2011

Tips Mengambil Hati Budak Kecik

selalu kita dengar tips amek ati suami, mertua, family dan yang sama waktu dengannya. jarang pulak kita dengar pasal amek ati budak kan. budak..ye..budak kecik. budak-budak yang kecik. apa, korang ingat budak kecik boleh layan kasar-kasar ke kalau nak bagi dia suka kat kita. espeselli korang yang nak mengorat janda anak berderet. memang patut baca lahhhh. haha.

  1. ketahui kesukaannya.
    lain budak lain benda yang dia suka tau. ada budak jenis suka mainan, ada budak suka citer-citer power rangers. ada jugak budak suka makanan. so, bila korang dah target kemas-kemas kesukaan budak tu, kalau korang jumpa mereka, ringan-ringan kan la untuk bawak benda yang dia suka. ahahaha. orang banyak duit boleh laaaa buat macam ni kan..ishh.

  2. bergurau.
    tahniah la pada sesape yang ada sense of humor. budak-budak suka orang macam ni. pandai bergurau ngan budak. ai yang melihat pun tergeli hati plus terusik hati. erkk. terusik hati? hahha. bahaya-bahaya. bila budak kecik dah suka ngan kemesraan kita..mesti dia nak jumpa kita selalu. plussss...dia senang nak ingat kita. ehee..

  3. sentuhan
    sambil-sambil korang bersembang ngan ahli keluarga budak kecik tu, tak kisah la mak ke kakak ke abang ke whoever okehh..belai-belailaaaa sikit budak kecik tu. mesti dia suka. pegang-pegang rambut dia ke. tapi kalau budak tu jenis tak suka di sentuh-sentuh pandai-pandai la. kang kena cop gangguan seksual pulak. maklum la, skang kan banyak penderaan seksual ke atas kanak-kanak. 
seronok tau baik-baik dengan budak kecik. diorang tak pandai menipu..diorang menghiburkan. Mish suka cium budak kecik, hilang semua penat ngan tensen kalau dapat peluk dan cium diorang. hehe. rasa macam tak nak bagi Iman besar..biar dia kecik camtu je. boleh? hahaha.

cakap ngan budak kecik ni, tak boleh marah-marah. tak boleh kasar-kasar. tapi, tak boleh lembut sangat jugak. haishhh. 

10 comments:

Saddila said... [Reply to comment]

wehee dila pun suka budak kecik . suka sangat . pakwe kite pun suka . ada peluang nak beranak banyak2 ni . haha :))

have a nice day , kakak ^^,

Tea said... [Reply to comment]

Budak kecik ni sama mcm pompuan.. Pujilah.. Beri perhatian.. Ouh heaven..

nuruashia ♥ said... [Reply to comment]

amboiii kemainnnn mishhh..tp btol gk tipss mishh tu whhhwhwh..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

iman sungguh cumil...

tips menarik bg lelaki yg nak ngorat kakak budak kecik gak.kan?

YOUsoF said... [Reply to comment]

Kesemua tips memang berkesan tapi Usop lebih kerap guna yang no.2 dendan no. 3... Serius suka layan anak sedara, diaorang lurus. Keletah dia mencuit hati kita selaluuu. ;)

Tapi kadang² tu menjengkelkan jugak, biasalah budak kecik heheh.

semutsengal said... [Reply to comment]

kalau adik aku, bagi eskem pop je sudah.



LALALALALLALA

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

haha.. sy kalo jumpa dgn budak kecik ni, sy suka cuit2 dia.. kalau dia gelak2 tu, maknanya tiada masalah utk kita lebih rapat dgn dia.. kalo jenis yg nangis bila kena cuit tu, kena cuba cari jln lain untk amek hati dia.. heheh..

YOUsoF said... [Reply to comment]

*Mish kalau free jangan segan jenguk http://pelekatku.blogspot.com/ ye.. ;)

iPai said... [Reply to comment]

mish !!! apa kabar !!

sori lama tak singgah sini ..

budak kecik, tak suka bila diorg amik kesempatan bila kita dah baik dengan dia ..

Kira Kekuri said... [Reply to comment]

haha kalau budak kecik aq selalu bagi gula2 sebab dorg suka! ^__^ ehhehe, lagi pun dorang comel ;)