Friday, December 2, 2011

Lelaki Seperti Kamu

Lelaki seperti kamu buat malamku jadi panjang.
Lelaki seperti kamu buat siangku terang benderang,
Lelaki seperti kamu buat aku jadi malu….
Dia ada bila aku lemah. Dia datang bagi kekuatan. Dia tak pernah hilang bila aku perlukan. Dia selalu senyum bila aku resah. Dia bahagia bila aku gembira. Lelaki seperti kamu, buat hidup aku sempurna. Dia cahaya bila aku gelap. Dia payung bila aku berhujan. Dia radio bila aku sunyi.

Lelaki seperti kamu. Aku suka kamu.

Kamu matang. Aku suka. Kamu sabar. Aku suka. Kamu tenang. Aku pun suka. Kamu cool. Aku suka sangat-sangat. Kamu buat aku teruja. Kamu juga buat aku resah. Kamu buat aku gelabah. Kamu juga buat aku berbunga.

Suatu masa, aku harap, aku jumpa kamu. Sukar dicari. Tapi aku tau kamu ada. Aku kan sabar. Aku kan menunggu. Lelaki seperti kamu, pasti tercipta untuk aku.

11 comments:

diana said... [Reply to comment]

hati2 mencari..
sebab orang lelaki ni tak pernh tunjuk sikapnya yang sebenar..dah kawen nanti baru nampak itu adalah dia..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

wahh lelaki yg sgt baik...dia buat adikku mish senyum setelah menangis..kenalkan dgn akak ye mish.pasti akak tak kenal dia.ingin sekali mengenali lelaki yg baik mcm tu.terima kasih ya Allah mengurniakan dia buat adikku tersenyum kembali...alhamdulillah.

ZichiEqaa said... [Reply to comment]

emm susah lah nak jumpe prince charming kat zaman ni kan ?

me said... [Reply to comment]

cinta bermaksud 2 insan yang kekal dalam dunia masing2 dan mencipta dunia baru bersama...(^_^)

apik pehe said... [Reply to comment]

hehehe..tunggu sapo dio eh?

Nazifa said... [Reply to comment]

nak kongsi lelaki seperti kamu tue boleh?hahaha

YOUsoF said... [Reply to comment]

Dia telah merancang sesuatu yang baik untuk hamba²nya InsyaAllah ..

Aida Omar said... [Reply to comment]

sabar ea mish nanti muncul lah jejaka tu..lalalal :P

semutsengal said... [Reply to comment]

lelaki tuuu, mesti seperti aku kankankan ?


HAHAHAHAHAHAHAH

fRaMe+LenSeS said... [Reply to comment]

andai dia jodoh kamu. bersatu juga nanti. Nadh mendoakan. ;)

Tapak Kaki said... [Reply to comment]

lelaki ini(anuar zain) ke yang ang cari?haha..