Thursday, December 15, 2011

Kelebihan Posting di Pedalaman.

Mula-mula dapat posting kat Simpang Pelangai serius sangat menggerunkan hati plus menyedihkan jiwa. Mana tak nya, even stesen minyak pun tak de kat tempat ni. bank atau mesin ATM apatah lagi. Hadow..bila pikir mula-mula tu memang menekan jiwa. Tapi rilek la., kalau orang kampong sini boleh hidup berpuluh-puluh tahun kat sini dengan amannya takkan kita nak buat susah pulak. Kan kan kan?
                                          
Disebalik kesusahan ni sebenarnya ada kelebihan. Kena la pandai cari kelebihan tu. Baru kerja pun syiokkkk. Tak de la nak tensen-tensen pikir benda yang tak penting. Baru lah boleh jadi orang yang kental. Campak kat hutan puaka mana pun, tetap boleh survive. Haha. Dah terus imagine hidup zaman tarzan. Haha.

Tak banyak audit yang datang.
Yep..yang terbaiknya is, auditor jarang sangat pilih klinik kami untuk dijadikan sasaran audit. Jarang sangat-sangat sebab auditor semua tak larat kot nak melalui jalan yang berliku-liku cam ni. so, kalau bab audit. Kitorang get ready gitu je la. Sekadar cukup syarat. So, time audit ISO kea pa ke, kami kelam kabut sikit-sikit je la.

Datang lambat meeting atau kursus.
Kalau kursus atau meeting start pukul 8 pagi. Staf klinik kami biasanya akan sampai 8 lebih atau 9 lebih. Takde sape nak marah sebab diorang semua paham kesusahan kami nak keluar dari Simpang Pelangai ke Bandar Bentong tu. Best kan? Hehe.

Penjimatan
Duk kat sini, duit tak banyak keluar. Kedai makan tak banyak. So, kena masak la. Lelaki ke perempuan ke, memang kena rajin masak kat sini. No wonder la kat sini ramai lelaki pandai masak. Sape nak carik calon suami yang reti masak mai cari kat sini eh. Meh nak tolong rekomen sekali. Haha.

Kerja santai
Bab kerja memang rilekssss habis. Sehari patient Cuma purata 60 orang. Korang bayangkan, 8 jam kerja, patient 60 orang. Paling ramai pun 100+. Tapi boleh bilang ngan jari je berapa kali je reten cecah 100+ tu. Time tak de patient, kami buat kerja packing ubat, inden ubat, susun barang kat stor, reten dan kerja-kerja belakang yang lain. Tak de kelam kabut. Buat pun dengan rileksss je. seronok! Tak de la terkejar-kejar macam kat hospital.

Dengar cara Mish cerita kesusahan tu macam teruk sangat je tempat ni kan. Tu cuma pandangan orang yang jarang-jarang masuk sini. Bagi kami yang dah selalu sangat lalu jalan berliku-liku tu, harung banjir apa semua, semua tu dah jadi macam biasa-biasa aje. Hehe. Untung beb kerja kat kampung. Selalu dapat buah free. Lepas tu kalau buat baik ngan patient kat sini selalu la dapat makan free kat rumah diorang.

Motif? Rasa macam tak nak pindah. Tapi tetap nak pindah. Hehe.

13 comments:

Tea said... [Reply to comment]

wahh misi Mish.. sy demam rindu.. apa ubatnye

.: iEyLa :. said... [Reply to comment]

xleyh nak berjimba slalu ngan u cmni..
pindah2..hikhik

Jay said... [Reply to comment]

wah best nya mish...rileks jer keje..takdelah tekejar sana sini..hehe..:)

Aretikz said... [Reply to comment]

Ececeh ~ Darling aku yang dilupakan ni seronok ho kat sana? ahakz..

Tu la, orang dah cakap aritu, pedalaman sempoi.. xcaya.. diriku dah 3 tahun duk kat tempat yang aman, yang damai, 5 minit sebelum jam 8 pun masih leh gi opis lg, sal xda jam.. best kan? ahakz..

jam 9 baru datang meeting? janji jam 8? =.=" best apanya kalau program tu yg sndiri kena handle.. ahakz..

diana said... [Reply to comment]

kat mana2 pun mesti ada kelebihan nya..kan??

Nazifa said... [Reply to comment]

xyah pindah..da kawin nati pindah la ;p

najwa aminah abas said... [Reply to comment]

pedalaman, aduhh, lemah betull...

apik pehe said... [Reply to comment]

hahaha..gaduh dia nak gi pindah mane gak mek weh..duk senyap situ sudoh la..

chemay said... [Reply to comment]

chemay pon harap nanti chemay dapat psoting kat hospital daerah je.
yang tak banyak patient.
serabut lah kerja bile ramai patient.
penat.
-.-

laskar pelangi said... [Reply to comment]

seronok ehhh?

Juliet_iRa~" said... [Reply to comment]

wahh pedalaman bape tu??

Puteri Iqa Izyan said... [Reply to comment]

wahh. rileks betul keje kat pedalaman mcm ni. huhu. tp mesti agk bosan kan sbb jauh di pedalaman? huhu

Tapak Kaki said... [Reply to comment]

ang leh jadi tarzan pompuan aku rasa.hehe..kira part time job ye.. :P