Sunday, March 11, 2012

Dua Habit Berbeza

sejak balik dua tiga hari ni, Mish terperasan la yang perangai atau habit Mish bila duk kat umah family ngan umah sewa ni banyak la jugak kelainannya. rasa sempoi gila bila kat umah.

  1. 1st sekali bab tengok cermin. kalau duk rumah, boleh kira berapa kali je belek muka kat cermin. sehari tak tengok cermin pun ada. tapi kalau kat umah sewa, setiap kali nak masuk atau keluar bilik, mesti berenti tilik muka jap kat cermin.


  2. then, bab cuci muka pulak. kalau duk umah, seminggu tak cuci muka pun takdehal. beres sokmo. sampai kadang-kadang lupa yang kita ada pencuci muka. haha. kalau kat umah sewa lak, pagi dan malam sebelum tidur tu wajib. nak nampak lagi cakna kat muka, time zohor pun gonyoh lagi muka tu. padahal gi keje bukan mekap pun.

  3. lepas tu bab bangun tidur, kalau duk umah, selagi tak bunyi bising atau umi kejutkan, memang sangatlah lena tidurnya. tapi kalau kat umah sewa, lepas subuh atau sebelum pukul lapan tu mata dah segar bugar. dah terbiasa bangun time tu untuk pegi keje kot.

  4. skang ni bab makan lak. kalau duk umah, konpem-konpem la heaven makannya. mengalahkan menu hotel lima bintang. tapi kalau kat umah sewa, selera bujang la sikit. lauk pun cukup-cukup je, protein, serat, karbohidrat. hehe.

6 comments:

fatin amalina husna said... [Reply to comment]

its true!! apa yg husna slalu buat kt hostel xkan tjadi bila kat rumah..haha..

eiela said... [Reply to comment]

hehe setuju bab makan tuh. kalau kat rumah lain sangat, suka hati je nak buat apa.

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Samalah habit kita. Memang lumrah sebagai manusia kot ? HAHA :D

alya_sygs said... [Reply to comment]

no 2 tu slalu buat... hahaha... pelik jugak kan.. hrmmm

gdsbnga said... [Reply to comment]

yg no 3 tuuu sama !
dekat rumahh kalau tade orang kejut subuh mmg tk bangun ,
tp kalau dekat u , pandai2 bangun sendiri . hihi

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

duk umah mish nmpk santai2 je kan?tak yah cuci muka sgt..dan mkn masakan ummi yg sgt lazat.nyum3