Saturday, March 10, 2012

Perempuan Selalu Anggap Lelaki Belanja

okeh. tajuk panjang dia adalah, Perempuan Selalu Anggap Lelaki Belanja Setiap Kali Keluar, Pisau Cukur Kah?? haha. panjang nak mampus pus pus kan tajuk betul dia. tapi ai consider lagi la ngan tajuk. sian pulak kalau panjang-panjang. dah macam tak payah taip entry. taip tajuk then publish terus. okeh.

first kau keluar date ngan pakwe kau kau kau atau kawan lelaki kau kau kau, siapa belanja siapa? atau, siapa lebih banyak keluar duit? siapa? siapa? lelaki atau perempuan eh?

umumnya, secara machonya dan romantisnya serta sweetnya, haruslah lelaki yang keluar duit kan. sebab? sebab dia lelaki. Mish pun tak paham, kenapa bila lelaki, dia yang kena keluar duit. perempuan duk diam, perabih duit je. semua benda, tunggu wallet sang lelaki.

even first time jumpa, duit tiket bas kau pun kau tunggu keluar dari wallet lelaki. hoi! tolong ada perasaan malu dan segan sikit boleh? kau ni nak berkenalan ke nak kebas duit lelaki. jangan la buat macam tu beb. duit tu, boleh bawak jadik darah daging tau. kalau lelaki tu tak halal atau tak ikhlas kan dah jadi dosa. hati pun tak tenteram.

kalau Mish, Mish akan cuba balas balik dengan belanja benda alah lain lak. tak pun, buat-buat tanya, "saya nak kena bayar berapa tadi?" ecece. konon la tanya kan. kalau kena bayar, bayar je la balik. kalau tak, sujud syukur lah kejap. haha. walaupun hakikatnya jarang lelaki yang mintak bayar balik duit yang di laburkan, tetapi, manusia sebaliknya tetap ada. ingat tu.

tak salah kalau keluar, bayar asing-asing, guna duit sendiri sendiri. pakwe kau bukan suami kau lagi. bukan tanggungjawab dia nak tanggung kau. dan, esok-esok kalau putus, mampus dia ungkit semua. kau mampu bayar balik? lainlah kalau kau simpan semua resit sepanjang kau dan dia. haha.

ingat, masih wujud lelaki yang kedekut di sebalik lelaki-lelaki yang pemurah.

5 comments:

gdsbnga said... [Reply to comment]

rase malu tuuu ade kalau asyik die je yang keluarkan duit , jadinya , kalau keuar sesame , ade yang sy bayar , ade yang die , so fair and square :)

kyoshi_sousuke said... [Reply to comment]

pakwe kau bukan suami kau lagi. bukan tanggungjawab dia nak tanggung kau. dan, esok-esok kalau putus, mampus dia ungkit semua. kau mampu bayar balik? lainlah kalau kau simpan semua resit sepanjang kau dan dia.
hehe,kemah ayat ni mish~rase2 nya resit tu ada lg smpan kt umah..msuk dlm tabung

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Shag tak suka lelaki belanja. Susah nak teka apa plan dorang. Ikhlas ke tak bukan kita nampak kat muka pun. Kan kan. Hihi.

Kalau dorang insist nak bayar, Shag okay je. Tapi sooner or later Shag akan bayar balik :D

Halimatun Sa'adiah said... [Reply to comment]

salu kuar ngn laki yg kite je yg kne kuarkn duit..
tp nasebaek transport die yg support,ok la tu kn.

daya said... [Reply to comment]

betul! mampus nak bayar. hee. tapi klau dia ikhlas xpelah. haha.