Thursday, September 29, 2011

Faedah dan Kelebihan MERUNGUT.

Siapa yang tak suka merungut insyaAllah dia orang yang baik. Tapi Mish tau semua orang suka merungut. Pasti merungut walaupun sikit. Jangan mandai nak cakap ampa tak pernah merungut eh. Cubit peha kan. Hahaha. Perlu ke cubit peha? Opss!

  • Dengan merungut, orang yang mendengar rungutan kita tu akan tau kita ada masalah. So, mereka takkan bagi kita lebih masalah sebab kalau dia bagi jugak masalah, maka dia kena dengar lagi rungutan dari kita.

  • Orang yang mendengar rungutan juga akan menghulurkan pertolongan untuk meringankan beban rungutan kita. In case orang yang mendengar tu baik hati la. Kalau Mish, harem. Tak kuasa ai. Haha. Boleh?

  • Rungutan juga boleh sebabkan anda kehilangan kawan. Kawan pergi? Oh sukanya. Tak perlu berkawan ramai-ramai. Tak perlu nak jaga hati orang ramai-ramai. Boleh macam tu? Sendiri pikir. Haha.

  • Jika blogger yang suka merungut, itu amattt baik. Sebab rungutan boleh dijadikan idea untuk mengupdate blog. Jadikan benda yang dirungutkan tu sebagai entry anda. Wahh.nice-nice. Hahaha. Secara tak langsung, kita meluahkan apa yang kita rungutkan. Ringan kejap beban baca komen orang.


So apa lagi. Jom pakat merungut semuaaa! O yeahh..

Psst~
Semakin hari semakin fed up kerja. Uhh..annoying. (eh, ni kire merungut ke? Haha)

Wednesday, September 28, 2011

Budak Sekolah??

" eh eh adik..datang cnie amek MC ye? jumpa MA dulu ye."

" ni datang klinik ni mesti kes nak ponteng kelas kan dik kan?"

"eh, adik..mak mana? datang sorang je ke?"

" adik UPSR ea tahun ni? camane exam? "

"datang ngan cikgu ke tadi dik? "



hampeh tak soalan-soalan kat atas tu? mentang-mentang la hari ni Mish pakai baju sukan sebab ada gotong-royong kat rumah Warga Emas. diorang main perli pulak. panassss weyh.. hahaha..

tak pe tak pe. lepas ni nak makan calciyummmmmmm tu banyak-banyak. 

Tuesday, September 27, 2011

Lelaki Cinta Game dan Bola

  • Sanggup berjaga malam, tidur lewat untuk main game. Aishh. Ace kalau ada anak nanti, sanggup tak berjaga lewat malam jaga anak eh. Ops!
  • Dating yang 5 jam dipendekkan jadi 2 jam sebab nak kejar bola kat tv.
  • Sanggup pergi cyber café untuk online game bila internet kat rumah down. kalau mak suh beli kicap sebotol pun liatt giler nak keluar.
  • Bila dah layan bola. Mesej awek pun bo layan je. haishhh. Awek kena la paham-paham time ni. sikit sakit hati la sebagai seorang awek. Haha.

Itulah dia bila lelaki yang cinta game dan bola bercinta. Ades. Annoyingkan? Annoying macam mana pun, hati dah sayang. Turutkan aje lah. Hoho…

Kat mana-mana pun Mish pergi mesti Mish jumpa lelaki-lelaki macam ni. haishh..kalau bab giler game tu, sampai sanggup duk terperap dalam umah cuti hujung minggu dengan melayan game. Mak aih..mau terkeluar kot bijik mata. Duk mengadap game aje kejenya. Mana la tak merajuk si makwe. Haha.

Yang giler bola pulak. Pantang keluar ngan awek, mesti ajak makan kedai mamak. Kedai mamak kan biasanya layan channel bola. Bila mata dah terpacak kat tv siaran bola tu, awek kena culik depan mata pun tak sedar. Ahaks.. over lak ayat ai eh.

Tapi,palinggg seronok bila pasangan tu ade minat yang sama. Sama-sama minat bola. Sama-sama minat game. Pheww. Mesti best kan. Haha. Best la sangat kot..erk..

Psst~
Mish nak cari lelaki yang minat korea. Ada ke? haha.

ini entry tengah-tengah kebosanan. mesti korang baca pun bosan kan?hahahah


Monday, September 26, 2011

Erk..Azabnya Beliau Mati.


AMARAN!!

MEREKA YANG GELI-GELI JANGAN TENGOK. SEBARANG KEGELIAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI!!

Haha. Dah macam filem seram je ayat kan.

YARKSSS!!

Sob sob. Malam ni jemput datang umah eh. Ada tahlil untuk cicak ni dan rakan-rakan cicaknya yang lain. Mereka dipercayai meninggal semasa sedang berusaha mencari makanan. Malang tidak berbau. Sebab malang tak pakai perfume. Haha.

Ni cicak yang kelima ditemui mati dalam keadaan tragis ni. cicak yang mula-mula Mish jumpa telah meninggal akibat tersepit di celah almari baju bilik member. Haha. Rakus sangat nak amek baju sampai cicak terkorban.

Padan muka cicak. Dah la berak merata.taik ko yang itam putih tu bersepah-sepah tau tak? Grrr. Ini la hukuman buat mereka yang mengotorkan rumah. Berak merata-rata. Kebersihan tu sebahagian daripada iman tau dak? Ish.

Bila tenung balikk..kesian ko kan cicak. Mati sekor-sekor. Anak bini ko mana? Ni ko mati ni, siapa nak bagi anak bini ko makan. Mesti sakit kan ko mati sebab semut-semut tu gigit ko. Hurmm…tu la, lain kali jangan sakitkan hati orang dengan taik hitam putih ko tu. Kalau ko nak pinjam tandas, aku bagi. Aku izinkan. Asalkan ko tarik flush setiap kali membuang ye.

 Ish..Bagi ceramah, bagi pinjam tandas segala bagai pun bukan jenis reti bahasa melayu cicak tu. Maka, korang-korang yang membaca ni tolong jadi cicakla kejap ye. Haha. 

Larikkkkk dulu. bye!!

Friday, September 23, 2011

Gila STERENG

Gila kuasa dah muak dah dengar. Gila perempuan lagi la. Gila talak jangan amalkan. Gila harta sila jauhi. Gila babi. Ops! Itu sangat kasar. Banyak betul jenis gila atas muka bumi nih. Tapi dalam banyak-banyak gila, Mish nak cerita pasal gila stereng. Sebab Mish memang gila-gila kalau bab stereng.

Gila STERENG is not MERENG okeh. Gila stereng means suka memandu tahap dewa. Pantang dapat peluang nak drive. Laju aje. Pantang duit lebih sikit dalam poket. Berderap aje. Sejak duk jauh ni dan berkenderaan sendiri ni lagiiiiii la bertambah gila stereng tu.

Ke sana ke sini naik kereta. Kalau hujung minggu free sikit lagi laaaaa suka. Boleh bawak kete laju-laju atas highway. Seronok beb bawak kete. Lepas semua tensen. Lagi-lagi kalau drive sorang-sorang. Bukak tingkap luas-luas. Jerit tengah-tengah highway. Fuh. Rasa macam hilang tensen. Kurang kedut. Makin muda. Auw.



Style Mish semasa drive :
  •  Prefer buka tingkap dari buka aircond. Mish tak boleh nak ber’aircond’ sangat sebab kalau pakai lense, mata cepat kering. Lagipun guna aircond sesak owh…huhu.
  •  Suka nyanyi kuat-kuat, jerit kuat-kuat, nangis sorang-sorang dalam kete. Kalau drive sorang la. Nak malu apa. Namanya sorang-sorang kan. Haha. Best!
  • Kalau atas highway tu, Mish tak suka berhenti kat hentian rehat dan rawat lama-lama. Berhenti just untuk pergi toilet dan beli air je. lepas tu isi minyak. Nak sampai ke destinasi cepat-cepat. Hehe.
  • Suka sangatttt bab potong memotong. Lagi-lagi atas highway. Lagi syok kalau main potong-potong. Kau potong aku, aku potong kau balik. Seronokkkkk kot. Hilang rasa mengantuk. Lagi semangattt nak drive. Hehe.

Thursday, September 22, 2011

Terjatuh Longkang Hingga Hampir Koma.

sob sob..
hingus meleleh pun tak terasa sebab sedih sangat nih.
air mata keluar bagai air pancut pun tak terasa jugak sebab sedih la.
sedih sangat-sangat nih.
sedih bagai sedih.
sedih sedih...

ntah apa-apa ai merapu kat atas tu. hampeh. straight to the point.

tadi pagi, masa Mish nak pergi kerja. Mish jalan ngan tebolahnya bak kata orang klate. means jalan macam orang nak cepat lalu terjatuh. boleh pulak tak perasan longkang berlumut hijau kat depan mata. hampeh toi la lumut hijau tu.

itu tak de la thrill sangat setakat terjatuh lam longkang kan? ilek la. haha. yang menyeramkan plus mentaksukakan is!! my cute notebook nih terhantuk dengan kuatnya. ya ampun, azabnya notebook ai..sob sob.



bila buat medical check up ke atas notebook nih, terkesanlah sesuatu yang tidak sedap mata memandang. bukak satu folder saja dah makan berminit-minit. lepas tu tetiba je NOT RESPONDING. hampeh tak? grr...manja tol la teknologi skang. aiseh...

skang ni kalau nak online pun tak boleh bukak 3 tab. kalau tak sampai ke tua la dia loading tab yang lebih dari dua tu, hampesss.

psst~
ini entry untuk cover entry lepas geram tadi. haha.

u olls..bak duit seribu sorang boleh? nombor akaun nanti Mish inbox kat FB. hua hua hua.

Mencari Waktu Yang KOSONG

bila dah kerja ni terasa la sikit beban nih. totally different ngan zaman praktikal. zaman belajar lagi la lain. kalau dulu orang marah kita, kita kena diam. orang suruh kita, kita kena angguk je. orang buat apa-apa kita kena redha je.

tapi sekarang, oh man. i tak benarkan semua tu.

orang marah-marah ai, ai menjawab la beb. ape kes lu nak marah-marah gua bai. dah ai buat benda betul. lu jangan sesaje nak datang putar belit cerita eh. lu tu tak buat keje. mana lu tau. hek eleh...lu ngan gua, sama saja beb. berlagak bosss konon. tuih. haha.

sekarang ni masa yang sangat stress. mentang-mentang ai budak baru. ingat sesuka hati la nak guna-gunakan ai. haha. wat a damn la orang tua ni. macam la dia tu bos ai. puih puih. huhh..cool Mish..cool. T_T

hujung minggu ni, insyaAllah nak lepaskan stress kat Seremban. jom main bowling sama-sama. haha. minggu depan dah kena pergi kursus Seminar Penolong Pegawai Farmasi kat Bukit Gambang Resort City. hehe. syok syok. tak sabar nak kuar dari klinik nih. yeehaaa..!!

bila ntah free nih. nak naik KL lepak-lepak ngan geng-geng blog. sob sob. kawan-kawan, sabar ye. nanti ai jumpa u olls..

psst~
just entry untuk tenangkan hati sendiri. bye semua.

Tuesday, September 20, 2011

Salahkan ku Jangan Salahkan Ku.

Salahkan ku jangan salahkan ku,
kasih biarku lupakan dirimu,
mana satu ku jadi keliru,
aku jadiii keeeeliruuuuu!

auww. menangis ajai dan nurul kalau dengar kemerduan suara Mish nyanyi lagu diorang nih. haha.

dah lama tak hapedet. minggu lepas Mish balik kampung. konon eksaited la balik sebab nak beronline sampai lebam kan. nak sajikan korang dengan entri merapu raban dari ai ni kan. konon ade la yang nak layan entry merapu raban ai tu kan. ade i kesah? ai tak kesah pun nok..haha.

sekali bila Mish sampai umah je, adik ai cakap, "along, internet jem. streamyx kata dia tengah upgrade bla bla bla.....". ouch...luluh berdarah rasa hati nih. sampai hati. di saat ai balik la kau buat perangai..grrrrr...

dah banyak dah draft dalam kepala ni. nak tulis tu nak tulis ni. tulis itu dan tulis ini. haa. banyak kan? sekali dah jadi camtu..hampeh. apa pun ta boleh.

ni la baru dapat nak update. baru merasa nikmatnya online. sob sob. alhamdulillah..haha.

pssst~
hujung bulan ni nak daftar Streamyx lah. tapi mahal beb. korek pasir cari emas. auww. hahaha.

Thursday, September 15, 2011

Cinta Jarak Jauh

Auww…siapa yang geli-geli nak baca entry ni boleh pejam mata skang. Ahaks. Dah lama tak jiwang-jiwang. Tapi jiwang-jiwang Mish jiwang-jiwang cool. Kalau sesekali jiwang meleleh tu means terbabas perasaan la tu namanya. Haha.

Siapa yang sedang bercinta jarak jauh sila kembang-kembangkan hidung anda sebab entry ni memang untuk orang macam kita. Ecece, ayat sedih aje kan. Uhuks. Eh, lupa, para suami isteri yang duk jauh-jauh pun boleh tumpang kembang-kembangkan hidung sekali. Kalau setakat jauh 5 meter, 5 kilometer tu tak yah gatal-gatal nak ngaku jauh ah. Sepak kang.

Oh, crappy.

Series ni, Mish nak buat pengakuan, tak best oh bercinta jauh beribu batu nih. Seksa. Kena banyak sabar. Kena banyak tahan. Kena banyak kuatkan diri sendiri. Kena banyak pemahaman jugak. Kena banyak sedapkan hati sendiri. ohmai! banyaknya yang kena buat kan?

Yelah. Kalau dah duk jauh tu, banyak je benda jahat yang terlintas kan. Eh, dia tak mesej aku. Oh. Mesti lepak ngan staf perempuan tu. Ish! See..setan nih, suka hasut kan. Padahal kawan tu tertidor.haiyakk! wat a shame lah. kena kuatkan kepercayaan jugak kan. Sebab kalau hati dah mula tak percaya. Memang hancuss remuk ah cinta jarak jauh ni. tapi kan, kadang-kadang kalau dah pelik sangat kena gak soal siasat. Tapi jangan la sampai ci nta yang jauh tu tak tahan dengan tuduhan anda ok. Hahaha. Agak terasa di situ.

Lepas tu, cinta jarak jauh gak perlukan pengorbanan duit lah sikit. Oh yess. Duit dating dah jimat habis. Melainkan kau ada sparepart yang dekat-dekat. Ahaha. Jangan amalkan okeh. So, duit untuk bergayut la pulak melayang. Tapi, fortunately Mish ngan dia tak de la suka sangat bergayut.  Seminggu 4 kali je kot gayut lama sikit. Yang lain lagi best mesej. Ahaha.

Rindu zaman belajar dulu. Hari-hari jumpa. Tiap-tiap minggu keluar. Syok ohh..perasaan yang sangat seronok. 360 darjah berbeza ngan sekarang ni. sob sob. Tumpang lap hingus kat hujung baju sikit. Buerkk. Haha.


Wednesday, September 14, 2011

Lelaki Banyak Cakap?uhh...Annoying Betul kan??

Tiap-tiap hari rutin kerja tak pernah lain. Sama je. rasa bosan la pulak. Ades. Kerja pun dengan orang yang sama. Aih..rasa macam nak suruh rakan sekerja tu tukar muka hari-hari. Boleh? Haha.

Back to our main topic.
comel tak baby ni??anak ai ni..percaya tak?hahaha..comel giler-gilerrrrkan. anak sape ntah ni ai cilok kat google. wuhahahaha. besar nanti talk less tau dik..hehe

Kalau perempuan tu memang sinonim la dengan banyak mulut, banyak cakap, mulut murai, mulut kepoh apa semua kan. Tapi ni kes lelaki lak. Erk..><

Lelaki banyak mulut? Oh man. Teruknya.

Lagi teruk sekarang ni is, hari-hari Mish berhadapan dengan lelaki macam ni. Bukan lelaki-lelaki ok. Tapi lelaki je. demm giler. Hari-hari kerja dia mengata walaupun sebesar kuman. Kalau tak de orang untuk dikata, dia asyik duk cerita kisah-kisah lama dia. Even dah sepuluh kali dia cerita benda tu kat Mish. Omaigod. Sangat stress ok.

Rasa penat sangat telinga ni. Korang tau la kalau lelaki bila dah terlalu banyak cakap. Memang seratus kali lebih teruk dari perempuan la. Nauzubillah.

Jom sama-sama pikir,
  • Siapa la jadi bini dia nanti eh. Konpem dia kena kawen ngan orang yang pekak kot. Baru tak muak dengar cerita dia. Opss, sekali dia jadi laki aku. Ohmak!!taknakkk!!  
  • Macam mana kita nak sedarkan dia yang kita tak suka dengar cerita dia tu. Rasa macam dah hafal dah jalan cerita hidup dia. Sangat laaaaaaaaaa banyak kali dia cerita.

Susah kalau terlalu talkative. Kang tak layan kang merajuk patploh hari. Pheww..T_T

Tuesday, September 13, 2011

This Is V.I.R.U.S Punya Pasal

haip! konichiwa !! kap pom kappp. ikan siakap!! haha.


terasa lama sangat tak update blog. bila dah lama tak update akan timbul rasa malas. bila timbul malas akan mudah dijangkiti bakteria malas. bila dah dijangkiti bakteria tu terjadi la sindrom-sindrom malas. inilah dia kuasa virus MALAS.

haip..tengah-tengah taip keypad M lak rosak. cait. kena tekan kuat macam nak sembelit baru dapat tekan nih. hampeh.

keypad 'M' pun dah rosak. makin la menjadi-jadi virus nih. nak taip panjang pun mati angin. aih. see you guys. sorry tak dapat nak balas jejak sangat skang. bizi lol.

Thursday, September 8, 2011

Saya Blogger Yang Kurang MESRA dengan KUCING

haip haip. buat pencinta kucing sila la jangan melatah okeh. jangan duk simpan dendam nak bunuh Mish atau tikam Mish dari belakang hanya kerana kucing yang Mish tak berapa nak mesra.

setidakmesra Mish pun tak de la sampai nak bunuh kucing. tak de la niat nak pijak kucing dengan tapak kasut tumit tinggi 16 inci sebab Mish pakai wedges je. wedges tak bahaya. haha..ayat baik takut pencinta kucing mai serang Mish. haha.

kurang mesra dengan tak suka tu lain maknanya okeh. tak suka dengan benci tu pun lain maksudnya. kalau nak tau pi tanya A. Samad Said sendiri. dia pakar bahasa. haha.

kalau tengah-tengah makan kat warung, lepas tu kucing datang. sumpah, time tu ada la jugak rasa nak membenci sampai kaki rasa nak kick je. tapi akal masih waras. buatnya haku kick lepas tu dia cakap kaki ku. habes la kurang sikit saham.

so, biasanya Mish halau je. main jauh-jauh ye kucing. sayangilah nyawa anda. haha.

Mish suka kucing. serius! (sambil buat mata bulat dan eksaited nak suh korang percaya). suka tengok gambar-gambar kucing. suka tengok kucing geli-geli bila digeletek. tapi kalau nak Mish geletek. ops! sorry la. i seram. hehe.

see?kucing comel kan.

  1. tak suka bulu dia yang suka melekat bila dia duk atas sofa. habis montot penuh ngan bulu kucing. ish..habes seluar. haha.
  2. lepas tu kucing yang kat tepi jalan tu selalu berak merata-rata. macam si Semut ni jugak. bau ehem-ehem tu dah la busuk. aiya...pengsan 5 saat. paling dia suka berak kat pasir depan umah tu. busuk la wei..adoi.
  3. lepas tu kucing ni suka gaduh. ohmai! suka beno dia gaduh time kol 1 2 pagi. ish. manusia nak tidur la time tu wahai kucing. lepas gaduh siap kencing merata pulak tu. erk..>.<
  4. okeh. dah tak nak cakap dah. sebab Mish nampak peminat kucing pegang kapak nak tetak kepala lutut ai. auww!!
hehe..semua ni just Mish punya perkongsian je. tak bermakna kalau Mish jumpa kucing Mish sepak ke apa. Mish buat bunyi syuh syuhh je. Mish teruja bila tengok lelaki suka kucing. auww. sangat penyayang. tapi tak mo buat laki. sebab nanti dia bela kucing lam umah. hehe. 

Wednesday, September 7, 2011

Sukanya Mereka Kalau Mish Curang Kepada MERAH.

yang ni daripada bekas roomate. punya happy dia bila Mish kononnya curang. hampeh. dulu kat bilik selalu gak gaduh-gaduh manja bila MU kalah atau pun Chelsea kalah.

eh, lupa nak bagitau. Mish ni fan The Blues okeh. haha.

yang ni pulak memang orang kuat MU kat Malaysia nih. dia memang kaw-kaw penyokong atau kipas susah mati MU la. dia jugak sangat tak suka Chelsea. kira musuh la kononnya ni. haha. GGMU tu Mish memang batak sikit sebab tak tau apa tu. tapi Mish buat-buat paham je. nanti kalau tanya, makin menyerlah la pulak batak nya tu. haha.

oh ye. Mish memang malu bertanya. :)


yang ni pulak budak kolej. alhamdulillah dia tak menyokong kecurangan ku. haha. rasa macam makin semangat nak setia. yeay!!

ni semua sebab Mish letak profile picture yang bikin kecoh, alahai. sebab pakai topi MU je pun. ish. excited betul kaki bola nih. teringin sangat nak datin ni join MU ye. terasa hot kejap. lain keturunan lah ye. haha. 



babai!!


Tuesday, September 6, 2011

Syawal Bulan Demam, manakala Ramadhan Bulan Gastrik

owh, perlu ke gambar ni? haha
lepas raya ni ramai pulak orang demam eh. patient kat sini pun ramai datang mintak ubat demam, sakit tekak, selsema. ulang dua tiga patient, sakit sama. adeh. tu la, orang raya kau pun nak raya, orang pantang makan kau kebas semua. mana la tak demam. mana la tak sakit tekak. mana la mana la mana la. mana la Mish tak membebel. haha. (semua lari tutup telinga)

ada yang demam sebab terkejut dapat duit raya banyak sangat. macam si Syrupmasin, raya pertama dah dapat RM26 hengget. tapi tak demam pulak dia. raya kedua ketiga harap-harap dia tak dapat dah. haha. tua-tua pun dapat duit raya lagi. adeh. kesian yang memberi tu.

ade jugak demam sebab makan kuih raya banyak sangat. makan tak ingat dunia. mesti takut orang lain habiskan. haha. kalau makan kuih raya yang umah sendiri tak pe la nak habiskan setabung pun. tapi kalau habiskan satu tabung kuih raya masa beraya kat umah awek. buat malu jek. nak hasut lah suh mak awek tu rejek. hoho.

ade jugak pemnadu-pemandu yang demam mungkin sebab jalan jem. tapi Mish rasa tahun ni tak de la jem sangat kot. setakat yang Mish balik hari tu pun, memang la banyak kete atas highway. tapi tak de la jem. haha. sesat je lebih. tapi tu pun nasib baik tak demam sebab masuk banyak hutan. namanya sesat kan.

masa bulan puasa, ramai yang sakit perut. gastrik, cirit birit, sembelit semua ada. bila raya ni demam, selsema dan batuk pulak yang ramai. alahai. 

pesanan Datin Najihah Sahami, Menteri Kesihatan bagi Negara BLOGGER, minum air masak banyak-banyak. tapi kalau dah takdir nak demam, demam jugak kan. hehe.

psst~
ai demam rindu sebab tak dapat raya ngan tett. haha. MIANG!

Monday, September 5, 2011

My Moody Monday #1

siapa la yang rajin nak kerja selepas seminggu bercuti kan. bercuti kat kampung pulak tu. makan makanan yang umi masak, sembang-sembang ngan adik beradik sendiri. gurau-gurau apa semua. sekali tetiba bangun tidur di pagi Isnin yang jelita ni, erk..><

everything is over.

cuti dah habis. masa untuk membanting tulang. haha. macam pesawah lak bunyi membanting tu kan. tapi ini lah hakikat ok. sangat-sangat tak suka kerja. tapi sangat-sangat suka gaji. haha. boleh macam tu? pui, suh bapak kau bukak kompeni sendiri ye Mish.

malassss!!

satu perkataan yang mudah sangat keluar kalau orang tanya, "apa yang anda rasa pada hari ini?"
jawapannya, MALAS.

malas bangun pagi.
malas nak iron uniform. 
(dulu benci giler kerja yang beruniform.)
malas nak jalan kaki pegi klinik.
malas nak packing ubat.
malas nak kerja.
malas nak berhadapan ngan patient.
malas semuaaaa!!!

dan semoga dengan malas ini hidup ku akan kaya raya 7 keturunan. bolehkan? konpem-konpem tak boleh. hidup ni realiti. wake up. wake up.

kesimpulan yang perlu korang simpulkan is, mood beraya tak habis lagi..T_T

Sunday, September 4, 2011

Heading Back To BENTONG!

huarghhhh!!!!!
(sila baca dengan nada yang kuat ala-ala Hulk nak mengamuk okeh..)

malasnya nak gerak balik esok hari.
penat nya..
Ahad sampai kat Bentong.
Isnin dah stat keje.

oh mai! sekejapnya masa berlalu. rasa macam baru semalam mintak sign cuti ngan bos. haha. pape hal pon. esok nak gerak balik awal pagi. harap-harap perjalanan esok lancar.

amin~

kalau jalan jauh musim tak puasa macam ni seharusnya memerlukan kos yang tinggi sikit kan. sebab kalau berenti tu paling koman nak jugak beli mineral water. walhal dalam kereta dah ada air Tropicana Twister. kot celah mana pun mesti nafsu nak membeli dan nafsu nak memakan tu ada. hoho. kawal nafsu anda ok.

kalau memandu perut kosong pun tak best jugak kan. huhu. seiring dan sejalan lah nafsu dan perut anda ok. dah macam penyampai radio ayat Mish kan. adeh.

Saturday, September 3, 2011

Hoi, Jangan Nak Raya Sangat La!!

blog sampai terabai.
langsung tak update entry
dashboard Mish tu asyik dipenuhi dengan entry-entry lama.

ish! perasaan nak mengamuk makin berleluasa. mana taknya. bila Mish dah dapat tenet, konon nak blogwalking, nak g berkomen-komen. alih-alih tak de sape nak layan. orang ganu cakap, "sebek sekor" haha. macam kasar sikit kan. tapi bes apa sebut dia. sssebbek sekor. 

layann~

mana la blogger-blogger ni semua beraya eh. adoi. banyak pulak saudara mara dan sahabat handai kamu ye. jelesssss sangat kuat berbau diayat itu. ada bau tak? tak de bau means..erk..ntah. (nampak sangat nak merapu tapi ntah hape-hape kan?booo...)

serius Mish jeles buat mereka yang beraya sakan. sob sob. beginila nasib orang yang tak de ramai sedare mare. hargai la mereka yang.....again. tak tau nak cakap apa.

nampak kan Mish memang blank. tapi gatal nak update. dengan harapan, kepada blogger-blogger yang sakan beraya kat luar tu, mai la beraya ngan kite pulak. kite tunggu ni tau. kita rindu la nak beraya sampai lebam ngan korang-korang. kite bosan sebenarnya. pasai pe korang-korang tak hupdate?

cepat la mai update. lagi sehari Mish conquer internet nih. nanti dah balik Simpang Pelangai, no internet...damn betul la...ish. hahha. terkasar pulop. opss!

udah-udah la beraye noo....ingatlah Mish tersayang. haha. booo..!

psst~
sekali lagi, tajuk entry nampak nak kelas aje. 
:P

Friday, September 2, 2011

Syoknya Raya Hingga Hampir Meragut Nyawa

salam semua. apa macam raya korang? konpem yang pangkat adik-adik tu syok raya ni kan pasal dapat paw yang pangkat tua-tua ni duit raya. pui. hampeh la bagi kami yang berpangkat pertengahan ni. nak dapat duit raya pun sakit-sakit. siap rabak lagi poket duk bagi duit raya kat budak-budak. haha.

tapi tahun ni Mish jimat lagi pasal baru start keje kan. leh la wat alasan tak dapat gaji lagi. kalau tak..hohoho. makan pasir la ai nanti..

raya tahun ni tak de la meriah mana bagi Mish. harapkan baju raya je yang meriah. tapi beraya atas katil je banyak. terbaikkk kan? nak di jadikan cerita, semalam Mish gi beraya umah mak sedara kat Alur Limbat yakni dekat dengan Bukit Payung, di daerah Marang. okeh, bajet macam korang nak tau je kat mana tu Alur Limbat kan. haha. waddeperasangirl la!

lepas tu bertolak balik kol bape ntah. tapi sampai kat umah pukul 10 lebih kot. dah jadi kebiasaan musim raya ni memang Mish tidur awal. huhu. rugi betul masa remaja kan. haha.

Mish bangun tidur pagi tadi, masa rasa maca kelabu. erk..bukan mata. tapi penglihatan. pastu lekas-lekas gi tengok cermin. (ayat lekas-lekas tu cam mahal je). tengok mata Mish warna pepel. erk..apakah??

rupa-rupanya semalam Mish tidur tak tanggal lense. hampeh. nasi baik Mish pakai yang 16mm. kemungkinan dia nak masuk dalam kelopak mata tu susah sikit kot sebab besar. gler bersyukur. kalau tak dah buta dah mata ni. alhamdulillah.

ui, kalau buta, kena update blog guna braille la lepas ni. haha.

psst~
tajuk nak gempak aje kan. kalah headline lam surat khabar. hebat beb! haha

psst~
duk pikir, nak letak gambar raya ke tak eh??haha.