Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu?Mungkin Saya Yang Kurang Penghayatan

Assalamualaikum semua. Skang ni berblog dah macam chipsmore. Kejap ada kejap tak de. Kejap rajin kejap malas. Tapi tak pe, yang penting saya happy. Aum aum. Haha.

10hb hari tu, secara tidak sengajanya saya terjejak kaki ke KL. Maka, dah alang-alang duk sana, Mish pun pergi la ke Midvalley dengan hati riang nak tengok cerita Ombak Rindu. Seriessss Mish teruja bila baca review dari keramaian orang yang cakap cerita ni best. Bertambah teruja bila ada lelaki cakap dia pun nangis tengok filem ni. lagi lagi menambahkan keterujaan bila dengar lagu OST Ombak Rindu daripada Hafiz ngan Dira tu. So, boleh nampak betapa terujanya Mish nak tengok filem ni?

Disebabkan tiket filem ni yang belah siang semua sold out. Mish pun layan la movie midnite. 12.10 am. Punya la semangat Mish nak derma air mata untuk filem ni sampai bergulung-gulung tisu tandas Midvalley Mish angkut masuk wayang. Tapi kan, sampai penghujung cerita, tak de setitik pun air mata yang tumpah. Air peluh apatah lagi. Hampa? Of course la hampa, kecewa, remuk, rendam, hiba semua rasa bercampur.

Keluar panggung dengan perasaan menyesal. Boleh? Haha. Tak tau la tak kena kat mana. Tapi bagi Mish…cerita ni, indah iklan dari cerita. Boleh macam tu? Nak kondem ai? Silakan. Alah…setakat kondem ai sebab cerita…tak berbaloi kan? So, jangan la kondem ai. Haha.

Mungkin sebab jalan cerita dia tu, terlalu short dari satu scene ke scene yang lain. So, impak dia tak sempat nak dihantar ke hati. Tak sempat otak nak proses. Baru je nak feeling sedih, Harris dah mintak maaf. Aihh. Laju betul scene-scene dia. Dah la Lisa Surihani jerit tu tak berapa nak paham apa yang dia cakap. Yang paling Mish paham, dia sebut SIAL masa dia tau Izzah perempuan yang Harris sayang tu. Mungkin jugak Mish yang kurang penghayatan kot. Mungkin jugak Mish dah lama tak baca novel jiwang kot. Banyak baca yang Ramlee Awang Murshid je. hati pun jadi kental. Kental? Buerkkk.


  • Cukupla sekali tengok cerita ni. tak nak tengok dah.
  • Sumpah seksi Opah Zizah Mahzan pakai bikini kaler itam. Haha. Rumah kata pergi kubur kata mari. Nauzubillah……

20 comments:

Musyirah :) said... [Reply to comment]

tau takpe kann ? musyi pun baru je nak hayati , sudahh ~ pegi bab lain pulak . langsung tak nangis. Tp, kalau cakap kat kengkawan yg kata citer tu tak best, diorang marah pulak.

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

hahahaha..dgr kata cite byk x same ngan novel.ilang selera i nk tgk :p

laskar pelangi said... [Reply to comment]

HAHAHA;D mish jiwa kental sangat..tu xnangis;D tengok wayang ngan ehem2 ehh

Anonymous said... [Reply to comment]

huhu..tulah,tapi ramai je cakap tak bes :D takpe mish,anggap je citer tu bes,untuk sedapkan hati tanak rugi tiket wayang.muehehehehe

Unknown said... [Reply to comment]

mish yang lembik pun susah nak nangis..kalau akak lagi la tak nangis..
muahahah

eh!!tercakap pulak mish lembik..
ekekeke

Lydia Miza said... [Reply to comment]

bial ramai yg kata best akak teruja nak tgk.tp bila org yg akak percaya kata tak best akak lbh percaya ia tak best.seksi?satu hal..satu lg bab kat katil maya karin tu, mmg buat akak rasa tak perlu tgk la..

Yana Houry said... [Reply to comment]

yana plak langsung xde keinginan nak tengok...tak minat kot

cikserai said... [Reply to comment]

alaaaa..bru je rase nak pegi tengok..tapi macam patah hati je bile mish ckp cmtu..haish!

Nuruashia said... [Reply to comment]

plot cite mmg best tp scene tu tak semua bagusss huhuh

Kira Kekuri said... [Reply to comment]

sya pon rasa mcm menyesal. ehh ada plak mcmnya

Unknown said... [Reply to comment]

hehe..laa..ada kat KL ker?naper hang tak bgtau ceq??haishh..

tak tengok lagi ombak rindu..kalo mek tak nanges..apik lagi la tak nanges..hehe

fnd said... [Reply to comment]

tak payah tengok pun takpe ye tak

BENA said... [Reply to comment]

bena nages time aaron aziz nages tu jer . hehehehe ;)

ct kektus said... [Reply to comment]

Haha. Sama la dgn kite kak. Tak tau part mana nak di nangiskn. :)

Izan Ishak said... [Reply to comment]

cerita ni macam best bila dikabokan oleh org2 yg pegi tgk. padahal biasa2 aje.

tp yg lebih pelik...ada yg sanggup pegi tgk berulang2 kali kan.

Anonymous said... [Reply to comment]

chemay lebih prefer bace novel dari tengok adaptasinye.
-.-

aimanayie said... [Reply to comment]

saya pun tak tengok lagi...
nasib ade orang cakap cenggini..

confirm2 saya tak kan pergi tengok..

:D

YouSOF said... [Reply to comment]

Lain orang lain pendapatnya.. Bagi Usop pulak cerita ni boleh tahan la. Setakat sedih je la.. Sebenarnya tak tengok lagi pun.. ;P


Sedih tengok pelakon veteren macam tu, tuntutan pengarah la sangat, habis tuntutan agama apa cerita? (maaf ter-emo)

Puteri Iqa Izyan said... [Reply to comment]

ishh. iqa tak sempat lagi nak tgk oombak rindu ni. huhu.

Tapak Kaki said... [Reply to comment]

bak kata member aku toksah nak ombak rindu sangat.. cerita rekaan je tu..haha