Saturday, January 28, 2012

Jom Makan RAJA UDANG Celup Tepung

nyam nyam. semua yang tengok gambar ni sila la telan air liur semua ye. sedap giler sampai tergigit jari kaki makan udang galah goreng kepsi nih. garing. pastu isi dia tak muat. pernah makan? bagus. hanya yang pernah makan yang tau nikmat berudang galah besar cam gajah ni.

adik Mish takut nak makan udang ni. sebab besar katanya. takut jari dia terkepit. alamak, dah macam ketam la pulak leh kepit-kepit orang ni. sudahnya, dia tak makan. makanya, bahagian dia, Mish la makan. haha. rezeki beb. cicah pulak ngan sos Kimball atau Life. feeling owhhhh! makan petang-petang. sambil makan kau buli la adik kau buatkan teh O panas.

tajuk taruk raja udang dah macam nama burung kan. haha.

Friday, January 27, 2012

Blogger Suka Tidur Lewat Malam?

hulahuppp semua. salam sejahtera. dan salam keberkatan. dan salam satu Malaysia. lagi baik, Mish ucap, Assalamualaikum. islamik gitu. ye dak? ehee.

sepanjang tempoh Mish duk umah aritu kan. Mish selalu la tidur lewat. pukul 2 3 pagi mata still bulat cam panda lagi. dah nak kol 5 6 pagi baru mata mengecil cam mata gajah. tak habis-habis aku cerita sal gajah. maaf la ye. obses sikit kot. haha. okeh, dan sepanjang pemerhatian Mish yang tidur lambat tu, Mish terperasan, kat fesbuk, manusia-manusia lain semua nyenyak tidur. tapi bloggers, masih berjaga. tengah aktif lak tu.

tak kisah la yang duk aktif mengelike ke, mengupdate status ke, mempromote entry di page ke. dan, kalau kau update status status tengah-tengah malam buta pun, blogger jugak yang ramai mengomen. tak kisah la yang duk berjiwang ke yang duk jiwa kacau ke, yang tengah sumbakkk parokk ke. kebanyakannya adalah bogger. bae kali mau ulang daaa kan? hebat kan kuasa blogging. ia membuatkan blogger semua punya semangat tidak tidur. haha. dan seterusnya berkomuniti sesama mereka.

dan ketika entry auto post ni ditulis juga, ianya adalah tengah malam atau lagi sedap namanya awal pagi. lepas ni dah boleh tarik selimut dan tidur. maka, mungkinkah blogger lain yang belum tidur tu pun macam saya?sedang bertungkus lumus menyiapkan entry auto post. erk.

Thursday, January 26, 2012

Kenapa Mata Gajah KECIL

selalu kalau sebut gajah je mesti orang bayangkan yang besar-besar saja. besar macam gajah. gemuk macam gajah. dah sememangnya gajah tu menatang yang besar kan. sebab tu semua macam gajah. bangga gajah tau. tapi, pernah tak korang perasan mata gajah. mata gajah sepet je. kalah mata pakwe Korea ai tau.

ini adalah gajah dan anaknya. aku citer bajet macam korang tak penah tengok kan. haa. sumber from google image. tak kuasa la nak snap sendiri. gerunn oh.

kau penah tengok mata gajah? tak penah? kesiann. nasib baik Mish dah tepek awal-awal gambar gajah tu. umi kata Allah s.w.t kecikkan mata gajah sebab tak nak bagi dia tau dia tu binatang paling besar. sebab kalau dia tau. nanti dia rendah diri. ala, macam manusia la. kalau manusia, tau dan sedar dia tak macam orang lain. dia isi lebih sikit dari orang lain. mau tak makan. tak kuar main. tak berkawan ngan sesape. yela, namanya merendah diri. mahmudah tau. tapi akan jadi mazmumah bila perasaan tu terlalu menebal sampai memencilkan makan minum. memudaratkan diri tau. ish..tak baiknyaaa.

jadi, macam tu la kot perasaan gajah kalau dia tau dia tu gemuk. sian gajah kan. hehe. semua ni umi cerita masa kami ontheway nak ke Cameron Highlands aritu. lalu ikut Tasik Kenyir. dan tepi jalan tu ada santuari gajah. masuk free! so, time pergi dan balik kami singgah. barang free. siapa tak mau kan.

then, sampai sekarang Mish still percaya dengan cerita umi tu. ntah betul ntah tidak ye. mana la tau umi nak main-mainkan kami ke. adess. malu betul kalau kami percaya cerita dongeng ni kan.

Wednesday, January 25, 2012

Gila Strawberry

 bla bla signboard tu cakap jangan petik, aku nak jugak petik. haha. acah je pun. posing je lebih. puihh.


makan kat atas sedap. freshh lagi. bila bawak turun bawah je. terus jadi lebam-lebam. warna merah dia dah tak macam merah comel comel lagi. jadi kaler merah lebam. tapi seriusly, masa duk Cameron Highland hari tu, sampai naik muak makan strawberi. addicted. haha. bangun tidur, breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper. semua baham buah ni. biar nampak sikit kejakunan. baru la berbaloi minyak kereta abah panjat tempat tinggi ni kan. haha. yang lebam tu umi buat ice blended. nyummy~

teringin nak pergi lagi. nanti lah. one fine day. dengan? tettt. haha.

Tuesday, January 24, 2012

Kesilapan Lelaki

umumnya, sebuah ikatan, pasti bermula dengan perkenalan, kemudian persahabatan, dan seterusnya yang lebih maju lagi.. so, ingin saya tegaskan disini, tanpa membuang masa, tenaga dan fikiran kamu, buat lelaki. jangan terburu-buru. oh mai. why lelaki. ang ni anti lelaki ke Mish? hoii. tak de nya. Mish cuma allergik sikit ngan lelaki. asal ada lelaki je, miang gatai mula la nak mai. haha.

bercakap secara jujurnya okey, Mish jenis yang susah nak sayang orang. setakat suka tu memang senang sangat. hai semua. aku suka kau semua. simple kan. tapi untuk sayang ehem ehem tu memang susah. so, Mish percaya perempuan lain adalah sama.

bagi Mish la kan, first kau kenal ngan perempuan tu wahai sang lelaki, kau jangan la tunjuk sangat kau minat dia. kau buat biasa je. kau buat cool. kau buat macam biasa. ye, macam biasa. even kau obses sangat pun dengan dia. jangan terburu-buru. lagi-lagi dengan perempuan yang macam aku yang lagi suka memburu daripada diburu. ohmai..yeye je kan.

sememangnya perasaan sayang tu kita tak boleh nak kawal. yelah..siapalah Mish untuk senang-senang je suruh korang matikan perasaan tu. bukan salah korang kan. perasaan tu memang tak boleh dikawal. tapi, agak-agak la derr. awek tu baru je putus. tak pun tengah frust menunggeng ke apa ke kau dah cakap hal anak la, minang la apa la. lagi masuk bab rindu, sayang, nak jumpa apa semua. adess. rimas tau. yess. tu perkataan paling tepat.

kalau perempuan tu adalah Mish, sejujurnya, Mish tak suka! sebab dia macam memaksa kita. seolah-olah menekan kita untuk mempertimbangkan perasaan dia. lepas tu suka cakap, "tak pe, saya sedar saya siapa". demm..tengah tensen ngan ex lagi. nak kena jaga pulak hati orang. susah tau tak. bagi masa kan senang. orang nak bertenang segala bagai duk masuk hal lain pulak. spoil.

see. entry ni dah macam luahan perasaan sendiri pulak. haha. pape je lah...tapi buat guys, bertimbang rasa dan beragak-agak la sikit. minah tu bakal suka kat kau pun boleh lari sampai phuket kalau kau gaduhhh macam tu. hadoww la.

Monday, January 23, 2012

Alaa...saya tak reti berTWIT TWIT la...

haha. hallop..semua. mood masing-masing tengah bercuti. sebab Mish tengok kat dashboard. tak banyak entry baru yang naik ari ni. scroll atas scroll bawah..dah masuk entry dua tiga hari lepas. means, blogger skang sedang seronok menyeronok bercuti ye. tape tape. walaupun lambat, keikhlasan tu penting kan. so, dengan seikhlas hatinya, Mish ucapkan, SELAMAT BERCUTI.

sampai saat ni, tak terbilang dah rasanya mereka-mereka yang tanya Mish pasal twitter. rasa macam malu pulak nak jawab bila orang tanya, "eh, kau ada twitter?follow la aku.." demmm. maafla beb, aku tak reti main twit-twit ni. aku ada je akaun twitter. tapi aku ada guna ke eh. even password sendiri pun aku lupa. haha. memang nampak sangat lamaaa sangat sangat tak buka. dah berkebuk berasap berulat ntah.

tak pe lah. kalau korang nak amek alih akaun twitter Mish tu hameklahh. bayar RM1000 je. kau boleh kuasai satu akaun twitter tu. haha. akaun aku tu femes tau. ramai yang tanya. hoho. pasti kau jadi pujaan ramai. so lepas ni, jangan la tanya Mish ada twitter ke tak. sebab even Mish ada, Mish akan jawab, tak aktif. tak pun, ada...tapi jarang buka. padahal hakikatnya..Mish tak reti. cukupla Mish obses dengan blog dan fesbuk.

haha...feeling pun da macam retiss pencen...tuihss!

kalau tambah lagi satu, konpem Mish tak makan nasik nak bertwittwit punya pasal. haha. tak pun, nanti sampai seru, siapa tau kan. Mish akan iklankan besar-besar akaun twitter Mish. time tu, korang tak follow, siapp!

HURT

banyak benda dalam hidup kita yang kita tak boleh nak ramal. kita rancang lain, tapi lain yang jadi. tu la namanya takdir Allah. kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.

sometimes, bila kita hadapi sesuatu yang memilukan. yang tidak selari dengan keinginan hati kita, pertama sekali, haruslah hati kita memberontak kan. hati kita rasa tak patut. hati kita rasa tak adil. then, ia membawa kepada kesedihan apabila luahan hati kita tidak diendahkan.

sampai satu saat ianya sangat menyakitkan sehingga hati tak tertanggung bisa, kita merintih dalam suka. kita menangis dalam hujan. kita pendam. kita diam. kita cuba mengelak daripada memikirkan. tapi..tapi hakikatnya, ianya makin menyakitkan.

mungkin bila ianya terlalu menyakitkan kita berusaha mencari peluang. peluang membaiki mana yang salah. kau sanggup buat apa saja asal mereka mengerti apa yang kau rasa. agar mereka memahami apa yang kau rasa. agar mereka memulihkan semua rasa hati kau.

tapi sebenarnya, mereka hanya tersenyum jengkel.

its time to give up on them!

Friday, January 20, 2012

Mai mai mai tuntut hadiah anda!

haha. simple entry untuk hari ni. just a quick update from Tanah Rata, Cameron Highland. hehe. sejuk...dingin..tapi tetap tak dapat nak lupakan masalah. tak seronok kan bila kita bercuti tapi tak mencapai objektif.

tapi, untuk entry pagi tadi iaitu Jom Bercuti tu, objektif telah tercapai. hehe. seramai enam orang blogger yang meneka dengan tepat! hehe. tahniah! so, kepada blogger yang disenaraipepelkan nanti sila la emel kat Mish nama dan alamat kamu yerp. emelkan kat najihahsahami@gmail.com


blogger yang bertuah adalahh...

  1. Missenget
  2. Yousof
  3. Miss Pijaosix
  4. penagih kasih
  5. Apik Pehe
  6. Puan Besar Shag Yahaya
hip hip horeyy! tahniah wat ampa semua yep. jangan lupa emel Mish untuk tuntut hadiahh. hehe. hadiah tak seberapa. namanya cenderamata kan. kenang-kenangan. hehe. thanx sebab layan teka teki ngokngek Mish, hehe.

Jom Bercuti!

sempena Chinese New Year ni, tak de ke yang amek kesempatan nak pi mana-mana? aih..takkan nak duk terperap je kot. haha. sekarang ni Mish update live dari rumah. yess. my sweethome. seronokk gila dapat cuti. tengah-tengah stress, dapat cuti, dapat balik rumah, memang terasa Allah s.w.t. sangat menyayangi lahh..Alhamdulillah...Allah tak pernah lupa hambaNya. cuma hambaNya yang kerap melupakanNya. kan?

okeh..sempena cuti ni jugak, Mish sekeluarga akan pergi bercuti. yahuuuu! makin la beronok-ronok cutinya kan. semua ahli keluarga pergi kecuali adik Mish yang nombor dua. lelaki, mana nak ikut family bila dah besar panjang, kann?

so,meh teka Mish nak pi mana sempena cuti nih? ace teka. ace teka. siapa yang dapat teka mula-mula sekali ada hadiahh tau. serius!! untuk beberapa orang teratas yang jawab dengan betul, nanti Mish send cenderahati eh. biar la korang dah muak, mual, muntah dah pun ke tempat tu. Mish baik hati nihhhh....

klu : tempat tu sesuai untuk pergi bersama keluarga. tak perlu naik bot, feri atau pengangkutan air apalagi udara. 

Thursday, January 19, 2012

Perempuan cakap tak serupa bikin?

Perempuan memang cakap tak serupa bikin, sebab bak kata orang, cakap senang, tapi nak buat susah. tu la perempuan. lembut hati. bila dah berlembut sangat, orang pun pijak kepala. tapi kalau tak berlembut, nanti orang cakap ego. keras kepala. mungkin lembut tak bertempat. aihh. susah la pulak kalau nak main tempat-tempat ni.

perempuan ni, cakap je benci la, nak blahhh la, tak nak kacau la apa la. hakikatnya, hampeh. semua tu dibibir je. kat hati, siapa tau? lelaki tak tau. yep. lelaki tak tau. sebab depa tak paham. jadik perempuan kena banyak sabar. kalau setakat makan ati tu, orang cakap, alah..small the matter la. dah jadik ulam pun. mula-mula ulam la, tapi lama-lama jadik barah.

so orang perempuan, BERTAHAN!


haha. terlepas membebel kat sini. padan muka ampa. pagi-pagi dah dengar aku bebel. fuhhh. perempuan tu merujuk kepada seseorang. so, kepada perempuan tu, silala terasa. petang ni balik...yeayyy!

Monday, January 16, 2012

NEKAD

yepp..ni bukan mimpi. tapi kenyataan. maaf la sape-sape yang tak dapat nak kontek saya dua tiga hari ni. rupa simcard dah jadi macam ni. dah tak de sape nak nolong. ingat dah tak nak pakai nombor ni. nak hilangkan diri dari semua orang.

yeppp..tu sebaiknya. habiskan sisa perasaan yang berbaki nih. lepas ni, Najihah Sahami yang baru akan keluar. yeahh. nevermind. syukur atas kesedihan, sebab aku percaya, nanti akan datangnya kebahagiaan. aminn~

tapi nak tak nak kena buat jugak nombor ni. sebab TAC untuk CIMBclick semua dia hantar kat nombor nih. haihh..tapi tak pe la lambat pun. tak penting. hehe.


psst~
nak nangis...nak SUZY peluk...
5J..rindu ampa semua..T_T

Sunday, January 15, 2012

Jadi Lelaki Harus Lah KUAT

Aku..bukanlah Superman. Aku juga bisa nangis. Bilaaa kekasih hati. Pergi meninggalkan aku.

Ahaks. Tu lirik lagu aku bukan superman. Kan kan?siapa tak tau boleh rujuk youtube okey. Ekceli, Mish nak citer pasal ni. Mish kan, ada la kan, sorang kawan ni kan, kawan lelaki la kan, dia ni kan, kan kan kan. Haha. nyampah tak banyak kan camtu. Okeh, dia ni tak tau la nak cakap. Dia baru putus. Tak de la baru sangat. Dah hamper lima bulan kot. Tapi, ermm..ayat apa ek patut Mish guna. Emm..dia ni tak kuat. Kasar tak ayat tu.

Asal dengar lagu yang dia pernah layan ngan ex dia, dia mula la cakap teringat la. Terus tak de mood la. Tensen la. Tak pun kalau time dia teringat ke apa, terus je dia down. lepas tu gi hisap rokok la. Buat kerja bodohla. Contoh cam pi tumbuk dinding sampai tangan luka la apa la. Bongek tak keje camtu. Apa kalau kau buat camtu ex kau tu nak balik la kat kau. Haishh.

Sebagai lelaki, tak mau la tunjuk lemah. Mish pun ada jugak turun naik, tapi, cuba la tabah. Cuba la bertahan. Belajar terima hakikat. Mengeluh pun tak baik kan. Be gentleman. Baruuuu la ramai perempuan minat. Hehe.

Kan saeng-saeng ku sayangggg??heee.

Saturday, January 14, 2012

Sebab Musabab Kenapa Saya Minat KOREA!!!!

Sekarang ni banyak betul kisah kutuk kpop dan peminat kpop. Dan si fanatic kpop yang cepat melatah melawan balik. Lepas tu si pengkutuk tu kutuk lagi. Si fanatic lawannn lagi. Sampai kiamat pun tak habis. Lawan lah kamu-kamu. Malas nak campur. Saya bukan fanatic pun. Saya peminat suam-suam kuku je.  suammmlah sangat. Haha.

Variety show.
Bagi artis kpop, diorang ada bermacam-macam rancangan variety show yang best-best best dan lucu dan menghepikan. Contoh macam Thank You For Waking Us Up. Kita boleh tengok rupa diorang bangun tidur, makan dan macam-macam lah. Sebab tu senang nak kenal artis korea ni. sebab diorang sporting.  Dah la lawak bergolek-golek. Hilang stress.

Maksud lagu memang mendalam.
Senang la bagi Mish. Lagi satu, Mish jadi terminat lagu kpop ni lepas tengok lyric dia. Maksud dia bes kot. Banyak yang kena seketul-ketul atas kepala. Memang best kalau bab feeling. Haha. Ai kan minah feeling,. Auww! Lagu paling best Because Im So Stupid by SS501. Meleleh…..

Drama syok!
Seriesly, kalau cerita korea, Mish tak suka yang banyak nangis. Contoh cam, Winter Sonata.  Banyak sedih. Tapi Mish suka yang macam City Hunter. Sangat suka jalan cerita dia. Mencabar kot. Kebanyakan cerita korea ni banyak lawak. Tak kering gusi kalau tengok. Romantic pun tak de la melampau. Romantic yang logic lagi la.

Muka jambu air
Haha,. Yang ni sebab utama kenapa perempuan-perempuan especially gilaaaa sangat kat kpop. Muka depa jambu. Tak kisahla sebab cucuk ke sebab apa ke. muka dorang memang style lah. Haha. Lagi satu fesyen diorang. Tengok pakaian lam video klip lah. Unik! Kalau penyanyi perempuan biasanya seksi tang kaki je. kalau mat salleh…semua bahagian badan seksi . ish..

That’s all. Jangan kutuk saya. Ni je idea saya. Kesiannn kat saya. Haha. Mood blogging dah macam debu-debu kat lantai. Sekali sapu baru Nampak. Kalau tak sapu lantai tu kita tak tau ada debu ke tak. Haha. Mandai je perumpaan aku. Ades. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, January 13, 2012

UBAT KUTU Ubat Paling Laris

Lai lai lai lai..mai sini mai..Mish nak mai jual ubat. Haha. sape nak beli.

Ubat kutu nama diberi,
Kutu banyak berekor-ekor,
Siapa mau datangla sini,
Kalau tak mau pi main jauh-jauh.
Haa, ada yang berani jawab pantun Mish tak?haha. sumpah malas nak reka pantun sedap-sedap ni. tak tahan kot nak baca pujian daripada kamu kamu semua. Haha. tetiba. Okeh. Meh nak habaq mai. Setakat Mish kerja kat klinik ni la kan. Mish terperasan, ubat kutu ni agak laris la.


Nama generic ubat kutu ni Gamma Benzyl Hexachloride. Lepas ni, kalau korang nak amek ubat kutu, korang sebut nama tu, konpem doctor terharu sebab dapat patient clever macam korang. Haha. ubat kutu kat sini macam goreng pisang panas. Seriyesli wa cakap lu. Kalau bukan patient yang mintak, staf yang mintak. So, stok ubat kutu memang tak boleh kurang lah. Tambah-tambah musim cuti sekolah aritu.

Normally, kalau makcik-makcik yang mintak ubat kutu, dorang akan cakap camni, “ubat ni untuk anak makcik..bukan untuk makcik..biasala musim cuti sekolah ni..bla bla bla.” see? Tak pun dikatanya cucu la anak sedare la adik la jiran la. Habis kaum kerabat di heret. Malu la tu takut kita pikir dia. Hehe. Normal la akak-akak oi!!

So, cara nak ajar patient pakai ubat kutu ni dah macam satu zikir pulak kat mulut. Duk sebut selalu.makcik, ubat ni pakai masa mandi petang atau malam tau. Buat macam shampoo, lepas tu balut kepala dengan tuala.  Then esok pagi baru bilas. Pakai sikit je ye..sebab ubat ni panas. Takut rambut gugur. Pakai tiga malam berturut-turut. Fuhhh.

So, siapa nak ubat kutu? Nak jual ni!! haha

Thursday, January 12, 2012

Blogger Meroyan Di UPM.

Salam semua! Hari ni Mish nak update pasal Mish pergi meroyan bersama beberapa orang blogger time cuti tahun baru hari tu. sangat seronok okey. Sila la jeles sekarang. Pelisss.

tarikh : 31 Disember 2011
tempat : Universiti Putra Malaysia
kredit to : Ieyla & Apik
time ni semua duk posing gaya nak tok kadi nak nikahkan orang. haishh. yang tengah tu paling semangat. tok kadi cemerlang. haha.


kandid! buat tengok gambar lam kamera konon. kamera lagi satu perlu la snap moment ni. macam sweet kan. caihh. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. right?


semua duk rasa memasing ayu time ni. aishhh. jahat nya mulut aku. buaya tasik naik nak telan kami pun kami leh tak perasan kalau dah sibuk duk posing. 


maluu sangat time ni. ni time sesi panaskan badan. warming up ngan kamera dan model tak cukup inci. 

kaki sape paling besar? gulp.

okeh...Mish ngan Ieyla berebut nak interframe. maka, Ieyla yang tinggi harus memendekkan diri sikit supaya wajahku masuk sekali....yess!





kalau Mish jadi kamu, Mish jeles. haha. tetiba!

Wednesday, January 11, 2012

MASALAH

Masuk je blog purple ni, murung. Muram. Sedih. Asyik cerita pasala masalah je kan. Well, namanya kehidupan. Takkan lari dari masalah. Bercerita, berceloteh, merapu di blog merupakan salah satu cara untuk melapangkan dada.  Bila masalah menghimpit, dada kita mesti rasa sempit je kan. Nak bernafas pun rasa macam kena guna tong oksigen.


Ikutkan hati, bila ada masalah, Mish suka bersendirian. Berkurung dalam bilik. Tapi sebenarnya, bila kita duk diam, makin kita tertekan. Makin kita fikir, makin kita muram. Makin kita melupakan, makin ia mendekat. Hah, puitis tis tis ayat. Kan? Jom gelak. Haha. #tiba-tiba

Anggap je masalah tu sebahagian daripada syarat untuk kita matang. Tak pun, bagi yang single, anggap je masalah tu syarat wajib ada sebelum kawen. Haa. Tu kalau kes masalah kapel la. Kalau masalah kerja, anggap je tu syarat wajib ada untuk kita dapat gaji. kalau masalah belajar pulak, anggap je tu semua syarat wajib untuk korang dapat sijil. nak tak nak. susah ke senang kos korang tu, memang akan ada masalah. Hadapi dengan senyuman. Buat la senyum kambeng pun. Asal senyum.

Haahhhh..lepas je taip entry ni. terus je rasa lapang sikit. Thanx for listening. Eh. Reading. Hahaha.

Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah, rezeki tersepak.

assalamualaikum wbt semua! haishh. bernafas lagi Mish rupanya. Alhamdulillah. lama tak lama jugak tenggelam ni. bila dua hari atau lebih tak update, masing-masing secara personal nya PM Mish, "awat diam?ada problem ka?". haha. see? nampaknya lepas ni Mish tak boleh la diam selama dua hari ke atas. puihhhhh. padahal semua duk bersyukur wa tak update. sebab tak payah penat mata baca entry wa yang merapu. huwa huwa huwa.

syukur jugak sekali lagi, sebab..cek Nuffnang yang Mish duk tunggu sebulan lebih sampai janggut dah tunggu uban. haha. akhirnya semalam, sampai jua ia ke rumahku syurgaku sana. adik Mish mesej cakap cek sampai. yabedabedu. rasa nak melompat terkinja-kinja pun ada. duit beb. sukaaa sangat!

mesti yang kamu kamu yang cash out semusim ngan Mish pun dah dapat duit kan? ehee. Apik pun cash out ari tu. ce pi mintak dia belanja sikit. haha.

budak ni lagi syok shopping. kalah ai. ciss..
kutip dari sini.

psst~
lepas ni nak kena kumpul kekuatan untuk mengapdet. haha. poyonyess.

Friday, January 6, 2012

Kejadian Benar : Aksi Gali Hidung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap semua sihat dan sejahtera. Dah new year kan. Mood kena la new year jugak. Tu pasal entry kejap sadiss, kejap boring, kejap bungukss je kan. Masih mencari mood tahun baru. umur pun dah naik. Huh. Tak puas hati betul bab tu. hehe.

Patient kat klinik ni pun ramai yang terkejut ngan tahun baru kot. Sebab tiba-tiba je jumlah patient minggu ni naik sikit. Hari yang tak bizi pun jadi bizi. Memang terkezutt habis ah. Dalam duk ramai-ramai pesakit ni, Mish nak citer kes patient yang cari harta lam hidung. Haa aktiviti time boring yang best gak nih. Sape penah buat sila la buat pengakuan k.

Time nak tunggu nama kena panggil tu memang boring kot. Sebab tu la sorang pak cik ni, yang mana namanya dirahsiakan. Keturunan?haa..ace teka. Kalau berani teka la. Haha. tangan kanan duk baca paper, tangan kiri gigih menggali. Langsung tak peduli kiri kanan depan belakang. Pakcik dah tua..apa nak kisah saham naik ke turun. Sebab tu ah aktiviti menggali dilakukan penuh khusyuk dan tawaduk. Agak-agak klinik nak terlingkup pun dial eh tak sedar lagi. Nikmat ohh. Hoho. Series geli okey.

Lepas syok gali ngan jari kelingking, dia gali pakai tisu lak. Dia gulung-gulung kecik hujung tisu tu, pastu dia masukkan ke dalam terowong tu. boleh bayang tak? Sape yang leh bayang tu memang hebat ah. Anda mesti ada pengalaman. Kan? Haha. jom sebut  yewwww pada depa. YEWWWWWWW….!

Psst~
Orang kata kalau suka gali hidung lubang hidung dia besar. So, lepas ni ace cek kat cermin ampa punya besar ke tak. Kalau besar tu mesti banyak harta untuk digali kan. Haha. mitos yang hampehh. Jangan duk pi caya lak. Babai!

Wednesday, January 4, 2012

Sunday, January 1, 2012

Euw..ANNOYINGnya BOYFRIEND ni.

Okeh, first of all, cara nak sebut euwww tu haruslah gaya Anwar Hadi. Yeahh. Anwar Hadi. Kalau dah lupa siapa mamat tu sila la google atau search youtube. Berlambak-lambak keluar gambar atau video beliau. Auw..lama tak skodeng mamat nih. Haha. zaman skang, perempuan skodeng lelaki. Sila contohi amalan nih okeh.

Korang pernah tak dapat beberapa orang boyfriend yang mempunyai tahap ke’annoying’ an nak mampus! Haha. kasar ayat Mish? Tak de la kasar sangat nak dibandingkan perangai boyfriend yang disenaraikan di bawah.

Boyfriend taik idung masin
Carta terunggul ni. sape-sape penah dapat atau sedang dapat boyfriend taik idung masin? Masinnya taik idung dia tu tak de la sampai korang kena rasa dulu. Haishh. Geli pulak bila di bayangkan. So, anda di harap jangan membayang la ye. Boyfriend jenis ni bukan nya dari kaum yang miskin. Most of them ada je duit, tapi sayang nak bawak kuar. Nak jugak guna duit perempuan. Setakat minum air segelas dua. Beli roti coklat seketul dua ok la. Tapi ni masuk pizza kepsi semuaaa nak girlfriend bayar. Cis…tak gentle langsung. Dayus lagi adala..sebab makan duit perempuan. Setuju?

Boyfriend mata keranjang
Orang lain main bola keranjang dengan tangan, tapi boyfriend kamu main guna mata. Hebatt! Tahniah pada si girlfriendnya. Haha. dapat pakwe yang pantang nampak perempuan berdahi kurap pun nak sapu. Apatah lagi yang berdahi licin. Aiyakk.. ampa perempuan desperate nak berlaki sangat ke kalau dah lelaki camni pun nak pilih lagi. Nasihat gua, tak payah la beb. Mak ayah pun malu kalau tau bakal menantu depa macam ni. jangan pilih eh kamu kamu dan kamu. Jangan pilih lelaki macam ni. seksa hati tauuu!

Boyfriend jual ikan busuk
Pernah dapat boyfriend selfish? Selalu pikir pasal diri sendiri je. dah jual ikan busuk, duit tu masuk poket sendiri. Huh. Bila ada masalah terngedeh-ngedeh datang kat kita. Menempel-nempel cerita masalah. Bila time kita ada masalah, baru nak stat mukadimah, dah cakap ngantuk. Macam hampessss je lelaki camni. Encik pakwe, ai rejam u sampai mati kalau buat macam ni ka tai. Ngerti??haa. semua angguk..

boyfriend just take never give
haa..wahai kaum lelaki sekalian alam. Pinjamkan matamu plis. Ramai lelaki yang jenis macam ni. si girlfriend bagi macam-macam jenis hadiah. Kamu balas dengan senyuman je. alas an kamu, senyuman itukan sedekah. Padahal barang untuk perempuan bukan susah pun. Beli penyepit rambut harga limaplohsen pun perempuan dah suka hati. Tapi kalau awek korang tu kenis yang materialistic nak barang yang mahal aje memang padan la muka ampa. Sape suh pilih pompuan camtu. Hahahaha. Gelak setan. Dushh. Nyah kau setan.



Dah baca habis dah?so, boyfriend kamu jenis mana? Jeng jeng jeng!!