Wednesday, May 18, 2011

3 Jenis Perempuan Yang SORRY La I Nak Rapat

  1. Perempuan yang jadi pernah jadi orang ketiga

    okey, percentage untuk Mish langsung tidak berminat untuk rapat dengan perempuan macam ni adalah sangat tinggi. apa kata perempuan-perempuan lain? kalau ada sorang minah ni pernah kacau relationship atau rumahtangga korang, mungkinkah korang bisa terima minah ni jadi teman? erk. pergi kemana-mana berdua. dengan perampas, pemusnah dan penyibuk ni? kalau Mish, SORRY la besar-besar atas kepala. tak minat okeh. setakat senyum jumpa kat tandas lagi okey lagi. tapi dalam hati rasa cam bernanah je. sabar je la.


  2. Perempuan yang jenis suka tikam kawan.

    siapa yang suka berkawan dengan perempuan camni kan. kalau dah sah-sah tertera kat dahi orang tu yang dia ni memang jenis kawan makan kawan. sumpah kita tak dekat kan. tapi masalahnya, hati manusia ni tak boleh diduga. luar nampak baik, nampak ciri-ciri teman sejati. tapi belakang. phewwW. langgar gajah pun gajah tergolek. kalau dah sekali tau perangai dia suka main tikam-tikam, sori la beb. aku terus tikam nama kau di sanubari. kasi mati kau di lubuk sana. haha.


  3. Mana-mana perempuan yang dirasakan perlu. 
    yess! mana perempuan yang rasanya sangat logik untuk kita tidak rapat. mungkin Mish nampak macam dia ni lancang bebeno ke, memang tak kuasa la nak rapat. tak pun perempuan yang kaki perli ke. keluar dating sikit pun nak kecoh-kecoh satu kelas. apa kau jeles aku ada pakwe? yeww. tak senonoh betul hidup berhasad dengki kan. ahaha. perempuan-perempuan yang langsung tak boleh diajak bergurau, tak sekepala, kepala memang dah sah-sah satu sorang, tapi maksud Mish, tak masuk geng la. almaklum la, mulut ni kadang-kadang out of control. so, rasanya, baik Mish tak payah nak rapat dengan mereka-mereka ni. nanti kalau terlepas dah tak boleh nak undur. kan kan?
nak berkawan mesti la tak memilih bulu kan. tapi untuk jadi rapat dan akrab tu rasanya perlu la jugak memilih. Mish bukanla baik sangat untuk cakap, "saya ni ramah la. dengan semuaaaa orang saya berkawan baik. semuaaa orang saya rapat". oh no! tak baik tipu macam tu. mesti ada gak certain orang yang kita rasa kita patut jauh kan. 

pape pun, terpulang la pada individu tu sendiri. :)

25 comments:

Fasihah Supian said... [Reply to comment]

ish....perlu memilih kawan yang betul ni....silap langkah,dgn kita2 sekali gol najihah sahami hehehe

wachak said... [Reply to comment]

org lelaki x bleh komen erk ... he33

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

i kawan pilih bulu gak yunk.i xnk yg mcm penyapu besi tue.i nk yg jenis lembut2 tp tajam.ahakss

TS said... [Reply to comment]

wallah...i ni kategori mne??hihi

Alif Haris said... [Reply to comment]

kwn lelaki yg "sorry larh i nk rapat" cmne lak ? HaHa

Encik MamaT said... [Reply to comment]

mujur ai laki.. hahaha....

laskar pelangi said... [Reply to comment]

toink3! pelangi kat part mana satu nie..

K said... [Reply to comment]

nasib baik laki,hahaha :P

dak eina said... [Reply to comment]

u nk kwn ngan i x mish? kehkehkeh!

rafina mimi abdullah said... [Reply to comment]

berkawan dgn lelaki lg bagus dik..lelaki ni x cerewet dan x suka jaga tepi kain org..hehe..masa skolah dulu akak banyak kawan ngan laki je..best kawan ngan diaorang..x percaya?cubalah..hehe :)

Unknown said... [Reply to comment]

betul..kene pilih kawan yg betul2 baik utk kita..sbb klu kt pilih kwn yg tak baik, takut kt terikut2 lak.

Aqilah Azmi said... [Reply to comment]

HUH ! SAMAAA ! :d

Unknown said... [Reply to comment]

akak orang yang memilih bab kawan2 ni..
kalau tengok mulut dan gaya lain macam je memang
dia duduk dalam senarai ke 4 atau ke 5 je la..
kalau yang ok dan tak becok boleh la rapat2..:p

Anonymous said... [Reply to comment]

tak suka dengan perempuan yang mulut suka mencarut..
malu nak rapat dengan dia
-.-

|| a - j . E . E || said... [Reply to comment]

mish ni suke emo tau.. hek hek hek..

CIK TOM said... [Reply to comment]

cik tom plg xsuka kwn perempuan yg perampas..huk3...

Izan Ishak said... [Reply to comment]

kak izan pun tak suka pompuan jenis perampas2 nih. tak kose mak nak rapat2 ngan dia... kita mmg patut memilih kawan ye mish...

Nur Suaidah Bachok said... [Reply to comment]

haha! point pertama tu memang kena jauhkan. eeee scary okeh!

Mr. Asada said... [Reply to comment]

dah macam memorandum kepada para perempuan-perempuan lain je. hahaha

apa pun, kawan biar berjuta. kalau kita tak suka pun apa orang tu buat, jangan jadikan dia musuh. tak rapat tu ok la.. hee ;)

fiezah91 said... [Reply to comment]

haha..ada ke org nak kawan dgn perampas? rasanya semua perempuan tkt nak kawan dengan perampas.wakakaka

Cik Tim said... [Reply to comment]

betul3!!! sokong! hehe..nk berkawan kena gak memilih, kang tetibe dapat kawan jenis baruah...xke cari nahas tu kan.. hehe

emieysandra said... [Reply to comment]

uish..mmilih jgk mish yg peramah ni yer ;p

myzziema said... [Reply to comment]

yuhuuu setuju sangat2 sis! kita mungkin boleh berkawan dgn semua org tapi tak semua org boleh berkawan rapat dengan kita. tak semua kwn boleh 1 kepala dgn kita. kdg2 kwn dgn org yang tak msuk geng ni, boleh bernanah hati tgok. ahaha.

YouSOF said... [Reply to comment]

Budak kurang baik : Memang selalu kita dengar memilih kawan biar yang boleh membina kita bukan yang boleh menjahanamkan kita..



Kalau dah selalu lepak ngan kawan yang kurang baik, tak mustahil 'penyakit' buruk diorang boleh berjangkit kat kita kan..




So pandai² la memilih teman ok Mish! ;)

Gayahspears said... [Reply to comment]

kesimpulanya :- berhati2 memilih kawan...


ehem2..Gayah ni kecoh je tp agak pemalu orgnyer..x suke jaga tepi kain org..hahaha