Friday, May 20, 2011

Nak Buat Apa Ni??

tadi pagi, pukul 8 Mish jadi budak baik. pergi kelas dengan bergayanya. ahaks. bergaya tu hanya penambah bicara okeh! lepas tu dalam pukul 11, siap-siap makan semua, kami cabut. balik hostel. pergi sekadar tunjuk muka je. dah kira baik Mish datang. budak-budak lain menonggeng atas katil lagi masa kami balik tadi. haha.

dan sekarang, kebosanan mula terasa. erk! tak tau nak buat apa kat hostel ni. nak online, rasa macam dah muak. tak tau nak bukak apa dah kalau online. asyik-asyik blog, FB, youtube. adeh.

nak tengok  movie. macam idea yang bagus. tapi tak tau nak tengok cerita apa. apa yang best eh. sebab jenis Mish, kalau tengok mesti cepat bosan. tengok pun sekerat jalan je nanti. sebab tu prefer tengok wayang.

nak keluar. tapi macam malas. tambah-tambah hujung bulan ni. baik duk diam-diam dalam bilik. nanti esok-esok tak pasal-pasal kena makan pasir berkuahkan budu. budu? hahah. sedap tu.

nak tidur. tapi asyik tidur je. mata pun dah tak reti nak mengantuk dah. tidur overdose. nanti muka macam bola. eh, tak nak laaa.

nak main game. tapi game pun macam membosankan sekarang ni. kalau main pun mesti rasa tak best. asyik menang je. ntah pape game Plant vs Zombie tu kan. haha.

adoi. semua benda jadi malas. tapi bosan. nak buat apa lagi ni..aiyakk..kalau kat umah kan best. leh main ngan Iman. adoi! adoi! adoi!!!!!!

11 comments:

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply to comment]

gi study tu mish~~ ^_^

Jay said... [Reply to comment]

wah mish pun suka main plant vs zombie??hahaha..Jay dah berkali2 khatam benda tu..

Cik Ezy said... [Reply to comment]

game zombie tu cik ezy suke..
dh lame xmaen..
haha..
asek kalah je..

nuruashia ♥ said... [Reply to comment]

kuar laa tgk cite fast 5 or nur kasih the muvee ehhehe..kalo nuru dah lama kua hehehe

LADYHEART said... [Reply to comment]

tgk movie cite nur kasih..dgr cite mcm best..hehe

diana said... [Reply to comment]

akal nak balik umah tu..
semua benda nampak bosan..
hehhehe

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Sayam~ Jom jogging! Hahahaha ;D

Gayahspears said... [Reply to comment]

Bosan............ jum kita lepak same2 mish...

Ashiya Mizuki said... [Reply to comment]

semua menda malas erk akak mish ni nak buat... adoi

rindu sama kamu akak mish..ahaks~~
=)

Izan Ishak said... [Reply to comment]

yelah mish...kalau dah bosan, gomol budak keciklah jawabnya. ni kes merindui iman jugaklah ni ye~

Puteri Iqa Izyan said... [Reply to comment]

sume tak kena nih. huhu