Friday, January 13, 2012

UBAT KUTU Ubat Paling Laris

Lai lai lai lai..mai sini mai..Mish nak mai jual ubat. Haha. sape nak beli.

Ubat kutu nama diberi,
Kutu banyak berekor-ekor,
Siapa mau datangla sini,
Kalau tak mau pi main jauh-jauh.
Haa, ada yang berani jawab pantun Mish tak?haha. sumpah malas nak reka pantun sedap-sedap ni. tak tahan kot nak baca pujian daripada kamu kamu semua. Haha. tetiba. Okeh. Meh nak habaq mai. Setakat Mish kerja kat klinik ni la kan. Mish terperasan, ubat kutu ni agak laris la.


Nama generic ubat kutu ni Gamma Benzyl Hexachloride. Lepas ni, kalau korang nak amek ubat kutu, korang sebut nama tu, konpem doctor terharu sebab dapat patient clever macam korang. Haha. ubat kutu kat sini macam goreng pisang panas. Seriyesli wa cakap lu. Kalau bukan patient yang mintak, staf yang mintak. So, stok ubat kutu memang tak boleh kurang lah. Tambah-tambah musim cuti sekolah aritu.

Normally, kalau makcik-makcik yang mintak ubat kutu, dorang akan cakap camni, “ubat ni untuk anak makcik..bukan untuk makcik..biasala musim cuti sekolah ni..bla bla bla.” see? Tak pun dikatanya cucu la anak sedare la adik la jiran la. Habis kaum kerabat di heret. Malu la tu takut kita pikir dia. Hehe. Normal la akak-akak oi!!

So, cara nak ajar patient pakai ubat kutu ni dah macam satu zikir pulak kat mulut. Duk sebut selalu.makcik, ubat ni pakai masa mandi petang atau malam tau. Buat macam shampoo, lepas tu balut kepala dengan tuala.  Then esok pagi baru bilas. Pakai sikit je ye..sebab ubat ni panas. Takut rambut gugur. Pakai tiga malam berturut-turut. Fuhhh.

So, siapa nak ubat kutu? Nak jual ni!! haha

11 comments:

Shila said... [Reply to comment]

ada pembelian on9 x ..?

cas penghantaran berapa..?

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

wahhh, nnti ade news baru "ketagihan ubat kutu berbanding ubat batol" wakakaka

brape hengget tu? gamma ray~ alpha beta..:P

Unknown said... [Reply to comment]

eh!!baca ni baru teringat nak tengok kepala maisara satgi..
dia kan dah sekolah ni..risau jugak akak..

Pha Is said... [Reply to comment]

ubat untuk herpes laku tak..??? hahaha

다(da)양(yang) said... [Reply to comment]

haha.. klu malu la kan, rasanya kena ckp "bole mintak ubat Gamma Benzoil Hexachloride satu" hik3....

Tea said... [Reply to comment]

Kalau mandi laut.. Tiba2 jer ,ita boleh ade kutu.. Uhuhhhh

Diari Si Froggie said... [Reply to comment]

pehh boleh dimasukkan kedalam ubat yang paling laris dipasaran la nie..
haha..makcik tak nak ngaku la tu..
Alhamdulillah baru sekali dalam hidup kena..huhu

EruzuLiyana said... [Reply to comment]

haha, tuh la pasal, normal la tuh ada kutu atas kepala, kang kalau ada gajah atas kepala, takke naya..haha

Unknown said... [Reply to comment]

staff?termasuk mish skali kan?hahaha..meh nak balas pantun..

pergi klinik mencari ubat,
mencari ubat untuk bunuh kutu,
kalau mish dah cakap ubat tu hebat,
bak mai la satu.

hehehe..

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Wajib lah budak budak ada kutu. Shag dulu pun ada kutu gak sampai tak ada orang nak kawan. Padahal kutu tu lepas smeinggu dah hilang, kawan hilang sampai bila bila >.<'

A-Go-Go Shop said... [Reply to comment]

nak bli camne ni? ble emel tak?
nurulain_ghazali@yahoo.com