Friday, February 4, 2011

Terasa Sangat La HOT Bila Round Kampung Pakai Baju Kurung Sambil Naik Motor

hai dalim. ahaks. entry before ni dah sayam. ni dalim la pulak. lepas ni boleh buat ayam dan alim je. ahaks! kejam kan. ada la sorang mamat tu penah cakap kat Mish, kejam tu cool owh, cool yea. haha. manyak santek cool. ish. 


owh, tajuk entry yang sangat panjang kali ni kan. sebab tak tau nak pendekkan camane. nak buat tajuk 'Rasa Hot'. tapi nanti ada yang muntah tak pasal-pasal..pastu ingat nak buat tajuk ' Berbaju Kurung' , tapi rasa macam tak de motip pulak. adeh. nak buat tajuk tapi rasa susah macam nak jawab paper Biologi peringkat SPM. owh, giler penipu, Mish budak teknikal, bukan sains tulen. haha.


baru nak masuk isi kandungan ni. ehem. tadi umah kawan umi Mish ada la buat kenduri sebab nak rasmi rumah baru. so, dapat la makan free. disebabkan nak pergi kenduri, umi paksa. PAKSA ok. haha, umi paksa Mish ngan adik Mish si Athirah tu pakai baju kurung. so, bila umi dah PAKSA. harusla kami patuh. kami tak de la keras hati sangat. lagipun, belum ada kes orang meninggal sebab pakai baju kurung kan?haha.


nak dijadikan cerita, dalam pukul 8 malam tadi kami selamat tiba di rumah. lepas tu Mish ajak si Athirah tu pergi kedai sebab nak cari cokelat split. yang macam Nutella tu. tapi tak nak la yang mahal tu sebab kedai kat kampung Mish ni ada yang jenis macam dalam bekas kaya tu. harga pun bawah RM4 je. mula-mula nak bawak WHU Mish tu, tapi tiba-tiba adik Mish tu ajak merempit lak. siot je. dah la berbaju kurung. naik motor malam-malam. sejuk weyh. haha.


masa sampai kat kedai tu, adik Mish ni punyela sengal pi berenti kat depan kedai minum. dah namanya kedai minum kat kampung, mestila ramai muda mudi lepak kan? ceh. korang tau dorang cakap apa? " kenapa dua beradik ni pakai baju kurung? pergi beraya ke? orang raya cina ni pakai cheongsam la wey ". ceh. pastu diorang gelak. adeh. malu haku dibuatnya. lepas tu kami ke kedai topup sebab adik mish tu nak topup nombor die. sampai sana. pun ada geng lelaki. adeh. kena perli lagi. " Tirah, kakak mu ke tu? haha. muka sama weyh. dah la pakai baju kurung malam-malam ni. nak lari gi nikoh Golok ke?" arghh! tensen weh. pakai baju kurung pun jadi bahan. hampagas. haha.

part paling best masa lalu kat depan sekolah menengah. ramai-ramai mat motor buat phewitt. adeh. malu weyyy! lepas ni kalau nak ke kedai malam-malam mish nak pakai telekung sembahyang lak. bia semua pakat lari lintang pukang. haha. padan muka ampa!




kami la minah HOT sebab gambar ni diambil masa tengah panas yang menghotkan. haha. berpeluh wess. hot kan cuaca hari ni. tempat korang macam mana? ade hujan ke? ehee.

15 comments:

laskar rainbow said... [Reply to comment]

phewittt!!! nak ngorat jugakkk lahhh nie;))
mamat tu jeles. dia tak boleh pakai baju kurung. tu yang dia perli2 tu;)

heeee ^__^

eRza farEeha said... [Reply to comment]

wahhh..hot ne ngorat woo..

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

dah la berbaju kurung. naik motor malam-malam. sejuk weyh. haha.

aku da pk kotor da.hahaha

Cik Dara said... [Reply to comment]

haha,hot lah sgt tu mish..
phewwitt,join budak2 dpn skolah sbt phewittt..

Bulan said... [Reply to comment]

raya cina pakai baju kurung. hot la yunk!

alinac lover said... [Reply to comment]

hehehhe tu la kan.skg ni pakai bju kurung malam2 da rasa pelik

hiks~

g0m0k9enDek said... [Reply to comment]

mish, nak hot2 sekali leh x??

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply to comment]

mish mesti yg pakai tudung batu2 tu kn?? sbb mish xminat shawl.. ^_^

CIK TOM said... [Reply to comment]

mish mmg hot naik motot pakai bj kurung...hihihihi

padin said... [Reply to comment]

hak3 aku setuju, kejam itu cool!! keh3

cikgu ainura said... [Reply to comment]

olo2.. swettnyer naik motor naik motor... :)

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Muka serupa macam kembar lah korang! hehe. Haa~ Cadangan di terima. Lain kali merempit pakai telekung! :P

Entri terbaru Shag : Mengira hari dan terus berdebar

zirconia said... [Reply to comment]

haha. sebab dah jarang sangat orang pakai baju kurung sekarang nie. tu yg jadi bahan kot. dulu kecik2 jalan merata pakai baju kurung kott :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

perghh naik motor pki baju kurung ke?hihi.

Miss Yaty said... [Reply to comment]

mish pakai pape pun hot gituw :)