uwargh..taip entry sambil menguap. betapa Mish nak bagitau bestnya tidur semalam. haha. kalau dah namanya tidur. mesti la best kan kan. cuba kalau suruh buat kerja. sebelah mata pun tak pandang. adeh. buruknya perangai.
ni la dia rupa Bas Tasik Kenyir yang baru. comel kan warna dia. pink plus pepel gitu. auw!!gambar pinjam dari Dato' Google! |
penat naik bas tak hilang lagi nih. dah la duk seat nombor 35. apa ada ngan nombor 35 tu? ahaks! 35 tu seat paling last weyh. fuhh. duk atas tayar. memang mencabar. kena pulak ngan jalan musim hujan kan. paham-paham la. berlubang-lubang.
masa naik bas semalam ada la satu peristiwa yang memang mencabar habis. aduh. tak sangka naik bas pun mencabar kan? lebih kurang setengah jam perjalanan tiba-tiba je Mish rasa nak buang air. korang bayangkanla. bas baru gerak, boleh pulak ada rasa macam tu. adeh. nak tak nak, kena la tahan kan. nak tunggu Hentian Gambang tu ada dalamsatu jam lebih lagi. sebab bas Tasik Kenyir memang selalu berhenti kat situ. so, mau nya dalam tahan tu memang dah tahap kritikal weh. nak pergi bagitahu kat driver memang tak cukup yakin la. seba dah duk seat belakang sekali. kiri kanan semua lelaki. nak jalan terkepit-kepit pun malu. adeh.
tengok signboard tepi jalan. Hentian Gambang lagi 43km. pergh. dah punye lama tunggu ada lagi 43km. tensen weyh.
last-last Mish amek keputusan untuk tidur. mula-mula tidur ayam. ceh. last-last memang tak dapat tidur. hadow. apa nak buat ni. dah macam-macam gaya duduk dah. habis segala gaya Mish buat. last-last hampeh. tiba-tiba je kusyen tu rasa basah. hangat je. WHAT? takkan kot. adeh. mula la gelabah masa tu. malu weyh. umur dah 20+ masih nak terkencing dalam seluar. erk. muka rasa macam merah je.
lepas tu tiba-tiba je Mish rasa macam bas tu berhenti. erk. takkan la driver tau kot i terkucil. adeh. malu. bila bukak mata. tengok semua orang turun, eh, diorang bau ke? errk. tengok kat sekeliling. eh! dah sampai Hentian Gambang. cis! tak sangka semangat nak buang air tu sampai dapat mimpi ngeri. hahaha.
moral or the story :
sebelum naik bas tu, sila la ulang alik ke toilet dalam 3 4 kali untuk keselesaan menaiki bas. haha.
12 comments:
hihi..ingat terkucil td?
nsb bek la..mimpi..hoho...haha
huhu. comel la bas tu .. rase nak naik plok .. ahaha ..
bckground CL da berubah . check it out! lalala~~
eeeeee, tak malu tekucil.hahahaha;p
afiq xsuka naek bas..bau bas tu meloyakan.xtawla kenapa..akan naik kalau desperate huhu
heheh dasyat mimpi tu mish~ngeee
hahaah...mish ni...pas ni pakai pampers kalau takut terkucil lagi..hihiii ;P
haha. . mish. . lain kali bawak botol. . senang. . kihkihkih..
kah3..ingatkan mimpi basah tadi...
haha azmi naik bas malam ni
hahahahah ! sebek tak terkucil betol2 !
:P
kalo terkucil bebetul tuh . mesti mish muke toye abes kan . HAHAHA :)
hahahaa..lawak la mish nie.. tp ok la.. nasib baik mimpi jek..kalau betul2 cammane la tue...
Post a Comment