Friday, August 26, 2011

Bukan Lagi SEMBILAN Tanpa SEORANG


First of all, I miss him. Deeply. Crazily. Sincerely. And its hurts me.

Yess. Sangat menyakitkan bila kita merindui seseorang yang dah tak de lagi kat dunia ni. Sangat sakit. Sampaikan kita rasa macam betapa ruginya kita semasa mereka ada kat dunia ni. Ruginya kita sebab tak peluk dia puas-puas. Tak tatap muka dia lama-lama. Tak cium dia selalu. Semua kita rasa rugi. Sehinggakan kita rasa membazir masa kita bersamanya hanya kerana kita tinggalkan dia hatta 5 saat.

Again. I miss him.

Tak dapat nak bayangkan macam mana raya tahun ni bila beraya tanpa seorang ahli keluarga di sisi. Tak dapat dibayangkan macam mana nak pergi kubur adik sendiri yang akrab dengan kita di pagi raya. Tiba-tiba rasa macam jangan la datang wahai raya. Semakin dekat raya. Semakin kuat sedih tu datang. Semakin kuat rasa kehilangan.

Raya tahun ni mesti tak semeriah dulu. Dulu sembilan orang. Sekarang tinggal lapan orang je adik beradik.

Series rindu. actually, sepanjang duk kat Bentong ni. Tak pernah satu malam pun Mish lupakan arwah. Setiap malam pasti bersisa rindu untuk arwah. Setiap kali patient sebaya arwah datang ambil ubat. Setiap kali tu la Mish beredar ke belakang stor menahan air mata. Padahal tewas gak last sekali.

Dah macam-macam cara Mish buat supaya kuat. Tapi kita tak boleh nak tipu diri sendiri. Mish dah cakap kat diri sendiri, tak baik menangis macam ni. Nanti kalau arwah tahu, arwah sedih. Tapi makin laju lak air mata. Hampeh.


Air mata makin laju bila dengar lagu ni. Try la baca lirik dia. MISS HIM!

Psst~
Tak dapat bayangkan perasaan mereka yang hilang ibubapa. Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya.

Hargailah mereka ketika mereka masih ada. Ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, dan lain-lain. Adat manusia, bila dah tiada baru nak dicari.




13 comments:

aimanayie said... [Reply to comment]

(,^^)

it is not like i dont hv any feeling at all, but, if i make a sad face, i noe it cant cheer u up at..

thou, a happy face myb would do the same thing,, but.. it is something different than a sad 1 rite kak cik

:)

Hana Soffelia said... [Reply to comment]

Sedihnya Mish.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin..

P/s : Mish bersabar eh, perbanyakkan sedekah ayat suci al-quran sbg ingatan kpd arwah.

semutsengal said... [Reply to comment]

oh,

yang pergi biarlah pergi yaa, semoga rohnya bahagia disana.


;)

Asyila Zainuddin said... [Reply to comment]

sabar ye.. :) kuatkan semangat..

Puteri Iqa Izyan said... [Reply to comment]

jgn sedih2 mish.


eh. iqa suka lagu 0330 tu ^_^

Alif Haris said... [Reply to comment]

mesti sukar nk tahan perasaan tu bile fikiran ni asek terkenangkan yg telah pergi ..
sabar ye mish

me suya said... [Reply to comment]

sedih mish bila beraya dah takda ayah.. pengalaman suya sendiri la kan.. Sangat sedih tapi tetap kita akan gembira juga sebab masa ni laa family balik kumpul ramai2 support each others

Unknown said... [Reply to comment]

ada kenangan yang akan buat kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang...

Unknown said... [Reply to comment]

mish..sabar ek..tak baaik selalu menangis..bukannya apik nk suruh mish lupakan semua tu..cuma letak arwah dalam hati terus..

arwah sentiasa ada untuk tgk2 kan mish..

dah2..sabar ek..

Shila said... [Reply to comment]

doakan die ye yunk..

insyaAllah...

Nuruashia said... [Reply to comment]

huhuhu.,..jgn sedeh2 ye mishh..yg pergi biarkan pergi..kite yg mseh lagi hidup ni kne teruskan hidup huhu..

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

be strong yunk.arwah mesti x suke u nangis ingt dia. doakan selalu utk dia k :)

cik anum said... [Reply to comment]

hai mish....
lame tak jenguk blog mish...
heheheehe

mish jgn la sedih2..
tak best la cmni...
raya da dkt da ni..hehe..

apepun, kita sama2 doakan arwah
ditempatkan di kalangan org beriman..
amin ~

mish, cheerss :D