Monday, October 24, 2011

Ini Cerita Pasal Hantu

sebenarnya, malam ni Mish tak tau nak bebel pasal apa. tapi Mish teringat kat satu benda ni. pasal HANTU. o yess. waktu malam memang kena sangat la cerita bab benda tu. 

baru-baru ni budak kelas Mish yang posting dekat sangat ngan klinik Mish mengadu yang kat tempat dia, ada gangguan benda tu. paham-paham la benda tu kan. memang suka usik orang. ada yang dengar baby menangis la. ada yang dengar macam ada perempuan merintih kat bilik sebelah la. ada yang nampak perempuan pakai baju hijau dari atas sampai bawah.

seram pulop dengar citer ni semua. nak jejak kaki kat sana pun pikir doplahpatratusribu kali. 

dengar citer dari penduduk tempatan, dulu kawasan tu kawasan paya. kat situ, pernah ada dua beradik mati lemas dalam kawasan paya tu. mayat dorang tak dapat dijumpai. erk, tetiba leher rasa semacam je nih. aishh...

  • bila nak tidur, Mish memang takut kalau kaki atau tangan terlebih dari kawasan katil, atau terjulur ke bawah katil, sebab Mish imagine ada benda tu bawah katil, nanti dia tarik tangan atau kaki kita yang terjulur tu ke bawah katil.
  • bila lalu kat tingkap yang terbuka atau tak de langsir, Mish akan mengucap, baca macam-macam segala jenis surah. sebab Mish imagine ada benda duk tengok. erk..><
  • kalau duk sorang-sorang, Mish prefer bukak lagu kuat-kuat. kasi hidup sikit suasana. sebab Mish imagine, tempat yang sunyi biasanya kita mudah dengar sesuatu yang kita mungkin tak nak dengar.
childhish gila pikiran ai kan. haha. anda boleh booo saya jika anda rasa anda berani..hehehe.

12 comments:

missSenget said... [Reply to comment]

lebih kurang je kite..hahahah

alexa yussida said... [Reply to comment]

nk booo boleh??hahhahaha

sama je kte pon bila bersendirian..nak2 kat msia la...selalu fikir bukan2..keke penakut XD

faryzh said... [Reply to comment]

booooOOOoooOOOoooo..
hikhikhikhik..

Arif Aiman said... [Reply to comment]

template dah berubah~~ :p

teyhasahaje a.k.a NURUL said... [Reply to comment]

hahah samalah kita..jom bace kisah ni..baru jek semalam berlaku..


http://teyhasahaje.blogspot.com/2011/10/mesti-korang-nak-tahu-ape-yg-seram.html

❤ eyeme ❤ said... [Reply to comment]

sama2! takut kot..pastu mula la pikir dia ada kat syiling bilik..atas loker..haha

alif haris said... [Reply to comment]

mish cuba tgk belakang mish ade ape..hoho

Tea said... [Reply to comment]

Oit ape kes takut hantu?
Walhal mereka takut kite..
Jgn takut..

Innanie | Ariffin said... [Reply to comment]

Mish... ada yang kata, kita jangan pikir benda macam tu. sbb once kita pikir, dia lagi akan datang. so, byk kan ingat pada Allah dan sentiasa fikir positif. mereka pun makhluk Allah.

nuruashia ♥ said... [Reply to comment]

ahhaha..ade ke pk cenggitu mish ni..tp kdg2 nuru pon tpk gk kalo ade something tarik tgn yg tejulur tu ahahahah

YOUsoF said... [Reply to comment]

Langkah pertama > Kurangkan imaginasi tu, tinggi sangat. Baik Mish agihkan imaginasai tu ke arah yang lebih kreatif dan tak menakutkan. ;)


Kuatkan dalaman, insyaAllah kita tak diganggu.

Woofer Storm said... [Reply to comment]

boooooooooooooooooo panjang..hehee

tak sngka musuh sy ni penakut gak..lalalala~