Friday, October 14, 2011

Tips Menangani Orang Miang, Gatal, Tak Sedar Diri atau Gangguan Seksual!

Fuh fuh fuh..jangan semput dulu baca tajuk tu ok. Saje kasi panjang. Lagi panjang lagi mantap. Kua kua kua. Hipotesis yang tak boleh pakai langsung. Hehe.

Sebenarnya, dalam dunia reality, kat mana-mana kita pergi mesti ada orang yang jenis miang, gatal, gelenya, geletik, tak sedar diri dan yang hebattt sikit gangguan seksual. Tak kisah la macam mana bentuk perangai annoying yang menggelikan tu berlaku pada korang semua. Yang pasti, di dunia reality, memang ada manusia yang mengannoyingkan seperti ini. Kalau korang hidup dalam fantasi, sila blahh jauh-jauh. Sebab kat dunia fantasi, semua kehidupan adalah perfect. Hisyy. Tak berpijak di bumi yang nyata betul. Ehee..

Apa yang korang buat bila berhadapan dengan this menggelikan people eh?

Jerit kuat-kuat.
Yess. Mish memang suka guna cara ni. bila dia dekat je, lepas tu dia nak cakap something yang annoying atau even nak main cuit-cuit hidung je, dengan kuasa suara bergegar, I jerit kuat-kuat. Biar satu alam dengar. Padan muka dia. Lepas jerit tu buat-buat la tambah ayat macam “ Ish, apa ni?tak suka laa”. Haha. Kasi malu. booooooooOO!

Ingat-mengingati.
Mungkin masa dia nak buat tu, dia terlupa yang dia ada bini atau awekss. So, apa kata sound sikit, “ weh, ingat ke bini sikit. Sepakk kang. “ lepas tu korang buat la gelak-gelak sikit. So kalau dia nak beringat-dia beringat la. Kalau tak, hempuk je kepala dia ke dinding. Dayus betul la.

Bo layan.
Ehee. Tetiba kuar perkataan ‘bo’ tu. Bo tu means, layan lebih kurang. Lagi baik jangan layan terus. Nampak je dia 10km nak dekat ngan korang. Korang cepat-cepat blah. Pastikan dia perasan korang saje nak menjauh. Biar dia terasa. Hisy. Takkan dah tau dia jenis gatal-gatal camtu kita nak lagi dekat kot. Kalau gitu ampa pun miang sama la aih. Hehe.

Buat report.
Nak lagi best? Buat je laporan. Kalau dah melampau sangat takkan nak pendam kot. Tak sayang tubuh ke? haha. Buat je aduan. Tapi hati-hati. Takut dia berdendam. Kang dapat gangguan yang lagi teruk. Hehe. Tapi kalau tak mengadu camni, kena jugak. Nak keluar rumah pun seram kot kalau ada orang macam ni. kan kan kan.

Pada pendapat Mish, mereka ni jadi macam ni maybe sebab:
  • Baru terlepas dari hutan. Tak pernah tengok manusia berlainan jantina.
  • Kurang kasih sayang dari isteri atau ISTERI-ISTERI.
  • Memang sengaja menanam sikap geli-geli ini supaya dirinya menjadi buah mulut para gadiss..

 Psst~
Manusia macam ni, jangan berlembut sangat kalau cakap ngan dia. Nanti dia perasan kita nak goda dia. Yarkss. 

6 comments:

emy|farid said... [Reply to comment]

bagi je sebijik kat muka. *eh, ganas pulak. hehe

Hana Soffelia said... [Reply to comment]

Uweekkk.. geli dgn lelaki tua yg gatal.

Unknown said... [Reply to comment]

hahaha..garang nyer dak ni..BO layang ke dia!!!..cari saing hok molek sikik gak eh...

BENA said... [Reply to comment]

bo layan !


alaaa mish . senang2 kan . tendang orang tuh . kaki kite lekat lam pewot dia. hehehehe ;)

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

euwwww.geli i ngan jantam cmnie :p

Alif Haris said... [Reply to comment]

hahaha .. alif baik .. :D