Friday, October 28, 2011

Myself : Bab Makan

mungkin bagi orang yang tak pernah duk ngan Mish tak tau sangat la style Mish makan camane kan. hehe. Mish tak demand ok. tak de la nak kena Meal Station hari-hari baru nak makan. idak pun Fish Manhattan hari-hari baru nak makan. no no no. saya bukan macam tu okeh.

fast food peberet is GCB..aumm!

Mish cerewet bab makanan. budak-budak umah Mish memang tensen sikit la ngan Mish. ikan Mish kurang. kalau ikan keli, ikan pari tu peberet ah. ikan selayang, mata bulat, mata terbeliak semua tu bo layan. alasan Mish, tak reti nak telan. haha. memang pun. tengok la tekstur ikan pari ngan keli camane. lembut kan. sebab tu ai makan. so, menu ai paling joli is ayam atau seafood. kalau ayam Mish tak makan bahagian isi. alasan? tak reti nak telan. dah cuba makan. kunyah sepuluh minit pun tak mau telan-telan lagi. dah boleh buat macam chewing gum pulopp.

lepas tu kalau sayur, Mish makan sayur tengok pada cara masak dia je. kalau menyelerakan ai layan, kalau tak. bo layan. haha. tapi jangan bimbang kalau anda-anda jadi laki saya ye. sebab my peberet is, ikan bilis goreng. tak kisah la goreng kicap ke goreng berlada ke berkuah ke ber apa ke. yang penting ikan bilis tu digoreng terlebih dahulu. mudah kan nak bela saya. haha.

lagi satu bab lauk. Mish tak gemar makanan bersantan. so, sebarang lauk gulai ke apa ke. saya mintak diri dulu la ye. tapi gulai kawah ai makan. haha..annoying kan. lepas tu kalau masak lemak cili api atau sayur lemak yang kaler putih tu pun satu. awal-awal lagi ai undur diri. yang ni perangai Mish ikut abah. abah makan lauk ikut warna. warna merah memang menaikkan selera dia tahap gaban. so, peberet kami adalah sambal, tumis merah, asam pedas.

Mish paling anti ngan bau peanut butter tu. series tak suka beb. cakap busuk kan kecik hati makanan tu. tapi Mish memang cannot go la ngan bau dia. bila bau je kepala jadi pening-pening. tekak jadi loya-loya. pernah satu tahap Mish muntah sebab bau peanut. hohoho.

hek eley. standard a beb. orang lain pun mesti ada jugak yang tak makan tu tak makan ni kan??

sekian terima kasih.

motif entry?
untuk pengetahuan bakal suami. kot-kot la bakal suami ai tu pembaca belog ni ke. hahaha. padahal saja nak penuhkan entry. kua kua kua.

11 comments:

eRza farEeha said... [Reply to comment]

hahhaa...ap da..hang pon mcm cerewet jgk...igt kn maen sumbat je..ahaa

faryzh said... [Reply to comment]

aih..memilih la tu cik mish oii.
ssh husband u nanti..
hahahaha.

Padin said... [Reply to comment]

hehe aku tak makan seafood, tak makan daging.. suka ikan bilis.. ngam dah ni hahaha

Unknown said... [Reply to comment]

cerewet jugk awak bab makan.saya pakai sapu je,

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

bukan main ang ea.cerewets.hahaha

Tea said... [Reply to comment]

Bakal suami takkan risaulah pasal kita suka makan ape sebab nanti dia akan order sajer.. "yang, abang nak makan masak lemak ikan salai malam ni"

Wanie said... [Reply to comment]

cerewet ni..haha..peanut butter busuk ke?ok je wanie bau..hehe

penah ade kawan yang cerewet bab makan ni..kalau nak g makan kena tanye die dulu la..hehe

emy|farid said... [Reply to comment]

bakal2 semua sila ambil perhatian, hehe

laskar pelangi said... [Reply to comment]

pelangi pun minat makan jugakkkkk

Alif Haris said... [Reply to comment]

hahahha .. peanut butter bau sedap kot :D hihi

SyuraLatif said... [Reply to comment]

peerghh.. cerewetnya mish
tapi bagus lah
patut badan selim melim=D