Thursday, October 13, 2011

BOS : Kenapa Artis Suka Lelaki Tua atau Duda?

Tett…taip tajuk pun dah rasa nak tett. Pehal ntah ai hari ni. okeh. Alkisahnya, ai sebagai kuli ada la seorang bos. Well, namanya kuli kan. Ish. Cam kasar lak kuli tu. Ehee. Ai ni pekerja. So, di atas ai ada la seorang Pegawai Farmasi. Dan alkisahnya, Pegawai Farmasi tempat ai nih, seorang Chinese. Agak-agak hensem tak? Hahahaa. NO KOMEN!
                                        
Kitorang kerja sambil dengar radio. Biasanya Hot.fm la. Sebab tu ai rasa hot manjang kat tempat kerja. Haha. Lepas tu ada la lagu falling in love by dato’ Siti Nurhaliza. Lepas tu bos ai tanya la. Eh, ni lagu sape? Ai cakap la ni lagu Siti Nurhaliza. Dia cakap, “ aih, jangan main-main maaa”..ades. susah bila orang dah tak percaya kat kita nih. Huhuhu.

Tak percaya sangat ai suh dia google. Sekali betul. Eh, ke ada jugak yang tak tau lagu tu? Haha. Meh nak habaq mai. Siti Nurhaliza dah ada lagu omputisss u. siap ada duet ngan Sean Kingston lagik. Nak tau tajuk apa pi google sendirik. Ai pun tak tau tajuk ape. Haha.

Masa duk cari-cari cerita sal Siti Nurhaliza, bos ai tanya, “ kenapa ai tengok artis Melayu punya suka kawen dengan orang tua atau duda?”

Erk. Tersedak kejap. Mana la ai tau kan. Sebab ai bukan artis. Tunggu ai jadi artis dulu baru ai jawab. Boleh macam tu? Haha. So sampai sekarang ai terfikir-fikir jawapan untuk soalan tu. Takkan ai nak jawab depa gila harta kot. Ish..fitnah tu fitnah. Dosaaa. Hahaha. Nak jawab dah memang jodoh. Tapi, depa cina paham ke jodoh, ketentuan Ilahi ni camane. Ades.

Psst~
Buat artis (kalau ada artis baca la. Yang bajet artis pun leh gak ni), tempat keje ai ade seorang lelaki bujang dan teruna lagi tau. Tapi sedang mencari calon isteri. Kalau ada yang berminat PM ai. Nanti ai kasi nombor phone. Tak payah ngengade nak cari yang laki orang ke apa. yang ni baik punya. Kerja di tanggung halal. insyaAllah….hahaha..

19 comments:

sis92 said... [Reply to comment]

cakap je dah jodoh :)

|| a - j . E . E || said... [Reply to comment]

eh kenapa tak u jek calonkan diri u sendirik kat lelaki tuh?? tettttttt!!

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

misshhh...:)

Cik Cura said... [Reply to comment]

jangan main2

haha lawak je

btw, sedap ke ek lagu ct tu?

apik pehe said... [Reply to comment]

hahaha..baikkk punyerrrrrr...
ai pun nak cari calon gak...

Nazifa said... [Reply to comment]

i suke lelaki muda :p
anak anak ikan

❤ eyeme ❤ said... [Reply to comment]

huhuhu..siap promote tuh.. :D

Arif Aiman said... [Reply to comment]

nape tak kak cik je ngam ng laki bujang + teruna lagi tuh.. ?

;p

hmm.. kalau cina tnya,, mmg tak terjawab laa.. kalau melayu yg tnya soalan tuh,, mungkin ada jawapan ;p

YOUsoF said... [Reply to comment]

Sebab lelaki tua atau duda ni ada banyak pengalaman hidup, banyak duit, banyak harta. ;D


Kalau dah jodoh, tua muda belakang kira. hehe


Tak berapa gemar la pulak lagu omputih Siti tu.

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

sbb kepuasan seksual kot.wakakaka

iszieylyanziy said... [Reply to comment]

kalau ai la,,ai cakap la,dah jodoh boss! haha

nuruashia ♥ said... [Reply to comment]

hahahahaha...jodoh da tu :P

diana said... [Reply to comment]

egen Ke?
hehhehe

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

errr.. i sdg mencari calon isteri.. kt opis u xdek yg single ka? haha.. ;-p

erm.. kalau pilih yg tua n agak kacak mcm dato K tu, tak pelik sgt..
ini yg dh tua dan agak kerepot tu yg agak musykil tu.. hehe..

Woofer Storm said... [Reply to comment]

sy pun nak ni,bgitau kat lelaki jihah tu sy ni janda tau..dia nak tak??ehhee

kalau dah jodoh,tak kira org tua muda pun kawin gak..hehe tapi soal duit ke,tu dari dorg sndiri..hheee

~Nana 귀여운~ said... [Reply to comment]

Da jodoh...terime je ler..bonus kalau die berduit..wowowowowo

zirconia said... [Reply to comment]

suruh dia buat kesimpulan sendiri la mish..hiksss..

p/s: apa kata mish je amik teruna tu?? keh3

budakmengong said... [Reply to comment]

ke bos tuh jeles kt dato K?hehe

alif haris said... [Reply to comment]

mish .. carikkan tuk alif skali ..haha