Wednesday, October 26, 2011

Hidup Ini Banyak Kadang-kadang

kadang-kadang hidup ni macam makan Cadbury,
baru je kejap tadi bukak,
sekarang ni dah habis.
macam hidup jugak,
rasa macam baru je semalam sampai rumah,
hari ni dah nak kena berangkat balik.

kadang-kadang hidup ni macam takal beroda,
bila orang tarik kita naik,
bila orang tak tarik kita pun tak bergerak.
macam hidup jugak,
bila ada yang kita kena buat, kita buat,
kalau yang kita tak kena buat,
kita duk diam-diam. nanti orang cakap menyibuk je kau ni.

kadang-kadang hidup ni macam sang kancil dengan buaya,
buaya nampak ganas tapi sebenarnya bodoh,
kancil nampak lemah tapi sebenarnya pandai.
macam hidup jugak,
luar orang nampak lelaki kuat tapi sebenarnya ego je lebih, 
orang pulak fikir perempuan ni lemah tapi sebenarnya tu cuma luaran.

kadang-kadang hidup ni sangat banyak kadang-kadangnya,
sehinggakan kita tak boleh nak berharap,
sebab kadang-kadang ia macam tu, kadang ia macam ni.


10 comments:

Tea said... [Reply to comment]

Hidup ini kadang2 tu banyak juga..

Bezanya lelaki dengan perempuan itu adalah utk mereka melengkapi satu sama lain..

Mcm puzzle 2 pieces dicantumkan untuk melengkapkan satu gambar... Gambar itu mungkin satu pemandangan yg cantik atau sebaliknya..

zirconia said... [Reply to comment]

betul tu mish..yg paling penting kita mesti sentiasa bersyukur..

ipa faiza~ said... [Reply to comment]

hidup mmg mcm tuh.

so, jalanilah dgn sebaiknye.

:D

cikgu ainura said... [Reply to comment]

kadang2 kita gembira.. kdg2 kita sedih.. kdg2 kita rasa kita dah ada semuanya.. kdg2 kita rasa kita adalah org yang naif... :) luv u mish..

ahsfantasy24 said... [Reply to comment]

Kerna dirimu begitu berharga :)

Eh?:
1. Aku tak rela dia buat kau macam sampah.
2. Memang sakit bila terpaksa melepaskan kamu pergi.

Wanie said... [Reply to comment]

hehe..nape ni mish?kadang2 tu memang tak boleh dipisahkan la mish..

cuti deepavali dah habis eh?take care ye..raya haji mesti cuti lagi kan..jangan sedih2 ^^

Arif Aiman said... [Reply to comment]

mish.. hapy depavali.. nmpk mcm sedih.. tapi tak kot.. ni saja nak tekan perasaan dalam entri ni kan.. kan2.. haha :P

YOUsoF said... [Reply to comment]

SubhanAllah.. Kadang² kita terlalu mengharap lebih, sedangkan apa yang ada kita tak cukup hargai..



Perempuan, nampak lembut tapi punya hati yang tabah.

emy|farid said... [Reply to comment]

kadang2 rasa dah kenyang, tapi nak makan lagi. lumrah alam, :)

Woofer Storm said... [Reply to comment]

memang kadang2 tu ada bermacam..

kadang2 awk shbt sy,kdg kala awk musuh sy yang nyata^^