Sunday, October 23, 2011

Iman Cicah Budu...sedappp woo!

salam semua. eh, semua pakat nak masuk tidor ea? alololo..lek lu. Mish excited nak ngupdate ni pasal seronok duk umah. cuti panjang la kononnya. nak sambut Deepavali teruss. niatnya nak buat rumah terbuka sempena Deepavali ni. haha. ada yang sudi datang? bagi nama eh.

tadi siang Mish berjimba kat kampung. syok ohh. dapat jumpa lembu-lembu yang bakal jadik korban 6hb nanti. hehehe. duk bagi kata-kata semangat kasi lembu tu menikmati hari-hari terakhir dapat makan rumput yang hijau menyala tu. auww. tetiba rumput jadik hijau menyala eh.


tapi yang tak tahannya, si Iman la. spoil betul la kalau bawak dia. buas nak mati. haishh. tu la umi, siapa suh bagi susu IQ plus tu. kan dah tak terkawal IQ dia. haha. boleh pulak nak salahkan umi.

masa kami duk meronda kat kedai baju, tiba-tiba je dia hilang. memang tiba-tiba ok. Mish toleh kiri kanan depan belakang atas bawah. memang dia dah lesap. padahal baru je lagi Mish tangkap dia duk main lari-lari langgar orang merata-rata untuk kali ke berapa ntah. penatnya kaki ni duk kejar dia, tuhan je yang tahu. nak jenguk baju lawa-lawa pun tak dan. jimat duit lol.


lepas tu, masa pergi makan pun satu hal. orang tak sempat nak ambil order lagi, dia dah pusing satu kedai. ya rabbi, rasa nak jerit nama dia kat situ jugak. tapi pikir, ramai lak pakweSS time ni. ok, jaga saham. hahaha. nak makan pun rasa tak kenyang. telan nasik pun tak rasa pape sebab duk asyik cuak tengok si Iman tu je. bimbang kot dia kena angkut bawak naik mana-mana lori kat situ. eksport dia ke Golok. perghh. memang laku habis adik aku. haha.

kalau la Iman tu cili api, konpemm Mish kenyek-kenyek sampai lumat lam budu. memang meleleh habis lah air liur. hahhaa. nasib baik adik sendiri.

4 comments:

aimanayie said... [Reply to comment]

hooo... cergas.. agaknya.. mcm tu jugak la kot kak cik time kecik kan.. kan2.. ? haha

semutsengal said... [Reply to comment]

tu namanya hyperactive. Jenuh lah kan.

laskar pelangi said... [Reply to comment]

nakal tol si iman tu..dia saje jer aktif camtu..tak kasi kakak dia asyk shpg sakan jerp...mentang2 musim baru dapat gaji yeee

amna said... [Reply to comment]

huhuhu, aktif ni.. mesti pintar ^^