Thursday, October 27, 2011

Perkara Yang Selalu Buat Kita Rasa Tak Puas Hati Kat Kedai Makan

selalu tak makan kat kedai?ecece..tipula kalau tak penah makan kat kedai. tak baik bohong ye kawan-kawan..nanti Allah marah. haha. dah macam rancangan bersama adik-adik dah. so, kalau kita makan kat luar la kan, especially restoran biasa, warung biasa, kopitiam biasa, mesti pernah gak terjadi perkara-perkara yang buat kita panas hati kejap. 

antaranya ialah.....(dah macam karangan)......
  1. Pekerja muka masam macam cuka getah.

    rasa nak hempuk pakai helmet je kalau muka pekerja kat kedai tu macam cuka ni. apa masa kecik tak de orang nak main aucak aucak ngan dia kot. tu pasal muka ketat semacam. masa kecik tak seceria ai. auww! nyempat je pasan eh. kalau first impression dah bad, datang makanan sedap camane pun hilang selera. lagi-lagi dapat pelayan yang tak sabar. tak boleh nak tunggu orang discuss langsung sal makanan.

  2. Lambat ambik order, lambat sampai order
    yang ni satu hal. marah beno la hamba..nak tunggu ada orang datang nak amek order tu dah sama jauh dari umah Mish sampai Bentong. agak hiperbola la ayat tu. tapi tu la kebenarannya. duduk punya lama sampai buntut ngan kerusi tu dah nak melekat dah. tapi haremm satu orang pun tak de nak kemas meja apatah lagi amek order. bila order dah diamek setelah pergi tepuk bahu pelayan tu, makanan pulak nak kena tunggu. kalau tempat tu ramai orang kita consider la kan. tapi ni kita je yang ada kat situ cam tunggul kayu. seksa betul nak makan. aihh.

  3. Tempat kotor.

    kebersihan adalah separuh daripada iman. hehe. tapi kalau pergi kedai yang jenis kotor. memang meloyakan kot. datang la ikan siakap doploh rasa ke, tomyam poktek poktok ke, dinasor rebus ke. tobat tak lalu nak makan. tengok pulak pinggan yang dia bagi tu berdaki. cawan pulak beminyak. yarksss!

  4. Order lain, dapat lain.

    pernah tak korang order mee goreng. tapi yang dapatnya air bandung? oh, logik la sebab kau memang order bandung eh. tapi pernah tak kau order mee bandung, dapatnya nasi goreng koboi. aiyakk. jauh kot dua nama tu. tapi positifla, maybe orang tu tak berapa dengar kot masa nak amek order tadi, almaklum la. ramai customer. tapi nak tunggu dia buat lain tu dah sekian lama la pulop. ye dok? huhuhu..
kalau Mish la, dah selalu sangat kena macam yang tersenarai di atas tu dua tiga kali, haremm lah nak jejak kali keempat. buat tambah dosa je mengata kedai dia nanti. balik umah makan nasik lauk ikan bilis goreng kicap lagi bagus. boleh tambah protein. haha.

15 comments:

Yana Houry said... [Reply to comment]

paling xboleh tahan yg no.3....xsuke kedai yg kotor...

eRza farEeha said... [Reply to comment]

hahha..btoi3..
xde mkneny nk g lg..tp klu cdp p je..ahaa

..ika itu aku.. said... [Reply to comment]

Mish kene tambah rajin masak kat dapur sndiri la tu..huhu

iszieylyanziy said... [Reply to comment]

yang muka cam cuka getah tu yang tak ley blaa,,,ase cam nak sound direct je

Woofer Storm said... [Reply to comment]

no3 tu paling tak suka..
bukan apa,nak makan pun rasa tak selesa ni..perut tak lalu^^

org kata nak tahu tempat tu bersih ke tak,try tgk tandas dia dulu tau^^

Akeyla Frr . said... [Reply to comment]

Heeee , betul ! -.-

hehee , btw misschu <3

Innanie | Ariffin said... [Reply to comment]

STUJU!!! rasa nak bakar je kedai tu... dah lah lapar!!!

Arif Aiman said... [Reply to comment]

tsk..

muka masam... aiman akn buat bg dia bengang,,, order main2 ke.. haha!

lmbt amik order, lmbt smpai... lmbt amik order,, lps ja order,, trus blah..

kotor.. tak singgah dahh..

order lain dpt lain.. tak kisah sgt.. jnji tak cas lebih sudaaa.. haha

eh2.. nmpk mcm dpt BE :p

emieysandra said... [Reply to comment]

bg emiey la, sgt pntingkn komunikasi tau..jadik, pekerja yg berwajah manis dgn layanan yg baik sgt mudah dpt m'goda emiey tau. klu penjual tiket bas yg muka masam cettum tu, mmg siap la emiey dok bebel2 pastu. xsuke tol.

Tea said... [Reply to comment]

Sekali cukup ke kedai itu...

aku budak kecik said... [Reply to comment]

sengal ;) ahahahahhaah !

diana said... [Reply to comment]

betul la...
sebab tu suami akak kalau dia nak makan dia tak nak pi restoran yang dia tak pernah pi..mesti ada je yang tak puas hati..kalau nak pi jugak dia akan tanya kawan2 dia dulu kat mana restoran yang bagus2..)
suami akak ni kalau makanan tak sedap jangan harap dia nak makan..

ipa faiza~ said... [Reply to comment]

kalau ipa, makanan lambat sampai, pas tu makanan rasa hampeh..

leh buat ipa nanges tau. tacing la bile bab makanan ni org buat x endah.

Cik Aish said... [Reply to comment]

kebersihan separuh dari iman ea..heheheeh betul2

nuriz said... [Reply to comment]

memang bengang kalau orang layan tak elok camtu..baik blah je le..pi tempat lain