Saturday, February 26, 2011

Kadang-kadang

kadang-kadang hidup ni rumit.
kadang-kadang hidup ni terlalu complicated,
kadang-kadang hidup kita sukar dijangka,
kadang-kadang hidup kita sukar diteka dan sukar diramal.

kadang-kadang hidup beri seribu kemanisan,
kadang-kadang hidup juga beri kita sejuta kepahitan,
kadang-kadang hidup akan buat kita mati rasa
kadang-kadang hidup akan buat kita hidup selamanya.

kadang-kadang hidup selalu menipu,
kadang-kadang hidup selalu berpura,
kadang-kadang hidup selalu mendung,
kadang-kadang hidup perlukan cahaya.

kadang-kadang sampai kepala naik mereng. adeh...

Friday, February 25, 2011

Hi Pacat! Nice to Meet You!

hai semua! eh, hai pacat! nice to meet you. yess. tu tajuk entry Mish hari ni. siapa pacat? kamu kamu kamu? haha. kalau terasa tu die la orangnya. hak hak hak.


sebenarnya esok, 26hb Feb Mish ada kem motivasi kat Kem Alang Sendayu, Gombak. nahh..Ieyla!! tu la nama tempatnya. lupa la hari tu masa u tanya. hehe. sorry! so, Afiq Bukhari, kalau rasa nak balik KL minggu ni sila la hantar nasik kerabu kat situ yea. ^_^


seriyes memang bukanlah kegemaran yang abadi masuk-masuk hutan ni even dulu pernah masuk PLKN. dah berusia ni jadi macam makin malas lak. leceh kot kalau perempuan masuk hutan. lagi-lagi kalau perempuan tu sedang me'ngambang'kan dirinya. lagi la leceh kan. hutan tu pulak macam-macam penghuni ada. err. seram jap.


yang paling menyeramkan most of the student adalah P.A.C.A.T. pacat? pacat? pacat? grr. haha. giler ah. ramai kot budak perempuan takut pacat. haha. nasib baik Mish ngan pacat dah agak akrab dari kecik. tapi tetap tak suka ok. sebab pacat ni vampire!! haha. 


budak lelaki yang memang berotak kejam sikit dah mula rancang nak letak pacat dalam nasik budak perempuan la apa la. habislaaaa! haha. cakap je lebih tu. jangan pelik kalau ada jugak lelaki yang takut pacat. haha. sape pernah jumpa lelaki macam ni angkat tangan. best nak kenakan ni. hai pacat!!


psst~
hari ni hari kemerdekaan bagi kami sekelas sebab minggu ni memang bizi walnakmampush!! adeh. test, test, report, lab, notes, test, quiz, test dan sila ulang semua ni dalam sepuluh kali ok. bizi kan? haha. pengunjung blog pun dah makin kurang kot. tak pe lah. thanx pada yang datang! muah kiri kanan! haha. miang kan?

Thursday, February 24, 2011

Besties Blogger 2nd Meet Up!!



ok!poyo kan tagline tu. haha. seriyes dah lama tak hapdet belog nih. rasa janggal dah tahap cimpanzi dah bila nak ketuk-ketuk kat papan kekunci nih. rasanya last update masa hari Ahad hari tu. means, dah 2 hari. haha. selama tu jugak la laptop ni tak ber'on'. kalau online pun guna lappy member. 


ok, cukup kemerapuan sampai takat tu. haha. 


Ahad hari tu Mish join member-member blog pepel yang sengal-sengal nih. mula-mula rasa tak nak pergi sebab keesokannya tu ada test Kimia Farmaseutik. salah satu subjek yang giler punya dislike untuk student yang tak suka masuk lab macam Mish ni. haha.


last-last, terpergi jugak. biasala. 'artis' kan. mana boleh tak pergi. nanti si budak 5 orang tu susah hati lak. haha. giler kau perasan. =P


tak nak cakap banyak. sebab rasanya semua dah baca pasal meet up ni kat blog mereka yang join kan. pasal Mish ni dah kira ketinggalan update lah ni. haha.


kalau dulu just Mish, Bulan, Erza, Anis dan Ieyla je yang jumpa kan. kali ni ada pertambahan ahli baru. otai habis budak ni. haha. si Confuse. pelik kan nama dia. nasib baik orang nya tak pelik. haha.


lupa lak. tadi cakap tak nak cakap banyak. haha, terlebih pulak. k lah. layan gambar!




mesra kan?macam pernah sekolah tadika sekali pulak rasanya. padahal baru pernah jumpa sekali. haha. punye happy depa gelak. 

nampak sangat lokasinya di toilet. aduh!


mek busuk ngan mek ngek duk khusyuk ambek gambar la kunun kununya. haha


haha. lucu giler muka i. nampak cam takut je nak ambek gambar. haha. grr. buruk muka i! tak aci!

haha. Bulan peluk i sebab dia sayang i. sang lelaki, sila la jeles! hak hak.

say HI! to Ieyla!!


patut la budak nih Confuse semacam. tengok la. pegang camera dua tiga kat tangan. mana tak keliru kan. haha.

haha..aweks koya lebey. ades!


ok! cuba untuk tiru gaya Erza yang ambek gambar tak nampak gigi. haha. cuba untuk sorokkan gigi i!




"abg, syg ngah bizi nak bergambar ni. nanti mesej ea. muax!" haha. tu la kot yang si Ieyla ngan Anis ni duk taip mesej kat BF diorang la kononnya. hahaha.

owh, cool nya kami!hahaha

aweks UPM yang merah berani! haha.

Add caption






thanx yea semua!!hehe. seriyes dua riyes beriyes riyes jumpa hari tu memang seronok!!


psst~
maaf yea sebab datang lambat dan makan lambat hari tu. hak hak.

Sunday, February 20, 2011

Ciri-ciri Pelajar Berdedikasi dan Bertanggungjawab dan Berwawasan serta Berjaya!!

eh, nak tambah lagi kat tajuk tu. 'CONTOHI SAYA!'


ciri-ciri pelajar yang berdedikasi + bertanggungjawab + berwawasan serta berjaya adalah seperti dibawah.


1.)  selalu mengulangkaji pelajaran. (SALAH)


2.)  study sampai lupa nak tidur. (SALAH)


3.)  buat nota ringkas dan cuba fahami apa yang dibaca. (SALAH)


4.)  tidak suka membuang masa. (SALAH)


haha. jangan terkejut ok. ni memang benar. semua yang dinyatakan di atas adalah bukan ciri-ciri penting untuk menjadi seorang pelajar yang mana seperti diatas. sebaliknya, anda hanya perlu buat satu perkara sahaja. khas untuk blogger. diulangi, khas untuk blogger sahaja. kamu pembaca entry ni? tapi kamu bukan blogger. oh, kamu sangat rugi sebab kamu takkan dapat tips yang berkesan macam ni. 


dipendekkan cerita, cara nak jadi pelajar seperti yang dinyatakan adalah..

  • jarakkan waktu update blog!
yeah!contohnya before ni korang selalu je update. sehari dalam dua tiga entry. lepas tu tiba-tiba kamu senyap. dua hari tak update. waa! sebagai student, mesti orang akan fikir, busy dengan study ea?? automatik, orang tu akan berfikir, waaa. budak ni mesti rajin, pointer mesti gempak dan result memang meletup ni. sanggup tinggalkan blog yang selalu tak terabai tu untuk study. waaa. mata dah blink blink. sebab? sebab  teruja.

haha. see? dengan tak update blog je orang dah tau yang korang ni merupakan pelajar yang bermasa depan cerah. konon sanggup ketepikan blog untuk kejayaan yang abadi. hahaktuih!! padahal, korang tak update sebab banyak kerja tertangguh yang dah hampir tarikh submit. hahaha. bukan orang tau pun kan kan??

biasa la student. selagi tak digasak, lagi tu mereka bertangguh. last-last, padan muka! haha. terasa? gelak la kat diri sendiri. ^_^

psst~
lagipun malas nak update blog sebab out of mood. serabut ngan urusan duniawi. adeh. benci perampas ok!!
:P




Thursday, February 17, 2011

Gosip Tengah Hari : Bila Lelaki Datang Bulan

okeh, baru pukul dua belas lebih. so, kira tengah hari la kan. dah lama tak bergosip ni. haha.


ok, apa kata kamu kalau ada lelaki yang datang bulan ni? err. memang la bukan datang bulan yang macam perempuan tu. tapi datang bulan lelaki ni pelik sikit. sebab kalau lelaki dah sampai tarikh datang bulannya yang tak tentu tu. mak oih!! mau nya telan orang yang kat depan mata dia. pantang ada salah sikit. fuh. terus nak mengamuk. ok. tu yang tahap kritikal punya la.


tadi lecturer Mish yang lelaki datang bulan kot. sebab dia ngajar tak ceria cam selalu. lepas tu kalau kelas cam ada bising sikit. err. bising sikit je ye. macam dia teremo sikit masa marah tu. namanya marah. harusla emo kan. tapi tak macam kelas dia yang before ni. sebab before ni happening je kelas dia. huhu.


kena pulak hari ni Mish tak berapa nak fokus dalam kelas. ngantuk la bagai. nak hilangkan ngantuk tu, sembang la jugak seketul dua. pastu air mineral Mish dah habis. so, mintak la ngan member. namanya member, ada la unsur gurauan tu sikit kan. haha. sekali beliau tu nampak la pulak. adeh! kena marah tak memasal. 


aih, bila Mish yang buat hal, laju je mata lecturer nampak. padahal mamat-mamat kat belakang nun tidur tersengguk-sengguk tak de nak di tanya pulak. tak puas hati betul. haha. ok. think positive. marah tanda sayang. mungkin lecturer tu nak Mish fokus supaya berjaya. thats why dia tegur. kan kan. haha. baik la pulak.


ok laaa. gosip tak boleh panjang-panjang. nanti jadi ngumpat. haha. 

Tuesday, February 15, 2011

Korang Setuju Tak??

1) kalau tak cukup alat tulis, nak study pun rasa terbantut.

2) kalau rasa nak keluar, tapi tak de duit. rasa tak tenang je jiwa duk lam bilik. asek terbayang kemeriahan  MidValley, Time Square and each other.

3) takkan namanya 'in a relationship' kalau tak de pakwe. err. terasa jap. haha.

4) kalau lapar, kena makan. kalau tak, tak kenyang. haha.

5) kalau nota lecturer macam bahasa tambhi, rasa nak bakar je nota tu. satu habuk pun tarak paham der.

6) minum Milo Fuze boleh buat kita kenyang. erkk. sendawa jap. 

7) mineral water lagi best dari drinking water. sebab tu dia lagi mahal. 

8) kalau tak de internet, tak boleh update entry.

9) kalau rasa malas, tidur jalan terbaik.

10) membazir je kamu baca entry ni kan???

KEBOSANAN ITU PEMBUNUH KESERONOKAN!
hasil kerja kawan Mish, suzie. macam hampeh je hidung haku kau lukis mek! grrr...

hahaha..yezza!terupdate jugak hari ni. seriyes dua riyes dan tiga riyes ngah bosan nih. adeh. mati katak bawah tempurung Mish hari ni. bangun, gi berarak, tidur, bangun, tidur, bangun, tidur, bukak nota, baring, bangun, online, baring, bosan, lepas tu, update! yess! semoga kamu turut bosan baca entry ni sama macam perasaan penulis yang kebosanan nan nan nan. haha. OUT!

Monday, February 14, 2011

Lelaki vs Perempuan : Mana Lebih Ego??

haip..moshi moshi! tiba-tiba je hari ni terasa nak buat tajuk serius pasal sifat lahiriah manusia ni. EGO. sekali lagi, E to the G to the O!! yang jugak bermaksud, bodoh sombong. err. ye ke? haha. 

tapi kali ni Mish malas la nak taip. ni Mish ada kumpul beberapa komen yang bagi Mish menjelaskan antara lelaki dengan perempuan, mana lebih ego.

anda tengok, anda baca, anda fahami, anda nilai!!

Mish ada bawak 7 orang tetamu jemputan yang mungkin ada pandangan atau pendapat sama macam korang semua. dan mugkin lain. tapi tak pe, jangan susah hati. kita baca je.layanzzz~!

**kemacuran : kemachoan.








haha..nak tergelak, nak terasa, nak menangis (eh, tiba-tiba!) pun ada bila baca segala macam pendapat dari tetamu jemputan ni. most of the pendapat tu berkenaan pengalaman diorang tentang kehidupan atau asam garam bercinta. cewwah! kan main kau. ye la. dah cari penat cari pendapat tentang ego dalam persahabatan ke, apa ke. tapi nampaknya tetamu kita lebih berminat ke arah tu. ahaks!! terima je la kan.

so, huraian saya sendiri menyatakan. kalau betul pun kita ni ego, kita takkan pernah sedar sebab yang orang duk cakap kita ego tu adalah sebenarnya salah satu cara bela diri. tak kisah la bela diri dari cerca ke, pandangan orang yang merendah-rendahkan kita ke, apa ke. yang pasti, bagi Mish, ego ni perlu ada dan biarlah bertempat ok!!

kalau lelaki, normalnya akan cakap perempuan ego, dan perempuan pulak akan cakap sebaliknya. maka, sampai kiamat pun takkan usai persoalan ni. adeh.

psst~
tetamu jemputan ni diundang dari laman web INI dan INI.

Sunday, February 13, 2011

5 Tahun Nanti...

jom jom Mish ajak kamu semua sama naik jet merentasi masa ala-ala laci Doraemon tu. haha. rutin seharian di dalam bilik buat otak jadi beku jap. nak bukak nota siang hari memang bukan aktiviti terpilih la sebab memang tak biasa sangat study waktu siang. tapi malam pun macam la aku study. haha.


di pendekkan cerita yang bakal panjang ni. sambil minum Milo Fuze pekat dan padat, meh kita goyang-goyang sikit cawan tu sambil pikir, dimana kita pada 5 tahun akan datang. siapa kita waktu tu. apa kita akan buat waktu tu. ahaks! macam wanita berwawasan dan berkaliber sangat la pulak bila ajak korang pikir macam ni kan? haha. 


5 tahun akan datang means tahun 2017. pergh...usia? kenapa mesti berahsia?? masa tu umur Mish baru 17 tahun kot. muda lagi. kan kan? insyaAllah kalau dipanjangkan umur, dapat la celik mata lagi untuk menikmati tahun 2017 tu. 


kerja Mish masa tu adalah Penolong Pegawai Farmasi. tu pun kalau tak sambung belajar la. dah tua-tua ni rasa mcam otak dah tepu kalau nak sambung pun. hehe. dan masa ni jugak, kontrak dengan government dah lama tamat. nak lari pergi private pun boleh. tapi rugi la kan.


mungkin masa ni Mish dah kawen kot. euww!! gatalnya. kan kan? mana ada. baik la kawen awal untuk mencegah perkara yang tak sepatutnya kan. haha. sape la Mr. Right. harap-harap calon yang terkini tu la yea. hehe. tiba-tiba rasa macam matang pulak bila sebut sal kawen ni. aihh..


kalau dah kawen, emm. mungkin siap-siap dah ada anak sekali kot dalam masa 5 tahun ni. waa. best nya ada anak. harap-harap anak first perempuan. bestnya dress up kan baju untuk anak perempuan i nanti. erk.. dah berangan ni, nak beli dress seksi-seksi untuk anak i. nak beli singlet warna purple, pastu pakai ngan seluar tiga suku tu. ouch! gatal nya ibu mu ni nak. haha. masa tu dah jadi agak bertanggungjawab la dari sekarang. almaklum la. ibu mithali. anggaran umur anak masa ni..emmm...2 tahun. auww!


5 tahun akan datang, Mish adalah seorang pekerja. bukan lagi pelajar macam sekarang. nak cuti, nak holiday apa semua mesti dah kena kurangkan kan? hurm. tak pe. masa ni dah pegang duit sendiri. so, kalau sekali cuti tu bolehla berholiday kaw-kaw kan. kalau kerja jauh mesti la selalu kena jenguk parents kat Terengganu kan. ish, mintak-mintak tak dapat yang jauh-jauh. anak manja katakan..haha..


haha. ok. tu je yang sempat berangan sebab air Milo Fuze pekat dan padat dah habis pun secawan. 


korang pulak lagi 5 tahun kat mana??entah-entah jadi adik ipar Mish ke. jiran ke. kawan ke. menantu ke. haha. yo yo o la kau Mish. adeh!

Saturday, February 12, 2011

Jatuh Cinta Lagi!

Assalam semua. terus je hapdet entry ni sebab excited nak mampus cuci pandangan mata yang tak hakiki tu.  lepas excited terus mampus. haha.

minggu ni kolej Mish ada festival kebudayaan. biasanya kalau masa kami sem 1, 2, 3 dulu memang gila sangat event ni sebab nak kumpul kredit hour untuk Kokurikulum. tapi disebabkan peningkatan usia dan sem, kami dah tak payah nak join mende alah ni lagi. kami bebas!! hehe.

untuk malam ni, ada 3 kategori pertandingan iaitu dikir barat, koir dan sketsa. asalnya malas nak pergi sebab mood out of service kan. unfortunately, budak-budak ni duk ajak Mish pergi. sebagai seorang yang disayangi. harusla Mish akur kan. haha. sila tekankan ayat disayangi yea.

berdasarkan tajuk entry iaitu jatuh cinta tu, Mish kena fokus tang koir la. sebab Mish telah terjatuh cinta pada seorang pemain gitar untuk kos x-ray tadi. peh. nerd habis dress up dia. i loike! haha. dengan pakai spek bingkai penuh, pastu pakai kemeja. petik gitar. wah!! emosi sudaa! haha

tu jejaka first. second jejaka pulak adalah pemain piano. budak Occupational Therapy. ok! yang ni memang hensem. haha. giler gatal kan. masa dia duk main piano tu dah terbayang, ada putera raja datang lamar Mish sambil pegang bunga ros putih. oh, sweet. haha. berhalusinasi sudah. dasat dasat. kan. haha. 

budak-budak ni mampu gelak dan geleng kepala je dengar Mish punya loya buruk. haha. padan muka. elok-elok aku nak duk bilik, ampa pi ajak aku cuci mata. nah...kang dah bersih mata aku. kua kua.

owh, sila la jangan ambil serius tentang entry ni oh. jatuh cinta je, tapi hati tak jatuh. so, hati ni masih suci ok. kadang-kadang menggedik untuk hilangkan stress adalah satu terapi tekanan yang baik jugak noo. 



psst~
esok Pertandingan Tarian Kpop!! tak sabar nak pergi tengok. hehe. jom la ramai-ramai datang kolej Mish. (bajet cam nak ajak betul-betul la ni.)

Friday, February 11, 2011

Gelak Sakan Sedih Sakan.

2 3 hari lepas banyak sangat gelak. seriyes. dengan kes video Anwar Hadi nya. dengan happening punya suasana kelas nya. macam-macam la yang buat Mish gelak sakan 2 3 hari lepas. memang gelak sampai tak ingat dunia. 


paling teruk yang masa kenakan member pasal status kat FB macam entry NI


masa tu, memang gelak dari pagi sampai malam. duk berjalan kaki nak pergi kelas pun memang gelak wakakakaka bukan main weh. sumpah tak ingat langsung masa sedih. 


betulla kata orang, bila kita banyak gelak, kita mesti akan sedih atau menangis. hurm, tu la yang duk bertakung kat hati sekarang. kalau sedih then nangis tu, tak pe la. sebab sekejap je moyok tu. tapi ni, ntah mana pergi air mata. mungkin banyak gelak hari tu buat Mish mati hati. mati rasa. luar nampak ceria. tapi dalam macam Mish dah hilang something. 


nak cerita, nak luah. tapi tak tau apa yang nak diceritakan. tak pe la. one fine day, mungkin kembali normal. sehingga saat tu. macam ni je la kot gaya. tak de mood nak pegang henset. haha. tetiba je kan. 


kesimpulannya, jangan banyak ketawa. nanti hati mati. 

Thursday, February 10, 2011

Kombinasi Sesuai Ngan Warna Purple??

Assalamualaikum dan salam sejahtera! (versi Anwar Hadi). haha. seriyes demam yeww Anwar hadi lam kelas sekarang. sampai semua makhluk penghuni bersama dalam kelas tu pelik apesal la geng 5J ni. menggedik ntah hape-hape ngan bahasa comel tu. adeh. sampaikan nak panggil kawan nama ika pun jadi ikeww. parah kan? haha.

owh ye, berkenaan ngan tajuk. teringin nak tukar template baru lah. sebab dah hilang mood bila tengok template ni. muak ke? mungkin la. haha. kejinya pengakuan tu kan kan? nak tukar tu boleh je, tapi kerajinan tu macam kurang. tapi niat dah pasang. tak elok la kalau abaikan kan. hehe.

konon dulu nak guna template ni sampai akhir tahun. adeh. memang mulut lembik la guwa ni. haha. tapi ni just sekadar niat. perlaksanaannya mungkin lambat kot. 

so, sekarang duk fenin-fenin kambing pikiaq pasai kaler pa yang seswai untuk belog guwa ni. tapi main colour is purple la. tak cogue la kalau Mish Lollypurp guna warna lain kan kan. hilang 'purp' kat belakang tu nanti. 

macam sekarang ish dah guna warna Pink untuk di 'combine' kn dengan colour Purple. so, lepas ni mungkin hijau? hitam? merah? kuning? oren? err. cepat!!warna apa ea yang sesuai?? atau Pink purple ni dah memang sesuai ea. adeh.



mood : kalau hati tengah bersedih, cuba cari cara untuk elakkan diri dari memikirkan perkara yang menyebabkan anda berasa sedih. dengan ini, kita mungkin lari dari masalah. tapi hati akan tenang sebab rasa cepat cool. oeh, merepeknya saya. :(

Kerja Sama Yang Membosankan!

pernah tak rasa bosan yang tahap cipan plus gaban bila kena buat kerja yang sama? wah..rasa sangat nak nafas baru. nak suasana baru. nak gaya hidup baru. wahh. camane tu gaya hidup baru? err.

  1. pergi kelas pada pukul 8 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat. seriyes muak giler yang ni ok!
  2. buat nota yang tak pernah sudah. sebab asyik salah je. notanya berbelit-belit. kalau macam ni, bila la haku nak berjaya dop..
  3. hari-hari kena makan. kadang-kadang makan pun rasa penat tau. sebab blok jauh ngan cafe. penat nak jalan pi cafe. haha.
  4. hari-hari pandang muka kawan yang sama. sesekali nak jugak pandang muka Erra Fazira ke, Ziana Zain ke, Young Saeng ke, haha. giler r. konpem budak-budak 5J kejor ngan kapak t.
  5. mengadap lappy yang tak boleh bercakap. kan best kalau lappy ni boleh bercakap. tak la bosan kot. haha.

hahaaa..apakah perkara yang membosankan bagi korang. emm, maybe korang dah bosan mandi pagi-pagi kan??haha. so, besok cuba la untuk tidak mandi. rasai kelainannya. hahahahaha

mood : insomnia melampau disertai mood makan hati sendiri. huhu

Wednesday, February 9, 2011

Berhati-hati Kepada Pengguna Facebook!!

Sekarang ni dunia serba maju. serba moden. masing-masing dah ada kemudahan internet tak kira la daripada sumber broadband ke, streamyx ke, P1 atau paper je lah. yang penting mereka yang ada internet tu most of them ade akaun facebook kan. konon kalau tak de facebook ni kolot la. fuh??sape cakap?? dush yang berkata macam tu seketul! haha.

out of topic!bukan gaya Mish la nak menulis skemna macam tu. adeh. tak kena ngan jiwa.

korang ada facebook? ade? tak de? kalau tak de sila pergi buat akaun facebook korang! cepat!! ini adalah paksaan. haha. tetiba datang mereng. adeh.

memandangkan korang ada facebook, sila la berjaga-jaga dengan akaun facebook anda.
  1. jangan bocorkan password akaun anda.
  2. jangan sesekali tinggalkan laptop atau desktop anda dengan keadaan akaun facebook yang belum di logoutkan dulu akaun korang k.
sila ambil pengajaran daripada peristiwa ni yea. haha. jangan la seriyes sangat muka korang baca entry ni. adeh! semalam Mish kenakan kawan Mish. Mish updatekan status dia kat facebook masa die pergi tandas. sape suruh dia tak logout. kan kan.


alih-alih semalam, masa Mish duk syiok-syiok gayut ngan Cik Bulan Jelita (err. jelita tu pengakuan Bulan yea!) kawan Mish ni pulak masuk bilik. Mish buat dek je la sebab ingatkan die ni buta IT. (memang buta pun. haha) alih-alih ampa tengok ape yang dia balas kat Mish. adeh.


yezza. yang belakang tu adalah Nor Suzilawati si mangsa Mish!!
boleh sakit jiwa dengan akaun FB ni.

Tuesday, February 8, 2011

Menatap Wajahmu

yeah...entry kali ni tajuknya menatap wajahmu. bukan menatap wajahmoo yang ni yea. ni moo..moo.. bukan mu.ok!

nah..contoh moo!!

seriyes mood ngah unhappy sekarang. adeh. perlu ke bagitau? perlu la sebab ni malam bersejarah bagi diri sendiri. sebab? personal thing. oh, pliss dont mess with me!!

bosan-bosan duk layan video Tae Yang kat YouTube. pastu bosan lagi. dengar-dengar lagu kat playlist. aih, bosan lagi, bukak Twisties, makan sorang-sorang dalam bilik. korang nak? nganga mulut. meh nak suap. euwww. macam romantik pulak kalau korang ni lelaki kan kan? haha.

otak ngah biol. dah macam-macam perkara buat. still bosan. bukan bosan, tapi nak ke daratkan balik mood yang kelaut. so, duk tilik gambar ni je dari tadi. aah, kat entry Miss Him Badly dah letak gambar ni. tapi ni nak letak lagi? kenapa? sebab rasa Iman dan Mish ni memang comel when together-together. owh, nak muntah yea?? tu, plastik hitam kat blakang pintu. jangan muntah merata-rata ok! kotor!

owh..miss my sweethome and this cute boy! damn!
that's all!

Perkara Yang Perlu Dibuat Bila Berhadapan Dengan PENIPU!!

korang tak pernah ke berhadapan dengan penipu ni? tak pernah ea? wah!! bertuah badan seyh!! Mish selalu berhadapan ngan penipu yang selalu je menipu konon dia ada penyakit kronik la, dah nak mati la, konon dah kawen la, padahal nak ambil kesempatan berdua-duaan ngan boyfren. ceh. menipu la kau. tak kemana pun kau nanti. ahaks! teremo sudah. adeh. kena belajar kawal hormon la macam ni. haha.

kalau macam Mish la kan. bila si penipu ni sedang menipu Mish, macam-macam cara Mish cuba praktikkan ikut atas kesesuaian masa dan tempat la. contoh nya macam :

buat-buat bodoh. seriyes. si penipu tu akan merasa sangat la fed up bila dia semangat nak MENIPU dengan cerita-cerita khayalannya tu, tapi kita boleh buat bodoh. agak-agak kalau PENIPU tu dah tak tau malu, teruskanlah bercerita. sumpah haku malas nak layan. hahaha.

buat-buat tanya dengan soalan untuk perangkap dia. ni memang selalu Mish buat. tapi tak pernah nak insaf pun. memang dasar suka MENIPU kot ni. adeh. biasanya orang yang biasa MENIPU ni jarang dia ingat cerita atau skrip asal yang di TIPUnya kepada si mangsa. so, amek la kesempatan ni dengan buat-buat tanya, "eh, bukan hari tu kau cakap....". nah, kan da kantoi. haha.

korang berpakat dengan mangsa-mangsa lain yang turut TERTIPU macam korang, untuk jumpa si PENIPU tu. lepas tu pakat gasak dia ngan soalan yang sering berlegar-legar kat minda korang yang kuat mengatakan bahawa itu adalah tipu! gasak sekuat yang boleh. kasi die semput dengan PENIPUANnya.

konon PENIPU tu cakap die balik sebab bapak dia meninggal. k fine, tapi hati kau cakap dia sebenarnya nak pergi tempat lain. apa lagi, korang tagged die dalam satu post kat FB berbunyi " takziah kepada Si Polan atas kematian bapanya semalam. Al-Fatihah " hah, agak-agak kalau adik beradik dia baca mau berasap tak hati??

siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

Nauzubillah. mintak-mintak kita dijauhkan dengan semua ni. aminn~

cara terbaik, senyum je bila ada orang mereka-reka cerita dusta. haha. yeye je haku ni. adeh!

setiap orang ada cara tersendiri untuk melarikan diri dari penipu ni. what say u??

Monday, February 7, 2011

Tutorial : Masukkan Scroll Box Dalam Entry Untuk Jimatkan Ruang

As-Salam semua!! kali ni mish nak kongsi ngan korang semua pasal buat scroll box dalam entry. apa guna menatam scroll box ni? aih...jangan ingat tak de guna. bagi korang yang suka bebenor letak gambar banyak-banyak dalam blog tu. elokla kalau korang gunakan kemudahan scroll box ni untuk mengelakkan blog korang daripada melorot.orait? paham?

tak paham jugak. anda boleh tengok contoh kegunaan scroll box ni dalam entry Pom Pom Girl Malatop!!. selain menjimatkan ruang, scroll box ni jugak boleh membantu proses meloading dan meng'scroll' blog korang tu jadi lebih mudah. ada paham? 

selain untuk berkongsi, Mish saja je tepek tutorial ni untuk rujukan sendiri. almaklumla..penat setiap kali nak tepek gambo banyak-banyak, kena search tutorial. adeh. leceh kan? haha.


so, mula-mula...korang just perlu tampalkan koding ni dalam entry korang di

<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto;
border-width:2px;border-color:000000;border-style:solid;">
Your content in here.
</div>
kaler kuning macam oren ni : korang boleh ubah die punye lebar atau tinggi kotak scroll tu.
kaler pepel :                        : untuk korang adjust die punya tebal border korak tu. 
kaler hijau                           : untuk korang adjust die punye kaler boerder kotak tu.
yang kaler slow pink           :  korang padamkan dan korang taip atau masukkan la apa-apa je gambar yang korang nak uploadkan tu ok!!

lepas dah siap siap semua. sila la hitamkan balik semua tulisan koding tu dan unboldkan sekali ok!

dah!!setel!!

haha. bila mish baca balik tutorial ni macam berbelit pulak. adeh. maap la. Mish xpandai nak ajar-ajar orang bagai ni. just terangkan mengikut apa yang mish paham. kalau rasa berbelit sangat tu, sila la ulang bacaan anda atau terus pergi ke rujukan Mish iaitu SINI.

psst~
yeayy!!lepas ni dah boleh upload gambar lagi melambak tanpa perlu bimbang blog makin melorot ke bawah.. hehehe.

Memang Entry Kosong!!

rasa hidup ni sangat-sangat penat, meaningless dan nothing. dan apa jua perkataan yang difikirkan sama erti dengannya bila :

  1. orang tak menghargai perbuatan kita.
  2. dah diri sendiri salah, tapi buat-buat tak salah. malah siap menyalahkan kita lagi atas salah tu. adeh.
  3. perubahan diri seseorang yang bisa menyentapkan jiwa raga dan bakul. ^_^
  4. kita dipijak-pijak oleh insan yang tak de hati perut.
  5. manusia tak de akal yang mempergunakan kita untuk kesenangan diri sendiri.
  6. kita anggap mereka kawan, tapi dalam diam, mereka api yang membakar sekam.
  7. orang yang kita sayang, semua jauh dimata dan jauh jugak dihati. giler kosong hidup weyh.
  8. rindu somebody yang tak sepatutnya dirindu. boleh macam tu?

Miss Him Badly

bila dihitung-hitung waktu. alahai..baru semalam sampai hostel ni. tapi rasa macam dah lama giler. mungkin penangan cuti hari Ahad kot. kalau hari Isnin atau hari bekerja yang lain, ada kelas, so, tak la terasa lama sangat waktu ni berlalu. adeh. ada bau-bau jiwang pulak. 

baru je semalam jumpa dia rupanya. rasa macam dah lama. err. ulang ayat yang sama kan. sila jangan bosan plis. serius rindu nih. rindu nak layan dia sembang. nak gelak bila dia cakap. kalau dia buat lawak apatah lagi. rindu jugak nak pujuk-pujuk dia. aduh. parah betul demam rindu ni. sabarla wahai hati. 




semalam masa Mish nak turun dari rumah. bukan main lagi dia nangis sebab nak ikut. adeh. betul-betul tak sampai hati weh bila tengok budak kecik nangis. huhu. rasa nak nangis jugak? emm. ada la jugak kot. tapi muka kena cover macho la wei. malu la nangis depan abah. hahaha.

owh, rindu menggila dengan si Iman ni. hehe. masa entry Iman Demam Korea hari tu ramai yang minta letak gambar Iman. nah...i dah letak gambar jejaka kerinduanku ini sebesar yang termampu. haha. 

psst~
lambatnya nak kawen. nak ada anak sendiri lak. haha. gelak gatal!!

Sunday, February 6, 2011

43km Yang Hampir Basah

uwargh..taip entry sambil menguap. betapa Mish nak bagitau bestnya tidur semalam. haha. kalau dah namanya tidur. mesti la best kan kan. cuba kalau suruh buat kerja. sebelah mata pun tak pandang. adeh. buruknya perangai.

ni la dia rupa Bas Tasik Kenyir yang baru. comel kan warna dia. pink plus pepel gitu. auw!!gambar pinjam dari Dato' Google!

penat naik bas tak hilang lagi nih. dah la duk seat nombor 35. apa ada ngan nombor 35 tu? ahaks! 35 tu seat paling last weyh. fuhh. duk atas tayar. memang mencabar. kena pulak ngan jalan musim hujan kan. paham-paham la. berlubang-lubang.

masa naik bas semalam ada la satu peristiwa yang memang mencabar habis. aduh. tak sangka naik bas pun mencabar kan? lebih kurang setengah jam perjalanan tiba-tiba je Mish rasa nak buang air. korang bayangkanla. bas baru gerak, boleh pulak ada rasa macam tu. adeh. nak tak nak, kena la tahan kan. nak tunggu Hentian Gambang tu ada dalamsatu jam lebih lagi. sebab bas Tasik Kenyir memang selalu berhenti kat situ. so, mau nya dalam tahan tu memang dah tahap kritikal weh. nak pergi bagitahu kat driver memang tak cukup yakin la. seba dah duk seat belakang sekali. kiri kanan semua lelaki. nak jalan terkepit-kepit pun malu. adeh.

tengok signboard tepi jalan. Hentian Gambang lagi 43km. pergh. dah punye lama tunggu ada lagi 43km. tensen weyh.

last-last Mish amek keputusan untuk tidur. mula-mula tidur ayam. ceh. last-last memang tak dapat tidur. hadow. apa nak buat ni. dah macam-macam gaya duduk dah. habis segala gaya Mish buat. last-last hampeh. tiba-tiba je kusyen tu rasa basah. hangat je. WHAT? takkan kot. adeh. mula la gelabah masa tu. malu weyh. umur dah 20+ masih nak terkencing dalam seluar. erk. muka rasa macam merah je. 

lepas tu tiba-tiba je Mish rasa macam bas tu berhenti. erk. takkan la driver tau kot i terkucil. adeh. malu. bila bukak mata. tengok semua orang turun, eh, diorang bau ke? errk. tengok kat sekeliling. eh! dah sampai Hentian Gambang. cis! tak sangka semangat nak buang air tu sampai dapat mimpi ngeri. hahaha.

moral or the story :
sebelum naik bas tu, sila la ulang alik ke toilet dalam 3 4 kali untuk keselesaan menaiki bas. haha.


Friday, February 4, 2011

Terasa Sangat La HOT Bila Round Kampung Pakai Baju Kurung Sambil Naik Motor

hai dalim. ahaks. entry before ni dah sayam. ni dalim la pulak. lepas ni boleh buat ayam dan alim je. ahaks! kejam kan. ada la sorang mamat tu penah cakap kat Mish, kejam tu cool owh, cool yea. haha. manyak santek cool. ish. 


owh, tajuk entry yang sangat panjang kali ni kan. sebab tak tau nak pendekkan camane. nak buat tajuk 'Rasa Hot'. tapi nanti ada yang muntah tak pasal-pasal..pastu ingat nak buat tajuk ' Berbaju Kurung' , tapi rasa macam tak de motip pulak. adeh. nak buat tajuk tapi rasa susah macam nak jawab paper Biologi peringkat SPM. owh, giler penipu, Mish budak teknikal, bukan sains tulen. haha.


baru nak masuk isi kandungan ni. ehem. tadi umah kawan umi Mish ada la buat kenduri sebab nak rasmi rumah baru. so, dapat la makan free. disebabkan nak pergi kenduri, umi paksa. PAKSA ok. haha, umi paksa Mish ngan adik Mish si Athirah tu pakai baju kurung. so, bila umi dah PAKSA. harusla kami patuh. kami tak de la keras hati sangat. lagipun, belum ada kes orang meninggal sebab pakai baju kurung kan?haha.


nak dijadikan cerita, dalam pukul 8 malam tadi kami selamat tiba di rumah. lepas tu Mish ajak si Athirah tu pergi kedai sebab nak cari cokelat split. yang macam Nutella tu. tapi tak nak la yang mahal tu sebab kedai kat kampung Mish ni ada yang jenis macam dalam bekas kaya tu. harga pun bawah RM4 je. mula-mula nak bawak WHU Mish tu, tapi tiba-tiba adik Mish tu ajak merempit lak. siot je. dah la berbaju kurung. naik motor malam-malam. sejuk weyh. haha.


masa sampai kat kedai tu, adik Mish ni punyela sengal pi berenti kat depan kedai minum. dah namanya kedai minum kat kampung, mestila ramai muda mudi lepak kan? ceh. korang tau dorang cakap apa? " kenapa dua beradik ni pakai baju kurung? pergi beraya ke? orang raya cina ni pakai cheongsam la wey ". ceh. pastu diorang gelak. adeh. malu haku dibuatnya. lepas tu kami ke kedai topup sebab adik mish tu nak topup nombor die. sampai sana. pun ada geng lelaki. adeh. kena perli lagi. " Tirah, kakak mu ke tu? haha. muka sama weyh. dah la pakai baju kurung malam-malam ni. nak lari gi nikoh Golok ke?" arghh! tensen weh. pakai baju kurung pun jadi bahan. hampagas. haha.

part paling best masa lalu kat depan sekolah menengah. ramai-ramai mat motor buat phewitt. adeh. malu weyyy! lepas ni kalau nak ke kedai malam-malam mish nak pakai telekung sembahyang lak. bia semua pakat lari lintang pukang. haha. padan muka ampa!




kami la minah HOT sebab gambar ni diambil masa tengah panas yang menghotkan. haha. berpeluh wess. hot kan cuaca hari ni. tempat korang macam mana? ade hujan ke? ehee.

Eh Eh..Esok Dah Sabtu?


adeh. rasa nak menangis je hari ni. meh la menangis bersama-sama Mish. huhu. tup tap tup tap. sok dah Sabtu. ada apa ngan hari Sabtu? owh, korang harusla tak terasa kesedihan ni. sebab, esok Mish dah balik kolej semula. adeh. ada rasa sedikit sedih la. 

banyak lagi yang tak tercapai sepanjang Mish balik ni. wah. bajet kau balik dah berminggu yea. haha. ye la. makan free tak puas lagi. tidur atas tilah hempukk pun tak puas lagi. main ngan Iman pun tak puas lagi. sembang ngan adik-adik yang sengal pun tak puas lagi. tak puas tu tak puas ni. adeh. petang nanti boleh pulak umi Mish ajak Mish balik kampung tebas semak kat rumah arwah atuk. adeh. dah la tak puas duk umah. di ajaknya pulak buat kerja yang memerlukan khurafat yang tinggi tu. eh? khurafat? kudrat la. hahaha. 

so, segala peralatan bakal disiapkan sebentar lagi. parang panjang, but, glove, seluar trek dan etc. uhh. lepas tu kena bawak baju kurung siap. sebab ada kenduri. owh, really hate this part. sebab Mish memang hate to wear the baju kurung. aduh. giler buruk pengakuan kan kan??haha. bab kenduri tu KIV dulu kot. kalau rasa malas nak pergi suruh je umi tingalkan Mish kat kampung tu. hehe. boleh jugak round-round skodeng mat bangla. owh, bangla! haha.

ok la. time is running out. nak habiskan masa kat umah dengan bernilainya. haha. kawan-kawan yang tak balik tu, sila la jeles k. padan muka ampa. sape suh pi Melaka tu. haha. KEJAM!


  

Thursday, February 3, 2011

Iman Demam Korea Lagi I My SweetHome!

salam sejahtera semua. hehe..alhamdulillah Mish selamat sampai kat umah pukul 2.30 pagi tadi. tak menjadi hal sebab bas Ekspress Tasik Kenyir memang laju dan sentiasa meletop kalau bab sampai ke destinasi ni. tak pernah lewat. ahaks! bodek sebab nak diskaun tiket bas. haha.


ok, ni nak cerita pasal si Iman ni. ingat lagi Iman adik bongsu sang keladi i tu? hehe. tak ingat sudah. tak penting pun. cuma nak cerita ni, disebabkan semalam sampai awal pagi, so, pagi tadi, ade ura-ura qada la tidurnya kan kan? pastu dalam pukul 9 lebih ada satu raksasa datang hempap perut selim melim i. adeh. senak jap. tenyeh-tenyeh mata, ish, Iman rupanya, tak ubah-ubah habit die suka hempap perut Mish. salah satu taktik nak kejutkan akak yang dirinduinya ni la kununnya. haha.


bukak mata je terus die mintak Ooo.ooo..eh, korang tau ke die mintak ape? haha. tu la lagu peberet die. No Others - Suju. adeh. rasa nak piat-piat je telinga. orang ngantuk-ngantuk die boleh pi mintak video tu. dah la berlagak, tak nak tengok yang dalam henset. nak tengok yang dalam laptop. adeh. ok, Mish pun bangunla bukak bag, dan amik laptop. dan seterusnya bukak la video tu kasi die tengok, dah bagi tengok, nak banyak songeh pulak. mintak lagu No No No No..lagu ape?  hehe. Take Care of My Girlfiriend - B2ST. hampagas punye adik. 


owh, tu kisah si Iman. pastu kalau duk umah biasa la kan. tak boleh nak bermalas-malasan macam duk asrama. duk asrama kau nak tidur sampai tengah hari pun ada roomate kau nak membebel? ada? kalau ada lempang je laju-laju. tapi ni kat umah. duk rilek sikit pasti umi bising. hehe. ye la. kau goyang kaki, tapi pinggan mangkuk kat sink tunggu hantu datang basuh eh? haha. kena sapu umah la, tolong umi duk dapur la. adeh. makan je tau. haha. tu la beza duk umah ngan hostel. duk hostel, makanan tak sedap, tetap kena bayar.  lepas makan, buang je polisterin. kalau duk umah, makanan memang heaven, free lak tu. tapi pas makan kena basuh pinggan. kalau makan satu pinggan, tapi kena basuh berpinggan-pinggan. paham maksud Mish? ahh. tak paham sudaa. haha.


gembira kot dapat balik umah. even mish balik just untuk 2 hari sebab Sabtu pagi dah naik bas balik, tapi tak kesah la. sebab adik-adik lain semua balik jugak. hehe. kalau tunggu cuti pertengahan semester ni ada yang tak dapat cuti. huhu. 




semalam kawan-kawan Mish yang ikut trip ke Melaka tu hantar MMS. gambar mereka berhepi go lucky la kununnya. adeh. jeles? tak kuasa la. haha. 


psst~
semalam masa keluar kat MidValley, Isma Daniel dan pasangan beratur kat depan i betul-betul masa nak beli tiket wayang kat GSC. pastu masa nak masuk wayang pukul 12 tgh hari, terserempak Shamsul Yusuf ngan kawan-kawan. hensem siot. terus jatuh hati. hahaha. oh, SHaolin sangat best!! seriyes. 

Wednesday, February 2, 2011

Boleh tau Isi Hati Kamu??

kalau la Mish ada kuasa psikik kan....kan..kan best! ehee. Mish nak baca semua pemikiran insan-insan terpilih. Mish nak tau apa sebab dan musabab semua ni terjadi tanpa bertanya kepada orang-orang tertentu. Mish nak tau cerita di sebalik cerita orang-orang tertentu. teringin jugak nak tau apa tindakan seterusnya daripada orang0orang tertentu. owh, sungguh memboringkan bila ada pengulangan orang-orang tertentu tu kan kan??apakan daya. ada habit ulang ayat yang sama sekarang. adeh.

apa yang korang fikirkan sekarang ni ea? teringin nak tau. seriyes!! adakah kamu sedang pikir pasal makanan? atau pasal awek atau pakwe? atau famili? atau pelajaran? atau saya? atau Mish atau atau atau atau. ahaks! dah naik mereng taip entry tak bermutu sekarang. ok lah. sekian entry masam manis kelat pahit. Mish nak masuk tidur. sok nak naik bas kol 9 malam kat Hentian Putra. jom pakat hantar mish kat bus stand beramai-ramai. haha. bajet kau tu hot ke mek? haha.

nah..disebabkan entry ni giler punye pendek kementot!! guwa kasi gambar kasi panjang guwa punye entry,. wuhahaha. giler annoying muka kan kan? pedulik ahh!!

apa isi hati kamu bila baca entry yang menyakitkan hati ni?? err..!

psst~
giler happy bila dapat tau yang Fernando Torres dah masuk geng The Blues!! i love CHELSEA!!!! owh, saya peminat nombor satu dua tiga dan seterusnya pasukan Chelsea. siapa nak lawan haaa??