Monday, October 31, 2011

Bila Gaduh / Kecik Hati / Marah kat Pakwe…….dot dot dot

Off henset.
Asal gaduh sikit off henset. Asal nak protes sikit off henset. Lepas tu kengkawan telefon nak ajak pi makan atau mak bapak kol nak tanya khabar mula la tak dapat. Hampeh betul. Kot ye pun nak tunjukkk kat pakwe yang hati korang tengah kecikkk giler.. tak yah la sampai menyusahkan orang lain kot. Sian orang lain nak dengar suara awak. Ish ish ish.

Bukak FB.
Bukak FB untuk main Farmville. Eh eh, ada kena mengena ke?tak de tak de. Ni on FB untuk upate status. I mencik kat u mr. pakwe! Korang menyampah dengan status macam ni? buat apa nak benci. Biaq pi la FB dia. Haha. Kalau korang sanggup nak upate macam tu silakan la..Mish tak kondem pun. Mish ni kan suka stalk orang. Kua kua kua..

Habiskan tisu sekotak.
Ok, namanya gaduh. Harusla ada scene sedih-sedih kan. Tak best pulak kalau gaduh tapi tak de air mata yang kuar. Ish, macam tak tragis pulak pergaduhan tu kan. Haha. Normal la nangis bila gaduh kan. Bila namanya nangis, harusla ada air mata dan air idung yang kuar. Maka, lap la guna tisu. Apa guna kilang buat tisu kan. Haha.

Seterusnya..
Okeh..Mish dah hilang idea. Haha. Sesiapa yang ada cara best lagi bila gaduh atau sewaktunya dengannya sila-sila la share ngan hamba ye. Hamba nak la jugak tau. Kot boleh try. Haha. Yang kat atas ni Mish main taip je ikut jari. Tapi salah satu ada yang Mish selalu buat. Selalu buat okeh. Ce teka yang mana? Hohohooo..bye!

Saturday, October 29, 2011

Penat

penat.
bukan nak mengeluh.
bukan nak melenting.

cuma kesal,
ada manusia yang hanya tau menuding jari,
salah orang bertimbun dimatanya,
salah sendiri dikatanya tak mungkin.

kesal lagik,
atas segelintir manusia yang cuba lari dari masalah,
letakkan beban atas bahu orang lain,
biarkan orang lain menjadi mangsa kelalaian diri.

penat yang sekali ganda menjadi dua kali ganda,
penat berhadapan, penat memikirkan,
semua jadi penat.

bila rasa penat nak menghadapi hari-hari mendatang,
hati mula putus asa,
tak sabar nak keluar ke lembah bahagia,
tak sabar nak keluar dari cerun derita.

Friday, October 28, 2011

Myself : Bab Makan

mungkin bagi orang yang tak pernah duk ngan Mish tak tau sangat la style Mish makan camane kan. hehe. Mish tak demand ok. tak de la nak kena Meal Station hari-hari baru nak makan. idak pun Fish Manhattan hari-hari baru nak makan. no no no. saya bukan macam tu okeh.

fast food peberet is GCB..aumm!

Mish cerewet bab makanan. budak-budak umah Mish memang tensen sikit la ngan Mish. ikan Mish kurang. kalau ikan keli, ikan pari tu peberet ah. ikan selayang, mata bulat, mata terbeliak semua tu bo layan. alasan Mish, tak reti nak telan. haha. memang pun. tengok la tekstur ikan pari ngan keli camane. lembut kan. sebab tu ai makan. so, menu ai paling joli is ayam atau seafood. kalau ayam Mish tak makan bahagian isi. alasan? tak reti nak telan. dah cuba makan. kunyah sepuluh minit pun tak mau telan-telan lagi. dah boleh buat macam chewing gum pulopp.

lepas tu kalau sayur, Mish makan sayur tengok pada cara masak dia je. kalau menyelerakan ai layan, kalau tak. bo layan. haha. tapi jangan bimbang kalau anda-anda jadi laki saya ye. sebab my peberet is, ikan bilis goreng. tak kisah la goreng kicap ke goreng berlada ke berkuah ke ber apa ke. yang penting ikan bilis tu digoreng terlebih dahulu. mudah kan nak bela saya. haha.

lagi satu bab lauk. Mish tak gemar makanan bersantan. so, sebarang lauk gulai ke apa ke. saya mintak diri dulu la ye. tapi gulai kawah ai makan. haha..annoying kan. lepas tu kalau masak lemak cili api atau sayur lemak yang kaler putih tu pun satu. awal-awal lagi ai undur diri. yang ni perangai Mish ikut abah. abah makan lauk ikut warna. warna merah memang menaikkan selera dia tahap gaban. so, peberet kami adalah sambal, tumis merah, asam pedas.

Mish paling anti ngan bau peanut butter tu. series tak suka beb. cakap busuk kan kecik hati makanan tu. tapi Mish memang cannot go la ngan bau dia. bila bau je kepala jadi pening-pening. tekak jadi loya-loya. pernah satu tahap Mish muntah sebab bau peanut. hohoho.

hek eley. standard a beb. orang lain pun mesti ada jugak yang tak makan tu tak makan ni kan??

sekian terima kasih.

motif entry?
untuk pengetahuan bakal suami. kot-kot la bakal suami ai tu pembaca belog ni ke. hahaha. padahal saja nak penuhkan entry. kua kua kua.

Makanan Tepi Jalan

Assalamualaikum w.b.t.

teringat dulu masa zaman Mish belajar, kawan-kawan Mish suka giler beli keropok goreng ngan piasang goreng kat gerai mak cik bidah (bukan nama sebenar) kat depan pintu pagar kolej. Mish sendiri pun beli jugak. hehe. so far, tak de keracunan makanan dilaporkan. 

oh yess. ada sesetengah ibu bapa, ecece, macam karangan pulak guna ibubapa, jadi kita guna mak bapak ok. ada jugak mak bapak yang tak bagi anak-anak diorang beli makanan tepi jalan. anda terasa? baguslah. sebab Mish pun kalau nanti jadi mak orang, Mish tak bagi kot. 

bukan Mish nak sekat rezeki ke apa. tapi disebabkan segelintir ok. bukan semua. disebabkan segelintir peniaga ni, diorang jaja kat tepi jalan dengan makanan terdedah sana-sini. kereta ke lori ke kapal terbang ke lalu, habis semua debu, kotoran, asap apa semua masuk lam makanan. pastu anak-anak kita beli (ecece, anak -anak kita tak tahan tu) masuk lam perut. lepas tu korang bayangkan la sendiri. ace feeling jadi mak orang jap.

nak boikot gambo ni. aku nampak buruk. iman nampak kacak. tak adil!!
perhatian! saya bukan mak budak ni!

ada jugak segelintir peniaga ni, mentang-mentang majoriti pelanggannya adalah kanak-kanak, diorang main jual je makanan basi la, tak masak la apa la. mentang-mentang tu budak, kau main jual je ye. ace bayangkan yang beli tu anak kau sendiri. apa kau sanggup? ishh..tak de moral kan penjual macam ni.

sebab tu la Mish, kalau mish tengok gerai tu semacam je, baik tak yah pegi beli la. prevent is better than cure kan? kan? kan? kan kan je la.....senang citer. 

sekali lagi, segelintir je ok. tak semua. mana tokei gerai yang kita kenal, kita dah biasa tu. keep membeli okeh bebeh. jangan kang tetiba pegi boikot lak. no no no. agak-agak la derr. dorang pun nak cari rezeki jugak. mesti korang pikir Mish nak kondem peniaga macam ni kan. sekali lagi saya cakap, no no no. segelintir sahaja. dah habis sastera dah segelintir haku tu. biasa Mish guna 'tak ramai'. tak nampak kelass kan perkataan 'tak ramai' tu. 

maka, moral entry ni, jom guna perkataan segelintir lepas ni. haha. tetiba out of topic.bye!

Thursday, October 27, 2011

Perkara Yang Selalu Buat Kita Rasa Tak Puas Hati Kat Kedai Makan

selalu tak makan kat kedai?ecece..tipula kalau tak penah makan kat kedai. tak baik bohong ye kawan-kawan..nanti Allah marah. haha. dah macam rancangan bersama adik-adik dah. so, kalau kita makan kat luar la kan, especially restoran biasa, warung biasa, kopitiam biasa, mesti pernah gak terjadi perkara-perkara yang buat kita panas hati kejap. 

antaranya ialah.....(dah macam karangan)......
  1. Pekerja muka masam macam cuka getah.

    rasa nak hempuk pakai helmet je kalau muka pekerja kat kedai tu macam cuka ni. apa masa kecik tak de orang nak main aucak aucak ngan dia kot. tu pasal muka ketat semacam. masa kecik tak seceria ai. auww! nyempat je pasan eh. kalau first impression dah bad, datang makanan sedap camane pun hilang selera. lagi-lagi dapat pelayan yang tak sabar. tak boleh nak tunggu orang discuss langsung sal makanan.

  2. Lambat ambik order, lambat sampai order
    yang ni satu hal. marah beno la hamba..nak tunggu ada orang datang nak amek order tu dah sama jauh dari umah Mish sampai Bentong. agak hiperbola la ayat tu. tapi tu la kebenarannya. duduk punya lama sampai buntut ngan kerusi tu dah nak melekat dah. tapi haremm satu orang pun tak de nak kemas meja apatah lagi amek order. bila order dah diamek setelah pergi tepuk bahu pelayan tu, makanan pulak nak kena tunggu. kalau tempat tu ramai orang kita consider la kan. tapi ni kita je yang ada kat situ cam tunggul kayu. seksa betul nak makan. aihh.

  3. Tempat kotor.

    kebersihan adalah separuh daripada iman. hehe. tapi kalau pergi kedai yang jenis kotor. memang meloyakan kot. datang la ikan siakap doploh rasa ke, tomyam poktek poktok ke, dinasor rebus ke. tobat tak lalu nak makan. tengok pulak pinggan yang dia bagi tu berdaki. cawan pulak beminyak. yarksss!

  4. Order lain, dapat lain.

    pernah tak korang order mee goreng. tapi yang dapatnya air bandung? oh, logik la sebab kau memang order bandung eh. tapi pernah tak kau order mee bandung, dapatnya nasi goreng koboi. aiyakk. jauh kot dua nama tu. tapi positifla, maybe orang tu tak berapa dengar kot masa nak amek order tadi, almaklum la. ramai customer. tapi nak tunggu dia buat lain tu dah sekian lama la pulop. ye dok? huhuhu..
kalau Mish la, dah selalu sangat kena macam yang tersenarai di atas tu dua tiga kali, haremm lah nak jejak kali keempat. buat tambah dosa je mengata kedai dia nanti. balik umah makan nasik lauk ikan bilis goreng kicap lagi bagus. boleh tambah protein. haha.

Wednesday, October 26, 2011

Sentap Mr. Potato punya pasal

semalam kepada semalam Mish and umi and Athirah and Azim pergi ke bandar Terengganu untuk beli barang dapur. biasa la, gaji baru masuk kan. barang dapur pun dah banyak yang surut. Mish pun tumpang la sekaki pegi beli barang-brang yang nak bawak pergi Benting esok. nanti dah masuk dalam hutan ni mana ada kedai dah nak beli semua ni. kalau ada pun, konpem la mahal. aish. tak elok membazir kan? hehe.

lepas tu pagi tadi Mish lupa nak sorokkan makanan-makanan ringan yang Mish beli. lalu, adik Mish yang memang suka makan benda-benda macam tu terserempak la dengan makanan-makanan tersebut. eh, logik ke perkataan terserempak? haha. maaf, bab BM ai lemahhh sikit.

si kecik : Along, yang awak ke ni Mister Tomato?


si cantek : hah? Mister Potato la dik. baca molek-molek leww.


si kecik : Along nak bawak gi Bentong ke ni?


si cantek : (aih, lain macam je bunyi) yep, Along nak bawak esok. jangan main la plastik yang tu. semua yang Along. pi simpan balik. haishh....


si kecik : azim nak rasa sikit boleh dop?

si cantek : jangan ngengade. budak-budak mana leh makan benda gitu banyak-banyak. rosak buah pinggang t. (tapi tengok muka dia macam nak tarik muncung je. kesian pulak. nanti kempunan. huwa huwa huwa) yela yela. ambik je lah. esok Along beli lain.


si kecik : tak pe r. (sambil berlalu).


iklan sat....
alamak, majokla pulak. ishh. adik ai yang ni memang sensitip sikit. jiwa lembut katakan. hehe. Mish pun tak tergamak la jugak. makanan boleh cari lain. adik ta boleh woo. limited. hehe. Mish pun bukak la Mister Potato tu dan makan sekeping dua, pastu offer kat dia. uih. laju dia sambar.

selang beberapa minit, jam dan waktu.

si kecik : uih, Along!!


si cantek : bakpe?? (nada macam cemas la kan..kononnya..)


si kecik : abih dah Mister Potato awak. Azim makan sikit je tadi. sikit sangat ye letak dalam ni.

haha. ceh, siap salahkan pengilang tu packing sikit dalam botol tu. padahal dia yang makan. pandai ah..konon gaya terkejut macam ada ulat mayat dalam Mister Potato tu. hadoi..nasib la..

Hidup Ini Banyak Kadang-kadang

kadang-kadang hidup ni macam makan Cadbury,
baru je kejap tadi bukak,
sekarang ni dah habis.
macam hidup jugak,
rasa macam baru je semalam sampai rumah,
hari ni dah nak kena berangkat balik.

kadang-kadang hidup ni macam takal beroda,
bila orang tarik kita naik,
bila orang tak tarik kita pun tak bergerak.
macam hidup jugak,
bila ada yang kita kena buat, kita buat,
kalau yang kita tak kena buat,
kita duk diam-diam. nanti orang cakap menyibuk je kau ni.

kadang-kadang hidup ni macam sang kancil dengan buaya,
buaya nampak ganas tapi sebenarnya bodoh,
kancil nampak lemah tapi sebenarnya pandai.
macam hidup jugak,
luar orang nampak lelaki kuat tapi sebenarnya ego je lebih, 
orang pulak fikir perempuan ni lemah tapi sebenarnya tu cuma luaran.

kadang-kadang hidup ni sangat banyak kadang-kadangnya,
sehinggakan kita tak boleh nak berharap,
sebab kadang-kadang ia macam tu, kadang ia macam ni.


Tuesday, October 25, 2011

Kuat Melenting

pernah jumpa tak orang yang cepat melenting. langsung tak boleh tegur. kalau tegur je terus tarik muncung patblas inci. umi panggil orang yang macam ni, bod*hsombong. haha. dah la bod*h, orang ajar tak nak dengar. sombong lettew. bod*h yang dimaksudkan bukanlah bod*h bebal tu. tapi ni maksudnya macam tak tau pape. tak de nya umi nak ajar anak-anak cakap perkataan tu. kat umah ni siapa sebut bod*h tu kena tampar-tampar manja tau!

sekarang ramai yang macam tu kan. kebod*han kesombongan depa tu melampau sangat. sampai nak tanya apa-apa sikit pun dah dikatakan menyibuk. kita tanya suapaya senang kalau jadi pape. nak lempang je rasa. lepas tu kalau suruh mintak tolong sikit, melenting. aku hantuk kepala ke dinding baru kau tau. boleh tengok kepala ke dinding yang lagi keras. owh, kejam sangat cara tu. ta baik ta baik..haha.

kalau rasa tak boleh nak ditegur sangat. pegi duduk dalam hutan diam-diam. kawan ngan monyet beruk sana. haishhh........

pebenda ntah ambe duk ngepek cnie. haha. chow!

Putus KAWAN Kerana CINTA?

biasa kita dengar putus cinta. tapi ni Mish nak citer pasal putus kawan. oh man. buruk kan dengar putus kawan sebab cinta. haishh. normalnya, kaum hawa la yang banyaknya macam ni. semua sebab emosi. lepas tu sebab jeles. lepas tu sebab macam-macam lah.

agak-agak korang berbaloi ke tinggalkan kawan yang dah bertaun lama dengan kita, cuma sebab cinta yang baru je nak putik-putik. come on girl, mish bantahhh keras-keras macam ni. rasa nak tenyeh-tenyeh je perempuan yang buat macam ni. memalukan kot.

tiba-tiba gambo macam nak pegi bersilat ye? tak pe tak pe. buat bahan ketawa.

masa form 5, ai sendiri pernah kena macam ni okeh. ingat lagi time tu. kitorang kawan dari form 2 lagi kot. lepas tu sama-sama masuk sekolah teknik. walaupun kos lain, tapi memang besties habis la. isi ngan kuku pun tak rapat macam kami. haha. boleh macam tu?

memang diakui la dia ni cantik, kurus je. dengan keningnya yang halus. lemah lembut. nama pun lawa. sebab tu ramai minat dia kot. tapi yang Mish tak puas hatinya, dia couple ngan sorang mamat tu dah la tak bagitau Mish. fine, bukanlah besar sangat masalah tu kan. tapi dia besarkan masalah tu cuma sebab Mish selalu bertegur sapa ngan pakwe dia.oh mai! aku tak hingin la mamat tu.

then, satu malam tu, sampai la satu surat dari dia. masa tu kat bilik study. dia cakap, lepas ni dia ada mamat tu je. dia harap lepas ni Mish jangan tegur sangat ngan mamat tu. Mish ni pulak jenis cengeng sikit kalau bab kawan. satu malam Mish nangis. sampai hati dia kan. buruk tol perangai. skang ni kalau jumpa, wat ilek je. malas nak ungkit-ungkit. hehe. positif tetiba kan?

the end of last year, Mish dengar cerita, dorang dah putus. no komen!

Kebenaran Entry Ini

owh ok. jam mencecah duabelaspatplohtujuh minit pagi. hoho. awal lagi. rilek la beb.petang tadi dah tidur sepetang. bila malam menjengah camni mula la bijik mata jadi kerasa semacam. haihh...

tapi tak pe. bila lagi nak melayari internet sampai lewat pagi camni. ye dakk..ni pun nasib baik duk umah. maka, nampak la jugak batang idung ai di dunia maya nih pada tengah-tengah malam camni. kalau duk Bentong. mana nak cekau tenet? uih..lemah jap bila pikir cuti dah nak habis.

rabu ni balik semula ke sana. walaweyh...esok dah. ciss. sekejap giler masa berlalu. rasa nak angkut je tenet ni ke sana. bosan gila babas tak de tenet. seriyes wa cakap lu. wa tau lu pun sama. kalo tak de tenet lu ngan wa mati kutu. ohmai. tiba-tiba berlagak samseng. jangan! jangan amalkan. kita perempuan kena tunjuk kita lembut. nanti tak laku.

dulu suka sangat tempek gambo...
by the way, thanx sebab baca entry ni. saya sebenarnya sangat bosan. tu la kebenarannya. hahah. kebelakangan ni, makin suka pulak baca entry lama-lama. ternyata skill merapu ai dah terhakis sedikit sebanyak. ish, hilang bakat derr. haha. buwerkk!

siap menaip entry jam duabelaslimaplohpat. soalan cekodokmas, berapa minit Mish amek masa buat entry ni? jeng jeng jeng. siapa betul dapat penampar. ada berani?

Monday, October 24, 2011

Jangan menilai hubungan daripada status FACEBOOK!

sampai hati dia..

tak pe, ramai lagi kumbang.

Mencuba Melupakan.

takkan mati kalau tak de pakwe!


oh, ok..tu antara contoh-contoh status yang ala-ala frust kat facebook yang Mish ambil kat facebook girlfriend ex Mish okeh. haha. konon nak stalk la setakat mana dah hubungan depa kan. hik hik. saje nak api-apikan hati sendiri.

so, kalau sekali kita baca status macam tu, konpem-konpem kita pikir mereka dah putus kan. punya semangat Mish happy bila tau dorang putus. ada peluang nak ngorat? oh no! tak kuasa. yang tu nak sumbat mana? haha. mungkin sebab Mish rasa meluat kot ngan minah ni. macam la bes sangat dapat mamat tu. bekas aku je pun. ops. terdetik macam tu. jahat kan. abaikan kejahatan tu.

tapi, unfortunately..tadi Mish terrajin la pulak nak stalk wall minah tu.


biey, sayang biey ketat-ketat. keje baik-baik oke..

˙·٠•●♥ saya sayang awk ♥●•٠·˙

ini demam rindu bukti awak rindu saya.


eh! damn betul. couple lagik rupanya. hampeh! mati-mati ai ingat dah the end. sobsobsob. macam tak de keje aku pegi stalk wall orang kan?haiyaa! btw, semoga bahagia la awak dengan biey awak tu eh. 



Ini Cerita Pasal Hantu

sebenarnya, malam ni Mish tak tau nak bebel pasal apa. tapi Mish teringat kat satu benda ni. pasal HANTU. o yess. waktu malam memang kena sangat la cerita bab benda tu. 

baru-baru ni budak kelas Mish yang posting dekat sangat ngan klinik Mish mengadu yang kat tempat dia, ada gangguan benda tu. paham-paham la benda tu kan. memang suka usik orang. ada yang dengar baby menangis la. ada yang dengar macam ada perempuan merintih kat bilik sebelah la. ada yang nampak perempuan pakai baju hijau dari atas sampai bawah.

seram pulop dengar citer ni semua. nak jejak kaki kat sana pun pikir doplahpatratusribu kali. 

dengar citer dari penduduk tempatan, dulu kawasan tu kawasan paya. kat situ, pernah ada dua beradik mati lemas dalam kawasan paya tu. mayat dorang tak dapat dijumpai. erk, tetiba leher rasa semacam je nih. aishh...

  • bila nak tidur, Mish memang takut kalau kaki atau tangan terlebih dari kawasan katil, atau terjulur ke bawah katil, sebab Mish imagine ada benda tu bawah katil, nanti dia tarik tangan atau kaki kita yang terjulur tu ke bawah katil.
  • bila lalu kat tingkap yang terbuka atau tak de langsir, Mish akan mengucap, baca macam-macam segala jenis surah. sebab Mish imagine ada benda duk tengok. erk..><
  • kalau duk sorang-sorang, Mish prefer bukak lagu kuat-kuat. kasi hidup sikit suasana. sebab Mish imagine, tempat yang sunyi biasanya kita mudah dengar sesuatu yang kita mungkin tak nak dengar.
childhish gila pikiran ai kan. haha. anda boleh booo saya jika anda rasa anda berani..hehehe.

Sunday, October 23, 2011

Penampilan Baru MISH LOLLYPURP!

auwwww!
hanya perkataan gedik tu je yang mampu terluah skang ni. hahha. rasa happy, puas, senang hati dan bla bla bla punya perasaan positif lagi yang mengalir di dingin pagi hari ni.

satu malam bersengkang mata belek koding. dah lama kot tak main koding. dah banyak yang lupa. haishh..apa susah. dunia kan hujung jari skang. picit saja keyboard...then, taraaaaa! dah ada depan mata.

kali ni warna pepel agak soft sikit. baru nampak ladies. ye dak? kalau dulu garang semacam je. kalau dah lupa camane rupa yang lama, sila kelik SINI. yang baru ni ala-ala friendly la sikit. orang kata, kalau kita friendly senang dapat jodoh. eh, yeke? erk..>.<

ada benda baru yang ditambah, ada benda baru yang di buang. dan ada jugak benda yang tak siap lagi. tak pe. kayuh pelan pelan. hehe.


last but not least, ada nampak tak header gempak tu?hahaha. mau mati hidup semula kalau nak tunggu Mish buat berpesen-pesen camtu. kalau ai buat sendiri konpem-konpem kaku. hehe. btw, thankkk youuu so muchhh kat Budak Lelaki Sebelah Pintu sebab hadiahkan header ni. lawo la derrrr! lain kali buat lagi eh! haha. boleh macam tu?cepat-cepat siapkan layout sebab nak guna header baru. auwww!

Iman Cicah Budu...sedappp woo!

salam semua. eh, semua pakat nak masuk tidor ea? alololo..lek lu. Mish excited nak ngupdate ni pasal seronok duk umah. cuti panjang la kononnya. nak sambut Deepavali teruss. niatnya nak buat rumah terbuka sempena Deepavali ni. haha. ada yang sudi datang? bagi nama eh.

tadi siang Mish berjimba kat kampung. syok ohh. dapat jumpa lembu-lembu yang bakal jadik korban 6hb nanti. hehehe. duk bagi kata-kata semangat kasi lembu tu menikmati hari-hari terakhir dapat makan rumput yang hijau menyala tu. auww. tetiba rumput jadik hijau menyala eh.


tapi yang tak tahannya, si Iman la. spoil betul la kalau bawak dia. buas nak mati. haishh. tu la umi, siapa suh bagi susu IQ plus tu. kan dah tak terkawal IQ dia. haha. boleh pulak nak salahkan umi.

masa kami duk meronda kat kedai baju, tiba-tiba je dia hilang. memang tiba-tiba ok. Mish toleh kiri kanan depan belakang atas bawah. memang dia dah lesap. padahal baru je lagi Mish tangkap dia duk main lari-lari langgar orang merata-rata untuk kali ke berapa ntah. penatnya kaki ni duk kejar dia, tuhan je yang tahu. nak jenguk baju lawa-lawa pun tak dan. jimat duit lol.


lepas tu, masa pergi makan pun satu hal. orang tak sempat nak ambil order lagi, dia dah pusing satu kedai. ya rabbi, rasa nak jerit nama dia kat situ jugak. tapi pikir, ramai lak pakweSS time ni. ok, jaga saham. hahaha. nak makan pun rasa tak kenyang. telan nasik pun tak rasa pape sebab duk asyik cuak tengok si Iman tu je. bimbang kot dia kena angkut bawak naik mana-mana lori kat situ. eksport dia ke Golok. perghh. memang laku habis adik aku. haha.

kalau la Iman tu cili api, konpemm Mish kenyek-kenyek sampai lumat lam budu. memang meleleh habis lah air liur. hahhaa. nasib baik adik sendiri.

Saturday, October 22, 2011

DIAM

ada orang kata, diam tu senjata tersembunyi. means, bila orang diam je, kita dah tahu apa yang tak kena. hek hek. senjata la sangat kan? kalau diam sebab bisu tu ta payah susah-susah nak habaq mai la. sekeh kepala lutut kang!

manusia akan mendiamkan diri bila mereka :

  • terasa hati
  • terkedu
  • menyampah / malas nak layan
  • meluat
  • tak perasan
  • geram
  • tak mampu berkata-kata
  • tiada daya melawan kata
  • not in a good mood
  • saja nak buat kita bengang
  • tunjuk perasaan / protes
lepas ni kalau ada orang diam-diam kambeng ngan korang, pandai-pandailahhh! haha.

sekian, terima kasih!

Thursday, October 20, 2011

Auww..Awak, Bontot Awak Nampak laaaa..........

Adala pada suatu hari yang indah tu kan, ada la sorang lelaki ni datang ke farmasi tau. Untuk hantar barang. Barang tu kena la punggah dari lori. Lelaki ni pulak, pakai baju hitam ngan jeans.

Mish pulak kena ada kat tempat dia punggah barang dari lori tu. Kena kira barang cukup ke tak. Lagi satu kena la tengok depa buat kerja kan. Kot-kot sambil buat kerja sambil memanjangkan tangan ke hape ke.

Tengah-tengah baik punya usha depa buat kerja, masa dia duk sedap tunduk bangun tunduk bangun amek barang, Mish dapat rezeki baik punya. Haha. Masa lelaki tu tunduk, baju dia terangkat tau, seluar dia pulak jenis londeh, nampak la bontot dia. Ades..apa punya tayangan la. Tak menarik betul.

mungkin pasal muka tak hensem macam mamat ni, ia guna kuasa seksi kot nak goda ai. boleh macam tu??hahaha.

jatuh hati pada beliau masa tengok HEARTSRING!!haha
Agak-agak korang la kan, dia sengaja atau tak sengaja berpakaian macam tu. Lepas tu kan, agak-agak korang la, dia sedar ke tak eh dia punya seluar terlondeh. Aiyaa!

Psst~
Agak kaku entry kali ni. ada ulser dalam mulut. Eh, apa kaitan ngan taip entry?haha. tak tau! 

Tuesday, October 18, 2011

Potong Stim Betol Laaa...

sebelum ni meroyan duk kat farmasi sebab tak de kerja nak buat. nak packing ubat, stok tak de. nak buat inden semua dah setel minggu lepas. punya bosan sampai boleh lepak kat kedai kopi sambil bergosip. eh, tapi Mish tak de la buat sampai tahap tu. abih daya pun Mish jalan kat kaunter pendataran tu je. ehee. beramas mesra auww!

(untung duk kat kaunter pasal boleh usha abang polis..hihi)

tapi lepas ni tak boleh dah. sebab? barang dah sampai. spoillllll giler tau tak.


see?stok dah sampai. nak kena kemas, rekod, kira dan bla bla bla. tak suka langsung kerja ni. tapi best gak. tak yah senyum sampai ke dahi. sebab duk kaunter kena amalkan senyum TIGA tau...korang sebut tigaaaa..haa.tu la senyum dia. manis tau! haha.

okeh, sape yang free goyang kaki, goyang gigi mai tolong ai!

psst~
esok kena pergi majlis Perasmian Minggu Pendermaan Organ Negeri Pahang kat Universiti Malaysia Pahang. aishhh.

Monday, October 17, 2011

Aktiviti hujung minggu

hujung minggu semalam dan semalam lagi satu tu, amatlahh bosan. dua hari ai terperuk kat umah. sikit pun tak kena cahaya matahari kat kulit ni. kirenya kulit ai terselamat la daripada sinaran UV selama dua hari. so bajet risiko nak jadi hitam tu memang tipis lah. lagipun kulit yang sedia ada pun dah memang hitam. eh, hitam-hitam manis. manis tu penting. hahaha.

orang lain semua pergi larian 10,000 langkah sehari kat Bentong bersama-sama dengan Menteri Kesihatan, tapi ai memeruk je dalam umah. orang lain pergi mandi kat air terjun Chamang, ai terperuk dalam bilik sorang-sorang. haishhh..tak de sosial life betul kan.

actually, untuk entry kali ni, ai just nak cakap yang, hujung minggu ni ai dating ngan cerita-cerita dari korea dan jepun. auwwww! rasa awesome sangat dapat menamatkan cerita-cerita ni dengan bergayanya. 

ni cerita Jepun. cerita pasal sekolah perempuan yang syok giler. setiap pelajar perempuan kat sekolah tu akan ada sorang lelaki sebagai bodyguard merangkap kuli merangkap penjaga yang baik giler. best kan! best nya cerita ni sebabbbb...tengok sendiri. ai fail bab cerita kat orang ni. ehee..>_<

cerita ni pun memang sangat best! kisah perempuan yang dulunya taiko kat sekolah jadi setiausaha kepada sorang lelaki yang langsung tak minat nak kerja. memang syok ah. tengok laa. tengok la..hahaha. kalau dah tengok tu duk diam-diam!

yang ni plak..err..mish tengok episod satu, dua, tiga, empat, lima, enambelas. eh, korang pandai kira tak?tetiba enambelas kan?sebabbb..Mish skip. haha. tak sabar sangat nak tau dia dengan sape. terus ke enambelas. las-las dah malas dah nak tengok. sebab dah tau ending. kua kua kua.

sesiapa yang boring, Mish syorkan cerita nombor satu dan nombor dua tu. berbaloi-baloi-baloi.

actually, untuk entry kali ni, ai just nak cakap yang, hujung minggu ni ai dating ngan cerita-cerita dari korea dan jepun. auwwww! rasa awesome sangat dapat menamatkan cerita-cerita ni dengan bergayanya. SEKIAN!

Saturday, October 15, 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Biasa sangat dengar ayat sediakan payung sebelum hujan kan. Alaa..dulu kalau nak buat karangan untuk UPSR selalu sangat masukkan peribahasa macam ni. nak tambah markah lebih kan. Ehee. Ada lagi satu peribahasa yang maksudnya lebih kurang sama dengan yang ni. iaitu, sediakan air sebelum makan ubat. Haha. Pernah dengar?

Alkisahnya nak bagitau sekarang ni Mish tengah gigih yang amat menyalin senarai nombor telefon daripada telefon bimbitttt ke buku 555. Eh, tak dela buku 555 yang betul-betul. Apa kelasss. Haha. Ayat bongkak.

Alkisahnya lagi, tak de la rajin sesaja mish nak nyalin contact number kengkawan yang berlambok lambok dalam henset tu kalau bukan disebabkan henset tu dah mereng plus kurang sioman. Dulu mereng dia boleh dirawat lagi. Skang ni makin teruk kot. Nak kena ON/OFF manjang. Menyakitkan hati jiwa dan raga betul.

So, maafla kalau ada mesej yang tak terbalas. Call tak terjawab ye. Ahaks. Jangan serik untuk terus call dan mesej. Macam hot giler…wuwuwuuwww..

Psst~
Ade sesape nak bank in duit beribu riban supaya ai dapat pengganti henset nih?

Friday, October 14, 2011

Milik Siapakah Kaki Seksi Lagi Menggoda Ini?

Korang pernah layan video Korea tak? Siapa yang pernah layan tu angguk laju-laju, tapi hati-hati takut terpenggal leher. Pernah tengok MV korea yang perempuan punya? SNSD, Kara, Miss A dan macam-macam lah.

Kalau korang perasan, grup korea perempuan ni, banyak guna godaan dibahagian kaki. Diorang suka pakai skirt pendek-pendek. Seluar pendek-pendek. Sebab tu Nampak kaki diorang panjanggg. Geram nengok eh? Haha. Jeng jeng jeng. Bahaya tu.

So, pada hari ni, Mish nak ajak korang menilai sepasang kaki yang menggoda lagi seksi. Eh, macam terbalik lak ngan tajuk. Tape tape. Kes terbalik jangan ambik serius sangat. Meh nengok kaki seksi nih. Mana tau kot-kot korang tergoda sampai meleleh air hidung. Haha.



Amacam? Leh lawan korea tak? Agak-agak kalau dia menari lagu Gee-SNSD atau Mister-Kara tu meletopp tak rating dia eh? Haha. Nak tau kaki sape?

Jeng
Jeng
Jeng
Jeng
Jeng!!



Ahaha. Ingat lagi kat budak kecik nih? IMAN!! Haha. Tak padan ngan kecik. Tak padan ngan lelaki . nak jugak dia pi pakai kasut tinggi tu. Adess.. eh, seksi pulak tunjuk gambar Iman pakai tak pakai seluar. Jangan tergoda okeh. Budak lagi tu. Hahaha.

Tips Menangani Orang Miang, Gatal, Tak Sedar Diri atau Gangguan Seksual!

Fuh fuh fuh..jangan semput dulu baca tajuk tu ok. Saje kasi panjang. Lagi panjang lagi mantap. Kua kua kua. Hipotesis yang tak boleh pakai langsung. Hehe.

Sebenarnya, dalam dunia reality, kat mana-mana kita pergi mesti ada orang yang jenis miang, gatal, gelenya, geletik, tak sedar diri dan yang hebattt sikit gangguan seksual. Tak kisah la macam mana bentuk perangai annoying yang menggelikan tu berlaku pada korang semua. Yang pasti, di dunia reality, memang ada manusia yang mengannoyingkan seperti ini. Kalau korang hidup dalam fantasi, sila blahh jauh-jauh. Sebab kat dunia fantasi, semua kehidupan adalah perfect. Hisyy. Tak berpijak di bumi yang nyata betul. Ehee..

Apa yang korang buat bila berhadapan dengan this menggelikan people eh?

Jerit kuat-kuat.
Yess. Mish memang suka guna cara ni. bila dia dekat je, lepas tu dia nak cakap something yang annoying atau even nak main cuit-cuit hidung je, dengan kuasa suara bergegar, I jerit kuat-kuat. Biar satu alam dengar. Padan muka dia. Lepas jerit tu buat-buat la tambah ayat macam “ Ish, apa ni?tak suka laa”. Haha. Kasi malu. booooooooOO!

Ingat-mengingati.
Mungkin masa dia nak buat tu, dia terlupa yang dia ada bini atau awekss. So, apa kata sound sikit, “ weh, ingat ke bini sikit. Sepakk kang. “ lepas tu korang buat la gelak-gelak sikit. So kalau dia nak beringat-dia beringat la. Kalau tak, hempuk je kepala dia ke dinding. Dayus betul la.

Bo layan.
Ehee. Tetiba kuar perkataan ‘bo’ tu. Bo tu means, layan lebih kurang. Lagi baik jangan layan terus. Nampak je dia 10km nak dekat ngan korang. Korang cepat-cepat blah. Pastikan dia perasan korang saje nak menjauh. Biar dia terasa. Hisy. Takkan dah tau dia jenis gatal-gatal camtu kita nak lagi dekat kot. Kalau gitu ampa pun miang sama la aih. Hehe.

Buat report.
Nak lagi best? Buat je laporan. Kalau dah melampau sangat takkan nak pendam kot. Tak sayang tubuh ke? haha. Buat je aduan. Tapi hati-hati. Takut dia berdendam. Kang dapat gangguan yang lagi teruk. Hehe. Tapi kalau tak mengadu camni, kena jugak. Nak keluar rumah pun seram kot kalau ada orang macam ni. kan kan kan.

Pada pendapat Mish, mereka ni jadi macam ni maybe sebab:
  • Baru terlepas dari hutan. Tak pernah tengok manusia berlainan jantina.
  • Kurang kasih sayang dari isteri atau ISTERI-ISTERI.
  • Memang sengaja menanam sikap geli-geli ini supaya dirinya menjadi buah mulut para gadiss..

 Psst~
Manusia macam ni, jangan berlembut sangat kalau cakap ngan dia. Nanti dia perasan kita nak goda dia. Yarkss. 

Thursday, October 13, 2011

BOS : Kenapa Artis Suka Lelaki Tua atau Duda?

Tett…taip tajuk pun dah rasa nak tett. Pehal ntah ai hari ni. okeh. Alkisahnya, ai sebagai kuli ada la seorang bos. Well, namanya kuli kan. Ish. Cam kasar lak kuli tu. Ehee. Ai ni pekerja. So, di atas ai ada la seorang Pegawai Farmasi. Dan alkisahnya, Pegawai Farmasi tempat ai nih, seorang Chinese. Agak-agak hensem tak? Hahahaa. NO KOMEN!
                                        
Kitorang kerja sambil dengar radio. Biasanya Hot.fm la. Sebab tu ai rasa hot manjang kat tempat kerja. Haha. Lepas tu ada la lagu falling in love by dato’ Siti Nurhaliza. Lepas tu bos ai tanya la. Eh, ni lagu sape? Ai cakap la ni lagu Siti Nurhaliza. Dia cakap, “ aih, jangan main-main maaa”..ades. susah bila orang dah tak percaya kat kita nih. Huhuhu.

Tak percaya sangat ai suh dia google. Sekali betul. Eh, ke ada jugak yang tak tau lagu tu? Haha. Meh nak habaq mai. Siti Nurhaliza dah ada lagu omputisss u. siap ada duet ngan Sean Kingston lagik. Nak tau tajuk apa pi google sendirik. Ai pun tak tau tajuk ape. Haha.

Masa duk cari-cari cerita sal Siti Nurhaliza, bos ai tanya, “ kenapa ai tengok artis Melayu punya suka kawen dengan orang tua atau duda?”

Erk. Tersedak kejap. Mana la ai tau kan. Sebab ai bukan artis. Tunggu ai jadi artis dulu baru ai jawab. Boleh macam tu? Haha. So sampai sekarang ai terfikir-fikir jawapan untuk soalan tu. Takkan ai nak jawab depa gila harta kot. Ish..fitnah tu fitnah. Dosaaa. Hahaha. Nak jawab dah memang jodoh. Tapi, depa cina paham ke jodoh, ketentuan Ilahi ni camane. Ades.

Psst~
Buat artis (kalau ada artis baca la. Yang bajet artis pun leh gak ni), tempat keje ai ade seorang lelaki bujang dan teruna lagi tau. Tapi sedang mencari calon isteri. Kalau ada yang berminat PM ai. Nanti ai kasi nombor phone. Tak payah ngengade nak cari yang laki orang ke apa. yang ni baik punya. Kerja di tanggung halal. insyaAllah….hahaha..

Wednesday, October 12, 2011

Belajar Untuk Mencintai....

haip haip sahabat rakan dan taulan sekalian alam. Ahaks. Bajet giler guna ayat sekalian alam tu. Macam tuihsss je kan.

Jom masuk ke cerita utama.

Mencintai. Sebut macam senang. Tapi korang ingat senang ke nak mencintai nih? Lebih-lebih lagi bila kita nak mencintai benda yang kita tak berapa suka. Tapi, kita kena la bercinta dengan ikhlas kan. Baru la berkat kot percintaan tu. Haha. Macam hebat sangat je percintaan ai kali nih.

Mish dah putus dengan kekasih lama? Oh mai., jangan buruk sangka dulu.

Sesungguhnya menanam rasa cinta kepada sesuatu yang baru dalam hidup kita is very hard ok. Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Azam yang teguh. Mana boleh buat main-main. Sesuatu tu bukan kita dapat dengan free.

Kalau dulu, Mish setiaaaaa sangat dengan e-pop, klik, gempak, ujang, novel dan bahan bacaan lain. Sekarang Mish nak mula mencintai bahan bacaan yang lebih berfaedah lak. Sekarang ni Mish macam rajin lak nak belek buku motivasi. Sipa beli tu. Ahaks. Ni buku motivasi first kot dari poket ai sendiri.



Actually, Mish beli sebab berkenan dengan muka depan dia. Pink colour u. auww! Dan skang tengah paksa diri ini baca sampai habis. Best gak buku ni..

Dunia tempat persinggaham, bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahagi kepada dua.
Pertama : orang yang menjual dirinya (kepada hawa nafsu) dan musnah kerananya.
Kedua : manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya
(imam Ali bin Talib)

Tuesday, October 11, 2011

Have a nice weekend with bloggers!

Ecece..tajuk entry omputiss tu. Cam hebat giler kan. Haha. Tapi tak pe. Biarkan tajuk menjadi tajuk. Meh kita layan isinya.

7hb hari tu Mish turun KL. Tak dirancang okeh. Tetiba hati kata nak pegi KL. So, layan je la. Kan makan hati lak. Ahha.. dan pada 8hb tu, bermula pengembaraan kami beberapa orang blogger perempuan bersama seorang blogger lelaki.

tetapi..amaran! jangan cari gambar tuan punya belog sebab tuan punya belog low profile ari tu. hahaha.

 nama minah ngah rakus gigit GCB ni Erza. comey eh? budak perak. pi la ngorat. haha. kalau ampa rajin, pegi goda dia suh dia update blog skali eh. hehe.

 yang ni si cantek manis dari Kelantan. auww!! ni ex blogger. skang blog dia di tutup atas sebab-sebab yang ai pun tak tau.
 ahahah..kumbang terlepas. pakwe sape ntah nih. BAKPO GITU!


yang ni lak Ifa. tuan punya bilik yang i tumpang tidur. ehee. nak kenal geng emo ai nih. g la serang dia. kalau nak beli lense pun serang dia jugak k. SECOND ME.

Aktiviti masa hang out? lepak dan shopping. tu pun tak cukup masa. haha.

Psst~
Thanx sebab sudi luangkan masa. Thank you so much much much muahh. Hehe.

Apik pehe : jangan serik nak teman kami shoping lagi. Lenkali kita merayap sampai tercabut kaki eh.

Ifa aka Bulan : thanx untuk penginapan percuma dan jadi peneman doplahpatjam ai eh. Thanx jugak sebab jadi GPS tak rasmi ai. Lepas ni jangan serik nak naik kereta ngan ai lagi. Haha.


Monday, October 10, 2011

Segmen Jom Tukar Dan Kenal Rakan Blogger!

ahaks! dah lamaaa sangat tak update blog. disebabkan dah lama tak update. tak tau nak taip apa. disebabkan tak tau nak taip apa, baik kita join segmen. disebabkan lama tak join, maka kali ni terasa nak join. disebabkan tak mati pun kalau kita join, jadi, mai join beramai-ramai.

klik gambar di atas atau boleh juga klik di SINI. ikut mana suka okeh.

adios!

Thursday, October 6, 2011

Pembantu Farmasi Mengungguli Carta STRESS.

dulu Penolong Pegawai Farmasi dikenali sebagai Pembantu Farmasi. so jangan teleng-teleng kepala lak duk pikir apa beza dua ni. perbezaan paling ketara is ejaan. tu memang jawapan budak sekolah.

by the way. nak bagitau u oll semua. Penolong Pegawai Farmasi dengan Pembantu Farmasi sama je okeh.


see? npmbor tujuh tu beb. so, kepada semua. ketahuilah bahawasanya kerja ini memang mentensenkan.

dulu masa Mish praktikal, senior Mish siap kena on ubat tidur Diazepam sebab stress sangat dengan kerja. tambah lagi dia ada sedikit masalah keluarga. pergi kerja pun macam orang tak siap. ish..kesian betul.

teruk mana pun stress tu, semuanya terpulang pada kita untuk handle. pandai-pandaila cari jalan untuk kurangkan ketegangan stress tu. ye ke idak? hehe.

kesimpulan yang Mish dapat, sebarang kerja yang berhadapan dengan orang ramai atau pelanggan secara terus ni memang mengTENSENkan. dengan karenah, bau, proses kerja apa semua. adess.. pape pun, ianya boleh jadi seronok kalau kita layannnnnn aje keje tu.

nak tak nak kena kerja jugak. kena buat jugak. kan? hehe.

Monday, October 3, 2011

Kenapa Perasaan Bosan Boleh Timbul Semasa Bekerja

Tak ada customer atau patient yang hensem-hensem.

Ehemm…ampa ingat ni tak penting ke? ish…sangat-sangat penting beb. Sebab tu mish buat point  yang teratas sekali. Cuba kalau customer, patient atau officemate korang hensem macam Lee Min Ho. Konfem hari-hari Mish pergi kerja. Sabtu Ahad sanggup pergi kerja tak bergaji. Haha. Over tak?

Asyik Buat Kerja Sama.

Hari-hari packing ubat. Hari-hari kira reten. Hari-hari siapkan inden. Hari-hari dispen. Dua kali sehari topup stok. Seminggu sekali cek rekod SPUB. Kadang-kadang naik muak la jugak kan. Nasib baik la sekali sekala boleh gak keluar pergi Hospital Daerah untuk ambil stok ubat. Kalau asyik terperap dalam farmasi tu je. mau meroyan ai. Haha. Aiseh..camane la father dan mother ai boleh kerja berpuluh tahun eh? Ish..demi rezeki kami adik beradik. Sobbsss…mood sedih pulopss.

Tak Ikhlas Melakukan Tugas.

Erkk! Tercekik je masa nak tulis sebab nih. Haha. Ramai ke yang terasa. Hoho. Harap-harap tak ramai la ye. Tak baikkk tau. Buat kerja kena ikhlas. Nawaitu mesti la kerana Allah. Baru la rezeki kita berkat. Buat apa-apa kerja pun kita jadi hepi. Hik hik. Betul takkkkk kawan-kawan??  Jadi lepas ni kita kena cakap, saya bosan datang kerja bila tak de kerja nak buat. Haha.

psst~
maaf la tak sempat nak merayappegi komen-komen kat umah korang. bizi lol. ni pun entry dalam draf. sob sobbssss!