Tuesday, April 5, 2011

Tips Study Berkesan

ahaks! hai student! bulan 4 ni dengar cerita dah banyak universiti dan kolej yang dah mula exam final. waa..mesti cuak kan? haha. kerek kan? pasal Mish nya final bulan 5. konon masih dalam mood honeymoon la. sekali besok nak exam baru la mati katak pasal syok sangat honeymoon sampai lupa buku nota ape semua. adeh.

so hari ni Mish nak share sikit antara cara yang biasa orang guna untuk pembelajaran yang berkesan. cuba la tengok. mana tau kot-kot ada jugak cara study korang yang melekat kat blog ni. ehee.


  1. FOKUS

    ni la point utama kalau nak study. kalau bukak buku tapi fikiran melayang ke langit buat ape kan. so, buat-buat la fokus masa study tu. baru la ilmu senang je nak masuk dalam kepala tu. melekat terus ke otak. mengalir lam darah. then, ilmu pun jadi sebati ngan diri. baru susah nak lupa. haha. yeye je teori darah aku tu. adeh.

  2. TERAPI MUZIK

    Mish tau tak ramai yang setuju cara ni. tapi ni la cara yang Mish selalu guna kalau rasa macam susana study masa tu sangat menekan akal dan fikiran. rasa macam hilang tumpuan. rasa macam tak de mood. then, gunakan terapi muzik. jangan la dengar muzik yang boleh mengantukkan anda ok! tu dah songsang tu. haha. bagi Mish, dengar muzik sambil study subjek yang mengira adalah yang terbaik. kalau subjek hafal nak dengar muzik jugak memang jemm ah.

  3. REHAT

    sebelum mula study, make sure kita dapatkan rehat yang secukupnya dulu. sebab kalau tak cukup rehat badan akan letih. hila badan dah letih dan kita push jugak input masuk ke otak. ianya seolah0olah nothing. memori tu takkan tahan lama. so, cara terbaik, bia lah sebelum study tu, otak kita dalam keadaan yang tenang. yang kosong. santai. lepas tu kalau dah stat study. rehat setiap dua jam ok. jangan paksa kalau penat! ingat tu.

  4. KAEDAH CONTENGAN

    waa..ni cara paling Mish like wakelaiklaiklaik la. sebab tu nota Mish warna warni. pepel ade, hijau ada, biru ada, merah pun ada. macam-macam kaler lah. sebab otak manusia ni lebih mudah ingat warna berbanding perkataan tau. sebab tu Mish suka study sambil conteng-conteng ni. kadang tu, apa yang kita dah hafal, dah baca, kita luahkan balik atas kertas. uji kekuatan memori kita. hehe. selain tu cara ni jugak berguna bila kita nak eja sesuatu perkataan yang susah nak diingat. contohnya, nak sebut Mycobacterium leprae macam senang kan. tapi mudah ke nak hafal ejaan kalau tak pernah tulis nama tu. selain tu, kaedah mind map juga berkesan dalam kaedah contengan ni. cewwah. dah macam profesor dah rasa ni. haha.

  5. PERBINCANGAN

    yeaaah. cara ni pun berkesan kot bagi sesetengah orang. berbincang beramai-ramai dikatakan dapat meningkatkan pemahaman dan mempercepatkan kuasa ingatan seseorang. haha. ayat tak leh blah. adoi. tapi kalau Mish la kan. kalau guna cara ni, konpem melencong ke lain. haha. almaklumlaaa. perempuan. kalau dah duk belajar sekali tu. macam-macam keluar. hehe.

  6. TIPS KHAS DARI MISH!

    ui..saya pelajar yang agak berjaya sebab study ikut kepala sendiri...hehe

    study la dimana, bila-bila masa atau dengan sesiapa sahaja yang anda rasa anda mau. sebab kalau ada kehendak akan tercipta kemahuan sekaligus menerbitkan usaha kan. so, jangan paksa diri kalau tak mampu. tunggu hingga mood tu betul-betul datang. otak manusia ni lain-lain. ada baik buruk berbanding orang lain. ada yang jenis cepat, ada yang jenis lambat, maka, study ni jangan ikut cara orang. ikut cara sendiri. study la dengan santai dan tanpa tekanan. jangan malu nak tanya kalau tak paham. lain orang lain cara. kan kan.

    kalau Mish tak de mood nak study, Mish suka telefon umi. dengar umi bebel, bagi semangat, terus je mood study tu bergolek-golek macam bola bowling. hehe.


well..gudlak untuk semua yang bakal exam atau sedang exam eh!!

14 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

mekasih mek..hehe..
semua tu apik try doh..dok mboh jadi mek wehh..
xtau la silap wayar kuning kot putuh..

M a W a D D a H said... [Reply to comment]

tips yang menarik dari mish...suka2..sama ngan adah...hehehe...

satu lg tips tertinggal, kalau stadi masa ngantuk tu, baik tido jer...kehkehkeh

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

hahaha.same la yunk.i pn study time ade mood je.

eRza farEeha said... [Reply to comment]

i suke wt discussion..yeah!

Miera Hassan said... [Reply to comment]

waahhh leh la u jadi kaunselor ni makcik...hihi

Fasihah Supian said... [Reply to comment]

yeahhh..i like!

ezy.fia said... [Reply to comment]

rindu pulak zman blaja dulu..
huhuuuu..
rindunyeeeee..

ZACK ENTRY said... [Reply to comment]

study dengan kesihatan yang baik..kalau tak sihat, nak hafal apa-apa pun susah nanti jadi blur..jadi, jagalah kesihatan..^^,

Hati Batu said... [Reply to comment]

lme x dtg sini..hehe mish ape khbar?? aih..bnyak tips belajar cmerlang ni..hehe

terapi muzik tu x leh ikut..haha nanti ell karoke je x study..haha

EMANNUAR said... [Reply to comment]

lain pulak dengan eman. eman selalu kalau nk dgr musik yang slow slow. ehhh ehhh, bukan jiwang. tp rasa tenang jek time studi.
;)

TS said... [Reply to comment]

1 tips tuk dari saye...
study last minute..sebab klu study awl2..still kne start dr mule jgk t..sebab xingt..hukhuk

Lydia Miza said... [Reply to comment]

ops..jgn dgr lagu ayie..nnt melayang..haha

Alif Haris said... [Reply to comment]

oouh ..ilmu tu nnt mengalir dalam darah eh ?? hehe

MalizaMah said... [Reply to comment]

musim exam skrg. study study study