Friday, June 10, 2011

My Dear MISH LOLLYPURP #1 tahun

Assalamualaikum w.b.t,

hai semua. ahaks! muka ceria berseri-seri ini pagi. tak guna Safi Rania ea. memang berseri semulajadi hari ni sebab my dear blog Mish Lollypurp ni dah cukup satu tahun. ya auw auw. kalau la belog ni anak, mesti dah boleh jalan kan umur setahun. tapi ini hanyala sebuah belog. kalau tuan tak pedulik, terencat la kau kat dunia maya ni. haha. jadi, belog ni baru setahun jagung lah kan. tak boleh lawan belog yang dua tahun jagung, 4 tahun jagung dan berjagung-jagung tu. hehe.

hai, saya newbie. sila tunjuk ajar saya yea.




serius rasa macam tak percaya je. dah setahun guwa berbelog. auww. rasa bangga jap sebab kuatnya saya dalam aktiviti ni. cuba korang bagi bola suh main. sumpah tak sampai 5 minit ai dah surrender. sayang lemak. tapi kalau berbelog. tak payah guna lemak. siap boleh buat lemak lagi. haha.

10 Jun 2010 adalah entry pertama Mish dilancarkan. ceit. guna ayat dilancarkan rasa macam dah jadi artis tak sedar diri pulak. start je 10 Jun, tapi aktif apa semua dalam bulan Ogos kot. masa tu baru la follower naik. eh eh. saya kumpul folower tak pernah guna taktik kotor ea. sori sikit. setakat yang Mish ingat Mish tak pernah la guna ayat "I FOLO U, FOLO I BALIK YEA..AUMM" . ada penambahan aumm disitu. bukan nak cakap ramai pulak orang suka belog ni. sumpah tu mengarut. tapi Mish bersyukur, sebab hodoh-hodoh isi belog ni pun, ada jugak yang polo molo eh. THANX!! walaupun sedar, ramai yang jadi follower tidur. abaikan.

10 Jun 2011 pulak, belog ni dah sedikit berusia. alhamdulillah dah ada 1400++ follower. tak berani nak letak angka tetap sebab takut kurang akibat ada yang unfollow belog serba tak best nih. haha. ai tak paksa okie ladies and gentleman. setakat entry ni ditulis, Mish dah ada 408 entry. wow! buat-buat mata bulat kejap. rasa macam ta percaya. rajin jugak aku menaip eh. haha.

entry ni harusla ditaip dengan rasa sedikit bangga kan. saya bangga menjadi seorang blogger. hehe. dan saya bangga ada belog sendiri. saya bangga belog saya tu dah cukup umur. banyak lagi sebab nak bangga ni. (kadang-kadang saya berpendapat kita harus berbangga dengan diri sendiri sebab kalau kita tak bangga, tak de orang lain dah nak bangga dengan diri kita. kan kan? ayat cover. haha)

psst~
kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila nak berblog eh?

29 comments:

Alif Haris said... [Reply to comment]

huiyooo .. happy anniversary :D ..

Unknown said... [Reply to comment]

tahniah...
ada 4 batang gigi sudah...
hehehehe...

dah kawen nanti berblog lagi tak??:p

Unknown said... [Reply to comment]

laaaa..baru setahun jer ker?kalah apik gini...

Belalang hijau Perisik said... [Reply to comment]

tahniah mish!
semoga semakin laju menapak d dunia blog...ngee

Enchik Nine said... [Reply to comment]

hahaha... same le kite.... teringat mase blog ku nama cyber nurse... :D first time kenal mish... hahahaha :D

Jay said... [Reply to comment]

tahniah mish...Jay baru dua bulan pun dah tak tau nak buat cam mana..dh kering idea..hahahah:)

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

yeaaaa!!!da besar da.hehe tahniah2:)

Afiq Din said... [Reply to comment]

kek xde ke?

Nuruashia said... [Reply to comment]

epy aniberseriii untuk blog mish :) aww <3

Anonymous said... [Reply to comment]

congrates mish... :D
happy anniversary blog mish!hehehe

Padin said... [Reply to comment]

wah dah setahun kira bagus le mish, moga terus bertahan dan terus setia dalam arena blogging

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

tahniah!


sampai bila2!! :D haha

ke sampai zai kawen ngan adik kak mish? citt! xD

Unknown said... [Reply to comment]

wah,,,dah setahun,,ngee ,,,sampai bile nak blogging??maybe till someone suh stop kot,,:P

emieysandra said... [Reply to comment]

tahniah! moge makin maju..

cik jannah said... [Reply to comment]

haa..mish...blog dia sangat cantek skg.. :)

Shila said... [Reply to comment]

tahniah2..

tahniah je mampu..tapi masih bole buat yu gembira kan??

ezy.fia said... [Reply to comment]

tahniah mish!!
troskn berblog!
biar smpai bertaon2 jagung..
hehe..

myzziema said... [Reply to comment]

wahhh selamat hari jadi! :DD ziema punya blog bulan 11 nanti baru cukup umur boleh jalan. sekarang tengah belajar merangkak. haha.

ieda Qema said... [Reply to comment]

hepi besday untuk belog ko mishh... mish.. err.. hmmm.. errr... ak berkongsi hari sama ngan belog ko lahhhhhhhh~ haha

monsterz said... [Reply to comment]

kte pon da lbih kurang setahun kot (^__^)

YouSOF said... [Reply to comment]

Takpe Usop kat sini pun join bangga untuk Mish.. Serius tak perasan MIsh ada Follower seghamai itu. Tahniah MIsh.. Kipidap!



Tumpang senyum jugak sebab mood happy Mish dah kembali.. ;)



Ada terfikir camtu jugak, tapi rasanya selagi blogging ni tak melalaikan atau merugikan, molek kot kalau teruskan... ;)

Puteri Iqa Izyan said... [Reply to comment]

happy anniversary.

syok kalau igt balik mule2 blogging.
mcm2 hal. haha.

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

peewitt! banje ah.. =p

Miera Hassan said... [Reply to comment]

wow mkcik.. happy anniversary.. jom men potong2 kek.. ekeke.... i nk tunggu gak blog i sthun.. blog u dh pandai jalan.blog i baru nk merangkak..hihi

Anonymous said... [Reply to comment]

hehe mish baru blogging kejap.
dah ada folowe seribu lebih.
chemay dah lama berblog.
tapi baru nak start aktif.
folower pon sikit je.
btw tahniah dear.
nanti dah dua tahun.
belanja chemay eh?
hehe

Diari Si Froggie said... [Reply to comment]

wah!! dah tua sikit blog mish erk? hehe..
follower tidur erk..pi pakat kejut kan mereka. hihi..
pape pon aida tetap support mish :)

cik anum said... [Reply to comment]

ahaksss, mish berblog smpai kawin la.. nty da ada anak leh cter sal ank yg berumur sthun pulak. kan kan.. hahaha :)

saya bukan tomato said... [Reply to comment]

wahhhhhhhhh kongrets mish !! ^^

Gayahspears said... [Reply to comment]

camat ualng tahun yunk >_<