Tuesday, November 15, 2011

Bila Bercinta Terlalu Lama

Rata-rata kawan Mish dah ada pasangan. So sorry la kalau ada member-member single yang nak suruh Mish jadi agen pencari jodoh korang ye.  Dan majoritinya yang dah ber’in relationship’ selama dua tahun ke atas. Bagi Mish, kalau dah lebih dua tahun tu memang dah kira lama la.

Ada yang dua, ada yang tiga, empat sampai lapan tahun pun ada. Yang lapan tahun tu yang jenis gatal masa sekolah la. Mula-mula cinta bermonyet-monyetan je. Lepas tu Alhamdulillah kekal hingga sekarang dan moga-moga kekal hingga akhir hayat sebab rancangnya nak kawen hujung tahun ni. seronok kan. Dari cinta monyet, kekal ke cinta sejati. Syukur. Semoga mereka di panjangkann jodoh.

Bila Mish interbiu mereka yang kapel lama-lama ni, jawapan mereka lebih kurang sama je. contoh bila Mish tanya, tak bosan ke kapel lama-lama? Diorang cakap, kadang-kadang ada jugak perasaan tu timbul. Biasa la. Tapi pandai-pandai la. Sebab nanti kawen kena tengok hari-hari, buat benda sama hari-hari, takkan nak bosan jugak kot. Erk! Ok.

Bila kapel lama je, macam-macam ujian yang datang. Betul tak?siapa yang ada pengalaman macam ni angguk laju-laju. Kadang-kadang, bila kita tengah gaduh or ada masalah, ada je orang yang lebih baik datang usha line.  Kalau masa tu perasaan kita dah tak kuat. Konpem-konpem kita dan si dia babai. Kan?

Susah sebenarnya bila kapel lama-lama ni. sebab banyak benda nak kena fikir. Nak kena korban. Nak kena jaga. Maruah dan diri jangan korbankan sekali pulak. Hancuss kau nanti. Harapan Mish, erk, tetiba ada harapan kan? Haha. Tape-tape. Nak bagitau jugak harapan Mish ni. Mish harap, hubungan kami kekal la sampai akhir hayat. Tapi andai kata takde harapan, lepas ni, Mish tak nak kapel dah. Mish nak kawen terus. Dah jemu kot kapel. Haha.

Sekian entry jiwang tak berapa nak betul.

Psst~
Ada orang kata, bila bercinta semuanya manis. Bila dah kawen baru la tau camane. Kata Mish?tak tau nak kata apa sebab tak kawen lagi. Tapi rasanya masa bercinta tu tak de la semua manis kot. Kua kua kua.

11 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

tu jenis kapel geli geli..aku ni jenis mmber..pas tu kata berkenan..tpi wat macma member jgk..asal tau perasaan masing2 udah..

YouSOF said... [Reply to comment]

Kadang2 benda yang kita suka tu lah yang tak elok untuk kita.. Macam tu jugak sebaliknya. Allah maha mengetahui.. Tapi kalau boleh berkawan jangan la lama sangat, kalau dah ada ikatan kan lebih manis dipandang... ;)



Aminnn, semoga kalian terus bahagia dan diredhai..

Yana Houry said... [Reply to comment]

alhamdulillah yana n husband berkawan since 2002..setakat ni bahagia n tak pernah rasa bosan sebab kami selalu anggap pasangan sebagai kawan, teman...

Unknown said... [Reply to comment]

sy kapel pn da lama..
alhamdulillah blum tmbul lg soal boring ni.. hehe.. kena pandai la ubah suasana klu dah ada rasa boring tu.. hehe..

Tea said... [Reply to comment]

Fitrah manusia cepat bosan.. Mula2 baru kenal semua memang best coz fresh.. Dah lama2 tu takde ape nak tanua melainkan update hari2... "dah makan?" "dah minum teh harini?" apa barang nak best soklan mcm tu..

laskar pelangi said... [Reply to comment]

mish dah start jadi pakar cinta dan pakar rumah tangga.hik3 =D maybe kot ada perasaan bosan kalau bercinta..hu3

nak kawen terus gak.xyah pening2 nak fikir masalah bila bercinta..bercinta ni banyak sedih kot pada happy =D

Aiman said... [Reply to comment]

igtkn entri ni dah takmau kluaq..
dri smlm tekan tekan,, tak kluar2 jugak..

btw.. hehheee,,, saya tidak tahu menahu tentang subjek di entri di atas :D

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

yeahh tudia pakar cinta.

dr.mish,sy nie single lg. apa mau buat?

Nuruashia said... [Reply to comment]

ahahhaha...ilek2..kwn nuru 7 tahun da kot..

Hizami Li said... [Reply to comment]

kapel kejap je la ek? pastu? haha.

Wanie said... [Reply to comment]

jemu kan mish..semoga hubungan mish dengan die sampai la ke jinjang pelamin =) doa untuk wnaie jugak..hehe