okeh?siapa kat sini anak sulong?saya!saya!saya! hoorey!kite geng lorh. giler best jadi anak sulong kan?kan? eh eh, korang anak sulong pada berapa orang adik beradik ek? err..Mish anak sulong also known as yang tertua daripada 9 adik beradik ok! yep..9 orang..means, adik Mish ada 8 orang. juga bermaksud, Mish ada 8 orang untuk dibuli. ahh..tipu je.Mish kakak sulong yang baik. kan adik along sayang?lalala~
bese lam family Mish dipanggil Along. ALONG ok. bukan AH LONG. ahaks. cam ganas je kan. eh eh, anak sulong korang lam keluarga, korang panggil apa?
ramai cakap mesti penat jadi ko kan. anak sulong. hak hak. siapa cakap tak best? best woo..sebab..
1. Apa apa hal, orang akan anggap kita sebagai yang serba tahu.
mesti la kan orang bajet cam kita ni pandai everything la sebab kita dulu yang makan gula garam dan ajinomoto kan. hehe. best pe, so kadang orang pun cam mengharap la kat kita.eh, tapi tu kira beban la pulak kat kita kan? tak kisah, yang penting boleh berlagak ngan adik-adik. haha. gile keji kau!
2. Rapat dengan parents
yang ni betul kan?kan? best nya jadi anak sulong sebab segala benda umi dan abah serahkan kat kita. konon dorang nak tinggal rumah,duit semua dorang akan bagi kat kita.suruh jaga adik-adik elok-elok. pastu kalau degil cubit je sebijik. sebijik?cukup ke abah?haha. ni gurauan ok. sila jangan ambil serius!. ni yang best bila dah rapat ngan parents, dapat title orang kepercayaan lagi, so, bila budak-budak ni nak buat nakal depan kita, konpem dorang menyorok. sebab? sebab dorang takut kita report...o yeahh!
3. Berdikari.
yess..anak sulong ni biasanya dikatakan lebih berdikari. kan?kan?err, berdiri macam kari? berdiri dalam kari? haha. berdiri di atas kaki sendiri okey! ye la..macam Mish dulu, masa darjah 3 Mish dah pandai uruskan baby, tukar lampin, mandikan baby. hehe..ala-ala keibuan u!ahaks. ni dah tua-tua macam dah malas dah. aisehh..hehe. pendek kata, anak sulong ni campak kat zaman batu pun boleh survive. hehe.pastu, kecik-kecik lagi dah kena jaga adik-adik, uruskan diorang sebab umi belajar jauh masa tu. so,stay ngan abah je la.. sedih kan?sila simpati k!
4.Pemimpin dan pembuli yang baik.
haha..betul ni. siapa-siapa yang anak sulong biasa sangat di lantik jadi pengawas masa zaman sekolah dulu. sebab?sebabbb..sebab anak sulong ni memang ada bakat memimpin dengan baik. kalau kat umah, memang anak sulong ni pakar bab suruh menyuruh mengarah ni. ye la..dulu kecik-kecik dah puas asyik disuruh. sekarang apa lagi, balas dendam la kononnya.i garang tau kat umah. hak..hak..pakar bab bagi ceramah tak bertajuk..hehe.
6. Pendengar masalah yang baik.
aihh..macam angkat bakul je ni kan. tapi betul ni. macam mish la kan, apa-apa hal pasal kerja ke, adik-adik ke, umi selalu mengadu kat Mish. selalu bercerita. secara tak langsung, kita dah dapat markah sayang dah kat situ dari sebelah mak. hehe..kalau adik-adik lak, selalu cerita belajar diorang. susah la..exam tadi soalan bocor la..bla..bla..bla..serononk dengar. pastu kalau bab yang kecik-kecik lak, seronok kalau Mish balik umah je, macam-macam dorang ngadu kat Mish. hehe...lucu. best tau ramai adik beradik.
7. Sambutan selalu gempak.
yang ni memang korang tak boleh nafikan. sebab, cuba tengok kakak atau abang atau sesape je yang baru nak sambut something bout anak sulong. tak kira la sambut kelahiran ke, pertunangan ke, hatta perkahwinan sekalipun. perghh..
8. Idola
phewwit..tak bole blah ayat. idola. ahaks, cam artist i rasa..ouch, yep, jadi anak sulong juga secara tak rasmi kita jadi idola kepada adik-adik. kan? contohnya, kalau bab sosial, Mish suke bergambar, automatik, ramai adik-adik bawah Mish dah terjangkit ketagihan ni. haha. i like! tapi tang positifnya, kalau anak sulong berjaya, adik-adik secara tak langsung akan berusaha untuk ikut jejakkita. kan? bab ni Mish tak de la berjaya tahap gaban. setakat boleh tanggung diri sendiri. hik2.
anak sulong berjaya!ahaks~
hurm..tu la kot serba sedikit pengalaman best jadi anak sulong versi Mish. based on my pengalaman k..tapi banyak lagi yang tak tercerita nih, so, cerita setakat yang mampu. pada yang rasa beban jadi anak sulong ni, jomla kita berfikiran positif..hehe..hiduplah anak sulong demi keluarga!