Saturday, June 18, 2011

Maaf Abah, Along Cuma Trauma.

tadi mish rasa, dah silap terkasar ngan abah. serius. tak sengaja. kesibukan aktiviti sepanjang induksi ni betul-betul buat otak tertekan. tambah-tambah bila secara tak langsung Mish terlibat dalam persembahan penutup sebagai AJK prop untuk sketsa.

makin menekan. masa makin suntuk. dengan assignment, aktiviti, latihan. 

lepas tu tadi umi telefon bagitau abah nak datang ambil barang besok. Unser lom siap dibaiki. so, abah akan naik Kancil. serius aku tak yakin ngan perjalanan jarak jauh kereta tu. sebab kereta tu serius jemm dan demm. abah akan mula perjalanan macam biasa. sekitar 3 4 pagi.

ok, semua tu bukan masalah.

masalahnya sekarang ni, emm, aku still trauma. yea. along masih trauma bah. abang Yazid baru je pergi dua minggu lalu. 2hb Jun. pergi beliau dalam tidur. semasa dalam perjalanan nak ambil aku kat sini. memang la takdir. tapi semua tu macam mimpi buruk bagi aku. sehingga hari ni aku masih ternanti supaya somebody kejutkan aku dari lena panjang ni. tapi aku sedar. ni realiti.

cukupla sekali aku kehilangan orang tersayang. aku tak nak pisang berbuah dua kali. apatah lagi bila aku memang tau yang kereta kancil tu memang tak berapa ok untuk perjalanan jauh. temperature cepat naik. pastu ada la lagi masalah lain. macam saja cari nahas kan.

aku rela naik bas. bia la kena usung baldi, beg 3 biji, pastu tak termasuk paper bag kecik-kecik yang aku sumbat kasut, kotak buku dan teddy bear besar. aku rela. siap dah bagitau kat abah lagi tadi kot.

still, dia keras hati. nak jugak datang ambil barang esok. lepas tu, err..aku nak nangis. so, bila dah sebak, suara aku akan jadi sikit meninggi sebab nak cover suara sebak. dan serius. aku rasa umi dan abah sentap. maaf.

aku dah tak kuat nak hadapi mimpi buruk tu lagi. cukuplah sekali. aku tak kisah aku susah. kalau senang macam ni pun, aku tak tenang. nak tidur pun tak lena. duk pikir. serius aku serabut. tertekan sampai menangis bagai nak rak. memang jarang berlaku pada aku. mungkin bercampur ngan rasa takut. macam mana aku nak tidur lena bila aku sering terbayang wajah arwah adik aku dalam kain kapannya. aku takut. aku rindu dia. serius. kadang-kadang aku lupa dia dah pergi dan tak mungkin kembali. sehingga kadang-kadang aku anggap dia cuma pergi kem untuk beberapa minggu. bila dia balik, pasti aku dapat jumpa dia. kan??

semoga perjalanan abah berada dalam lindunganNya dan semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan. 

25 comments:

Juwita Afifah said... [Reply to comment]

Dear, sabar k. Saya doakan diorang selamat sampai sana, dan awak 1 family pon selamat pulang ke rumah. Amin.

Puan Besar Shag Yahaya said... [Reply to comment]

Mish sayam~ Bila Mish sedih Shag sebak jugak. Ingat Allah ye. InsyaAllah perjalanan Abah Mish tu di lindungi Allah dari sebarang kecelakaan dan tiba di lokasi dengan selamatnya. Doa sahaja ye Mish.

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

yunk,sabar k.InsyaAllah.tak ada pape k.u perlukan pertolongan i tak?i xde kereta tapi nak tolong bwk barang2 u naik bus tue leh. i leh pergi sg.buloh tue.
if u need anything bgtahu i k. no worry dear.since we are besties :) im here for u

Nuruashia said... [Reply to comment]

amin..semoga perjalanan family mish selamat smpai..
sabar tau mish :)
be strong sys :)

aimanayie said... [Reply to comment]

Amin,, selamat perjalanan, selamat sampai, selamat pulang.. Aminn..

Miera Hassan said... [Reply to comment]

yunk.. sabar.. InsyaAllah semua akan selamat. kita sama2 doakan ye..

miss yaty said... [Reply to comment]

mish syg..sabar ye..sesungguhnya begitu besar cobaan yg Allah nk uji kt mish sekeluarga..byk2 kn mengaji,berdoa dan sembahyang hajat..semoga Allah kembali kn semangat dan keyakinan pada mish mcm dlu..

jgn lpe sntiasa sedekah kn al fatihah tuk arwah adik mish..

kawal emosi..jgn lpe call abah dan emak mish b4 abah mish bertolak amik mish ye..

Unknown said... [Reply to comment]

mish..dah la tu..benda yang dah pergi..jangan dikenang..apik tau mish trauma..mish kan strong girl..mish yg cakap kt apik yg mish budak kuat , gagah...

tabah tau..apik doakan jugak ayah mish selamat smpai..

ieda Qema said... [Reply to comment]

dak mish. mmg bukan senang nak terime kenyataan. org yg x pernah rasa x kan faham keadaan itu.... org boleh cakap, sabar.. sabar.. sabar... tapi yg menanggung? tapi kita kena ingat ALLAH mish... kdg2 bila kita lemah, syaitan lebih mudah menghasut kita...

syazwani ab said... [Reply to comment]

Amin, take ur time okayyy :)

Akulah Pak Lan said... [Reply to comment]

Semoga selamat sampai

emieysandra said... [Reply to comment]

sabar eh mish..byk2 berdoa, insyaAllah. semoga ayah Mish slmat dlm perjalanan ;)

♥ Cik Puan Pinky ♥ said... [Reply to comment]

innalillah..sabar ye sayang :(

YouSOF said... [Reply to comment]

InsyaAllah semua selamat² je Mish..


gandakan doa pada-Nya..

lady-D said... [Reply to comment]

boleh rs apa yg mish rs..bnda tu baru lg, mmg trsa lg pemergian adik tu..
byk2kan berdoa ye mish,hope perjalanan abah selamat nt..

Unknown said... [Reply to comment]

hmm sabar ye mish...yang pergi tetap pergi..yg tinggal ni kena berjuang teruskan hidup.semoga mish dapat terima semua ni dgn tabah.. ok. :)

Diari Si Froggie said... [Reply to comment]

sabar ea mish..
hope segala nya selamat..

Ain Zulaikha said... [Reply to comment]

saya faham.. mmg rasa sayu bila orang tersayang meninggal kan kita, apa tah lagi rasa fobia tu akan ada.. yang penting jagnan dikenang orang yang telah pergi.. sabar k.. mintak maaf kat parents.. semua yang berlaki ada hikmahnya..

Fizah Ibrahim said... [Reply to comment]

InsyaAllah semua baek2 aja, yg byk2 doa agar terpelihara perjalanan kita. Jangan bersedih okeh ^^

Anonymous said... [Reply to comment]

sabar ye mish..ada hikmah disebalik pe yang dah jadi

Woofer Storm said... [Reply to comment]

minta maaaf^^

myzziema said... [Reply to comment]

hope kak mishh tabahkan hati dan terima takdir orang yang kak mishh sayang terlebih dulu tinggalkan kak mishh sekeluarga. maybe abah kak mishh berkeras nak ambik kak mishh sebab dia risau dgn kak mishh. bawak barang banyak2. stiap parents mesti tak nak tengok anak2 dia susah kan? semoga perjalanan abah kak mishh selamat.. aminn :)

Alif Haris said... [Reply to comment]

mish. alif tumpang simpati.im sorry.alif fhm perasaan mish cmne.saba okey.bykkan berdoa pd Allah agar hati kita dpt menerima segala ketentuannya .. smoga hati mncapai ketenangan . InsyaAllah mish

Lydia Miza said... [Reply to comment]

mish sayam...akak phm perasaan mish.moga perjalanan ummi dan aah selamat ye mish.jgn fikir jg buruk2,sian ummi dan ayah tu.mereka takmo mish susah.mereka nak juga jemput mish kan?

sian...akak phm mish trauma.berbelah bagi kan?akhirnyer ummi dan ayah sentap bila kita tak mampu gambarkan apa perasaan kita sebenarnya.mereka cuma nak yg terbaik..begitu juga mish kan?moga semuanya selamat hanya itu doa akak buat mish sekeluarga.

laskar pelangi said... [Reply to comment]

mish ku sayam..sebak tau baca entry nie.nak menitis airmata.tp pelangi tabah hati. pelangi harap mish makin tabah hadapi dunia ni walau kehilangan adik ensem tu. memang sangat sedih kan. dah namanya adik membesar depan mata. tapi tu semua ajal maut dia. semoga mish slow slow terima hakikat tu..sentiasa bacakan yassin untuk arwah..

mesti raya nanti. makin sedih kan. jangan jadikan peristiwa arwah itu menghantui mish..tabahkan hati yea. sentiasa fikir positif apa yang abah mak mish lakukan.

selamat bercuti dear:)