dari semalam lagi mish tak dapat nak tidur malam. ades. asal malam je terkial-kial sorang diri. apa nak buat kan. apa pun tak boleh. haha. maka, layan la apa-apa yang ada lam netbook ni. 24 jam ngadap menatam ni. mana tak naik power spek kan. agaknya nanti 5 tahun tebal 1 inci la cermin mata Mish. erk. buruknya. haha.
malam ni pun nampak gaya masih tak de tanda-tanda nak tidur. aih. apa nak buat ni. apa pun tak boleh. ok. dah dua kali ulang ayat tu. haha.
ni semua sebab tidur petang. tapi hari ni Mish tak tidur petang.Mish tidur lepas maghrib. bangun pukul 10. terbaik la. hehe.
teringat dulu masa zaman belajar kat sekolah. form 4 dan form 5. masa tu sekolah pagi. belah petang kena study la kat dewan study kan. tapi Mish ni ngan kawan-kawan kaki ponteng. tak denya nak turun study tu. lepak lam bilik. dalam 4 5 orang jugak la. even dorang ni bilik lain pun semua pakat mai bilik Mish. haha. lepas tu kalau 4 orang kan, 3 orang terlentang tidur. tapi Mish je ternganga sorang-sorang. sebab memang tak biasa tidur petang. dan tak pandai. pusing kiri-kanan pun. still tak boleh lelap.
masuk je Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. entah camane, boleh terbelajar tidur petang. nah..nak mula punya la susah. bila dah pandai, susah sangat nak berubah. dulu tiap-tiap petang wajib tidur. terbawak-bawak sampai la pergi ke KSKB tu. pasal tu la dalam kelas asyik nak tidur je. haha. baik punya alasan.
orang-orang tua-tua kata, kalau tidur lepas Asar 40 hari berturut-turut, boleh jadi gila. err. GILA tu. jangan memain. esok-esok kau bogel dalam tong drum tu, lepas tu round sekampung. tak tau malu. macam tu la jadi kalau gila. eh, seram pulak.
korang pun mesti hantu tidur petang kan? haha,
18 comments:
uishh kantoi mish budak nakal suke ponteng .. !! report kt umi mish ouh! ha takot2 .. haha
alif tak tido ptg alif tido senja .. hhahha ..
terbaik lah tdo lepas magrib..
tdo lepas magrib pun macam leh jadi gile tau mish..hehe
slalu gak buat macam tu..kui3
tp xleh nak amal slalu..:)
dulu masa Jay masih tanam anggur,Jay selalu tido petg..hehehe..malam Jay jadi kelawar..berjaga je...but now..Jay dah tak tido petang dah..even Jay tgah cuti pun Jay jarang nak tido petang..hehehehe..
hahaha..APA PON TAK BOLEH...
haa..tido la petang lagi..haishh..
orang gi jogging..tapi dia tido..pok kang
haha betol2.. tapi kalau encek suami ada haruslah akak kene piap kalau tido petang.. adehhhh
bogel dlm tong drum? itu belom gile..
kalau bogel terus...
baru gile..kot?
*salam,
masa skolah rendah dulu penah tido waktu asar, bangun2 je terus siap2 pakai baju sekolah. turun bawah tengok suma orang rilek je..pastu bleh plak kita marah sume orang,"nape tak siap nih,dah lewat dah nak gi skolah ni (sila wat2 suara budak darjah dua,xD)".pastu mak kita kata,"ish3, hari ni kan hari sabtu"..pastu kita pon, eh iye ke?sambil garu kpala..
haa,lebih kurang camtu la citer dia..heee
chemay dulu masa dekat matrik.
tiap2 petang tidur.
nasip baik tak gila lagi nie
hehehe
:P
ekeekekek...
cik Wardah pon ske tidur pertang! sanggup piluh kelas semuaaaaa pagi..... then bile balik klas je, lpas zuhur trus booom!! hikhik.. cayalah!! ^___________^
hahaha..kesain die xdpt tdo mlm.ilek2 ehh..nuru tiap2 mlm xleh tdo...dh jd rutin kot xtdo mlm :)
nia.. ? nia~ ==''
haha ziema jarang tidur petang. selalu tidur malam pastu bangun semayang subuh pastu sambung tdur balik. mmg bagus sgt lah perangai macam tu kan. hahah XP
Tido???menjadi salah satu hobi terbaru amni sekarang..hhehekarang..hhehe
sama la..tapi jannah suka tidoqq tengah hari..amek berkat..hehe
haha .. nelly tak pasti ~
=p
kita ni hmpir sama la mish.. minggu ni keen xtido mlm sbb dh tido time dekat2 nk maghrib tu.. tp keen baik sikit la, bangun pukul 9 mlm.. pastu mata mula la terang benderang cam laser tu.. lg best berjaga bila xbleh solat.. hihii~ ^_^
tak suka tidur ptg .. nanti malam takleh tido ...
tidur kalau penat je ..
haa, jangan tidur petang 40 hari tuh .. gila nanti .. hehe
Post a Comment