Wednesday, November 30, 2011

Terlalu Taksub

Assalamualaikum w.b.t

korang pernah tak jumpa dengan orang yang nak dia je betul. even kebenaran depan mata pun, tetap dia kata dia betul. kalau dah terang-terang dia salah, dia tetap anggap dia betul. memang betul-betul tak betul la dia punya pendapat atau jawapan tu.

susah tau kalau ada manusia macam ni.lagi-lagi kalau kita kerja sama ngan dia. memang la berpendirian tetap tu bagus. tapi kalau dah pendirian yang tak de akar kukuh. baik say goodbye je. tak payah nak berpendirian tetap sangat. buka sikit hati tu untuk terima pendapat orang lain.

lagi satu masalah rasa diri tu senior, so, junior-junior semua salah. sesedap rasa je anggap kami ni kosong dalam kepala. ishh. kalau junior tegur bukan nak dengar. duk keluar semua hujah-hujah zaman jepun jajah dulu. adoi..kot ye pun, semua tu lama dah la beb. bukak buku baru. latest editon punya. ni cakap main ikut kepala dia je. perkembangan semasa tak nak ambik tau. haishh.

taksub sangat dengan pemikiran sendiri sampai hati dikeraskan untuk terima pendapat orang lain. jangan macam ni ye kawan-kawan.

pening! toink toink.


Tuesday, November 29, 2011

Bukak Tutup Bukak Tutup

haipp. salam semua. lama menyepi. ceh..ayat orang bajet update hari-hari. entry last yang pasal bola tu pun entry merapu mamai mamai nak tidur. tapi dah duk asyik bukak new post lepas tu tutup. lepas tu bukak lagi. tutup lagi. bukak dan tutup selama beberapa kali sampai Mish naik tingtong. kena la taip jugak. ada orang baca tak baca belakang kira. yang penting, lepas gian. auww! ayat gian tu tak menahan deh.

so, merapu lagi hari ni. apakan daya. bila bukak new post, termenung je panjang. ingat nak update pasal lepaking ngan blogger hujung minggu hari tu. tp malas nak resize gambar. nanti la free baru update. sebagai iklan coming soon entry yang orang duk sebut-sebut trailer la apa la tu. ni nak tepek gambor sekeping. hehehe.

Sunday, November 27, 2011

Malaysia Lawan Bahrain 3-0?

hoho...sape tengok Malaysia lawan Bahrain tadi?boo...rugi sape tak tengok. ada orang tu cakap Malaysia kalah 3-0. bila Mish cek-cek balik, 3-2 la derr. Malaysia tak de la lemah sangat sampai nak bagi kosonggg kan abang Baddrol as a captain kan? hehe.

sekian terima kasih.

psst~
tahniah geng Malaysia. seronok tengok gol first tadi. selebihnya tak dapat tengok sebab tak mampu nak melaratkan diri mengadap tivi.

Friday, November 25, 2011

14 Negeri di Malaysia, 14 Orang Pakwe, Kau Ada??

pelik betul Mish tengok manusia zaman sekarang. pasang sparepart kan main. tak penat pulak dia jaga semua calon-calon tu eh. kalau Mish la, nak jaga sorang pun susah gilerrr, nak jaga dua orang dah susah kuasa dua giler, nak jaga ramai-ramai? puih, mati terkojol jawabnya.

Mish ada la sorang teman ni. muka lawo la jugop. tinggi. free hair. jenis cepat masuk ngan sape-sape pun. so memang duk mana-mana pun boleh hidup la.

tapinyaaaa, pakwe keliling pinggang. penah sekali tu dia nak pergi johor, tapi dia tak kenal jalan. dia cakap, tak pe, pakwe dia ada keje sana sorang. hoho. daripada ayat tu dah rasa lain macam. sebab setahu Mish, pakwe dia kerja kat Kuantan. hampeh kan?

korek punya korek rupanya dia ada pakwe merata tempat. so, nak pegi mana-mana senang. jimat duit, di samping tu, tak payah nak pikir sampai sana nanti, nak bergerak camane. pakwe-pakwe semua ada transport. daebak! haha.

tapi tak perlu kot kita nak ikut perangai camni. sebab hidup ni macam roda. kali ni kita disanjung. kita duk atas. tapi nanti, kita dilenyek, duk bawah. so, berpada-padala.

Thursday, November 24, 2011

Budak Jakun Nak Pegi KL

salam semua. haip haip. apa khabar semua. lama tak bersua. mungkinkah dingin hujan yang memisahkan kita? ouch..tak mungkin tak mungkin.

hujung minggu ni, dapat cuti 3 hari kan? sebab aa sambutan awal Muharram. dah nak masuk tahun baru pun kita. harap-harap panjang umur ye dop. yang bersekolah cuti berminggu-minggu tu duk diam-diam. jangan nak mention sangat ampa cuti lama. dengki tau. busuk hati Mish nanti.

so, sempena cuti yang panjang tak berapa nak panjang ni, Mish nak pergi KL. nak pergi bershopping sambil jumpa geng-geng blogger dan ex-classmate yang ku sayang-sayang. sape free meh ikut meh. hehe. so, macam biasa Mish tumpang tidur kat UIA. si Ieyla ajak Mish tidur umah dia. Mish tanya la umah dia kat mana. dia cakap Kampung Baru. owh, kampung baru? kampung lama kat mana? haha. ta lawak. jangan gelak.


Mish tak boleh tidur sana kot. sebab, even 3 tahun Mish belajar kat belah-belah sana. 3 tahun duk dating ke hulur ke hilir belah-belah sana, Mish fail bab jalan KL. serius jakun ya amat. setakat dari Karak nak pergi UIA pun dah tersesat ke jalan lain. jenuh nak cari jalan u-turn. korang tau je la, jalan KL macam apa je. pening den.

esok sebelum mula perjalanan nak kena amek panadol dulu. senang kalau pening. haha.

psst~
siapa pakar jalan KL meh jai pemandu pelancong i. auww!

Nak Masuk Toilet Umah Sendiri Pun Segan

sebagai seorang pekerja awam, waktu rehat kami pukul satu sampai pukul dua. biasanya kalau balik rehat sebagai seorang perempuan yang bujang harus la buat taik mata kan? haha. dulu rajin la jugak nak masak. tapi lama-lama rasa macam penat pulak nak masak dalam masa sejam tu. nak makan lagi. lauk simple pun, amek masa jugak. so sekarang ni Mish amalkan makan pagi kat kedai. tengah hari balik, terus je sembam muka atas bantal.

tapi malangnya hari ni sebab ada orang datang baiki paip kat rumah. boleh je setakat nak masuk rumah, landing-landing atas katil. tapi problemnya is, perut Mish meragam sikit hari ni. nak buang kat toilet? memang la buangnya kat toilet. tapi takkan kat rumah kot kan. dan-dan orang tengah baiki paip, dapat intai Mish sekali. uihh, tak rela, dorang pun tak rela kot nak nengok. Mish bagi bau sekali baru haru biru. haha.

so, tak sampai 10 minit pun duk rumah, stat kete, pecut pi klinik. huhhh. lega. hahaha.

psst~
dah alang-alang duk klinik baik menaip entry merapu. hahaha.

Tinggal Dengan Orang Suka Masak Buat Lemak Makin Giat Naik

haipp semua! dah makan? belum? ish..kesiannya. haha.

muka bulat jangkit ngan suzy!
tadi before balik keje Mish timbang berat. eksaited nak timbang sebab tengok jam makin longgar di pergelangan tangan. rasa macam nak meloncat je atas penimbang tu bila tengok berat naik dua kilo. tiba-tiba rasa macam nak jadi Hulk.

macam mana la berat badan tak naik menimbun-nimbun. lemak bertambah dengan jayanya. tiap-tiap masa makan. doplohpatjam mulut kumat-kamit duk kunyah makanan. asal balik umah je, ada je benda yang menarik perhatian Mish untuk masuk dapur. haiya. tensen meh.

perut ni, kalau di ajar makan sokmo, dia selalu la lapor. kalau ajor berlapor sokmo, tak makan nasik seminggu pun tak pe. ades. kitaran perut normal, biasa la kan. hehe.

tambah-tambah skang ni Mish duk ngan housemate yang suka masak. tak de benda nak dimasak pun dia cari jugak benda untuk dimasak. dia ni memang jenis tak boleh duk diam. dia jadi resah bila dia duk saje-saje tak masak. penah jumpa orang macam ni? haha.

balik keje, terus je dia masuk dapur, kalau tak masak lauk, dia rajin la nak buat popia la, jemput pisang la, cucur udang la, kerepek la. adoi.. memang rajin tahap maksima dowh. manusia macam Mish ni, bila dah ada makanan kita ngap je la kan. tak makan nanti membazir. cian member. penat dia masak. dia masak best owh. no wonder la setiap kali balik kampung umi akan cakap Mish makin bulat. haha.

lemak-lemak ni memang dah mampat molek ni. hari-hari ada pertambahan ukur lilit.

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Hari Lahir Kak LM!

akak,
sehari dua ni akak banyak bazir masa untuk Mish,
thanx sebab banyak dengar masalah Mish.
thanx jugak sebab tak putus-putus nasihat Mish.
thanx lagi sebab akak, Mish hepi sikit skang.
haha..buat-buat paham ye kak.

tak de wish geli-geli kak.
tak sempat nak pikir.
hehe.

btw,
SELAMAT HARI LAHIR!
semoga akak dapat capai apa yang akak impikan.


psst~
kak, semalam kitorang ngumpat akak. hahaha

Tuesday, November 22, 2011

Mata BULAT?

panasnya kat farmasi skang. aircond banyak rosak. lepas tu kipas pulak, uhh, tak cool langsung suasana tempat keje. macam mana la Mish nak naik semangat keje. haha. crappy!

oh ye. bercakap tentang mata bulat. ramai cakap mata Mish bulat. bulat ke eh?haha. kalau patient kat sini ramai tegur mata Mish. haha. diorang cakap mata Mish bulat. ades. malu kejap beb. korang percaya tak Mish malu? hahaha.


dulu kalau dalam kelas, budak-budak kelas Mish panggil teddy bear. kuang ajo kan. hahha. ada jugak yang panggil panda. pape pun yang diorang panggil, mata Mish memang dah macam ni. hak hak. teringin nak mata sepet. boleh jadi orang korea. uhukkk.

untung jugak mata bulat. sebab senang nak pakai lense. kau nak pakai lense 14mm ke, 16mm ke, 17mm ke ikut suka hati kau. kalau mata sepet. nak pakai yang standard 14mm pun dah merah mata. hik hik. kawan mata sepet yang cakap.

bulat pun bulat la ye mata. adik beradik Mish memang semua mata bulat-bulat kot. Iman pun sama bulat ngan Mish. sebab tu Iman comel. hahahahahha. gelak bangga diri.

untuk korang yang nak bagi nampak mata bulat, korang try usha tutorial mata bulat daripada Nisa Kay nih. hehe.

Semangat Baru!

hari ni mendung. alhamdulillah. tak terlalu panas. tak terlalu dingin. ehehe. ayat intro dah macam nak jiwang meleleh air hidung. aihhh. hari ni dah tak nak emosional lagi. nak cool je. sooner or later, my life will go back to normal right??? just keep hang in there. auwww!

thanx sangat-sangat buat peminat saya yang sentiasa menyokong saya pada waktu susah dan waktu senang saya. kepada ibu bapa, produser-produser filem yang telah memberikan kepercayaan kepada saya, jutaan terima kasih kepada kalian kerana menghargai kehadiran saya dalam industri ini. haha. gila tak ayat? dah macam menang award kat Anugerah Industri Muzik kan?



sebenarrrrrnya, Mish nak ucap terima kasih buat beberapa orang yang membantu Mish menangkis kesedihan yang menjengah di hati ini kebelakangan ni. hehe. ingat nak buat ayat sastera. tapi tak pe la. kang ada yang terharu sampai bunuh diri.

bila kita sedih, jangan pandang pada kesenangan sebelum, sebab kita akan jadi makin sedih. sebaiknya, bila kita sedih, kita cuba pandang kesenangan yang kita akan dapat dari kesedihan kita hari ni. sesungguhnya sesuatu yang berlaku tu ada hikmah. Allah s.w.t buat semua perkara bersebab. cuma kita perlu pandang diri kita, baiki mana yang tak betul, tambah mana yang kurang. yang cantik itu kita kekalkan. hehe.

Monday, November 21, 2011

Saturday, November 19, 2011

Kenapa Perempuan Suka Jual Mahal?

bila gaduh je laki bini ke awek pakwe ke tak kisah la, tapi kaum perempuan suka jual mahal kan? bila si lelaki nak berbaik je dia buat-buat tak nak. buat-buat menyampah. buat buat tak endah. huhh. mau berangin jugak ye kalau kena situasi ni. haha. oh lelaki, jangan la nak berangin sangat okeh.

biasanya, perempuan jadi macam ni bukan saja-saja.

  1. supaya di jadikan pengajaran.
    yela. mesti la ada sebab kenapa boleh jadi pergaduhan, lepas tu pemujukan kan? so, kalau senang-senang je perempuan tu terima maaf, nanti senang senang jugak la lelaki tu buat hal lagi? betul tak? haha

  2. perlukan masa untuk yakin balik dengan hubungan
    yeah, lepas dah gaduh bagai nak rak. mesti la kita jadi tak berapa yakin kan. so, teruskan la pujuk. tapi jangan bagi harapan lebih-lebih pulak. sebab takut tak mampu nak menunaikan harapan tu ye.

  3. nak balas dendam
    haha. yang ni kejam kot. tapi tak pe. ai suka. yeah..balas dendam balik. kita sakit bagai nak rak, dia senang-senang je nak berbaik. tak nak rasa susah langsung. haha


tapi kan, kot ye pun nak jual mahal, agak-agak la sikit. takut nanti punya mahal kamu jual, lelaki tu tak mau beli. haha. sebekkkk saje. wuuu.

Friday, November 18, 2011

Jom Pi KEDAH!

Assalamualaikum, hai semua! Haha. Hari ni mood baik punya. Pasal petang nanti Mish nak gerak pegi Kedah. Staff kat klinik Mish kawen. Auww! Sonoknya dapat pergi kedah. Benda pertama yang ada dalam otak Mish is, bendang. Yess. Bendang yang orang duk tanam sawah tu. Takkan bendang orang buat tanam mayat kot. Haha. Seriesli Mish sukaaa sangat bendang. Style klasik giler kalau dapat pergi bendang. Tak sabar tak sabar. Haha. Macam jakun kejap kan?

Tempat paling Mish suka untuk lepak, santai atau lepas tensen adalah pantai, dan bendang. Tak sabar nak pergi Sungai Petani. Kebetulan umah staff ni dekat ngan Pantai Merdeka. Lagi la eksaited pasal dulu suka yang amat dengan lagu Cinta Pantai Merdeka.

Kami pergi just berempat nanti. Dan semua perempuan. Dan semua tak kenal jalan. So, nanti kami just tawakal je la ye. Harap-harap jumpa la jalan untuk tembus dari Bentong ni ke Kedah nun yek. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.

Bendang nan hijau,
tunggu aku datang tau!

Takkan la asyik aku je?

hari ni Mish jadi officemate yang kejam sikit. HAHAHA. gelak pun kena la besar. sebab kejam kan? tapi kejam Mish kejam sikit-sikit je. kejam manja-manja.

sebenarnya tadi Mish kena attend meeting mesyuarat pencapaian. tapi bab mesyuarat Mish malas sangat. sebab baru je lagi jadi mangsa kena buat minit mesyuarat. so, betapa Mish nak elakkan diri lagi sekali, Mish mintak la member sekerja tu ganti Mish. actually bukan ganti tau. dia kena salah seorang yang pergi. kalau tak Mish, dia la yang kena pergi.

sepanjang Mish masuk sini, asyik Mish je kena masuk meeting yang bosan tu. mana aci kan. sikit-sikit kalau berkaitan ngan klinik ni, muka Mish yang kena pergi. tapi kalau ada event yang keluar dari klinik ni, contoh macam amek ubat kat hospital ke apa ke, laju la dia. ish, mana leh kan?

so, kali ni je. Mish mintak tolong sangat-sangat ngan dia. supaya dia setuju untuk gilir-gilir. next meeting bia la Mish pulak yang pergi. adil la kan kan??haha.

psst~
member tu cakap, lelaki memang cair ngan perempuan. hahaha. jadi perempuan semua. gunakan kelebihan tu baik-baik okeh.

Thursday, November 17, 2011

Cerita Penaik Nafsu?

Kamel adalah seorang pelajar yang mempunyai ciri pelajar yang bertanggungjawab. Kamel pernah bercinta dengan budak sekelasnya bernama Kamelia. Malangnya, tiga bulan lalu mereka bergaduh hanya kerana Kamelia selalu meminta duit darinya untuk membeli serum kolagen.
                                            
Mereka bergaduh pastu putus.  So skang ni Kamel tu single la. Siapa yang nak kapel ngan Kamel boleh la isi borang. Tapi ada syarat. Kamel ni minat kumpulan Boyfriend. Ala, group Korea  yang tengah hot tu. Siapa yang nak kat dia kena bawak poster kumpulan Boyfriend ni. korang boleh cari kat photo bucket kumpulan boyfriend.

Sewaktu Kamel duk asyik cari tutorial scroll box dalam entry, Kamel terdengar adiknya meminta duit dari mamanya, “ mama mama mintak duit nak beli coklet”. Dalam hati Kamel, terdetik, untungla jadi budak-budak. Senang je nak mintak duit. Masa duk syok si Kamel duk usha tutorial tu, terkeluar pulak satu page. Mau terbuntang mata Kamel baca tajuk page tu. Nak tau tajuk apa? Tajuknya adalah CERITA PENAIK NAFSU!!



Haha, gilerr kan? Ntah pape je keyword cerita penaik nafsu tu naik dalam blog Mish. Hampeh toi. keyword ntuk hari ni. 


Bibir Tersenyum Hati Menangis



kita sering tersenyum bahagia namun hati kita bukan gambarannya. oleh kerana sikap hormat, keterpaksaan dalam sesuatu pekerjaan dan kerana harta, kita sering berlakon untuk terus tersenyum walaupun hati kita sering menjerit pilu. terlalu mudah bagi kita untuk mengorbankan harga diri pada sesuatu yang kita inginkan hingga kita lupa soal hati yang menjerit minta pertimbangan. ya, kita terlalu suka mengenakan topeng di wajah kita sendiri. - copy dari kulit belakang buku Bibir Tersenyum Hati Menangis.

Wednesday, November 16, 2011

Siapa Suruh Nakal?

Assalamualaikum w.b.t.

tadi ada sorang patient kanak-kanak datang klinik meraung-raung. memang satu klinik bising ngan suara dia je la. macam sakitttt sangat. dia duk kat kecemasan time tu.

lepas tu ai pun buatla bizi body. pegi skodeng apa yang jaik sampai macam tu sekali bisingnya. terwonder la jugop. masa pegi tengok tu ramaila cikgu yang ada kat situ. rupanya budak tu jatuh dari kerusi kat sekolah. dia main lompat-lompat kerusi lepas tu terjatuh lepas tu tangan dia patah.

patut la meraung kuat giler. sakit kot.

lepas tu dengarla nenek dia membebel, " tu la, masa main lompat-lompat tu ada ingat sakit?orang dah larang tu cuba dengar. ni la dia. tuhan dah balas. "

haha. kesian budak tu. dah la sakit tangan. telinga pun sakit sekali kena bebel. ishh.

Tuesday, November 15, 2011

Bila Bercinta Terlalu Lama

Rata-rata kawan Mish dah ada pasangan. So sorry la kalau ada member-member single yang nak suruh Mish jadi agen pencari jodoh korang ye.  Dan majoritinya yang dah ber’in relationship’ selama dua tahun ke atas. Bagi Mish, kalau dah lebih dua tahun tu memang dah kira lama la.

Ada yang dua, ada yang tiga, empat sampai lapan tahun pun ada. Yang lapan tahun tu yang jenis gatal masa sekolah la. Mula-mula cinta bermonyet-monyetan je. Lepas tu Alhamdulillah kekal hingga sekarang dan moga-moga kekal hingga akhir hayat sebab rancangnya nak kawen hujung tahun ni. seronok kan. Dari cinta monyet, kekal ke cinta sejati. Syukur. Semoga mereka di panjangkann jodoh.

Bila Mish interbiu mereka yang kapel lama-lama ni, jawapan mereka lebih kurang sama je. contoh bila Mish tanya, tak bosan ke kapel lama-lama? Diorang cakap, kadang-kadang ada jugak perasaan tu timbul. Biasa la. Tapi pandai-pandai la. Sebab nanti kawen kena tengok hari-hari, buat benda sama hari-hari, takkan nak bosan jugak kot. Erk! Ok.

Bila kapel lama je, macam-macam ujian yang datang. Betul tak?siapa yang ada pengalaman macam ni angguk laju-laju. Kadang-kadang, bila kita tengah gaduh or ada masalah, ada je orang yang lebih baik datang usha line.  Kalau masa tu perasaan kita dah tak kuat. Konpem-konpem kita dan si dia babai. Kan?

Susah sebenarnya bila kapel lama-lama ni. sebab banyak benda nak kena fikir. Nak kena korban. Nak kena jaga. Maruah dan diri jangan korbankan sekali pulak. Hancuss kau nanti. Harapan Mish, erk, tetiba ada harapan kan? Haha. Tape-tape. Nak bagitau jugak harapan Mish ni. Mish harap, hubungan kami kekal la sampai akhir hayat. Tapi andai kata takde harapan, lepas ni, Mish tak nak kapel dah. Mish nak kawen terus. Dah jemu kot kapel. Haha.

Sekian entry jiwang tak berapa nak betul.

Psst~
Ada orang kata, bila bercinta semuanya manis. Bila dah kawen baru la tau camane. Kata Mish?tak tau nak kata apa sebab tak kawen lagi. Tapi rasanya masa bercinta tu tak de la semua manis kot. Kua kua kua.

Short Term Memory Boleh Sebabkan Nyanyuk Tak?

Actually Mish ni ada satu perangai buruk sikit tau. Sikit je tak banyak. Yang lain semua perangai baik. Ye, sayang budak baik. Buwerkk! Mish ni seorang yang pelupa. Series.

Kalau skaf atau anak tudung  tu, memang selalu sangat la hilang. Bukan hilang kena curi atau kena rompak.  Ada pulak yang nak rompak mende alah tu ye. Haha. Tapi mungkin sebab Mish selalu letak kat banyak tempat. Kejap sangkut belakang pintu, kejap kat situ kat sini. Lepas tu kalau nak keluar rumah mula la mencari.

Sebab tu la kalau zaman belajar, Mish suka study last minute. Sebab kalau study awal-awal, konpem blank lepas dua tiga hari tu. Lecturer cakap hari ni, esok lupa. Tanya kawan hari ni, jalan-jalan sepak batu terus lupa balik. Problem tau tak bila kita tak boleh nak mengingat. Rasa geram pun ada. Jadi nak bagi elak lupa, Mish catat dalam buku. Tapi kalau dah dasar pelupa tu. Pelupa la jugak. Sebab buku yang Mish catat tu pulak Mish lupa letak mana. Haha. Kawan-kawan selalu pening ngan perangai Mish nih. Series!

Lepas tu beg duit satu hal. Alhamdulillah la sebab sepanjang kerja, tahap lupa simpan beg duit tu makin kurang. Mungkin sebab banyak sangat makan kismis aritu kot. Haha. Tiba-tiba je. kalau dulu, ic, kad bank apa semua pakwe atau kawan atau umi yang pegang. Sebab kalau ada ngan Mish konpem-konpem exam akhir tahun tu Mish tak boleh nak amek sebab ic hilang manjangggg. Haha.

Mish tau ada tips tak nak bagi lupa semua tu, tapi Mish bukan jenis istiqamah nak amal semua tu. Sekali dua amal, terus lupaaaaa. Terus hanyutttt. Haha. Mish doa je banyak-banyak, janganla Allah bagi Mish penyakit nyanyuk. Umi selalu pesan, lepas sembahyang, doa la panjang umur, tapi jangan lupa mintak dijauhi kesihatan yang baik dan dihindari ari penyakit nyanyuk. Kalau panjang umur tapi nyanyuk tak de guna jugak kan. Nak beribadat pun tak dapat.

Psst~
Ada budak tu cakap, comel jek bila muka perempuan bila terlupa. Auww! Saya comella ye awak. Haha. Tak boleh imagine camane. Kua kua kua.

Monday, November 14, 2011

Good Luck to SPM Candidates 2011

hari ni first paper bagi calon SPM. kalau tak silap la. sebab hari ni adik Mish, Athirah tu baru je habis satu paper. tapi happy nya macam dah habis SPM. cehhhh. adik aku memang confident tinggi. hahaha.

teringat zaman SPM dulu. dua hari nak SPM rumah Mish terbakar. tapi Mish duk hostel time tu. bayangkan lagi dua hari nak SPM duk kalut umah terbakar. tak tau la apa perasaan time tu. paling terkilan sebab bilik Mish yang 100% tak dapat nak diselamatkan. dah la baru lepas raya time tu. semua baju raya yang tak sempat nak pakai terbakar. wuwuuuu.

yang paling Mish sayang tracksuit kaler pink. sweet sangat seluar tu. kalau ada sekarang mesti Mish pakai lagi  tayang kat korang. Lee Min Ho pun boleh jeles kalau tengok seluar tu. konpem!

kalau la boleh putar balik masa ke zaman SPM, Mish nak belajar sungguh-sungguh. haha. dulu banyak main kot. biasa la. masa tu kan sweet seventeen. tengah nano-nano lagi time tu. hoho. apa la naseb. so adik-adik yang ada peluang lagi ni, ni macik nak pesan, belajar leklok k. jangan ikut sangat perasaan remaja yang tak rasional tu. nanti bila dah kerja, baru kita menyesal.

Saturday, November 12, 2011

Buat-buat la reti tolong orang buat keje sikit

Salam semua! Yeay! Hari ni Sabtu. Sabtu kan cuti. Bila cuti mesti la free duk umah. Bila free duk umah awal pagi dah masuk dapur. Perut pun awal je berkeroncong hari ni.

Pernah tak korang jumpa orang yang tau reti makan je. tapi tolongnya tak mau. Kalau tak tolong masak pun at least lepas orang masak tu tolong mai kemas pun dah kire ok kan. Mana nak tau kot kot dia tak reti masak kan. Ye la, nak makan sama-sama. Tapi yang masaknya sorang je. haishh. Dah macam kuli pulak rasanya tukang masak tu.

Paling-paling kurang lepas makan tu, buat-buat la reti angkut pinggan lauk atau cawan-cawan tu. Pi basuh kat dapur. Ni tak, siap makan, dah la last sekali. Angkut pinggan dia je. adess. Dalam hati, terdetik jugak nak cakap “kurang ajar”. Ada pembantu rumah pulak nak angkut dan basuh semua tu. Haiyaaa.

wahai lelaki budiman..jangan la amek perempuan ni jadi bini. haha. 

Friday, November 11, 2011

Sebelas Sebelas Sebelasss!

wow! tarikh hari ni lawoooo sangat. semua ada satu kan. 111111. haishh. tarikh baik, jatuh pulak hari yang baik. dan dan hari jumaat yang mulia ni kan. maka, ramai la yang grab tarikh ni untuk jadi tarikh istimewa.korang lak cane? takde ke nak declare ngan somebody atau tunang ke hari ni. jom jom!

kat Hotfm pun berkepuk duk cerita pasal kawen. lepas tu lagu kawen pun berdentam dentum je. buat hati ini memiang mau kawen kejap. opss!

dan kebetulan, hari ni jugak Faizal Ismail (FBI) dapat baby!! comey je tarikh lahir baby ni kan. sebelas haribulan sebelas tahun dua ribu sebelas. kalau lam ic nanti mesti depan dia 111111-**-****. haha.

psst~

  • hujan pagi hari bikin mengantuk!
  • kiamat jatuh pada hari Jumaat. jangan suka sangat... :)

Thursday, November 10, 2011

Akak Perlukan Kolagen Lebih

heroin dia lawaaaa!!!!!

tadi ada sorang patient tu, pakai baju kurung biru. manis. sopan. sudah berkahwin atau belum bukan perkara utama. tapi ada sesuatu yang Mish tak puas hati yang amat dengan gadis manis ni.

lepas amek ubat, dia cakap "terima kasih kak.."

kak?erkk!KAK??hohoho. padahal Mish tengok umur dia 28 kot. ades. boleh pulak perasan muda dari Mish. nampak gaya hujung bulan ni kena pergi Etude House ngan Iefa untuk beli serum collagen banyak-banyak. kasi tegangggg sikit muka ni. bagi nampak muda. hilang kedut.

Wednesday, November 9, 2011

Lelaki Itu Bodoh Bila.....

 opss..yang ni tak bodoh ok! yang ni kawaiii....hahahaha. buerkk! sape kenal mamat nih angkattttt meja!

ehem ehem...para lelaki sekalian.datang sini meh. nak bagi ceramahhh sikit. ishh..

ada la orang tua ni pesan , lelaki yang tak pandai nak mengawal amarahnya adalah lelaki yang tidak bijak. tidak bijak adalah sangat sopan berbanding bodoh kan? so, jom guna tidak bijak. lelaki yang bijak akan menggunakan akalnya untuk mengawal keadaan. lelaki yang bijak tidak akan memburukkan keadaan. sebab itu la Allah s.w.t bagi lelaki lebih akal berbanding perempuan. ada pahammm? hehe.

oleh itu para lelaki, kawal la emosi kamu okeh. Mish pun tak suka lelaki marah-marah nih. menyampah tau tak. sembur sana sembur sini. nak tunjuk ganas? tak perlu!! bajet hebat la bila dia marah. hek eley, kalau kau boleh marah, aku boleh mengamuk. amacam? hak hak.

lelaki yang macho is lelaki yang melayan perempuan seperti perempuan. kalau perempuan tu berapi, di haha. ayat dah macam kambeng hilang janggut. okbaiiii!

Segmen : Fathiah Tak Jumpa Blog

haha. tangan gatal nak join segmen. biaq pi la..tangan aku. kan kan?
sape-sape yang terliur nak join moh le.
the more the merrier.
hahaha.

jom ler join. siapa tak join Mish lempang. erkk tetiba! hahhaa...
emm..untuk cukupkan syarat, Ieyla, Eyeme ngan Iefa mesti join!!
haha..semua geng UIA. kua kua kua.

Blogger vs Secretary

assalamualaikum w.b.t.

sekarang ni Mish tengah duk garu-garu otak duk pikir ayat terbaik giler babehh untuk karang minit mesyuarat angkara mesyuarat bulanan Khamis hari tu. seriusly, Mish tak pandai nak buat ayat formal apatah lagi ayat laporan camni. laporan haruslah mempunyai isi yang padat dan tepat.

adess..dengar padat pun dah lemah je rasa.

kalau la taip minit mesyuarat tu macam update blog. hari-hari Mish nak jadi pencatat minit mesyuarat. hahaha. tak tau la apa kes manusia-manusia ni suruh Mish buat minit mesyuarat. padahal dah terang-terang dalam mesyuarat tu hal pasal farmasi tak timbul langsung. farmasi kan baikkkk. auww! banyak bincang pasal nurse. banyak kot istilah mengarut yang dorang sebut. SVD la funduscamera la. sumpah Mish tak tau apa semua tu. erkk.nak conteng apa untuk minit mesyuarat nih? grrr!

rasa macam nak upah orang pun ada suruh buat minit mesyuarat nih. hehe. siapa nak? angkat tangannnnnnn! waaa.ramainya. okeh dah dah. tak nak main lagi. Mish nak jadi secretary berjaya kejap. jangan kacau tau. doakan ayat kelas kelasss yang keluar dari otak Mish. saya kan budak pandai. yess! chaiyokkk!

Tuesday, November 8, 2011

Erk, Orang Minyak Kat Bentong tu Rupanya Perogol. Teruknyaaa!

sebelum balik bercuti Raya Haji hari tu, Mish ada la dengar cerita pasal orang Minyak di Bentong. seram kot. mana taknya. satu daerah kot. erk, daerah guwa ada orang minyak??nak takut ke tak eh? haha. boleh macam tu.

BENTONG: Polis menolak dakwaan kes lembaga hitam yang mengganggu gadis dan melakukan jenayah rogol serta pecah rumah di 20 kampung dan taman perumahan sekitar Ketari, di sini, dilakukan orang minyak. - SUMBER
siap rogol budak umur lapan tahun lagi kot. huhu. budak kecik pun nak rogol. aish..sempit akal. cian budak tu.

kalau betul la orang minyak, memang tak tidur malam la. bahaya oo orang minyak. ada ilmu kot.

Monday, November 7, 2011

Sebab Kita Kan Kawan

wes...
apasal bila dulu aku benci kau,
kau tak pernah nak bagitau mak bapak kau kita gaduh?
mesti la, sebab kita kan kawan.

wes,
apasal dulu masa aku mengata kau,
kau tak balas balik?
mesti la, sebab kita kan kawan.

wes,
kau tau aku memang tak suka kau kan,
apasal beria kau bagitau aku yang dia tu jahat?
bia la dia jahat, dia jahat pun ngan aku nanti.
mesti la, sebab kita kan kawan.

wes,
kalau aku cakap nak berbaik dengan kau,
kau nak tak berkawan dengan aku balik?
mesti la, kita kan kawan.
selamanya...

Seronok Je Dengar Orang Lain Pandai Masak

Assalamualaikum w.b.t.

tangan tiba-tiba gatal nak menaip. ekceli tengah tunggu kek coklat yang tengah dikukus atas dapur. haha. tah habes-habes pasal makanan kan? ades..tengok body le..tembamm bebeh. hehe.

tadi wanie datang blog, dia cakap menu dia hari ni western. cewwah. beraya kat Malaysia. sakan pulak wanie ni eh. jeles jeles. pada pandangan Mish, pizza dan kek yang dia makan tu mesti dibuat sendiri. setahu Mish wanie ni rajin masak. sebab tu dia rajin share resipi. hehe. untung kan kalau reti masak. nak makan apa, masuk dapur, cincai-cincai, dah siap. isk, jeless!

orang tua-tua kalau rasa masakan kita sedap-sedap mesti diorang cakap dah boleh kawen ni...hehe. kita pun kembang-kembang la sikit lobang hidung tu. ye dakk. ngaku je laaaa.

kalau blogger yang memang Mish tabik kalau bab masak is Kak LM. bab makanan memang dia rajin. sampaikan nugget dan mee kuning pun dia buat sendiri. rajin habis lah. mau laki tak sayang. haha. kan Kak LM kan kan?

persoalannya skang, Mish ni pandai masak ke tak? jeng jeng.

Saturday, November 5, 2011

Menu Hari Raya Aidiladha

dah ramai stat update pasal raya Aidiladha kan? semua duk syok nak balik kampung lah apa lah. yang ada kat kampung tu pulak masak apa untuk menu hari esok? hehe.

kalau kat Terengganu ni ramai yang buat nasi dagang untuk hari raya pertama. dah macam tradisi pulak. tapi kalau family Mish memang tak minat sangat nasi dagang. so, biasa masak nasi tomato. tak pun nasik minyak kuah kurma. nyam nyam.

esok cadang nak melawat kubur arwah...rindu sangat kat arwah. kejap je masa berlalu. dah 4 bulan rupanya arwah pergi. so, harap-harap tak hujan la esok hari. dah dua bulan kot tak jenguk arwah. hati ni rinduuuuuuu sangat.



Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka....SUMBER

selamat hari raya aidiladha semua! semoga amalan kita dirahmati Allah.

Maaflah Saya Tak Komen Blog AWAK......

bunyi tajuk macam sadis je kan. tapi tak pe. jangan nak sadis sangat lah. sembelih kang!! dah dekat ngan raya korban ni elok sangat la tu..haha.

by the way, pernah tak bila korang blogwalking, korang baca entry diorang tu. kaang-kadang korang tak baca. korang bukak blog dia. tengok tajuk, tengok isi sikit-sikit. lepas tu terus blahh...agak-agak nak tinggalkan pesan kat shoutbox pun segan-segan sebab nanti tuan blog kata, eh, dia singgah tapi sampai hari tak tinggal komen..wuwuwuwuuwu.

jangan nak sebekkk sangat lah (sebek is seih giler-giler). mungkin orang yang buat macam tu mempunyai perasaan yang sama macam Mish.


  • entry tu bersifat SEO.
    jangan tengking dulu kalau korang terasa okeh. Mish boleh terima kalau tajuk entry yang SEO. tapi kalau boleh yang jenis isinya diolah sendiri. tak de la stereotaip sangat kan. kalau pelakon, berlakon ikut skrip deret. agak-agak bosan tak? hehe. sama la cam entry. sekali sekala, bagi la pandangan sebagai kesimpulan entry SEO korang tu in case kalau dah malas nak ulas balik..kan? ada la jugak pointnya Mish nak drop komen. hehe. tapi tak pe, bilangan visitor lagi penting kan? hehe.

  • tak faham ngan kandungan entry
    kadang-kadang ada blogger yang suka update benda yang macam nak dirahsiakan, tapi diluahkan kat blog. nak bagi contoh pun Mish tak reti camane. tapi macam tulah. haha. agak-agak nak mintak tempeleng la ni kan. hehe. contoh cam, dia nak cerita pasal sesuatu perkara. tapi banyak sangat point yang dia tak bagitau. alasan, maafla, tak leh bagitau...rahsia.tettt...Mish tak marah dia nak update. mungkin dia nak buat softcopy lam blog dia. Mish paham. sebab tu Mish tak berani nak turunkan komen. kang terbabas komen ai dari cerita sebenar kanggg. haru biru jadinya. hehe.

  • dua tiga entry lepas lebih kuranggg jerkk
    okeh, yang ni Mish sangat terasa. haha. sebab minggu lepas ada dua tiga entry sal makanan. lepas tu kadang-kadang kalau sedih, dua tiga entry citer sal sedih. tak habes-habes ngan sedih. sampai korang pun dah tak larat dah nak komen kan. bagi komen membina pun tak terbina-bina gak semangat tu. takpe takpe. ai pahammm...hehehe. sebab kalau Mish pun, bukak hari ni, pasal dating ngan pakwe. bukak esok, pasal dating ngan pakwe yang semalam punya, sambungan katanya. bukak lusa....dating ngan pakwe lagi, part 3 lak. aihh..tak larat nak komen sama.

  • mokcik sibuk / tak intenet
    sebab yang paling memungkinkan is, mok cik ni bizi. maklumla, kat Simpang Pelangai tu tak de line internet melainkan terpaksa guna Streamyx kat klinik punya. so, kalau nak menyinggah-nyinggah blog korang lama-lama tu memang tak la ye. Mish singgah mana yang sempat je. hehe. sori ye. soriii!
    --> ni la point utama sebenarnya. yang kat atas tu rekaan je. ada kena mengena ngan sorang dua je yang hidup. hahaha.

bila Mish baca balik entry ni dua tiga kali, ishhh..macam kasar la pulak ayat-ayat Mish. maaf ye. tak niat nak renggangkan hubungan kita. cuma nak jelaskan je kalau komen saya tak sebanyak komen awak, mungkin yang diatas ni la puncanya. pape pun, blog anda, hak anda....happy blogging k!

Apa Beza Kerja Dengan Belajar?

  1. first sekali memang dah sah-sah ejaan lain. so, korang jangan nak buat lawak dengan mengatakan bezanya is ejaan..kang ada yang dapat lempang free..haha.


  2. masa kerja, cuti sikit, tapi boleh apply ikut suka kita nak cuti bila-bila pun. asalkan ketua jabatan bagi kelulusan. tapi kalau belajar, cuti lama, tapi tak leh cuti ikut suka kita. so, kalau ada pape, susah nak menjoinkan diri kalau event tu jatuh pada hari kuliah. hehe.


  3. bila kerja dah pegang duit sendiri, of kos la rasa macam waktu shopping lebih enjoy. tapi bila duit sendiri ni, memang kena careful habis la. tak boleh boros sangat. nanti kalau tak cukup duit malu je nak mintak uit ngan parents. aiyark..kalau belajar pulak, duit dah la selalu tak cukup. nak kena beli buku, alat tulis dan sebagainya. so, keutamaan harus kepada belajar. nak shopping. nak enjoy, pikir patploh kali.


  4. kalau belajar, tensen ngan exam, test, quiz. lepas tu menyampah ngan lecturer yang tertentu, atau classmate yang annoying. kalau kerja lak, tensen ngan audit, customer dan hal-hal kerja. lepas tu, menyampah pulak dengan staff tempat keja atau bos yang bossy.


  5. last but not least, bila kerja rindu zaman belajar. bila belajar tak sabar nak kerja. T_T
walauapapun, masa memang tak boleh nak pusingggg balik. nikmati masa yang ada. hehe. jom makan kek coklat. menyampah lak tengok ASK 2011. Rozita Che Wan ikut skripppp je. bohsan. tengok lima belas minit  je. hahahaha.

Thursday, November 3, 2011

Belog Gegurl Yang Sengal-sengal Ayu!

owner blog ni kreatif!! entry dia ada kartun yang dia lukis. syok baca entry dia sebab banyak kenangan yang kita boleh ingat balik bila baca blog dia nih. hehe. sekali baca nama belog dah macam Kajol kan? haha. Kuch kuch Ho Ta Hai betullll la.

ni blog blogger yang selalu berpuitis. tapi mudah paham. hehe. suka baca blog ni sebab entry dia simple-simple. kalau tanya je pape soalan atau bagi dia jawab tag, jawapan dia, tea tea tea. haha. namanya secangkir teh. ye dop?

yang ni belog dia gempak sikit. tengok header besar gedabak pun dah tau kan??hehe. baru je lagi stat baca belog ni. sebab baru jumpa beberapa hari lepas. tengok entry dia santai habis. so, layan aaa........


nak ajak korang kenal ngan sorang blogger lagi. dia bukan blogger yang Mish baru kenal. tak tak tak. Mish kenal dia masa mula-mula Mish stat blogging. hehehe. dia ni jugak kreatif tau..kalau nak tengok hasil tangan dia pergi kat blogshop beliau eh. kelik SINI.

Wednesday, November 2, 2011

Blog Sengal-Sengal Kambeng Yang Best!

klik gambo header kalau nak pegi serang mereka eh.

blog ni selalu panas ngan entry yang bermacam jenis. ada isu sensitippp, ada entry memerli, ada entry santai dan bla bla bla. korang nak tau betapa bestnya blog ni pegi jenguk sendiri okeh! sekali tengok tuan belog kat header nampak cam Ezad Exist kan kan?

blog ni pulak memang santai habis. kengkadang duk bercerita pasal kisah jiran-jiran dia. kadang pasal si cilik dia. almaklum la. bapak saudara prihatinn........haha. owner blog ni kreatif tau!

yang ni si semut sengal. yang ni memang betul-betul sengal. penuh ngan tajuk yang propa habis lah. kalau nak baca entry dia di nasihatkan supaya jangan baca tajuk entry. terus baca kansungan entry tu. kalau tak anda akan hampa sebab tajuk entry ngan isi lain-lain. hahha

kemerepekan pentuan belog : 
daripada merepek tak tentu hala baik ai buat macam ni. best jugak eh. tak payah penat-penat nak pikir idea. haha...lepas ni yang pompuan pulokss. wait aaa...

Tuesday, November 1, 2011

Terperanjat tengok BE baru.

Okeh, Nampak sangat tak de idea yang melimpah ruah untuk update. Tapi tetap gigih nak update. Takpe takpe.  Pasti akan mendapat balasan yang baik. Haha. Terikut dengan ayat Yoo-Rin dalam citer My Girl. Sebab hujung minggu hari tu sanggup tak pergi merayap demi nak habiskan drama 16 episod tu buat kali ketiga kot. Haha.

Sila la gelak.

Now, nak citer pasal BE yang baru masuk. Dah lama kot tak bercerita sal BE kan kan kan? Dah lama tak berterima kasih kat Encik Nuffnang secara langsung. Hehe. Sekarang ni ada dua BE tengah running kat belog pepel ni. Alhamdulillah, boleh la simpan wat beli Samsung Galaxy S2 kan kan? Haha. Macam mampu je kau.



See? BE yang first tu macam dah nak expired je. sebab dah lama kot menapak kat blog ni. hasilnya tak berapa nak memberangsangkan lol. Yela. Dah lama trafik jatuh tak naik-naik. Mana nak naik, Mish pun dah jarang sesangat berderap kat blog kawan-kawan. Bukan sombong. Bukan tak sudi. Cuma tak dan masa.

Untuk BE yang kedua tu, ada nampak? Haaa..macam mana la boss Mish leh wat iklan kat blog anak buah ni. kebetulan Mish kan kerja bawah Kementerian Kesihatan. Dan dan boss sponsor duit sesen dua. Alhamdulillah. Tak kisah la dari celah mana pun BE tu, tetap kena bersyukur. Sebab skang kan zaman kegawatan poket. Hehe.

Psst~
Tak sabar nak tunggu bulan 12!!! Bulan 12..come to mama!

My Sad November.

mulai sekarang...
jangan peduli mereka yang abaikan kamu,
jangan peduli mereka yang tak hargai kamu,
jangan peduli mereka yang menyakiti kamu,
jangan peduli mereka yang tak pedulikan kamu.

mulai sekarang,
just live on your own,
jangan bergantung kat sesiapa lagi,
forget the past,
and live happily.

pedih mana pun luka tu,
jangan amek peduli.

kepada hari semalam yang mendukakan,
selamat tinggal okeh.



psst~
jangan salah paham pada entry ni. jangan buat pandangan sendiri okeh. just love this song. hanya yang memahami saja yang tau. pasrah~