Monday, January 31, 2011

Perut Berdondang Sayang Teringin

salam korang!! makan lom? ehee. tanya cam bajet i nak banje yea. adeh. sila jangan pikir macam tu ok! no money anymore. fuhh. dua hari keluar berturut-turut LAGI!! yea lagi. sebab sepanjang ingatan Mish, tak pernah sekalipun sepanjang sebulan duk hostel ni, Mish ada kat asrama untuk hari cuti. paling tidak, mesti keluar. adeh. mau tak pokai. ye ke idak? haha.

noktah tang keluar ape semua tu. saat ni, sekarang ni, minit ni, waktu ni. ni ni ni ni ni  nini cokelat celup. haha. perut Mish giler teringin nak makan :
  1. Kentucky Fried Chicken
  2. Mushroom Soup [Pizza Hut]
  3. Chicken Chop
  4. Tom Yam yang pekat punyerr!
  5. Satay ayam ngan kuah kacang
  6. Nasi kerabu
  7. Kek Coklat
  8. Tutti Fruitti
fuh fuh..mau kena serangan asma Mish duk taip semua keinginan nafsu perut ni. aih. mau kau tak gemuk Mish oi. adeh..agak-agak kalau semua makanan ni ada depan mata Mish, mana yang Mish nak cekau dulu eh? haha. yang paling penting, teringin sangatttt nak makan ayam goreng KFC ni. adeh. nak gigit, mamah, telan dan makan die punye crunchy-crunhy tu. adeh. sedapnye. kan kan?

Mish ni memang hantu bab kulit ayam yang digoreng garing tu. peh. sedap nya. krup krap krup krap. ohh ayam! ehee.

psst~
yeay!! Selasa malam balik Terengganu!!

Sunday, January 30, 2011

Komen Pasal Cerita Haq Sikit..ehee!

salam hujung minggu yang amat ceria sebab masing-masing dah bergaji. so poket pun penuh la yea. ahaks! (untuk goverment dan yang sewaktu dengannya). so, ape lagi, hujung minggu ni memasing keluar shopping dan meronggeng kat bandar la yea. tambah-tambah banyak filem yang baru release kan. jom serbu panggung. haha.

sejujurnya, tadi Mish pergi tengok cerita Haq. owh, untuk sinopsisnya sila rujuk entry INI yea. perasaan?wahh. rasa macam agak membazir kot ke'eksaited' an Mish tu. sebab..jalan ceritanya memang tulen jalan cerita Melayu la. paham-paham la yea. bukan nak kutuk perfileman sendiri. hampun maap la. Mish bukan orang seni nak nilai dari semua aspek. Mish nak kongsi ikut mata rabun dan mata seorang penonton tiada darah seni ni. jalan ceritanya agak selow melow dan dialog atau skrip yang agak kaku dan nampak tak natural. auww. pandai je haku komen mengomen nih. haha. tapi kalau ikut kan kesan-kesan khas yang agak advance la. boleh la sebab ada efek-efek kuasa ala-ala Dragon Ball gitu. paper hal pun, korang try la layan sendiri k!! hehe.

korang dah tengok ke?belum? cepat la pergi. tak aci la Mish je yang kena penangan cerita yang 'mengujakan' macam Haq ni. hehe. eh, lupa nak komen sikit lagi, jalan cerita dia macam sangkut paut tu jauh sikit je. cam tak berapa sesuai la die gabung satu scene dengan scenen yang lain. ahh. tak pandai nak olah lebih-lebih. sebab tak tau istilah. haha. buat review macam ni agak-agak ade pengarah datang hentam tak??

err..cerita Haq ni best! ceh. terus je tukar opinion sebab takut pengarah datang baca. wuhaha. nasib la. ni pandangan Mish yang bukan  la sesiapa dalam bidang seni. perasan artis tu ade la sikit-sikit. haha. 


lepas tu kunun nak tengok Green Hornet. hampes. ada yang 3D je. sumpah Mish tak suka pakai spek keras tu. don like okie! adeh. so, niat tulus suci kununnya terpaksa dibatalkan. huhu. nanti kalau ade orang bagi rating 5 star baru Mish merelakan mata ni pakai lagi spek keras tu. adeh. pening kepala bila pakai spek tu.

pastu semalam kan kan..ade Malaysia IT Fair kat Midvalley. perghh. bersesak makhluk Allah. penat jalan beb. nasib baik tak pakai heel 8 inci. kalau tak, konpem balik tu kena gantung kaki atas siling bilik. hahaha. 


owh, ade cerita masa Mish naik KTM on the way nak pergi Midvalley nih. nanti kalau ada masa Mish cerita ea. ni ngntuk sudaa. mau tdor. sok awal pagi nak hang out ngan member kat Time Square. kalau rajin mencelah sat kat gathering Sahabat Blogger yang diwar-warkan tu. hehe.


Friday, January 28, 2011

Kenapa Jadi Pemalas?Bila Pulak Jadi Rajin??

ehem..agak berhabuk sedikit sebab dah dua hari kot tak hapdate. adeh. baru dua hari kau dah kepoh la minah. macam la orang heran. haha. korang tak heran ea? tapi Mish heran. kenapa Mish heran? biaq p la Mish nak heran. haha. hampes!

yeay esok Sabtu, lusa Ahad. HUJUNG MINGGU!! sape yang bekerja tu sila jangan malas-malas k. jangan curi tulang. nanti rezeki tak berkat. bwerk je nak nasihat orang kan? haha. agak-agak Mish keluar tak minggu ni ea. adeh. jom keluar kawan-kawan. kita pi tengok Green Hornet dengan Haq. hehe. korang belanja. deal? ahaks! mati la kalau korang kejar bawak parang. owh, dah jauh menyimpang. begini la gaya kalau dah setat menulis tu. adeh. kesian yang tukang baca. haha.

owh. hari tu dua hari diam. tak hapdate, dan tak blogwalking. sebab?
  1. malas bukak lappy.
  2. malas taip.
  3. malas ngadap tenet.
  4. malas nak karang entry.
  5. malas nak loading page.
  6. malas segalanya.
  7. malas everything.
  8. malas semuanya.
  9. malas lagi.
  10. masih malas.
ok, tu antara reason atau dalam bahasa bakunya sebab kenapa Mish malas nak update entry. kalau nak cakap sebab bizi tu rasanya tak sangat kot. sebab ada antara dua tiga kerja dah setel. tinggal lagi dua tiga yang lain. tapi sejak akhir-akhir ni Mish rajin pulak :
  1. tidur. (sebab tu sape-sape yang ade kol malam-malam tu memang sori to say la. i sleep early u know? ahaks!)
  2. makan. (badan dah macam doraemon)
  3. melepak kat bilik member.
  4. minum air kosong. (perlu ke mention??)
  5. mengadap kalendar sebab hitung hari untuk cuti Raya Cina.
  6. sapu bilik.
  7. baring tanpa tujuan.
  8. menung panjang.
  9. berangan sekor-sekor.
  10. download video korea sampai broadband pun dah limit.
hoho. memang penuh kemalasan dan kerajinan kan kan? perlu ke Mish bagi semua ni? perlu la sebab ni mood tengah rajin nak taip entry. tapi tak tau nak taip pasal apa. haha. bantai je la. kan kan kan?

owh..gambar ini sangat garang kan kan kan?? (masih lagi tak de kena mengena dengan entry. wuahaha)


psst~
ex boyfriend my BFF call mintak tolong. perlu tolong ke yea? adeh.

owh, lupa nak cakap. berdasarkan entry yang sebelum ni. DALAM DILEMA tu. Mish dah buat keputusan untuk balik umah. hoorey!! homescik beb. tak tahan la nak jalan-jalan tapi hati rindu rumah. aiseh!! kepada Tomatokering..nanti ada masa kita jumpa yea.

Wednesday, January 26, 2011

Balik - Tak Balik [DILEMA]

hai..Slamat Tahun Baru Cina yea semua. ahaks. padahal lambat lagi kan kan kan. tapi Mish dah rasa macam esok dah nak sambut Raya Cina ni. haha, eksaited kah itu??

bukan feel yang eksaited pun sebenarnya even kolej Mish cuti 5 hari. kalau korang mesti cakap yang..o yeah, balik kampung!! percayalah kalau boleh Mish pun nak jerit macam tu jugak sambil guling-gulinbg atas rumput indah kat Tasik Titiwangsa. wah, bajet cerita hindustan. padahal Titiwangsa pun tak pernah jejak. ceruk mana ntah. owh, saya sangat kasihan. kan kan kan?

berbalik kepada topik. sila jangan terkeluar landasan lagi ok!

meh sama hayati kesusahan Mish ok!!

1st :
sekarang ni Mish dah final sem.lepas ni posting. confirm berpisah jauh-jauh ngan member kan? nanti kalau dah jauh taj dapat jumpa selalu. so, ade la dalam 2 3 orang budak kelas Mish rancang nak pergi bercuti ke Melaka. wah, ayat bercuti macam nak gi Thailand kan? hehe. yep. diorang ajak pergi Melaka. pada tarikh 2hb dan 3 hb. mula-mula, Mish antara yang paling eksaited la kononnya. gila punye  eksaited kot bab jalan, merayap, meronggeng ni.

2nd :
7hb sampai 13hb Mish cuti midsem. agak-agak korang lama lagi tak? sampai sebulan tak lagi?? kalau lebih dari sebulan daripada tarikh hari ni mesti la lama kan kan. kitorang bajet, raya Cina ni tak nak balik, sebab tu gi jalan-jalan Melaka. balik tak balik masa cuti midsem ni je terus. tapi tiba-tiba perut Mish diserbu penyakit homesick. oeh, rindunya kat adik-adik kat umah. rindu nya nak makan makanan free kat umah. owh, i miss everything about umah. lama lagi tu nak tunggu bulan tiga. owh, saraf dah mula rasa kejang bila kira hari.

so, eotthekarago??apa perlu saya buat ni?? sob sob. lap hingus kat tuala kecil warna biru. eh, pink. bajet ade la. haha. Melaka -umah - Melaka - umah - Melaka - umah. adeh, peningnya nak pikir.

ohhoi orang Melaka. apa yang best kat Melaka yea. sila la jadi tourist guide kami!! haha. bunyi macam yakin je nak join percutian 2 hari 1 malam tu. =.=


psst~
lagu Anuar Zain menyakitkan telinga saya. tolong jangan pasang depan saya boleh? hurt my ears ok!! tengah-tengah kena virus sore seksi puls selsema ni rasa macam nak telan orang lak. boleh??

Tuesday, January 25, 2011

Oh Kolej, Bagilah Saya Cuti Yang Panjang

OWH......SILA ANGGAP ADA FORMAT SURAT RASMI DI ATAS YEA!! (nampak sangat malas nak taip..hahhahahaa)

PERMOHONAN BERCUTI DENGAN JAYANYA!!

tuan / puan,

2. sehubungan dengan tajuk di atas, saya, Mish Lollypurp a.k.a Najihah Sahami ingin sekali memohon kepada pihak tuan yang berkuasa atas muka bumi, kat akhirat belum tentu, untuk berikan saya satu kali cuti yang panjang. panjang yang saya maksudkan adalah dalam 6 bulan atau setahun. cuti yang saya maksudkan juga adalah, cuti berelaun.

3. ini adalah disebabkan otot-otot kaki saya yang dah mula mengeras dan dibimbangi cramp jika digunakan untuk memanjat bukit demi pergi ke kolej dari hostel setiap hari. sila la kalau pihak tuan kat tempat pelajar macam saya. tapi ini tak adil, sebab tuan berkereta atau kadang-kadang tuan bermotor. tuan pasti tidak merasai kepenatan yang saya rasa. mohon dipertimbangkan.

4. selain iuga, saya juga memohon diberi cuti yang panjang demi menyiapkan tugasan yang diberi oleh lecturer-lecturer sekalian. bukan satu atau dua. tapi bertimbun-timbun. selain suka bertangguh, alasan saya memohon ini juga adalah disebabkan saya disaspek mendapat penyakit 'M' iaitu malas. oleh itu, perjalanan kerja akan terhenti bila saya diserang dan untuk pulih adalah sukar.

5. saya juga berhasrat untuk mendapatkan cuti yang lama untuk memenuhi masa saya bergolek-golek di atas tilam dan bantal yang empuk di rumah sana. disamping bermanja dengan tilam dan banal, saya juga boleh meluangkan sebanyak masa yang mungkin untk blog saya yang mulai usang dan suram ini.

kerjasama dan perhatian penuh kasih sayang dan kecaknaan dari pihak tuan saya hargai dengan flying kiss. mohon agar tindakan segera dapat diambil.

CETAKAN BERKOMPUTER, TIADA TANDATANGAN DIPERLUKAN!!

psst~
f0rmat diatas tak sesuai digunakan untuk budak-budak UPSR, PMR, SPM dan STPM!!kalau rasa nak fail dengan jayanya sila la yea!! o yeah....nak bersiap p kelas lak..tata!!

Monday, January 24, 2011

Pom POm Girl Malatop!!

owh. kemana hujung minggu ni Mish pergi ha? dengan belog tak berupdate. blogwalking apetah lagi. hampagas je. ces ces cesss. haha.

olait kawan-kawan. ni pasal la Mish tulis pasal entri ni. Mish nak share sikit ketiadaan Mish pada hujung minggu ni even korang langusng tak nak amek tau. wuhaha. kejam nye korang.

yang pertama, hari Sabtu Mish ade kelas ganti untuk cuti Hari Raya Cina pada 2hb Feb. so, kelas macam biasa, 8 pagi sampai 5 petang tanpa diskaun ok!!

yang kedua. yea. Mish memang keluar. bukan seorang. tapi berdua lebih baik. haha. melepak kat Midvalley yang sangat tenang sebab orang semua dah pokai gaji tak masuk lagi kot. series happy doe. jarang surau Midvalley kosong. kan kan kan??foodcourt dan restoran lain apetah lagi. boleh kira bulu kaki semua yang ada kat dalam kedai tu. haha. dusta belaka. hiperbola sudaa.

ketiga, bermula dari hari Jumaat hari tu, ada perlawanan antara batch untuk kos Mish. so, petang-petang pukul 5.30 dah kena ada kat court. malam lak kol 8.30. adess..balik dah lewat. penatnya lagi. aduss. masa ni la teringin nak kumpul duit dalam RM 5000 nak beli kerusi urut GINTELL tu. tak pun OSIM. waa. heaven beb!

suara semua dah habis keluar dari kerongkong ni. tercabut urat leher semua duk jerit luar futsal court sebab bagi sokongan. maklum la.namanya Pom Pom Girl. Mish secara semulajadi melantik diri Mish as a cheerleader. waa. teruja tak?? pakai skirt pendek. pastu baju pink yang ada tulisan 54 (batch Mish) sambil pegang menatam yang bulu-bulu tu. pastu gedik-gedik meloncat sana. meloncat sini. tonggek sana tonggek sini. sambil jerit. "go 54 go!! 54 memang boleh. 54 memang cekap!!" wahh. hebat kan imaginasi Mish. konon macam citer omputiss la nak berskirt pendek. sekali kau terloncat. nahh..amek kau tengok. haha.

ops..no skirt allowed ok!!!haha, muka bulat dah sama macam bola laa..ades.

jadi pom pom girl pun penat hape. non stop tu jerit. yeye je kan. hehe. sampai suara dah mengalahkan Ella ni. tak caya? sila hubungi saya di talian 013-9*3*8*1. sekian terima kasih.

owh..ada lagi gambar untuk di layan yea!!meh la jemput tengok-tengok. kot-kot ada bertemu jodoh kat sini. hahaha..

KARNIVAL FUTSAL DAN NETBALL FARMASI KSKB JAN 2011
owh, ok. ni team Black ke Bane entah. tak berapa nak ingat sebab batch Mish hantar dua team. tapi nama team tak penting. yang penting orang didalamnya. ahaks!

yang kecik molek ni namanya Hani. ahli geng 5J. bertitlekan Johny ok. haha. mula-mula nak main takut la ape la.last-lat dapat sumbat gol eketul sengih sampai tak mau kuar kandang futsal ni. haha

err..tak tau nak taip ape. layan je la...!!

minah macho ni asal dari Penang. power plus ligat kot main. hehe. go Hajar go!! tapi tak de gambar aksikamen macam ni. hehe.

sambil berpom pom sambil kita beranak..haha. fine, tak lawak kan kan?? ni anak clasmate Mish. abanag Nizal. nama budak ni Nur Alisya Balqis. dah lama tak pegang baby. baby sendiri lambat lagi kot. haha.

ni gambar si pom pom girl sama itu atlit-atlit futasal terpilih. Mish tak de masa ni sebab Mish dah berMidvalley.
ok, memasing berposing ngan muka baru bangun tidur. bangun dalam paksa eyh.
biasala. namanya perempuan. dalam berpeluh basah ketiak bau bacin pun still nak manja-manja melekat sesama sendiri. haha.
menyokong sambil berposing adalah aktiviti yang sihat untuk hilangkan stress bila pasukan yang disokong tak mencapai target. haha.


tahniah pada yang juara yang sewaktu dengannya. bak kata Ketua Program, dengan adanya aktiviti macam ni la silaturrahim sesama kita dieratkan dan jurang enior junior dapat di haluskan. mandai je ayat Ketua Program kunun. haha.

pssst~
bulan 2 nanti ada Kem Motivasi. apa tak cukup termotivasi ke haku nih. aiseymen..i hate KEM!! cukup la pengalaman kat PLKN. adess.

Saturday, January 22, 2011

Teruja Tunggu Filem Haq di Pawagam 2011!! [SINOPSIS]

owh, ok. mula-mula, umi cakap bagi salam dulu. so, ok, salam sejahtera yea semua. kemudian, terus pergi point. kalau tak, mereka cepat bosan. owh, ok umi. nak buat la ni.


kamu semua pernah dengar tak tentang filem Haq yang hangat tu. tak pernah dengar? meh nak bagi kamu semua dengar. eh, jangan dengar, baca. haha. melalut. ok, first of all, sinopsis cerita ni macam ni.


Filem Haq menceritakan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

owh, teruja tak jalan cerita dia?? macam best kan. dah lama teringin nak tengok filem thriller ala-ala Haq macam ni. dengar cerita filem ni akan mula ditayangkan kat panggung pada 27hb January. owh, dah tak lama yea. hoorey..jom memasing lepak Midvalley tengok filem ni. mesti gempak. haha.
info :
  1. pembikinannya menggunakan kesan khas menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI).
  2. menggunakan khidmat pengarah terkenal Hong Kong, CL Hor yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Third Generation dan Kinta juga jadi sandaran.
  3. pelakon yang tak kurang hebat iaitu Zulhuzaimy, Nanu Baharuddin dan Adyputra.

psst~
harap-harap kali ni betul-betul ditayangkan la. no more delay-delay yea.
sekali dengar nama tajuk macam filem Hulk kan??haha

sumber : sinopsis cedok kat SINI
sumber : info tu pulak cedok kat SINI

Happy Bornday Bulan!!

 
special entry for one of my beloved blog's friend. sempena hari jadi kamu yea Bulan. Mish nak ucapkan ape lagi, HAPPY BIRTHDAY to tou la. ehee. tua sudah kamu yea. lepas ni silajadi orang tua yang matured please. bimbinglah kami 'adikmu' ini ke jalan yang benar lagi lurus ok. haha.

kenal melalui blog. tapi memang sangat-sangat tak sangka sebab boleh rapat yang amat. bila ada je masalah, kami siap main tukar-tukar rahsia hati dan perasaan lagi ok. sila la jeles semua. haha. tak de motif kan kan? ok, nothing much yang i nak cakap la Bulan sayang. kamu dah tua dah pada tarikh 22 January. hehe.

nak tau tak Bulan ni siapa dan macam mana??
  • tokey contact lense.
  • suka warna putih, tapi belog die kaler pink..pelik-pelik.
  • kalau pakai wedges, Mish lagi tinggi daripada dia. kalau tak pakai wedges..emm..tetap tinggi kot. hahaha.
  • suka pakai shawl belit-belit. pastu pakai ngan cardigan. setakat yang Mish perati gambor die dan kuar ngan die la. haha.
  • suara die pun sexy mexy u. ahaks! terbocor rahsia la pulak. haha.
  • hantu fesyen jugak kot. kui kui kui. 
  • seorang lemah lembut, lemah gemalai, tapi bukan lemah lembu ok.

sesiapa yang nak wish birthday untuk Bulan juga boleh terus ergi ke blog beliau iaitu Journey..Life..Love.

Friday, January 21, 2011

Ohhoi, Dapat BE!! Kalau Cash Out Memang Macam Ni ea?


wah..salam Jumaat yang berkat. ok fine. series tak tau nak tulis apa. tak tau nak taip apa. tak tau nak luah camane. ahaks! yang penting, Mish nak bagitau yang Mish dapat dua BE. tak tau bila BE ni dimasukkan dalam akaun Mish, tapi yang pasti baru je tadi Mish perasan Mish ada BE. nampak sangat Mish dah lama tak cek earning. haha. giler poyo statement kan kan?

 ahaks..ade la jugak yang nak menyumbang dana ke tabung kebajikan shopping kat blog pepel ni kan. well well well. dengan muka berlagak hak tuih tuih Mish nak wish the most special thanx kepada :
  • Lens-Page 
  • Jipaban CNY Promotion
  • Nuffnang
okeyh. cukupla kepada tiga pemnyumbang tu. kalau anda nak nama anda naik jugak, sila la bagi dana kat Mish ni. haha, tak sangka trafik macam siput sedut pun ade jugak dapat BE. ades. unexpected btol la.
second thing is..kamu nampak tak kat bahagian total earning tu ada berapa? ok. RM0.00

nak tau sebab?? sebab..sebab semalam saya gatal tangan p cash out. kua kua kua. ala. duit tak de la berkepuk pun. cuma tekan sebab nak tau apa akan keluar kalau tekan cash out. last-last. tett. RM0.00. k fine, saya dah muflis. aigoo. tapi Mish pelik, mana pergi semua list ME ngan Campaign Mish. Owh!! kalau cash out die memang zero semua sekali ea?? ahaks! JAKUN!! baru tau wes. haha. sila la gelak besar kat budak ni..cepat!!!

Thursday, January 20, 2011

Entry Hari Thaipusam

salam penghayatan cuti Thaipusam yea semua. ehee. hari ni Bulan ngan Erza mesti pergi panjat Batu Caves ni. ahaks! gembira la mereka-mereka ni yea. 

okeyh..jom merepek. dah lama rasanya Mish tinggalkan tittle 'blogger tegar' ni. klau dulu, UV harusla melebihi paling kurang 400. (tu pun dah kira susah nak dapat bagi Mish) wajib dan harus. tengok duit earning Nuffnang. waa. banyak peningkatan. hati berbunga-bunga. sengih sorang-sorang tengok duit. tengok jumlah follower pulak. waa. peningkatan yang agak laju. naik jap semangat nak berblog. tapi tu dulu la. 

namanya itu dulu. sekarang ape dah jadi? ahahaha. dah tak peduli semua tu. berblog untuk diri sendiri je. ada pembaca, alhamdulillah. kalau tak de sekalipun, blog still my priority. tapi sekarang keutamaan Mish makin bertambah. so, kasih sayang tak dapat sepenuhnya diberi kepada blog ni. 

sekarang nak menempek di SB pun dah tak seronok sangat. kawan-kawan dunia maya Mish masing-masing bizi. dah tak happening macam dulu. ye la, sebab dulu musim cui, masing-masing 24 jam depan lappy. kan kan. sekarang masing-masing dah bizi dengan kelas la, keje la, assignment la. ades. rindu la masa senang dulu.   hehe.

cuti-cuti macam ni seronok betul buat taik mata kan? haha. 

psst ~
makin lama malas nak pikir tajuk..hehehe

Tuesday, January 18, 2011

Giler Title ' Budak Blur'

pejam celik, pejam celik dan celik celik. dah 3 minggu sesi kuliah berjalan. waa. sekejap je. so far, kamu nak tau tak, dalam tiga minggu ni sepatah haram pun Mish tak tau paper. seriyes ok!! pergi kelas pukul 8 pagi, jalan kaki, naik bukit, turun bukit, dalam 8 minit jalan laju sampai la pintu pagar kolej. lepas tu kena panjat tangga sampai tingkat. penat seyh. 


pukul 8 tu kelas stat, kalau tak de lecturer, hoorey la kami. kalau ada, moyok je cedok ilmu. keji punye perangai kan? pastu rehat kol 10.30 pagi. lepas tu kelas lagi. 12.30 tengah hari rehat lagi. pukul 2 kelas lagi. dan akhirnya pukul 5 petang baru la aktiviti kelas habis. banyak betul lagi kan? haha.padan la muka.



nah, bagi korang rehat jap. haha. besar tak gambar ni? besar tak?? tak cukup besar?? :P

kelas padat, siriyes wess. kadang tu satu hari dapat kelas yang lecturernya yang sporting habis. maka, Mish yang duk belakang konpem la tak fokus. ngan ngantuknye lagi. pastu member pulak ajak sembang. eh, ye ke member ajak sembang? bukan Mish ajak mereka sembang ke? haha. sila pilih mana satu logik akal.


tambah pulak dengan otak yang beku seribu ketul ais ni. lagi la susah nak paham ilmu wess. setahun praktikal. langsung tak pegang buku. subjek tahun ni pulak bukan pasal ubat. lagi la susah kot. lebih-lebih lagi subjek Mikrobiologi Farmaseutik ngan Kimia Farmaseutik. sumpah satu haram tak paham nih. adehh. dah tiga minggu kuliah, apa la yang kau paham Mish oi. haha. ni mesti kes makan semut banyak sangat ni. damn la semut ni. haha.


untuk subjek Penyelidikan pulak, ades. kena buat proposal untuk satu research. ya ampun, tak tau la pulak kos Mish ni ada research, adess. baca literature review pun dah naik juling mata. belum lagi baca full version punye journal. haha. macam kau rajin je Mish oi. wuhuu. tajuk yang group Mish wat adalah, 'Kesedaran Orang Ramai Terhadap Breast Cancer' ada sensitiviti tak kat tajuk tu. open kot. paramedik harusla open kan kan? harap-harap tajuk ni tak ditolak. nak buat tajuk 'Kelebihan Perubatan Alternatif : Akupunktur' tapi dah ada yang kidnap tajuk tu. redha je la. ahaks!



psst~
mood nak study, tapi nak study apa? semua notes rasa macam tak penting je. err. boleh ke macam tu? haha. kawan-kawan, apa agaknya yang keluar untuk final exam nanti yea. nak cedok yang tu je. aci tak?? haha. i hate science very much. kesian saraf otak i!!

Monday, January 17, 2011

Athirah Sahami lagi Power dari Najihah Sahami??!!

Lee Jun Ki : Hai, awak Athirah kan??

Mish : hah?? hey..saya najihah la..ehee..athirah tu adik saya. muka kami memang ada iras-iras kot. salam kenalan. mintak nombor boley?? u tinggal kat mana? u ni yang kerja doktor tu ea? awak nak ngorat saya ea?

Lee Jun Ki : err...oh, Najihah ke? kakak ea? dah tua la yea. emm..saya nak cari Athirah sebenarnya. saya lebih berminat dengan dia. sori yea najihah. babai!!

Mish : *G&#E^R%*A~&*M!*&

ahaks! see dialog kat atas. sape tak nampak meh nak korek hidung. ops. kenapa hidung? suka hati i la blog i. nampak tak kebengangan Mish dalam sketsa dua kerat kat atas? kalau kamu kat tempat Mish..geram tak? geram tak? sila la geram sekali wahai rakan-rakan terchenta.

sila klik untuk membantu penglihatan!!
populariti Mish tercabar sebab ada adik bernama Athirah. owh..siapakah gerangan yang menggoogle nama adik haku itu. ouch. terluka ok. terkecik sudaa hati Mish. kalah di tangan adik sendiri. haha. poyo giler kau. serius terkejut bila tengok keyword untuk minggu ni. mencanak naik nama adik Mish, Athirah Sahami. owh, Trex, adakah mereka mahu mengapa-apakan kamu. haha. over nyeeee entry ni. kan kan? Sekian!!

nahh Lee Jun Ki. sila la ngorat adik saya kat sebelah tu yea. haha, itulah Athirah Sahami. entah gerangan yang Lee Jun Ki celah mana lak entry kali ni. haha. merapu je lebih. haiya..orang tak de belog lagi femes dari tuan punye belog. ape kes ni derr. tercabar wa cakap lu. haha.

Khurafat yang memang Khufarat

sekali lagi, Mish langgar janji Mish. ahaks! cakap tak nak keluar. tapi alih-alih Sabtu keluar, dan Ahad pun keluar. hambekk. poket yang asalnya kering dah mula tembus dan koyak sedikit demi sedikit.

pendekkan cerita sebab malas nak taip. semalam iaitu Ahad, Mish keluar sorang-sorang pergi Midvalley. ok. keluar sorang-sorang k. konon berani la. alhamdulillah selamat sampai u. hehehe. kenapa sorang-sorang? sebab..sebab..ketensionan! paham? no more question. hehe. 

sampai je terus naik level paling tinggi untuk beli tiket wayang. terpaksa tengok wayang sebab tak tau nak buat apa sementara tunggu malam. kenapa mesti malam? sebab dunia akan terbalik kalau Mish balik hostel pada siang hari. haha. atas nasihat Erza, Mish sepakat dengan roh dan jasad untuk menonton cerita Khurafat : Perjanjian Syaitan.



secara overall la kan, jalan cerita dia memang seram ok. giler punya seram. sampaikan Mish rasa macam nak angkut semua barang dan terus cabut dari panggung. dah la tengok sorang-sorang. memang umphh wa cakap lu. part hantu nak keluar Mish pejam mata giler punye rapat. tu pun meremang lagi. hehe. bagi Mish agak seram la. tak tau korang yang tough tu. haha.

tapi biasa la, cerita tempatan dan luar negara sekali pun, tak terlepas dari penipuan nyata dan terserlah tu. dan adegan-adegan yang tak masuk akal apa semua. alahai. contohnya, keseluruhan cerita tu dibuat dengan suasana lightening yang selow. means, memang gelap. tau la cerita hantu. tapi takkan dalam bilik MA pun nak bergelap. camane si Johan a.k.a Shamsul nak buat kerja kalau gelap. dah la berdua ngan staffnurse. waa. kontroversi kot. banyak lagi la yang tak logik. Mish malas nak taip panjang. 

untuk lebih merasai ketakutan, keseraman, ketaklogikan, sila la layan sendiri cerita tu yea. Mish bagi rating 4 star la. ahaks! banyak la pulak. haha.



psst~
lucu bila ingat balik yang si Johan tu patah balik ke van jenazah untuk usung mayat si Anna tu. alahai. sempat je. siap lari ngan mayat tu. pastu mayat tu boleh pulak terjatuh dalam gaung. haha. ketawa dalam ketakutan.

Sunday, January 16, 2011

15/01/11 - Hari Makan Separa Sedar!!

seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, konon weekend ni Mish bajet nak duk diam-diam la kat hostel. sebab? sebab poket kering beb. ahaks! keringla sangat. unfortunately, keadaan tak mengizikan Mish duk hostel lelama. takut kematu montot. euww. hehe.

niat suci murni ikhlas abadi mang la nak duk lam bilik ala-ala perempuan melayu terakhir. tapi apakan daya. Mish sebagai 'artis' telah diundang untuk pergi ke One Utama oleh member sekelas. ceritanya begini. beliau nak mintak tolong tumpangkan awek die yang dari kolej lain untuk tidur satu malam berpeluk-pelukan dengan Mish. eh, perlu ke peluk? haha. semua tu tak terjadi pun ok. so, secara rasminya Mish nak bagitau member Mish tu lelaki. so, untuk masuk harusla guna pas kad. kan kan? so, kami perlu la keluar sekali untuk seludup orang yang masuk. ahaks. paham tak? Mish sendiri pun tak paham ni. tak pe la. korang kan baik. layan je ea. hehe.

seperti yang dinyatakan di atas. poket kering. kenapa kering? sebab poket tak kena air, so, kering la. haha. dalam keadaan kekeringan tu, nafsu makan Mish memang membuak-buak. waah. geli kan ayat tu. muntahkan apa yang anda makan tadi. cepat!! 

this is my first time keluar dengan poket yang kering dan nafsu terasa ingin makan semua yang ada kat dalam OU tu. mula-mula sampai kitorang terus terjah Burger King sebab teringinnn sangat nak makan burger. so, dah terlaksana. teringin nak try SUbway. tapi macam banyak sayur. kantoi Mish tak suka sayur. haha. lepas tu..sebagai seorang blogger yang 'suka' berblogwalking, Mish selalu la terbaca entry tentang Tutti Fruiti ni. entah apa ke jenis la tutti ni. nama macam bibik Indon. kan kan?? last sekali, Mish jumpa la kedai ni kat OU yang luas gedabak ni. o yeah!! meloncat-loncat macam monyet. tipu je. 

ni frozen yogurt - Tutti Fruiti -  Mish amek yang ada strawberry flavour.

nah..RM5.30 untuk 100gm. dan banyak tu adalah 110gm bersamaan RM5.85. pandai kan Mish cedok. sipi-sipi je ngan 100gm. hey, poket kering..harusla bajet sikit. setakat nak cuba je. dan rasanya, wow! sedap ok!!

lepas tu disebabkan keboringan kami pun terjah la lagi area GSC. ingat nak tengok wayang, tapi bila pikir duit. ok, abaikan. sebab memang niat keluar hari tu just untuk makan puas-puas. then kami pun nampak la satu kedai yang memang comel giler. Shimino Harajuku Japanese Creeps. korang pernah try tak? pernah tak? oww. pernah ea? Mish je la yang jakun. haha.before ni Mish memang takut nak cuba makanan yang pelik bin ajaib ni. tapi semalam. ntah la. last-last, membazir je RM8.90. sebab Mish makan tak habis.rasa muak sebab icingnya kot.


jalan tak sampai dua langkah, jumpa lak kedai apa ntak. kan hari tu Mish cakap teringin nak makan ABC. Aku Budak Cantek. eh eh. silap. Ais Batu Campur. haha. so, singgah kat kedai just sebelah Shimino tu je pon. kawan Mish yang lagi dua dah pening tengok Mish. asyik nak berenti makan je. ish. pedulik la pren. jiwa ngah hanyut. haha. Mish order Strawberry Ice. rasa? hurm. not bad. tapi muak jugak sebab susu dan sedikit manis.  

nah..ni la Strawberry Ice yang manis tu. nyam nyam.

lepas tu ingat nak g try Gelato Fruit la. nak tapau Big Apple la. nak beli Root Beer kat A&W la. last-last hampeh sebab member Mish tu dah kol ajak balik. opss. merana sat. haha. kempunan ni. alahai.


Friday, January 14, 2011

Senyum Dalam Tangis

wah wah. macam belog jiwang lak tajuk tu kan. macam entry emo pun ada. aih..emo lagi. apa barang daaa emo-emo ni. haha. berkata-kata dengan muka kerek nak rak. 

senyum dalam tangis? waa..camane tu yea. korang senyum pastu ada air mata meleleh? macam tu ke? tak pun korang menangis, pastu korang tertawa. ish. macam orang crazy tak? tak tahu crazy tu apa? erk.. crazy tu macam..macam..sila google sendiri la. adehh.

besok cuti. tak tau nak buat apa weekend ni. secara hipotesisnya, hujung minggu ini akan menjadi sangat bosan. ouch.. ada tak sesiapa nak ajak Mish join gathering ke lepak ke. tapi sila sponsor sekali la yea. haha. sape suruh ajak. kalau tak mau sponsor, duk diam-diam. wuhuu. menangis la Mish dalam bilik sambil ketawa sorang-sorang nampaknya. roomate baru Mish akan pergi ke Melaka, konon bercuti ngan family. ahaks! jeles. tapi privacy confirm 100%!! i like. 

eh eh, korang baca entry ni sambil nangis ke sambil senyum? atau ketawa atau menjerit? apa hal la korang nak buat macam tu kan. baca la entry dengan muka serius. berkat sikit kot. haha. ok, sekian lalutan unuk versi petang. semoga hujung minggu ni Mish rajin untuk berblogwalking. dah lama tak tegur kawan-kawan. hehe. doakan kerajinan Mish yea.
psst~
hujung minggu yang sangat tenang dan damai. ahaks! hanya yang memahami tahu maksudnya. wuhuu!! eh eh, terasa nak makan nasik goreng kampung ngan ABC la.

Happy Bithday Erza!!

hari ni adalah hari tua bagi seorang kenalan blog pepel. beliau adalah Erza Fareeha. best kan nama dia. hehe. so, Mish nak wish kat Erza...Happy birthday friends. semoga persahabatan kita berkekalan yea. ahaks! terharu tak korang-korang??
ehee..tumpang glemer jap yea Erza sayam!! so guys, dah kenal Erza lom? yang pakai tudung merah tu adalah Erza ok. eh eh. sape tak kenal budak sebelah Erza tu siapla..Mish sunatkan korang. padan muka. haha. meh nak share info tentang Erza ni. wahh!! speselnya Erza. siap ada info pasal u lagi nih. senang sikit kalo ada seiapa yang nak usha u, boleyla google blog i yea. haha.

  • Erza adalah hantu Merah!! means, penggemar red the sexy colour. hehe.
  • seorang yang pendiam.
  • mempunyai suara yang manja habiss. 
  • lemah lembut.
  • pemilik pada belog merahnya iaitu http://zaerrzone.blogspot.com/ 
ni adalah sedikit warm wishes yang Mish curi secara halal dari internet dan Mish just edit je. kira ikhlas ni tau. to birthday girl, sila baca sambil menangis ok!! hehe.

Thursday, January 13, 2011

Sebab Selalu Emo!!

Perhatian!! hehe. jangan la serius sangat muka tu kawan-kawan uit. semalam seorang kawan Mish iaitu Suzilawati yang gemoks telah membongkar satu misteri tentang diri Mish. Mish selalu ngadu kat dia bahawa abang Botak a.k.a Padin, selalu je cakap entry baru-baru ni banyak yang emo. haha. sampai Mish nak wat entry pun serba salah. jahat kan Padin? yea. Padin memang kejam. hak hak. semua cepat-cepat pergi umah kuning Padin dan ketuk kepala die guna hammer.

lepas tu masa kelas kan, masa tu lecturer tak de. so, kebosanan melanda. lepas tu si Suzie ni mintak la handphone Mish nak dengar lagu katanya. lepas tu mish cakap, ambillah. Mish kan baik hati. haha. sempat mencelah. lepas tu dia nak dengar lagu lain. tapi Mish asyik ulang lagu sama je. nak tau lagu ape? ehem ehem.. Bintang 14 Hari -Kangen Band. memang suka sangat lagu ni dan amat suka lagu ni. eh. sama je maksud kan? nak tau macam mana emonya dengar lagu ni? download la sendiri. haha.

pastu Suzie pun mengeluarkan ayat keramatnya...

Jihah, aku dah tau nape orang cakap ko emo. tengok la lagu-lagu lam henset ko. banyak yang slow metal..

ahaks! terkena beb. memang pun. nak tau Mish suka layan lagu apa lagi??meh nak bagitau. lepas ni try la download kalau korang rasa nak dengar yea. hehe.

1) Cinta Terlarang - Mahkota Band

2) Love Letter - FT Island

3) Take Care of My Girlfriend - BEAST

4) Warkah - Bau

5) Berakhir Dengan Pasti - Matta Band

6) Tak Selamanya Selingkuh Itu Indah - Merpati Band

7) Tolong Aku - Hujan

8) Perfect Nightmare -Shontelle

9) One last Cry - Brian McKnight

10) Find - SS501

enough!! cukup la sepuluh lagu ni Mish share buat korang yang suka emo macam Mish. kebanyakan lagu tu ada yang sedih ada yang biasa-biasa je. tapi seriesli, maksud lagu-lagu tu semua memang tak de kena mengena ngan Mish buat masa sekarang. ehee. malu sendiri jap. *perasan muka hitam legam sedang berblushing sekarang. hehe *


Buffered Earning ke XX !!!

hati berbunga riang. kumbang berterbang-terbangan dalam taman hati ni. cewwah!!hehe. alah, korang baca tajuk pun dah tau kan kan. seriusli, dah lama tak mengharapkan kehadiran cahaya mata BE yang baru sebab tau belog ni punye trafik macam kura-kura tercabut cengkerang je. eh..kura-kura tercabut cengkerang jalan selowww kan?? sebab kura-kura tu jalan sambil nangis. ok tak imaginasi Mish???haha. melalut je lebih kalau Mish ni.

dah dekat sebulan kot belog ni kosong. iaitu zero tanpa BE. sedih?? tak kot. sebab mood berbelog tu dah makin jujur dan ikhlas. bukan lagi mengharap BE atau trafik. sebaliknya mengharapkan kepuasan hati dan nurani yang penuh dengan cerita duka suka. wuhaha. hambek..ayat skema tahap superb beb. hehe. betul. tengok kawan-kawan dapat BE. alhamdulillah, rezeki mereka. tu je. jeles? ish..dosa doe jeles-jeles ni. dan sangat lama dan sangat lama dan lama sangat dan amat lama Mish tak open Nuffnang bahagian earning. sebab tak naik-naik hasilnya. 

tadi entah macam mana boleh teropen lak kat link tu. ish. tipu je. sebenarnya baca kat blog AfiqBukhari pasal entri beliau yang beliau baru je dapat BE pertama untuk tahun 2011. alhamdulillah Fiq. rezeki kita sama. hehe. asyik-asyik backlink Afiq. macam dah tak de blogger laki lain ke Mish oi?? haha. lantak la. sape suh blogger lain tak wat entry yang pasal BE ni. haha. *actually, nak tumpang popularity Encik AfiqBukhari sebenarnya. haha. keji punye niat derr...* sesiapa yang jeles. sila suarakan kejelesan anda di ruangan komen yea. ahaks! gedik kan?

Buffered Earning ke 14 Mish ni ditaja oleh Maxis. fuhh. first time Maxis berminat ngan belog pepel ni. hehe. thanx yea Maxis!!


nampak tak??iklan BE baru tu seketul je yang ada untuk tahun ni. BE lain semua curang pergi ke ME sudaa.. hak hak.

mekasih bebanyak kepada Mr. Nuffnang dan Maxis Om Nom Nom Race.

Wednesday, January 12, 2011

Warna Perangsang Semangat

warna saya suka adalah purple. yess! PURPLE!! warna yang buat saya semangat adalah purple!! yea. juga purple. hehe. go purple go!! apa warna anda? hehe. 

warna bilik : Purple, Kuning cair, Krim
warna tudung kegemaran : Hitam, Putih
warna barang kegemaran : Purple
warna baju paling banyak : Hitam, Purple
warna paling ceria : Light Orange
warna paling cute : Kelabu
warna paling tak berapa nak minat : Gold
 warna ni memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat kita. secara personalnya, mish memang cerewet bila bercakap soal warna ni. terutamanya kalau nak beli baju atau barang keperluan. kalau tak de warna yang tak berkenan even baju tu cantik, lawa, anggun, dan comel camane sekalipun, selagi tak de warna yang menarik. babai la kau. haha. cerewet tu tak de la tahap kritikal lagi. kan kan?

kalau dah ada satu barang tu yang tak berapa nak menarik pun, tapi kalau warnanya menarik, ehem..memang Mish sapu. contohnya pencil case Mish untuk sem ni. ada tiga. tiga warna dan tiga saiz. hehe. satu warna purple, satu warna pink, satu lagi warna putih pink. hak hak. tak guna semua pun. suka kumpul je. hehe. sengal je kan.

paper pun, tanpa warna hidup kita takkan indah. kan kan? suram je. tak best la suram nyuram ni. tak cool. haha. nanti kawen nak pelamin kaler pepel putih. tak pun dark pepel ngan silver. uwahh!!


psst~
semangat yang hilang. haha. kepala penuh ngan masalah. ishh. bagi idea camane nak chill kan myself ni balik please!! haha. tak habes-habes nak emo. aihh. sila ketuk kepala mish ngan manja-manja je yea. hehe

Tuesday, January 11, 2011

Rasa Nak Berhoneymoon Laaa..

Semalam ada perhimpunan pagi untuk kos Diploma Penolong Pegawai Farmasi. ok. tu nama kos Mish. lepas ni jangan tanya lagi Mish amek kos apa k. ketuk kepala seketul kalau ada yang tanya. haha. cam poyo je statement tu. ahh. abaikan. 

bukan nak bercerita soal kos ke apa. just nak bagitau semalam Ketua Program dah siap bentang takwim untuk sem ni. dengan bangganya diumumkan dan dihebahkan bahawa... 7 Mac 2010 adalah cuti sem. ehee. tapi sedikit ketidakpuashatian sebab seminggu je. sebelum ni biasanya 2 minggu. ahh. jangan peduli sangat. orang bagi cuti terima je la. kan kan?

tak lama dah kan? ala..dua bulan lebih je lagi tu. haha. dua bulan? ala..pejam celik, pejam celik. sat je tu. pastu cuti untuk Chinese New Year lak kami start 3hb Februari. o yeah...i loikee!!yang ni kami dapat 6 hari. ok. terus bab honeymoon. kamu suka kan honeymoon ni. ahaks! rasa macam dah kawen lak wat tajuk honeymoon ni. ok. tak de kena mengena ngan kawen atau pakwe atau paper je. just berkenaan ngan diri sendiri. personal beb. 
rasa macam sangat lama tak join a vacation. cewwah. omputiss u. haha. lama tak bercuti. teringin sangat. perhatian!! teringin sangat ok.. teringin nak pergi ke pulau. contoh cam Pulau Redang, tak pun Pulau Perhentian. Mish suka laut. suka air. suka pantai. suka kerang. suka semua la kalau dah duk kat pulau tu. ehee. 



teringin jugak nak bercuti kat bukit peranginan macam Fraser Hill, Bukit Bendera, Cameron Highlands. uwahh...semua tu memang dah lama sangat Mish tak pergi. rinduu. ada sesiapa nak teman Mish pergi sana tak? haha. 

teringin sangat nak pergi ngan member, mesti best kan? hehe. suka suasana happening. alahai. kawan-kawan. jom la pi sana. hehe. entah bila dapat pergi. konon rancang nak pergi masa cuti Chinese New Year. tapi kan....tapi kan...Mish ingat nak balik la..rindu rumah. rindu Umi. rindu Abah. rindu Iman dan adik-adik yang lain. huwaa. anak manja dah stat manja gedek-gedek dah. haha.

ehemm..sem baru je mula dah pikir nak berhoneymoon ceh. wess Najihah!! final sem ni mimpi la kau nak berhoneymoon. honeymoon depan buku boley la. haha.

Monday, January 10, 2011

Mish Blogger Lupa Diri?

salam semua. ramai orang cakap, bila orang tu dah mula naik, pakat nak lupa diri. lupa semua kenalan dan orang yang dulunya rapat masa kita kat bawah. err..betul ke??

Mish mintak maaf k pada sesiapa yang ada terasa ngan Mish. memang sekarang Mish jarang blogwalking. jarang sangat-sangat online. kalau dulu, Mish boleh update 2 3 entry sehari. tapi sekarang kekangan masa menyebabkan Mish terpaksa buat apa terdaya je. 

dulu Mish boleh blogwalking dari pagi sampai subuh esoknya. tapi skang, Mish agak sibuk ngan belajar. kolej Mish tak macam kolej lain. satu hari ada dua tiga kelas je. kolej Mish walaupun ada 2 subjek je hari tu, tapi tetap kena stay kat kolej dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. kalau balik pun just tengah hari je. pukul 12.30 samapi pukul 2 petang. kitorang punye kelas macam office hour tau.

so, bayangkan kalau Mish dah balik kelas pukul 5. memang la online jap. pastu nak mandi, sembahyang Asar lagi apa semua. mana nak iron uniform. pastu nak kena prepare bahan untuk belajar esok. mana nak sembang ngan member. aihh. memang tak sempat sangat-sangat nak blogwalking. bukan la Mish lupa diri. lupa daratan. Mish pun tak de la hebat sangat. tapi Mish akui la kalau Mish jadi korang pun, mesti akan terfikir yang Mish sombong. 

maaf yea. mish memang rindu nak blogwalking lama-lama. tapi tu la. keadaan dah berubah. huhu. kelas sangat penat. bayangkan 8 jam sehari kelas. malam ofkos la tidur awal. sebab ni final sem. nak score. tak nak habis sekerat jalan. huhu. 

kalau ada masa Mish terjah kamu yea.

psst~
masa terasa makin singkat..

Besties Blog Meet Up @ Times Square!

ahaks! salam ceria semua. awal-awal lagi dah gedik kan? hehe. hati ngah berbunga riang plus gumbira ni. semalam bersamaan 9hb Januari 2011 adalah malam Anugerah Juara Lagu. opss. tu bukan point utama ok. semalam Mish mengahadiri 'meet up' antara kawan-kawan rapat di dunia blog kat Times Square. memang kecil-kecilan punya perjumpaan. sebab tu bagi nama meet up. bukan gathering. sebab kalau gathering ni rasanya, ramai sikit kot. hehe.

antara blogger yang hadir semalam adalah..ehem ehem..pejam mata sat. nak kasi suprise ni. erk..kalau pejam mata tak dapat tengok kan? ok, bukak je la mata tu.

 
ehemmm..buat yang terconfuse. memang kami jumpa berlima je semalam. syok ok. rasa macam hang out ngan member sendiri lak.means. macam dah kenal lama. semua sporting. lebih-lebih lagi tang bergambar. ahaks. pantang ada yang on camera. semua dah ready posing. alahai. u oll memang best la..thanx yea.

jom layan macam mana meet up kami berlangsung. 


pukul 10 lebih Mish gerak dari asrama. bukan seorang, tapi berdua. sape lagi sorang?? sat g mish tunjuk ea. hehe. pakat ngan Erza dan Anis nak jumpa kat KL Sentral, sementara Iefa ngan Ieyla terus gerak ke TS. sementara tunggu Erza ngan Anis, Mish ngan seseorang tu lepak-lepak kat KL Sentral dulu. sape seseorang??hehe..

sambil duk tunggu Erza ngan Anis, sempat lagi posing sedas dua. haha. hehe.

lepas tu dalam pukul 11.30 tengah hari baru la si Erza ngan Anis sampai. first time nak jumpa.aih..mau nye tak cuak. haha. cam blind date lak rasa. hehe. pas jumpa je, err..lupa la, Erza!! Aniss!! kita salam tak ea masa mula-mula jumpa? salam kot. hehe. lepas duk kenal-kenal sat terus je gerak tang KL Monorail untuk ke TS. sian Iefa ngan Ieyla tunggu. hehe.

sampai TS, masing-masing perut dah berkeroncong lagu untuk Ana. ehh..Ana Raffali ke? haha. ok, tak lawak pun. hurm..tapi kami tak terus makan. saja nak kasi dera perut tu. bising sangat. haha. pi layan bowling dulu. kata Iefa, Erza yang semangat nak main bowling. sebab dia sorang je yang bawak stokin siap-siap. haha. memang semangat la kot. 

 okeyh..ni la pasangan duet dari UPM. Anis dan Erza. muka pun dah nak serupa. fotostat ke muka ampa ni??haha. muka eksaited nak terjang pin bowling tu. jangan memain. haha.

 kasut pun mau posing la. haha. cuba la teka mana kasut Mish. haha. rasa nak wat kontes lak. kontes teka kasut Mish. hadiah?? lempang seketul. okey tak? haha.

hehe..sempat je posing sambil tunggu turn. selagi bateri kamera masih ada. selagi itu la muka kami sedia berkhidmat untuk bergambar. haha.

eheee..tadi ieyla tukang snap.skang yang patah tumbuh yang hilang berganti. anis dah patah, yang tumbuhnya ieyla. hehe. senyum sampai peluh ketiak. adehh. punye semangat muka memasing.

waa..gambar penuh ahli-ahli meet up besties blog yang pertama kali. ehee. rasa cam happy sangat dapat jumpa ni. Anis, Iefa, Erza, Ieyla dan Mish. sila la jeles yea blogger lain. wahaha. sangat kejam!!

 
ehemm..thanx to our photographer semalam yea. jasa anda amat dihargai. haha. sian die. nasib baik gak die ni ada. kalau tak. tak merasa nak gambar berlima. hehe. die ni jugak juara bowling la untuk semalam. haha. tak aci. sebab kami semua baru nak test-test market lam dunia bowling ni. hehe.

 memasing duk tengok score. haha. semangat..aihh.
opss. lupa nak habaq mai. masa duk main bowling, kami didatangi jejaka misteri iaitu Biskut!! hehe. aah. thanx to Biskut sebab sudi gak singgah jenguk kami walaupun sekejap. at least dapat gak kenal nengok rupa budak kabin tu. hehe. tak sempat nak beramah mesra lebih-lebih sebab Biskut ada keje lain lak. lain kali jumpa lagi yea.

lepas je main bowling. konon penat la. berpeluh-peluh. haha. konon je k. kami pun pakat cari tempat nak makan. kalau hari minggu, biasala. semua tempat penuh. mula-mula nak gi McD. tapi tak jadi. penuh ngan manusia. crowded. then, pi terjah KFC, penuh jugak. tapi tu la, dah tak de pilihan.jenuh gak nunggu tempat kosong.

siap makan terus pi surau untuk sembahyang. sempat lagi layan gambar wess. haha.

 terasa diri tinggi giler sebab pakai wedges tinggi giler kan. haha. bangga jap ngan ketinggian yang tidak kekal tu.

lepas tu, layan window shopping sat. then memasing yang gatal pakai selipar tinggi pakat lenguh kaki. kena la cari tempat lepak. haha. melepak la kami di tepi tangga. camera ON!!





lepas salam-salam cium pipi kanan, pipi kiri dan mulu. opss!!mulut..tak main mulut ni k. haha. pipi je. hehe. then, Erza ngan Anis berangkat pulang dulu. selang dalam5 minit, Iefa ngan Ieyla lak pulang.



panjang lak cerita Mish kan??haha. sengal je. paper pun, meet up semalam memang best. walaupun tak dirancang, tapi alhamdulillah. tak huru hara. tetap berjalan dengan lancar dan jayanya. hehe. thanx yea pada yang datang. 

pertemuan ni memang tak dirancang dengan serius. just main-main dan ianya jadi realiti. masih dalam mood mimpi-mimpi. hehe. untuk meet up yang seterusnya, mungkin boleh jumpa kamu, kamu dan kamu. hehe.