Wednesday, January 5, 2011

Macam Mana Nak Jadi Seorang Blogger??


Anda seorang blogger? ehem..best tak jadi blogger ni ea? best, tak best, best, tak best. ok. apa-apa je la yang korang rasa. bagi Mish, mesti la best. kalau tak dah lama Mish tutup blog Mish Lollypurp ni. buat apa ada blog kalau tak best. tapi Mish belum tutup akaun FB even FB dah rasa tak best. sebab Mish nanti senang nak jadi stalker dalam FB tu nanti. hahaha.

tak tau nak cerita pasal apa. so hari ni Mish nak membebel pasal perkara yang korang dah sedia tahu. kalau korang tak tau takkan korang boleh jadik blogger kan kan kan? apa yang korang semua perlu ada kalau nak jadi seorang blogger?pernah tak terfikir? ehee.

1 ) first sekali, korang wajib, mesti, harus dan perlu ada blog. daftar blog kamu dengan blogspot ke, wordpress ke. apa-apa je la. yang penting, ianya akan membentuk satu blog. sebab tu tajuknya blogger. wuhaha. macam berbelit je ayat. ahh. lantak la. tak penting pun untuk korang paham. 

2 ) kemudian, benda wajib yang korang perlu miliki adalah otak. otak diperlukan untuk mengerah idea. yeehaa. tanpa otak tiada idea. tanpa idea tiada entry. entry penting untuk membentuk sebuah blog. sekeping gambar pun dikira satu entry. dan satu entry dikira satu idea. ada paham? ok, semua dah angguk tu. haha.

3 ) lepas korang dah ada sebuah blog, dah ada entry. korang perlu la promote blog korang. in case korang nak war-warkan blog korang la kan. terpulang pada kekreatifan korang. nak ping blog kat FB ke, GB ke, bagitau kawan-kawan ke. up to you la guys. kalau rasa tak nak orang tau. privatekan aje blog tu. hehe. blogwalking jugak salah satu cara untuk kita promote blog tu. kita pun dapat ramai kawan. kan kan?

4 ) lepas tu korang perlu satu supplemen. iaitu, kerajinan. yess. korang perlu kerajinan kalau nak jadi blogger ni. kena rajin update even sekali sebulan. jangan la biar blog tu bersawang habuk semua. sian kat blog tu. blog pun ada perasaan. kan kan? ye ye je. haha. kalau korang dah tak nak jadi blogger tak pe la tak update pun. korang bukan Zack Zukhairi yang berbulan-bulan tak update pun trafik berpusu-pusu. pastu kena rajin hias-hias blog sikit. tacap-tacap. tak cantik pada orang lain tak pe. asal cantik dan kemas pada mata kita. baru semangat nak berblogging. kan kan??

 ehem..stok gambar lebey. hahaha. bak kata kak Ida. kalau dah namanya Mish. tak tertinggal gambar sendiri bawah entry ni. hehe. dah lama tak wat macam ni kan. actually, gambar-gambar macam ni tak penting pun kalau nak jadi blogger. cukupla sekadar jadi siri sendiri. blog kamu, kamu yang tentukan apa yang terbaiknya tu. k. 

so, berkenaan entri. apa lagi yang kamu rasa perlu ada untuk jadi seorang blogger ni? erkk..nak tambah sikit. kecekalan jugak perlu kalau kamu nak jadi seorang blogger sebab nanti, akan ada macam-macam dugaan. sama ada di banned, dikacau oleh Cik Anon, dikritik, atau apa-apa je la. alhamdulillah setakat ni Mish tak de lagi pengalaman kena perkara-perkara ni dan harapnya begitu sehingga akhir usia blog ni. hehe.

22 comments:

iwan_dextrous said... [Reply to comment]

percaya n yakin dgn diri sendiri.ahakz


Dextrous cyber life

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

rugila kalau blog tapi update hehe nice entry mish :D

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

eheee.
satu lg.harus lah beramas mesra.
tak boley sumbonk!

Lydia Miza said... [Reply to comment]

sangat setuju..tp sis dah mls nak upload gmbr la..huhu.tenet cam siput

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> iwan_dextrous :
haha..btolla tu...
:)

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> Afiq Bukhari :
ahha..jangan termakan dengan kata2 sendiri. mish parang kalau afiq lama tak update. hehehe

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> Bulan :
ahaks!!btol la tu. kalau sombong tak de sape nak jenguk. lain la kalau dah ada nama. hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply to comment]

banyak kelebihan sebenarnya..

dan yang paling penting kena ada minta menulis

najihah sahami said... [Reply to comment]

>> Lydia Miza(Aidyl Azim) :
owh..kalau tenet menyiput Mish pun malas kak..hehehe

dak eina said... [Reply to comment]

eina skang dh jd blogger tegar dh mish.. muahahaha.. nice entry! :))

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

perli zai ka? :D

eRza farEeha said... [Reply to comment]

u blogger ke yunk?haha..xdela..btol2.n\..kne byk idea cm u...hehe

Padin said... [Reply to comment]

setuju dengan semua yang mish senaraikan tuh,

Aretikz said... [Reply to comment]

Piwit.. betul3x~ hehe..

Gayahspears said... [Reply to comment]

yup.. jadi diri sendiri utk menulis n3... rase rindu kat blog sampah gayah... nk balik cam dulu..huhu

me suya said... [Reply to comment]

i love blogging..
hehehe love jugak menempek kat sini mish tayam~

Suara Kalbu said... [Reply to comment]

Uiksssssssssssssssss... Mish sudah kembali menepek gamba dio dale nih. Hahahahahahaha.

Akak tak cukup supplement la Mish. Leh kasi sikit tak ?

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

gile la mish, da jadi motivator skang.hehe

farhah adeli @ far said... [Reply to comment]

salam... singgah dari blog cik tom. =)

suka header blog ni. vogue gitu. hehe.

Miss Yaty said... [Reply to comment]

yeah! sume tu mish dah de..mish ni blogger tegar;p

cik tom said... [Reply to comment]

betul mish...kena rajin update n3 n promote blog..tue yg terbaik!

WATER PURIFIER AND AIR PURIFIER (COWAY) said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,

Adik nak tumpang share bloq skit..

kalau kak berminat dgn bloq saya .. add laaa.

http://wangpos-jutawan.blogspot.com