Wednesday, May 18, 2011

Nasib Baik CINTA Itu BUTA.

kadang-kadang Mish terfikir, kenapa orang suka cakap cinta tu buta eh? erk. ni bukan mood jiwang ok. ni memang sungguh-sungguh bertanya. 

pak cik GOOGLE sponsor!

oh, mungkin orang cakap cinta tu buta, sebab tu orang korbankan semua untuk cinta. perempuan sanggup lari dari rumah untuk bersama cinta sang lelaki. lelaki sanggup buang keluarga untuk bersatu cinta dengan sang gadis.  atau mungkin jugak cinta itu buta sebab tu yang pelik nampak biasa yang busuk bau wangi. 

camane pun definisi cinta yang buta tu, bagi Mish, rasa bersyukur sangat, sebab CINTA yang BUTA tu la Mish rasa bahagia. ok, feeling jiwang leleh separuh jalan jap.

sebab cinta tu buta la, Mish yang pendek nampak tinggi dan segak dimatanya. Mish yang hodoh nampak cantik dimatanya. Mish yang kasar nampak sweet dimatanya. Mish yang comot nampak stylo dimatanya. Mish yang kuat bebel dikatanya caring. Mish bila berisi dikatanya chubby je. Mish yang selekeh nampak kemas dimatanya.

walaubagaimana cinta itu buta. jangan butakan 100% pancaindera kita kerana cinta yang tak kekal tu. jangan butakan hati kita untuk menilai harga sebuah cinta. jangan sampai kita terlalu buta untuk nilai mana kaca dan permata. jangan sampai kita memilih mawar kerana luarannya cantik hingga kita membuang bunga tahi ayam yang busuk dan hodoh. nilai sedalam-dalamnya. 

bak kata Malique : 

Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
-Dua Dunia. Too Phat ft Siti Nurhaliza-

last but not least. jangan la baca entry ni seriyes sangat ok! PEACE!! :)

21 comments:

Aqilah Azmi said... [Reply to comment]

Huuuuu , buta buta XD

Jay said... [Reply to comment]

takkesah nak filling juga baca entry mish ni..hehehe..betul tu mish..cantil di mata tal semestinya cantik di hati,cantik budi itu yg dicari..betul tak??hahaha

Lydia Miza said... [Reply to comment]

owh..mish comot ei...br akak tau.ingat akak sorang jek comot,hak3

Alif Haris said... [Reply to comment]

perghh ~ jiwang abes !! =D

Unknown said... [Reply to comment]

feeling-feeling jiwang malam-malam nih..huhu

laskar pelangi said... [Reply to comment]

wah! doktor cintaaaa
=D

Mish, pelangi sakit hati. sila check .. kot2 hati dah jadi buta
=D

Shila said... [Reply to comment]

ape ni??

ape ni??


hahahaha...

tengah bahgia?? bagus laa... hehe..moga kekal oke..

aimanayie said... [Reply to comment]

cik mish dan jiwangnya~ hee XD

btw,, a'ah.. betul apa kak cik ckp tuh..

myzziema said... [Reply to comment]

wah terbaik. kadang2 org cakap cinta itu buta sebab tu boleh meraba2. haha :P

emieysandra said... [Reply to comment]

siyes nyer entri, tgh bercinta kah?huhu~

Halimatun Sa'adiah said... [Reply to comment]

sy pon comot jgak..
jgn buta hati suda laa....

AiDaRazali said... [Reply to comment]

salam cik mish...
klau cinta rabun?? ekekek..
nak g tau cik mish tomei telah di tag..jom tengok sini...

http://hidayahaida.blogspot.com/2011/05/ma-belle-shoppe-giveaway.html

CHILL DEAR...:)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said... [Reply to comment]

tp org cakap cinta tu dari mata turun ke hati.. =P

Anonymous said... [Reply to comment]

aku stuju ngn iqbal. klu buta, cmne nk turun ke hati kn? hehe. tp cinta org buta lbh bermakna dr org celik yg berpura2 nk buta kerana cinta :)

Anonymous said... [Reply to comment]

tak tak..
chemay tak buta pon time bercinta..
tak nampak pon si dia hensem..
*smbil nyanyi2*
ekekeke
:P

HANI HUNNY said... [Reply to comment]

aku pun da terkena ngn cinta skrg nih.. huhuk.. tp hari ni ok sket coz ak byk aktiviti len kn..smua smata2 nk try elak ingt dia..

DREM said... [Reply to comment]

Soley..soley~~

Unknown said... [Reply to comment]

uikk..tengah serius duk baca nih..dah berkerut muka

Siti Aziz said... [Reply to comment]

indah bila bahagia.. akan jadi sangat menyakitkan bila kita kecewa... ^_^V

Encik MamaT said... [Reply to comment]

cinta tk buta kot.. orang yang bercinta kot kadang2 buta.. hehehe...

YouSOF said... [Reply to comment]

Nyaris² nak serius sambil bagi komen tadi....





Cinta itu buta bila manusia yang celik berperangai buta, buta mana satu yang lebih penting samaada kasih sayang sesama family atau kasih cinta sesama kekasih..



macam agak serius pulak komen ni ;D