Friday, December 31, 2010

Berdirinya Mish Lollypurp Sepanjang 2010 !!



ehemm..salam semua. memandangkan tahun 2010 bakal menamatkan usia, dan 2011 mula menjengah keluar, Mish nak melakar sedikit coretan tentang blog pepel picisan Mish Lollypurp.

blog ni mula dihadirkan di kamar maya ni pada 10 Jun. kiranya sudah 6 bulan blog ni bertapak. dengan entry Finally, merupakan entry pertama yang Mish tulis. series terketar-ketar tangan masa nak tulis tu. ok, pembohongan berlaku. hehe. masa tu memang tengah blur lagi. masih mencari identiti sendiri dalam penulisan blog. mahu jadi blog informasi ke, hiburan ke, gosip ke, atau personal.

masuk bulan Julai, Mish banyak bercerita tentang luahan-luahan abnormal Mish terutamanya terhadap tikus dalam entry MATI la Kau...!! TIKUS... hehe. bila baca balik, rasa sangat lucu. aiyoo.macam-macam yang jadi masa duk umah sewa dulu. 

okeyh, bercerita tentang bulan Ogos, berjaya update 26 entry. agak membanggakan la kot. pasal mase tu tak de broadband ke line tenet ke kat umah sewa. nak update mesti kena balik umah sendiri dulu. tu pun balik 2 minggu sekali. hehe. entry Thanx To Blogger Zaer~ khas Mish buat untuk memperingati jasa sifu Nuffnang Mish. hehe. Bulan Ogos ni jugak banyak entry yang sedih-sedih ala puitis contohnya Wajah.. .

Gempak La Pulak Raya NI..! antara entry sempena raya dalam bulan September. banyak bercerita pasal raya. menganjak ke September juga banyak duk sibuk hapdet pasal praktikal kat klinik. mula-mula post Kebimbangan Hari Esok, kemudian lepas dah balik kerja untuk 1st day tu terus je hapdet entry lagi..Camane Tempat Baru? ok??...haha.nampak sangat muka cuak-cuak kambeing nak berpraktikal di tempat baru kan?bulan September ni jugak Mish saja buat entry gempak, ala drama bersiri yang jeng jeng jeng..iaitu Countdown to 4hb Nov-part 1. best kot baca komen-komen orang dalam entry ni. lucu je baca andaian kamu-kamu. hehe.

Countdown to 4hb Nov-Part 2 iaitu penjelasan atau ala-ala sambungan kepada Part 1 di bulan September la kononya. ahaks! bulan keempat Mish bergelar blogger, not bad. bulan Oktober ni, banyak bercerita tentang perangai patient sepanjang Mish prakikal kat klinik, contoh dalam entry Sedap Sangat ke Makan Ubat?? sebab terlalu pelik dengan perangai segelintir manusia. hak hak. lepas tu Mish buat kecoh lak sebab mengumpat sorang patient ni, Dia Memang Cun, Cantik, Menawan, tapi...  ehee...tapi kan, kesian lak ngan si Lisa Surihani sebab ramai orang yang tak baca entry tu betul-betul datang drop komen. aigoo...!! bulan oktober jugak bulan yang Mish banyak join award dan Giveaway. sebab tu entry banyak semacam je. hehe

Sayang Aku Buat Kamu!! adalah entry pembuka untuk tirai November.selebihnya masih lagi entry merapu seperti biasa yang Mish anggap sebagai catatan kekal hidup Mish. Tak Pernah Sudah Mish puitiskan tentang ragam manusia. tidak tertanggung dengan penglihatan hanya mampu menzahirkan melalui penulisan.

Bulan December, penghujung tahun 2010. banyak entry yang agak emosional sikit. bulan ni Mish dah khaskan untuk hanya join satu kontes atau giveaway. jadi entry memang banyak hasil dari kemerapuan Mish. Nasib Ibu Tiada Suami antara lakaran diari pengalaman pertama Mish hidup tanpa umi dengan adik Iman yang kecil tu. lepas tu entry paling emosi yang pernah Mish postkan dalam blog pepel ni adalah Ini Realiti Duniawi. ahaks! tetiba rasa emo malam tu. ishh. sempena hujung tahun jugak Mish ubah selera terhadap template blog Mish ni seperti yang dinyatakan di entry Selesai Jalani Pembedahan Plastik~

sehingga entry ni ditulis, blog Mish Lollypurp ni mempunyai 905 followers. alhamdulillah, semoga mereka yang follow itu bukan lah follower tidor. hehe. walaubagaimanapun, tiada paksaan untuk memfollow blog ini dan tiada jaminan kepuasan terhadap entry yang kurang berkualiti dari blog ini. Mish menulis untuk suka-suka dan bukan mencari nama. 

dan alhamdulillah, hari ini juga, genaplah penulisan entry ke 246 dari Mish kepada blog pepel ni. agak mengujakan bagi Mish mungkin dan tidak sukar kerana ini bukan blog yang berinformasi. jadi tiada masalah dalam mengupdate entry.

sekian, terima kasih!!peace!






Tips Elak Barang Tertinggal

salam semua! o yeahh..mood mengemas barang bermula sudaaa..semangat nak balik kolej sedang berkobar-kobar. haha. ceit je kan. so, kamu kamu dan kamu yang akan bukak sem baru macam Mish ni amacam? dah siap packing barang ke dearies semua? uhuu. kalau belum silalah packing sekarang. kalau tak. hurmm. ada je yang tertinggal nanti. hehe. 

kalau umah ngan tempat belajar tu just sekangkang kera sampai tahap korang kentut kat dalam kelas pun, mak korang boleh bau kentut korang tu, hurmm, xpe la kalau korang tak beria pun bab packing barang ni. haha. kalau dah belajar tempat orang dan jauh pulak tu, haruslah lebih teliti masa nak packing barang. yeehuu!!

1 ) yang penting sekali korang kena amalkan sikap membuat satu list sebelum korang stat packing tu. baru la korang tau apa yang dah ada, apa yang belum. apa yang dah masuk dan yang belum masuk beg. tak de la tertinggal kot barang. kalau barang tu dah siap masuk beg, pastikan korang dah siap-siap tick kat list barang tu. kan sistematik tu. ehee. Mish buat ni selalu sebab Mish ni seorang yang pelupa. ahaks!

2 ) kalau ada barang yang nak kena beli make sure korang bawak list barang yang nak dibeli tu. kang dah sampai kedai blur pulak. adeii. naya u! tak pun, korang semua kan ada henset canggih manggih, apa kata korang buat je stand by note kat skrin henset korang tu. so, sambil-sambil tangan taip mesej, ley la nampak note tu. tak de la korang lupa atau terlepas pandang kot. nak bawak list lam kertas tu macam malu je kan. ehee..

3 ) sebelum berangkat, pastikan korang semak beg yang korang nak bawak telah dibawa bersama. jangan nanti korang dah sampai kolej, beg ada kat umah. fuhh..sia-sia kot. so, persiapan dan penilitian rapi perlu ada ok!

4 ) korang ada adik? berapa orang? satu, dua tiga? hatta sepuluh sekalipun, gunakan kelebihan yang tuhan bagi tu untuk menggunakan adik-adik kalian. bagitahu mereka dokumen penting atau barang penting yang korang nak bawak. suruh mereka mengingatkan korang before korang leave your house tu ok! korang tak de adik? wuhaha..kecian..

5 ) bila dah sampai tempat korang nak tuju tu, means, destinasi korang, make sure korang cek dulu dalam bonet, tempat duduk, dashboard, raga atau pape la..untuk pastikan barang korang dah dikeluarkan dan siap untuk diangkut ke tempat yang sepatutnya.

wuhaha..ini tips yang selalu Mish amal sebab Mish memang mudah lupa plus cuai dan ayat terbaiknya, LALAI!! kadang tu duk ralit bersembang ke mesej ke, mesti lupa nak buat apa la lepas tu. penat pikir. tapi cittt..memang takkan ingat. so, kena
la lebih bersistematik. haha. 

beressla, mau sambung packing. tak mampu lagi nak balas jejak ampa semua nohh. maap ye. internet still menyiput menyedut. dah nak kena wat tahlil lepas ni. haha.

psst~
o yeah..umi cakap cancel bertolak pagi esok. maybe gerak pagi ahad sebab ahad Terengganu dapat cuti umum coz anjak cuti umum yang Piala AFF tu. i like!! boleh la packing barang dengan cool dan macho. hee.




ehemm..macho tak i..yeww!!
:P

Thursday, December 30, 2010

Bambang Pamungkas??

o yeahh tahniah Malaysia menang!! sumpah dah lama giler tak tengok bola selama 90 minit tanpa buat kerja lain. hahaha. err..melainkan EPL. tu pun kalau game Chelsea. ehee.

tadi entah angin kutub mana seru tetiba je rasa nak mengadap bola sambil makan bubur air makan ngan ikan bilis goreng kicap. tak abis-abis ngan ikan bilis goreng kicap kan? lalalalala~

ok la tengok orang kita main tadi, pasal dah tau akan menang besar kan. hehe. tapi ni bukan ulasan pasal kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki tadi, sebab konfem dah ramai yang update pasal ni kan. hehe. so, Mish nak cerita pasal sorang player Indonesia tadi, Bambang Pamungkas. pemain berjersi 20.

ehee..tak sangka lak dia tu masih main lagi ea. aktif lagi. cuma dah kurang lincah macam dulu. ehee..based on kepandaian dan buat-buat pandai la. wee..mati-mati Mish ingat die dah pencen. ciss, nampak sangat tak tengok game before ni. haha. memang tak tengok pun.

dulu masa Bambang ni main untuk Selangor, minat la kononnya. pasal dia ada skill. biasala, masa tu kecik lagi. even Mish duk Terengganu, Mish memang selalu sokong Selangor dulu. sebab ade Amri Yahyah ngan Bambang. haha. gila sesat kan. memang dalam famili Mish pelik. orang sokong Chong Wei, tapi Mish die hard fan Lin Dan. memang langsung tak sokong Malaysia kalau bab badminton. tapi kalau tang bola macam tadi, for sure la sokong Malaysia. hehe. 

ok, tu je la nak cerita pasal Bambang Pamungkas. penat je korang baca kan?hehe. so, entry ni tak de unsur rusuhan kan. Mish tak puji Indonesia, Mish jugak tak kutuk Indonesia kan kan? o yeah..Mish memang seorang yang adil. kalau Mish ni lelaki konpem Mish boleh poligami. cukup syarat berlaku adil. haha. giless, mereng sudaa Mish ni. haha.

okai la, sape yang tak kenal Bambang Pamungkas sila google sendiri k. malas nak tepek gambar beliau. kang ada yang salah paham. hehe. nak pergi stat wat list senarai barang mahu bawak ke Sungai Buloh. o yeahh. baru wat list, packingnya entah bila. walaweyhh..!!

psst~
ramai sangat duk hapdet pasal si Khairul Fahmie malam ni. sian Safee, Ashari ngan player lain. huu. bila menang keeper disanjung-sanjung. bila kalah keeper la jugak yang disalahkan. ishh!

Wednesday, December 29, 2010

Meh Nah Habaq Mai


salam ceria salam sejahtera semua. ehee. nerd je ayat hari ni. still dalam mood tersentap sebab terkejut ala-ala beruk bila tengok tarikh hari ni. yuhuu..its 29/12/2010. 2 days more before kita masuk alam 2011. aigoo. tu pasal tahun baru.

huhu. azam tahun 2010 pun Mish dah lupa apa. entah ada wat azam entah tak. haha. nampak sangat tak berwawasan. ceitt. kalo ada pun, Mish nak anggap semua dah tercapai. hehe. aci tak? *sambil kenyit-kenyit mata kanan*

tup tap tup tap, esok dah 30hb. 2hb Jan Mish daftar hostel. 2hb? lama lagi kan. 1hb tu still boleh lagi packing barang. hehe. tapi masalahnya sekarang, dengar cerita gosip dari mulut umi dan abah, nak gerak KL malam Jumaat. means, jam 3 atau 4 pagi Jumaat. walaweyhhh...means, Mish dah tak de masa lagi nak packing barang. tinggal hari ni ngan esok je. sob sob. satu hape pun tak packing ni. tiba-tiba rasa nak pitam. barang dah la banyak. hehe. namanya perempuan kan. memang suka bawak barang banyak-banyak. gunanya entah tidak. hee~

tu pasal barang, ni nak kecoh pasal borang posting (BMD). baru je semalam print. haha. nampak sangat suka berlengah. tu baru print, isinya belum. dokumen-dokumen yang di minta tu lagi la. harem pun tak cari lagi. nak kena mintak pengesahan segala. lagi la leceh. adeii. pening. mana nak buat ni. 

yang tak bestnya lagi, Mish ingatkan abah nak hantar beliau tu hari ni. rupanya sangkaanku meleset. ceit. esok baru nak hantar. fuhh. sabar je la. hahaha.

k la, tu je kot nak mai kecoh-kecoh kat kamu semua. hehe, nonsense kan. kerja banyak, ngadap blog boley pulak sampai jam 3 4 pagi. walhal bb lembab pun, ngadap saje-saje macam orang tak de keje. haha. sape-sape yang free jemput la datang umah ye petang-petang ni. buakn Mish wat makan ke apa. nak ajak korang tolong Mish buat mana yang patut. hehe. tolong menolong amalan mulis. kan kan? *sengih kambing :P*

sekian terima kasih!!
=P

Tuesday, December 28, 2010

Best Siblings Outing!!

salam semua. wahh..pejam celik pejam lagi dan celik lagi, cuti ade lagi 4 hari. what? yeww...lagi empat hari. ole-ole-ole..dah nak kena balik kolej nanti. barang langsung tak packing, entah apa yang cukup, entah apa yang kurang. harap-harap semua cukup.

semalam Mish ngan adik-adik Mish wat siblings hangout. kat Mesra Mall je pun. ok what. first tau keluar ngan adik-adik macam ni. Mish angkut mana yang ada kat umah je la.yang sedang belajar kat kolej memasing tu sila hangout sendiri yea. dan guna duit sendiri. anda melepas dari dibelanja oleh kakakmu yang baik hati ni. haha. Iman terpaksa ditinggalkan bersama umi dirumah memandangkan budak tu buas yang amat. kami tak nak tanggung risiko hilang budak. haha.

mula-mula sampai terus terjah kaunter TGV Cinema. usha tiket filem Narnia. fuh..nasib baik ada, jam 4. masa tu baru pukul 3.25pm. kami gerak lambat dari umah pasal takut nak mintak permission dari Abah sebenarnya. hehe. puas duk karang ayat nak bagi Abah setuju. alih-alih Abah cakap. pergi je la. haha. waa. senang je rupanya.

pastu melilau jap sementara jam 4. adik-adik ajak pi main game. heh, tak kuasa i nak layan. tak yah ngade-ngade. *padahal tak reti. haha* pujuk-pujuk diorang, akhirnya Mish ajak diorang makan Burger King. wah wah wah. diorang yang hantu burger angguk laju-laju. yess. game cancel, burger ON!


makan-makan kat Burger King dulu. haha. poyo je budak-budak ni mintak seset sorang, konon tamak tak nak share. ceit, last-last si kecik Azim tu bukan habis pun. haha. seb bek ade akak-akak yang stor perut besar.


ni Ahmad yazid, Bazli Anas ngan Fakri Hadi. mereka pun sibuk nak bergambar. aihh..kacau daun.

ok, ni puteri ngan dayangnye.haha. kidding. ni athirah, adik nom 4 dan bongsu perempuan. tapi realiti fizikal, die macam yang sulong. hahaha. die memang suka pakai shawl.


ok, mereka memang sentiasa minta kamera halakan pada mereka. ouch, Mish la selalu kena jadi camerawoman. ceit...

.................................


penat Mish beratur beli tiket, dorang leh pulak posing sana sini. aih.. sangat tak aci ok!! si kecil Azim tidur dalam wayang. cian die.

..............................


lepas tengok Narnia amek gambar kat laut ni pulak. erkk. laut? ok, kolam kot. haha. mula la dengar khayalan diorang pasal ular air lam cerita Narnia tu ada dala kolam tersebut. eh eh, panggil kolam ke ea yang belakang tu? ke longkang? aigoo. konpius!

...............................

ehem, posing kat sebelah Santa Claus jap.

ok, diorang pun nak jugak, memang tak boleh tengok orang senang tol. hahaha.

.....................................

kemudian before gerak balik kami singgah kat Pantai Kemasik jap. tak pergi tang pantai pun pasal ombak kuat. bimbang budak-budak ni terlepas dalam air...aihh. so, main kat playground je kejap. kol 7 abah kol, mula la kelam kabut baru nak balik.





pastu balik malam, sampai umah jam7.50 petang. huhu. lambat sebab lampu kereta tak berapa nak elok. dah la lalu ikut jalan sunyi. berliku-liku lak tu.fuhh. samapai dengan selamat akhirnya.

outing yang sangat best walaupun dengan adik-adik ok. sebab semua satu kepala. pastu kalau degil Mish just ugut je, kalau buas len kali jaga Iman kat umah. huwa huwa huwa. i like la jadi anak sulong ni.


Monday, December 27, 2010

Bila Broadband Mula Mabuk

intro jap..."Warghhhhhh...!!"

ok, dont be scared yea everyone. huhu. perasaan yang sangat geram plus bengang ni. rasa nak cincang-cincang je broadband ni wat daging cincang. lembab ok. first time tau Mish dapat mesej macam ni dari celcom.

Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching the allocated 5GB/mth. Pls purchase additional volume or reduce your usage to avoid having yr speeds managed
see? tak paham omputih? sila cari kamus sendiri ok. hurm..penat dah pikir, apa nak buat kalau tenet lembap
macam ni. waaaaa...*crying*. 

waa..kenapa semua ni terjadi pada bulan yang Mish langsung tak aktif online. rasanya bulan ni paling jarang berblogwalking sebab mood selalu ke laut. pastu kerja lak bertimbun-timbun. pergi shopping sana sini. *macam banyak tempat je*

bila dah dapat mesej macam tu, hurm, pandang laptop pun macam tikus tengok besi. tak mampu nak buat pape. merajinkan diri menonton tv je la kot.

erm, paham-paham la kalau Mish tak balas jejak tu yea. nak ajak nyembang pun tak mampu. kalau on guna pc kat ruang tamu tu boleh la, pasal situ pakai streamyx. tapi selalu je kena conquer ngan adik-adik.

bila dah line tenat macam ni mula la rajin update entry yang merapu. ntah ape jenis idea datang. ye la, kalau setakat post entry tu mesti la laju kan. just taip je.......last-last bila baca balik, ya Allah, kuatnya kegedikan dan kemerapuan aku dalam entry! haha. tapi puas hati kot. esok-esok bila baca balik, wuhahaha. line guwa penah tenat wess. kih kih. nampak kejakunan diriku.

psst~
dah lama entry Mish tak bergambar kan? hehe. ish, tak pe...tahun 2011 gediks gambar akan kembali. beware la yea semua. hahahaha
 

Sunday, December 26, 2010

Cara Nak Famous Amous.


ehem..korang tak nak ke nama korang dikenali. jadi sebutan. wajah jadi pujaan. siang termimpi-mimpi. malam tercari-cari. haha. sebut je nama si polan, setiap ceruk tempat kenal. waa..teruja kan kan? berminat nak jadi famous amous? meh baca sini.


1 ) ni basic la k. dari zaman tadika lagi korang pernah buat. takkan la dah tua bangka tak leh buat kot. kan?hehe. 1st of all, korang ambil satu helai drawing paper. tak tau apa tu? ok, kamu orang melayu sejati memang tak paham kot. maksudnya, ambil sehelai kertas lukisan dan crayon, atau alat-alat mewarna yang lain. tulis kat atas kertas lukisan tu, SAYA CANTIK @ HENSEM. ataupun, tulis SAYA NAK FEMES, NAMA SAYA *****, ataupun, INI NOMBOR SAYA 010-588****. lepas tu hiasla sikit ngan bunga manggar ke apa ke kasi meriah. then gantung kat leher. pakai banner tu ke mana saja korang pergi. insyaAllah korang akan dikenali.

2 ) korang jadi manusia pelik. means, korang buat lain dari yang lain. buat sesuatu yang unik. o yeahh. korang mesti suka kan. kalau manusia normal jalan ke depan, korang kena la jalan ke belakang. kalau manusia normal makan guna tangan, korang makan la guna kaki. kalau manusia normal tidur atas katil, korang tidurla atas timbunan baju kat supermarket. kalau orang lain tengok wayang fokus kat skrin, korang pi la tayang body depan skrin tu. pasti non stop orang bercerita pasal 'kehebatan' kamu tu. tak bangga ke?

3 ) last but not least, korang fotostat muka ngan ic beserta nombor telepfon korang, pastu tampal kat mana-mana dinding shopping compleks atau pejabat atau kat tiang letrik tepi jalan atau kat mana-mana public phone. yeehaaa. anda akan dikenali.

so, nampak sangat Mish ni tak mampu nak jadi famous? hehe. sebab Mish tak pernah lagi nak cuba tips-tips di atas. anda cool? anda berani? cuba la.  its fun kot. wink wink!

psst~
nampak sangat tengah bosan. kan...huhu.

Saturday, December 25, 2010

Sombong di Dunia

ni just quick update. untuk renungan kita bersama. dan Mish langsung tak tujukan pada sesiapa. sebab setiap yang bernyawa pasti akan mati. dunia ni just tempat persinggahan. setiap apa yang kita buat, sama ada menzalimi diri sendiri atau orang lain, semua tu tuhan akan balas. pasti akan dibalas. cepat atau lambat. dunia atau akhirat. sedar atau tidak.

jika hari ni kita sombong. berlagak. bongkak dengan kekayaan, harta atau rupa yang kita ada. di hari pembalasan, pasti ada balasannya. tidak pasti di dunia atau akhirat. jika di dunia, kita sakit di hari tua. tiada yang mahu menjaga. mana tempat yang kita nak tuju. sedangkan kita tiada upaya. menumpang dirumah mereka yang kita pernah zalimi. yang pernah kita hina. apa tak de rasa malu ke?

kita buang keluarga. buang saudara. mengejar keseronokan dengan rakan. kononnya mereka kawan sejati. mereka teman yang dicari. tapi pada hari kita tersungkur, pada hari kita jatuh. siapa yang sejatinya menolong kita. siapa?

buat apa la nak sombong-sombong atas dunia ni, sedangkan di sisi Allah, kita semua adalah sama. hurm..apa salahnya kita anggap dan layan semua orang sama rata sama baik. tak boleh terlalu baik, fine, tapi jangan la sampai kita menghina dan menzalimi. aihhh..

Tanda-tanda Berat Dah Naik


hari ni lunch makan lauk peberet, ikan bilis goreng kicap,  di samping lauk-lauk lain. semalam pun masak bubur ngan ikan bilis goreng kicap. malam ni pun ingat nak buat bubur ngan ikan bilis goreng kicap lagi. nak makan ikan bilis goreng kicap sampai muak. haha. lama-lama kulit pun hitam legam macam kicap. yeww...

nafsu makan sekarang makin membuak-buak. ciss, macam kotor je guna ayat nafsu tu. haha. abaikan. yang penting ketebelan lemak makin meningkat. oh my~ camane ni? lagi seminggu nak bukak kolej. pipi tembam, lengan besar gajah, aigoo. seram je. haha. macam la before ni body kau lawa sangat nak susah-susah hati ni. haha. oh slim world~

Mish ada cara tersendiri kalau nak tau berat makin naik ke tak. hehe. meh nak share sikit.kot-kot sama la kan. hehe. boleh la geng.

1) Jam tangan. jam dinding direject sama sekali ok. hehe. biasanya Mish akan pakai tali jam pada lubang ke 2. tapi kalau dah terlajak ke lubang ketiga dan rasa ketat tu. means. memang sah-sah la gemuk...!

2 ) baju dan seluar. common la ni kan. semua pun akan perasan korang makin gemuk bila baju atau seluar yang biasanya boleh masuk sorang lagi dalam baju tu, means baju tu longgar. tapi tiba-iba je korang pakai baju tu, rasa macam sesak dada. ketat ok. sedar-sedar la korang sudah makin gemuk! haha.

3 ) warna kulit. hehe. ni Mish pandai-pandai je. kalau Mish kurus, Mish akan nampak gelap sikit. kalau gemuk, nampak cerah sikit. mungkin efek kulit tertarik/tertegang kot. haha. memandai je i ni. aihh.

4 ) pakai tudung. bukan tudung saji ok. tapi tudung atau selendang atau paper je la. kalau berat Mish makin naik, pakai la camane sekali pun kat bahagian muka tu. lipat la banyak ke sikit ke. wat muncung ke kat atas tu, tetap tak jadi. owh, i hate this part. tak de semangat nak keluar umah. haha.

5 ) part paling best. pi je timbang sendiri berat korang tu. lagi mudah, cekap dan efisien. hahaha. err...ari tu i pi timbang kat Sabasun Hypermarket. hurm..naik 1 kilo setengah = 1.5kg.hampa..

psst~
camane nak diet ek. tak pandai la control makan. huhu.

Friday, December 24, 2010

Menghitung Hari

ok, ini bukan entry pasal lirik lagu Kris Dayanti si bulu mata lentik tu ok. ni entry Menghitung Hari versi budak gedik kuat merapu.

first of all, (ciss spiking kunun) Mish nak mengeluh dulu. *sigh*. belek-belek kalendar, lagi 8 hari baki cuti. lepas ni masuk kolej balik. hadoii. bermula kehidupan seorang student yang membosankan dan mengantukkan. haha. warghhh!! rasa nak jerit tepi gaung. uit, cam berani je bunyi. whatever. 

resah hati bila fikir lepas ni kena masuk tidur awal. kena bangun awal sebab senior cakap sekarang pengetua kolej garang dan tegas yang amat. hate it. uhh. dah tak boleh nak broken the rules lagi. super duper senior la katakan. haha. 

8 hari...hurm..satu hapo pun Mish tak wat lagi. setakat prepare barang-barang nak masuk kolej. tak sabar wess. daripada duk umah  ngadap muka beliau tu hari-hari. wat senak perut je. haha. *jahat* tak sabar nak balik kolej la kononnya. padahal borang posting lom isi lagi. hadoww. tensen-tensen. print pon belum. nanti kena kita boleh minta 3 tempat untuk mohon posting. err, negeri mana yang best sikit nak kumpul duit ek?hehe. leh la wat permohonan kerja kat sana nanti. kalau ada kosong dapat la kan. kalau tak de, uwaa..tercampak la kau kat tempat jin bertendang. uhh.

kenapa la cuti ni cepat sangat berlalu. 8 hari lagi. emm. apa patut Mish buat ek? lalalalala~

Tutorial : Scroll Box Untuk Blog Archieve


Ramai yang bertanya pasal scroll box untuk blog archieve Mish. bukan tanya pasal lawa, sebab memang sama je kat mana-mana. cuma mungkin nampak kemas dan blog tidak melorot. sesuai la untuk korang yang rajin update entry sampai 2 3 sehari.



walaupun mish tau ramai yang dah tau. Mish tetap sediakan entri ni untuk keperluan Mish akan datang. malas nak godek-godek kat google lagi. huhu. maklumla, budak rajin tukar template kan. hehe. ilmu tak baik kedekut-kedekut.

STEP 1 :

Log in kedalam akaun blogger > pilih 'DESIGN' > edit HTML > klik expand widget.

STEP 2 :

tekan F3 untuk cari code di bawah.

<em></b:if>
<div class='widget-content'>
<div id='ArchiveList'></em>

STEP 3 :

highlightkan code yang anda jumpa pada STEP 2 dan gantikan dengan kod ini.

<em></b:if>
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>
<div id='ArchiveList'></em>
kod yang bewarna biru tu anda boleh ubah sesedap rasa anda sehingga anda mendapat ketinggian yang sesuai.

STEP 4 :

preview dulu blog kamu. jika tiada error, boleh terus save template. jika ada error, cuba cek balik step-step yang kamu follow tadi. takut ada yang silap. 
selamat berjaya!!

kredit to : BARALA

psst~
lepas ni Mish dah tak payah susah-susah suruh budak ni buatkan untuk Mish. sebab dah pandai..hehe.

Thursday, December 23, 2010

Selesai Jalani Pembedahan Plastik

Salam semua. hujan-hujan ni jangan tau tidur je ok. nanti lemak makin tebal. haha. peringatan untuk diri sendiri juga. *buat muka comel sambil jelir lidah*. dah lama tak jalan-jalan kat umah korang dan komen-komen entri korang kan? sori yep. 

baru je beberapa hari Mish tak membizikan diri di SB korang, maka trafik pun paham-paham la yea. thanx pada kamu yang sudi jugak jenguk Mish walaupun Mish tak datang umah korang. 

trafik menjunam tu memang dah biasa bagi blog personal yang tiada nama. cuma ada warna macam Mish ni. hak hak.so, abaikan soal trafik. sekarang fokus pada sekeliling skrin anda. tadaaa!!! dah lain kan blog Mish. hehe. tapi pepel tetap ada tau. kali ni Mish buat tema purple + pink. nampak lagi sweet kot. *perasan jap*. lepas tu untuk outer wrapper lak, Mish letak kaler purple gelap punye. nak softkan sikit. tapi tak jumpe kod kaler yang berkenan. wawah. berbahasa koding lak. haha. opkos la. mata berpinar koding lagi ni. nampak sangat jakun. hak hak.

untuk bahagian post, Mish nak cuba warna putih, sebab Mish tertarik untuk baca entry mereka yang bahagian postnye warna putih. nampak cam bersih dan kemas je. Mish punye maybe tak kemas kat mata kamu. tapi dah tahap boleh la pada mata Mish ni. begiu juga dengan ruang sidebar. berlatarbelakang kan warna putih. supaya senang nak masukkan paper yang kaler lain. mata pun tak sakit sangat kan?

keseluruhannya, Mish rasa template kali ni lebih ringan kalau ikutkan kelajuan broadband Mish. so, apa kata korang? sebab template sebelum ni agak berat sikit kot. kalau ada yang masih rasa blog ni berat, tell me k. nanti Mish try cara lain bagi ringan sikit. tak pun, Mish nak bo layan je la.ahaks!

lepas ni boleh la kamu gatang kenguk Mish selalu yea. sekian, terima kasih. hehe.

pembedahan plastik untuk blog Mish Lollypurp akhirnya berjaya. alhamdulillah!

psst~
lepas ni dah tak nak tukar-tukar template dah. nak kekal dengan yang ni dalam 4 5 bulan. haha. yeye je. apakan daya, hati Mish cepat berubah.lalalalala~


Tips Elak Mengantuk Masa Drive

minggu ni Mish memang bizi, tak sempat nak jenguk kawan-kawan. wuu..rindu kamu la tayam-tayam. hehe. Isnin hari tu pi bandar KT untuk shopping, semalam pegi umah kawan jap. tak jauh pun. dan hari ni, pi bandar KT lagi. mak cik Mish masuk hospital sebab mengandung di luar rahim.

penat tau berjalan ni. walaupun Mish ni memang kaki berjalan..tapi kepenatan tu tetap terasa. penat nak pilih baju, nak matching tudung dan penat drive ok. wuhaha. so, meh Mish nak share tips untuk elak mengantuk. mana yang baik cekup wat teladan. yang tak baik campak je luar sempadan haha.

1) makan asam. for sure korang tau kan. kalau makan asam je, mata konpem bulat ya auw auw. haha. so, sparela sikit asam lam kete tu kalau tak nak bagi tersengguk-sengguk ye tayam.

2) pasang lagu kuat-kuat. korang memekak la lam kete tu sepuas hati korang. rasa nak geleng-geleng kepala, henjut-henjut montot pun tak de hal la. asal mata korang kerass! dan pastikan pemanduan tidak merbahaya.

3) berteman. bawak la sesape yang korang rasa boleh dengar korang bercerita. jangan la pi bawak mereka yang suka bercerita, melainkan korang suka mendengar cerita. tak pun, korang cakap je sorang-sorang. sendiri buat lawak, sendiri gelak. 

4) pakai spek hitam. terutamanya kalau korang nak memandu waktu panas-panas matahari. mesti korang rasa ngantuk kan?? so, spare la spek hitam, at least boleh kurangkan silau yang bikin mata korang mau tutup rapat tu.

5) elakkan memakai contact lense. sebab contact lense tu biasanya akan buat mata kamu kering bila kita terlalu fokus pada jalanraya. tambah lagi bila korang pasang aircond. kalau nak pakai jugak, bawakla stok, air lense untuk moist kan balik mata kamu ye.

6) jangan ikut rapat. yep. jangan iku kenderaan depan korang tu terlalu rapat. especially kalau kereta tu bergerak macam siput. sangat bosan dan mengantuk ok. kalau keadaan selamat, memotongla dengan cermatnya. kalau tak, better korang kasi jarak sikit antara kereta siput tu dengan kereta korang yea.
7) berehat. kalau dah tak daat nak selamatkan lagi tahap mengantuk kamu tu. sila la tidur yea. tak de orang marah pun. asalkan berhentila kat tempat yang dibenarkan. minum air ke secawan dua. best jugak kan. 

 pandu berhemah, jiwa terselamat. cewwah!

sekian tips cikai dari pengalaman budak lesen P budak pepel. ada lagi tips nak share??sila la...hehe..ntah paper merapu malam ni. terima kasih kerana membaca. ada jodoh kita berjumpa. cewwah. papai!!




Wednesday, December 22, 2010

Cara Hidup Musim Hujan

tajuk entri pun macam tak berapa nak betul dah. pasal otak dah layu. layu? haha. layan je. ok, disebabkan sekarang adalah musim sejuk yang dingin beku walaupun Malaysia tak de salji. tak bermakna Malaysia tak de musim sejuk....kan kan?

so, pada musim sejuk yang tak berapa nak panjang sebenarnya. tapi cukup membataskan rutin kita. kan kan??contoh paling simple la. bila musim hujan je, baju-baju kotor mula la melambak-lambak. bukan melambak sebab malas nak basuh,  tapi kalau basuh pun, tak tau nak jemur kat mana. in case umah korang mang ade satu bumbung khas macam kat hostel dulu untuk jemur baju konpem tak de masalah kan. hehe. tapi pakaian sure la tak kering 100%. 

pulak dari segi makanan. asal musim hujan je ikan dan bahan mentah dari laut pasi harganya naik sikit. alasan sebab risiko kat laut, so, tak ramai nelayan turun pi tangkap ikan. harga mahal tapi barang fresh plus terbaik ok la lagi kan. ni dah la mahal, ikan lak ikan lam kotak tu. yang mata dah macam potianak merahnya. yeww. nasib baik i kurang tang ikan ni. hee~

hujan tengah malam. contoh lam pukul 2 3 pagi. perghh...memang malam tu kaw kaw la tidur. orang baca yaasin kat keliling pun dah tak sedar. haha. kalau petang-petang lak hujan, memang best membuta. haha. umah time tu akan sunyi gila. dengar air hujan turun je. yang selebihnya, bunyi dengkuran adik-adik. haha.

nak keluar musim hujan?leceh wess..series. malas gila nak berhadapan ngan lopak-lopak air u. perancangannya hari ni nak bawak adik-adik p tengok wayang kat Mesra Mall. tapi cancel pasal takut kat tengah jalan tu banjir. tak pasal bermalam lam hutan kang. haha

bila musim hujan ni, semua baju sejuk, baju panas, baju tebal, comforter dan macam-macam lagi la semua pakat wat keluar dari simpanan. sejuk tahap keras tangan beb. tapi kipas syiling maintain high. hahaha.

psst~
lau ada salah silap lam entry tu mahapkan hamba yea. ngantuk. tapi gatal nak taip. maaf yea sehari dua ni tak dapat nak bw sangat. ada keje sikit. huhu. jenguk secara ikhlas ok. tiada paksaan. sekian. bai bai!

SMILE!!

Tuesday, December 21, 2010

Salam Kepenatan dan Salam Kekeringan

taip entry sambil makan ais batu campur (ABC).tiga warna. merah putih kuning. ade strawberry kat atas. pastu siap de topping chocolate. kat atas topping tu dia ada taburan coklat cip yang warna warni tu. sangat best, ok. pastu straw warna pepel siap design yang berbelit-belit macam ular kena palu tu. hujung cawan ada hirisan sunkist. slurpp....sedapppp dan marvellous dan delicious!!

ok, intro tu hanya la imaginasi terlampau penulis. tiada kena mengena planet dan angkasa ok. merapu! mood sangat penat plus lotih dan ngantuk. kalau ngantuk nape tak tidor. kan kan? sebab perut lapar dan tekak kegersangan. ciss. ayat kegersangan sedikit geli untuk digunakan oleh gadis sopan sotong dan lemah lembu macam i. yeww!!

tengah hari tadi tolak dari rumah ke bandar KT dalam pukul 12 tengah hari. pastu hari hujan. jalan licin.dan so many lori atas jalanraya tadi. perasan jalanraya, padahal jalan kampung je. haha. keadaan jalan yang berlopak lopak bikin perjalanan makin panjang tempohnya. lepas tu bla..bla..bla..bla...sebab korang dah tidur dengar cerita bosan dari saya. auww..i'm hurting!!haha. jangan bosan pliss. *muka comel sedang jelir manja*

meh layan kalkulasi (calculation) untuk perbelanjaan Mish hari ni. ok anak-anak Sidek. anak bukan Sidek pun boley join. haha.

1 ) Mydin Mall ..................... RM 57.60
2 ) Guardian ......................... RM 37.35
3 ) The Store ........................ RM 18.99
4 ) Pasar Payang .................. RM 22.00
5 ) Sabasun (tingkat atas) ..... RM 28.55
6 ) Sabasun (tingkat bawah).. RM 96.25
7 ) Bil Broadband..................RM 70.00
8 ) PSI (alat tulis) ..................RM 11.15

TOTAL =  RM 341.89

wow!!jangan tanya Mish beli apa dengan duit banyak tu yang mengalir bagaikan air di Sungai Lui. haha. sebab Mish pun tak tau. sedar tak sedar. dompet berat. berat giler wes. berat ngan duit syiling RM3. duit kertas leh bilang ngan hidung tau. haha. kering wa beb.

broadband tu Mish saja lebihkan RM20 sebab Mish takut elaun bulan depan tak sempat nak cover. almaklum la. i ni kalau duk kolej. keje tetiap weekend, membizikan diri di bandaraya KL. haha. mana tak pokai cik kak oi. padan la muka ko. haha. insyaAllah sem depan nak mula jinak-jinakkan diri ngadap buku pada hari minggu di hostel. ok, sila masukkan ke telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan.

maka dengan ini, Mish nak tanya. masihkan kamu para jejaka sudi melamar Mish??haha. tak sampai sebulan poket dah pokai. hey hey, Mish beli barang berguna ok. berguna la sangat. haha. wahai Encik Pen. Peg. Farmasi. cepat la amek saya wat bini. ahaks! gatal miang gedikkk la kaw!

gambar budak ngah majok masa makan kat Restoran Tenang Seafood. tiada kena mengena ngan entri. wuhuhu

psst~
tak sempat nak balas jejak kamu semua ye sayangku. pasal penat sangat. ni pun update sebab tangan gatal nak taip. otak bizi nak merapu. alih-alih, entry patotnya 2 perenggan, jadi berperenggan-perenggan. ikhlas kan diri yea kalau jenguk blog pepel ni. huhu. mekasih melawat. 

psst~
buat suzi, calculation tu eklas aku wat supaya ko tengok sendiri poketku kering. sem depan ko jadi sugar mummy aku ea...hehehe.

Monday, December 20, 2010

Super Sejuk Super Cool

o yeah..semalam dari pagi sampai petang hujan bukan rintik-rintik.means hujan lebat turun dengan jayanya. baru terasa berada dalam musim tengkujuh wa cakap lu. haha. umi pernah cakap, kalau hujan lebat hari Jumaat, means minggu tu sama la keadaan ngan hari Jumaat tu. so, akak yang lagi berusia. betul ke ek?hehe. 

di tengah ketensenan melanda kami sekeluarga ni, air hujan yang rahmat tu sedikit sebanyak mengcoolkan kami. sebab beliau tu mula belajar untuk tidur awal. namanya hujan kan. alhamdulillah...TAPI...siang hari lak. ehemm. memang menyirap giler la. pasal die suka-suka hati je p main air hujan kat luar. uhh. menyirap ok. tapi xpe. abaikan cerita tentang beliau yang membosankan tu. 

bila dah sejuk yang amat macam ni teringin nak pasang unggun api lam umah. nampak sangat tak logik kan?lalallaa~

musim sejuk macam ni rasa macam nak bazirkan duit p beli baju orang eskimo yang ada bulu-bulu kat leher tu.waa..nyaman-nyaman. haha.

taip entry pon sambil berbungkus lam comforter. pakai stokin RM0.99 dari Giant. haha. perasan macam comel je ni. aigoo. haha.

nak mandi pon rasa liat.  hahaha..ramai la orang busuk sebab malas mandi  dan takut air macam kambing yang datang baca entry ni. kan kan. baik mengaku. haha.

musim hujan ni kalau arwah nenek ada dulu, mesti petang-petang ni dia rajin rebus ubi atau pisang. pastu cicah gula. minum lak ngan air teh o panas. kaw giler beb. kalau kebetulan ada geng lak, mandi kat baroh (sawah) sambil mengail. biasa dapat ikan puyu. tak pun ikan gelama ke apa ntah. goreng garing-garing, makan ngan nasik kosong dan budu. ok, tak nak citer bab ni, sedih ok!

asal hujan je cacing lam perut mesti nyanyi-nyanyi mintak diisi. aiyaa..mata lak berglimmering mintak ditutup rapat-rapat. hahaha. glimmering tu. tak kena la ayat. haha. makan kenyang-kenyang pastu tidor. waa. amat heaven wes.

motif gambar??
rindu zaman muka panjang bak pauh belakang umah dan 
muka suci bak kulit pisang ni. huhu.
AKU NAK COMEL!!!haha.
away la jerawat..plis. 
agak-agak, poyo tak?
lalalalalalala~

psst~
20/12/2010..tak dapat nak mengonlinekan diri pasal bizi jadi shophaholic. padahal p cari groceries dan barang p kolej je. wuhahaha. selamat tamat riwayat wahai pitis..

Sunday, December 19, 2010

Rentetan My Bad Day [Huru-hara]

perghh..ari ni Mish nak kongsi feeling huru hara yang berlaku kat umah Mish sejak hadirnya beliau ni. sila belek entry bad day Mish ni k. rasa memang sangat-sangat bad. pada yang tanya sapekah yang dimaksudkan dengan beliau tu. hurmm. Mish memang tak boleh bagitau la. huhu.sori yea. 

sekarang ni rasa macam putaran hidup dan rutin kat umah Mish ni memang dah tak normal. sangat-sangat tak normal. semua barang kena sorok. kalau tak. memang hancuss.

1 ) sabun basuh baju umah Mish, beliau tu pi gatal-gatal tangan tambah air kasi penuh. agak-agak korang. ape perasaan korang kalau nak basuh baju, bukan sabun yang keluar. air kosong. menyirap ok.

2 ) pinggan mangkuk semua kena basuh siap-siap dan perlu pastikan semua tempat clean and clear. setiap masa! kalau tak bersediala buat kerja dua kali ganda ok. sebab beliau ni rajin basuh pinggan. tapi memang langsung tak bersih. agak-agak penat tak nak kena angkut dan masuk lam sink dan basuk balik semua tu?

 3 ) baju-baju semua kena sorok termasuk selendang dan tudung. sebab beliau akan pakai suka-suka hati. dan beliau ni sangat keras hati ok. bila kita mintak die akan balas balik. perghh. sabar je la.

4 ) beliau suka keluar rumah tanpa memakai selipar atau alas kaki. memang menyirap sebab baru je Mish mop lantai ngan sabun AJAX dan cuka kasi berkilat. alih-alih, seketul seketul nampak tapak kaki beliau yang hitam dan berdebu tu. 

5 ) ada dalam 3 atau 4 anak pokok bunga dan lada burung umi yang beliau p patahkan dan ada yang beliau korek-korek tanahkat sekitar tanaman tu. mungkin beliau pikir beliau rajin. ye, rajin menyakitkan hati kami. uhh.

6 ) baru-baru ni satu rumah kecoh sebab ade penutup botol air panas hilang, pastu span basuh pinggan pon tak de dan botol softener yang tak dapat dikesan. alih-alih, jumpe botol softener tu kat tepi longkang belakang umah, span basuh pinggan dijumpai dalam bilik angah dan penutup botol air panas masih tak dapat dikesan.

hurm..agak-agak korang sakit hati tak kalau baru dua hari beliau datang. tapi dah macam-macam yang jadi. umi dah memang tensen tahap cipan. kalau la beliau ni taraf adik Mish. dah lama kena kot. gerammm sangat ok. tapi tu la. umi cakap sabar je la. bukan selalu beliau datang. memang la bukan selalu. tapi sekali datang. hurm..nauzubillah.

Saturday, December 18, 2010

Ini Entry Raja Makan, bukan Raja Gopal

dont call me raja gopal ok. sebab kali ni entry pasal makan-makan. so, u can call me raja makan. nice kan nama tu?haha. thnax tu Miera sebab tag Mish dan amat memahami selera makan Mish yang memang tinggi menjunam ni. hehe. tak habis-habis pasal makan kan. dengan rasminya, Mish umumkan bulan December bulan makan sedunia. oleh itu, entry Mish banyak bab makan. ok!

Tag Makan-makan
  
Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
*nasik goreng kampung kedai polis Zali sebab kaw dan pedas. cari kat google maps. haha.
*ayam masak santan umi sebab pekat dan sedapp.
*ikan bilis goreng kicap Mish buat sebab best lau makan ngan bubur. tambah lak cabai 4 5 bijik. perghh!
  
Jenis air apa yang korang paling suka?
*air tea beng a.k.a teh ais. hak hak. sodappp!
*air Bliss sebab konon nak slim. ceit.
  
Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
*malay, malay dan western..


Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!
*ikan bilis goreng kicap for sure..haha.
*kek batik.
*koktail.
*ayam masak merah.
*dan sebagainya. haha. berlagak kan kan?lalalalala. 


Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
paling mahal dan paling menyampah sebab tak padan ngan makanan adalah kat foodcourt Times Square. segar dalam ingatan. uhh. Mish da blacklist satu kedai makan kat situ.

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?
Restoran Tenang Seafood. haha. yeye je kan kan?? kue teow kung fu die memang superb beb! harga dah la murah. tepi pantai. waa..i like! sape nak datang Terengganu try la pegi sana. hehe.


Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak.
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.
*ayam
*lembu
*buaya..waa..ye ye je. hahaha

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
waa..dating? for sure la lupe. hehe. McDonald kot, tak pun Burger King. ahh..demmm..lupa sudaa.

Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa? 
ai..pasal cintan cintun la pulak yea. hehe. kentang goreng McD kot. pasal suke benor i berebut. well, i kan lahap. ahaha.
 
Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
KFC, Spagheti, kek Coklat yang ada topping meleleh, pastu tambah lak ngan menatam warna warni tu. pergghh..

Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
PEANUT for sure!!
Menu raya yang paling disukai.
ermmm..satay!!  

Jajan/ cekedes yang korang suka
*McFlurry!
*Cornetto!
 
Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
haha. semua Mish suka. 
*ayam masak santan.
*ikan patin masak tempoyak.

Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
adess..lupa seyhh..

Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan? 
budu for sure!! sebab beliau memang GEMARRR gila budu ni. hak hak


Sila tagged 5 orang dan PAKSA mereka buat taggedi ini..
* Erza manje..manje ke?haha
*akak Bulan...hak hak.
*Egie budak emo. hehe.
*Ckin budak ngeks!!
*Zack yang photoaddict



Nampak Sangat Gatal Nak Update!

 ini kacang panjang goreng ngan hati dan pedal ayam. my peberet. sebab kalo kacang panjang masak cara lain Mish kurang sikit. lagi-lagi kalau wat ulam. erkk..bau pon Mish tak tahan. huhu.

 yang ni udang goreng kunyit. nyam-nyam. hehe. pastu umi modified sikit. letak lada hitam yang dikisar kot. tak sure sangat. hehe. tapi sedapp. sambil angkat ibu jari kaki. hak hak.
 nampak cam gulai kan? tapi ni umi cuba resepi baru. ayam masak kari tomato. eh eh. ayam tomato masak kari. aaaa..lupe la nama dia. adik-adik cakap best. err..Mish kurang sikit kalau menu baru macam ni. lebih-lebih lagi ada perkataan kari. mang kurang kena ngan selera Mish. hehe. cerewet ke?tak kan?hehe


ni pulak sayur pucuk paku goreng simple dimple je. umi goreng sikit je sebab dah ada kacang panjang goreng tu kan. umi cakap die teringin. so, dia masak la. haha.

haaa..yang ni lak popia nestum. Mish duk kunyah ni sambil taip entry. nyam nyam. haha. best gilerr..!! peberet si Hamzah Ian masa datang raya umah Mish hari tu. haha. 
mejah mejah.

ok. sekian je lauk pauk yang nak ditayangkan. mang tengah tak de idea nak update. haha. lantak p la. korang lau lapar amek la seketul dua makanan ni. jangan habiskan sudaa. ok? haha.

pstt~
warning!! jangan tanya sape yang masak semua lauk ni ok!